Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)
Memaparkan catatan dengan label Fiqih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqih. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2008

Seputar Masalah Iktikaf

Soalan:

Ada pendapat yang mengatakan bahawa tempoh minimum bagi seseorang apabila hendak beriktikaf adalah selama sepuluh hari. Jadi, apakah ada nas yang memberikan penjelasan terhadap pendapat tersebut. Jika ada ikhtilaf dalam masalah ini, apakah pendapat jumhur ulama’ (khususnya mazhab yang empat) dalam masalah ini.

Jawapan:

Tidak ada dalil di dalam al-quran mahupun as-sunnah yang mewajibkan bahawa jangka masa untuk beriktikaf adalah selama 10 hari, baik di dalam bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya. Bahkan, beriktikaf selama satu malam sahaja (tanpa siang harinya) dibenarkan oleh syara’. Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a :

“Bahawa Umar pernah bertanya kepada Nabi SAW, Umar berkata,’Aku pernah bernazar pada masa Jahiliyah untuk beriktikaf selama satu malam di Masjidil Haram.’ Nabi SAW bersabda,’Penuhilah nazarmu!” (HR Bukhari, hadis no 2032, juga diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa`i, dan Ad-Daruquthni). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 298).

Hadis di atas menunjukkan bahawa beriktikaf pada waktu malam sahaja tanpa siangnya adalah dibolehkan. Jadi, tidak ada dalil yang mewajibkan bahawa iktikaf harus sepuluh hari, baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya (selain bulan Ramadhan).

Namun begitu, amalan beriktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang afdal (lebih utama), dalam rangka untuk mencari Lailatul Qadar. (Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna’, 1/212; Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, 1/125). Hal itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW selalu melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:

“Bahawasanya Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sehingga beliau dipanggil (wafat) oleh Allah Azza wa Jalla, kemudian isteri-isteri beliau beriktikaf sesudah beliau (wafat).” (Muttafaq ‘alaihi) (Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/174).

Hadis ‘A’isyah di atas dengan jelas menerangkan bahawa Rasulullah SAW selalu beriktikaf selama sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. Namun, tidak bererti bahawa iktikaf itu wajib dilakukan selama sepuluh hari, dan tidak sah jika kurang daripada jumlah tersebut (sepuluh hari). Ini kerana, hadis dari Ibnu Umar di atas telah menunjukkan bolehnya beriktikaf selama satu malam sahaja.

Maka dari itu, yang perlu diketahui adalah berapakah tempoh iktikaf paling singkat yang dibolehkan menurut syara’? Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini, yang yang dijelaskan sebagai sebagai berikut:

Pertama, Ulama mazhab Hanafi (Hanafiyah) berpendapat bahawa tempoh minima untuk beriktikaf adalah “tempoh yang singkat tanpa batas tertentu” (muddatun yasiratun ghairu mahdudatin), dan cukup sekadar “berdiam diri” (al-lubtsu) disertai niat. (Maraqi Al-Falah wa Nurul Idhah, hal. 119; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695). Ada riwayat lain mengenai pendapat ulama mazhab Hanafi, yakni minima adalah satu hari (siang hari saja tanpa malamnya - yaumun). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 299).

Kedua, Ulama mazhab Maliki (Malikiyah) berpendapat tempoh minima untuk beriktikaf adalah satu hari satu malam (yaumun wa lailatun). Pendapat yang terpilih (ikhtiyar) menurut ulama Malikiyah adalah; “iktikaf itu hendaknya tidak kurang dari sepuluh hari”. (Asy-Syarhul Kabir, 1/541; Asy-Syarhush Shaghir, 1/725; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695).

Ketiga, Ulama mazhab Syafi’i (Syafi’iyah) berpendapat tempoh minima untuk beriktikaf adalah suatu kadar yang dapat disebut “berdiam diri” (ukuf/iqamah), iaitu lebih lama daripada waktu tumakninah dalam ruku’ dan yang semisalnya (fauqa zaman at-tuma`niinah fi ar-rukuu’ wa nahwihi), dan tidak cukup disebut iktikaf jika temphnya sama seperti tumakninah. (Lihat Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, 1/215; Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna’, 1/213; As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin, 2/259; Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, 1/125).

Keempat, Ulama mazhab Hanbali (Hanabilah) berpendapat tempo iktikaf tempoh minima untuk beriktikaf adalah “sesaat” (saa’atun), iaitu suatu kadar yang dapat disebut “berdiam diri” (mu’takifan laabitsan) walaupan hanya sebentar (lahzhatan). (Kasysyaf Al-Qana’, 2/404; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695).

Berdasarkan keempat-empat pendapat di atas, pendapat jumhur (Hanafiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa tempoh minima untuk beriktikaf adalah “waktu yang singkat” (muddatun yasiiratun). Manakala pendapat ulama mazhab Maliki berpendapat minimum untuk beriktikaf adalah satu hari satu malam (yaumun wa lailatun). (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695; Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 299-300; Muhammad bin Abdurrahman Ad-Dimasyqi, Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A`immah, hal. 71).

Jadi, menurut kaedah tarjih, pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah pendapat jumhur. Hal ini disebabkan dalil-dalil tentang iktikaf dalam Al-Qur`an dan As-Sunnah adalah dalil-dalil yang bersifat mutlak, yakni mutlak dari segi tidak menyebut batas tempoh yang minima untuk iktikaf. Dengan kata lain, tidak terdapat dalil yang membatasi (men-taqyid) bahawa tempoh minima iktikaf adalah satu hari satu malam (sebagaimana mazhab Maliki). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 298).

Kaidah ushul dalam masalah ini menyatakan :

Al-Mutlaqu yajriy ‘ala ithlaaqihi maa lam yadulla ‘alaa at-taqyiid

“Dalil yang mutlak tetap dalam kemutlakannya selama tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya taqyid (pemberian batasan atau sifat tambahan).” (Wahbah Az-Zuhaili, Ushul Al-Fiqh Al-Islami, 1/208; Imam Asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hal. 164).

Maka dari itu, berdasarkan pendapat jumhur, adalah sah hukumnya beriktikaf selama waktu yang singkat yang dapat disebut sebagai “berdiam diri” (al-lubstu), walau hanya sebentar sahaja. Dalam mazhab Syafi’i bahkan diberi keterangan bahawa sah beriktikaf walaupun lamanya hanya sedikit lebih lama daripada waktu untuk tumakninah (misalnya 20 hingga 30 saat saja).

Namun demikian, kami menganjurkan agar dalam beribadah agar senantiasa berusaha bukan hanya melaksanakannya pada batas minima, tetapi disarankan agar lebih dari itu. Walaupun batas minimat tersebut adalah sah menurut hukum syara’. Kaedah fiqih menyatakan :

Maa kaana aktsaro fi’lan kaana aktsaro fadhlan

“Suatu aktiviti yang lebih banyak perbuatannya, lebih banyak pahalanya.” (Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, Maktabah Syamilah, 1/257).

Berdasarkan kaedah ini, memisahkan solat witir yang tiga rakaat (yakni dua rakaat salam, ditambah satu rakaat salam), lebih utama daripada menggabungkannya (tiga rakaat sekali salam), ia disebabkan lebih banyak niat, takbir, dan salamnya. Misalan lain seperti solat sunnah dengan berdiri lebih utama daripada solat secara duduk, solat dengan duduk lebih utama daripada solat dengan berbaring. Demikian pula, iktikaf selama satu hari lebih utama daripada iktikaf dalam satu jam sahaja, dan iktikaf sepuluh hari lebih utama daripada satu hari, dan begitulah seterusnya.

Kesimpulannya, tidak ada dalil yang mewajibkan bahawa iktikaf itu harus dilakukan selama sepuluh hari. Iktikaf sah dilakukan walau hanya sebentar sahaja, sesuai pendapat jumhur yang lebih kuat (rajih). Namun syara’ lebih menyukai agar kita melakukan ibadah dengan perbuatan yang lebih banyak. Maka iktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah afdhol (lebih utama), dalam rangka untuk mencari Lailatul Qadar. Wallahu a’lam.

Sumber : http://konsultasi.wordpress.com/

Read More..

Selasa, 23 September 2008

Sekilas Tentang Tabarruj

Tabarruj (berdandan) adalah tindakan seorang wanita menampakkan hal-hal yang seharusnya ditutupi di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal-hal tersebut meliputi perhiasan-perhiasan yang dipakainya, bagian-bagian dari dirinya yang menawan hati orang lain, kedua lengannya, betisnya, dada, dan lehernya. Termasuk dalam tabarruj adalah bersikap atau beperilaku dan berbicara dengan gaya yang merangsang lawan jenis.

Menurut Al-Maududi, kata tabaruuj bila dikaitkan dengan seorang wanita memiliki tiga pengertian:

a. Menampakkan keelokkan wajah dan bagian-bagian tubuh yang membangkitkan birahi, di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya.

b. Memamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan kaum laki-laki yang bukan mahramnya.

c. Memamerkan diri dan jalan berlenggak-lenggok di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.

Menurut Al-Qur`an, Sunnah Nabi, dan kesepakatan para ulama Muslim, hukum tabarruj adalah haram.

Wallahu'alam

Read More..

Jumaat, 22 Ogos 2008

ADAKAH KONTRAK SOSIAL DALAM ISLAM?

Soal:

Apakah Islam mengenal kontrak sosial dalam hubungan rakyat dengan penguasa?

Jawab:

Dalam sistem pemerintahan sekular, kekuasaan negara terbagi menjadi tiga: legislatif, eksekutif, dan yudikatif. Konsep ini dikenal dengan trias politica. Trias politica menganggap bahwa kekuasan-kekuasaan tersebut sebaiknya tidak diserahkan kepada orang yang sama untuk mencegah penyalahgunaan kekuasaan oleh pihak yang berkuasa. Ide pemisahan ini, menurut Montesqieu, dimaksudkan untuk memelihara kebebasan politik yang tidak akan terwujud, kecuali jika terdapat keamanan masyarakat di dalam negeri. Ia berpendapat bahwa seseorang cenderung akan mendominasi kekuasaan dan merusak keamanan masyarakat apabila kekuasa itu terpusat di tangannya. Karena itu, harus ada pemisahan kekuasaan.[1]

Dari pemikiran tersebut disusunlah suatu transaksi (kontrak) antara penguasa dan rakyat, yang bisa menjauhkan penguasa memanfaatkan kekuasaannya secara arogan dan sewenang-wenang. Rakyat diposisikan dalam lembaga legislatif, yang memiliki otoritas mutlak membuat UU dan berbagai peraturan, termasuk GBHN yang harus dilaksanakan oleh kepala lembaga eksekutif (Presiden dan sejenisnya). Jika pihak eksekutif melanggar atau melalaikannya, ada lembaga yudikatif yang akan mengadilinya. Jika dianggap perlu, pihak legislatif akan memberhentikannya dan menggantinya dengan orang lain. Ini sesuai dengan paradigma dalam sistem sekular bahwa kedaulatan yang tertinggi ada di tangan rakyat, bukan di tangan penguasa (eksekutif).

Dengan demikian, hubungan antara rakyat dan penguasa dalam sistem sekular adalah: rakyat sebagai musta’jir (majikan) dan penguasa sebagai ajir (pekerja). Layaknya akad (transaksi) ijârah, si ajir (yaitu penguasa) memperoleh upah (ujrah) atas pekerjaannya (yang tertuang dalam GBHN); memiliki jam kerja; memiliki hari-hari libur, cuti, dan sejenisnya. Malahan periode kerjanya juga ditentukan oleh rakyat, bisa empat tahun atau lima tahun. Setelah itu bisa terpilih kembali atau ada orang lain yang menggantikannya.

Transaksi semacam itulah yang dikenal dengan kontrak sosial rakyat dengan penguasa. Fenomena ini berlangsung hampir di seluruh dunia, termasuk negeri-negeri Muslim.

Masalahnya, apakah hubungan antara penguasa dengan rakyat di dalam sistem Islam sama persis seperti itu?

Islam berbeda dengan ideologi lain, baik kapitalisme-sekularisme maupun sosialisme-komunisme. Perbedaannya bukan hanya dalam aspek prinsip-prinsip pokok (ushûl) melainkan juga hingga ke cabang-cabangnya yang terkecil (furû‘). Oleh karena itu, hubungan antara penguasa dan rakyat dalam sistem Islam sangat bertentangan dengan seluruh sistem dan ideologi yang ada di dunia.

Dalam Islam, kedaulatan (as-siyâdah) ada di tangan Allah Swt., bukan di tangan rakyat maupun penguasa. Ini sesuai dengan firman Allah Swt: (Lihat: QS al-Ahzab [33]: 36). Sedangkan kekuasaan (as-sulthah) berada di tangan rakyat (kaum Muslim). Alasannya, karena kaum Muslim-lah yang memilih dan menentukan khalifah, tentu saja setelah para kandidat khalifah memenuhi ketentuan-ketentuan syarat-syarat berdasarkan syariat..

Apabila hasil pemilihan menghasilkan suara terbanyak pada seorang khalifah, maka rakyat (kaum Muslim) akan membaiatnya. Jadi, secara syar‘i, hubungan antara rakyat (kaum Muslim) dan penguasa dalam sistem Islam diekspresikan dalam bentuk akad baiat.

Baiat adalah kewajiban bagi seluruh kaum Muslim, sekaligus menjadi hak setiap Muslim, baik laki-laki maupun wanita. Kewajiban ini tampak dari pengertian hadis:

«وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً»

Siapa saja yang mati, sementara di pundaknya tidak ada baiat (kepada Khalifah), maka matinya dalam keadaan mati jahiliah. (HR Muslim).

Dengan dibaiatnya seorang khalifah oleh rakyat (kaum Muslim), maka secara legal (syar‘i) kedudukan khalifah tersebut menjadi sah. Khalifah wajib menjalankan sistem hukum Islam dalam seluruh aspek yang menjadi tanggung jawabnya sebagai kepala negara (yang mencakup aspek-aspek politik dalam dan luar negeri, ekonomi, sosial, pendidikan, militer, peradilan dan lain-lain). Artinya, syariat Islam menempati kedudukan yang tertinggi dan khalifah adalah orang yang diangkat oleh rakyat melalui baiat untuk mengatur dan memelihara seluruh urusan rakyatnya berdasarkan syariat Islam (dicerminkan dalam bentuk pelaksanaan al-Quran dan as-Sunnah). Selama seorang khalifah menjalankan syariat Islam, maka ia tidak berhak diberhentikan, meskipun ia menjadi khalifah seumur hidup. Namun, jika seorang khalifah melalaikan atau mencampakkan pelaksanaan syariat Islam, maka ia layak untuk diberhentikan, walaupun ia baru sehari menduduki jabatan khalifah. Yang berhak menentukan layak atau tidaknya diberhentikan adalah Mahkamah Mazhalim, bukan rakyat maupun Majelis Syura.

Berdasarkan hal ini, maka yang dominan dan yang menguasai rakyat maupun khalifah di dalam kehidupan Islam adalah syariat Islam (hukum-hukum Allah Swt. dan Rasul-Nya), bukan yang lain. Ketegasan dan keterikatan khalifah untuk tetap berpegang teguh pada syariat Islam dan menerapkannya atas seluruh pengaturan urusan rakyatnya, baik di dalam maupun di luar negeri, bersifat wajib. Apabila sebagian besar rakyatnya (kaum Muslim) atau mungkin seluruh rakyatnya menghendaki penggantian sistem Islam, maka khalifah wajib tetap terikat terhadap syariat Islam (hukum-hukum Allah Swt. dan Rasul-Nya). Dalam kondisi seperti ini, rakyat (kaum Muslim) tidak berhak untuk memberhentikan dan mengganti khalifah yang ada dengan khalifah yang baru, yang akan memenuhi tuntutan rakyat (kaum Muslim) yang menginginkan penerepan sistem hukum sekular!

Sementara itu, rakyat dalam sistem Islam, wajib menaati perintah (keputusan) Khalifah, kecuali Khalifah memerintahkan perkara yang temasuk maksiat. Ketaatan kepada Khalifah telah dijamin oleh nash-nash al-Quran (Lihat, mialnya: QS an-Nisa’ [4]: 59).

Rasulullah saw. juga bersabda:


«مَنْ أَطَاعَنِيْ فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَمَنْ عَصَانِيْ فَقَدْ عَصَى اللهَ، وَمَنْ أَطَاعَ اْلأَمِيْرَ فَقَدْ أَطَاعَنِيْ وَمَنْ عَصَى اْلأَمِيْرَ فَقَدْ عَصَانِيْ»

Siapa saja yang menaatiku, sesunggunya ia telah menaati Allah. Siapa saja yang bermaksiat kepadaku, sesungguhnya ia telah bermaksiat kepada Allah. Siapa saja yang menaati amir (Khalifah dan aparatnya, pen.), sesungguhnya ia telah mentaaiku. Siapa saja yang bermaksiat kepada amir, sesungguhnya ia telah bermaksiat kepadaku. (HR Ahmad).

Lebih dari itu, kuatnya kedudukan Khalifah ditegaskan dengan larangan untuk berlaku bughat (membangkang) terhadap Khalifah dan aparatnya. Jika rakyat membangkang terhadap Khalifah, maka mereka dihukumi dengan had bughat: dinasihati agar mereka kembali ke pangkuan Negara Khilafah Islam; jika mereka menolak, Negara Khilafah Islam akan memerangi mereka sampai mereka kembali.

Dengan demikian, Islam tidak mengenal istilah kontrak sosial, pembatasan masa jabatan kepala negara, trias politica, kedaulatan rakyat, dan ide-ide demokrasi lainnya

Read More..

Khamis, 7 Ogos 2008

Pinjaman PTPTN Dalam Kacamata Islam

Fatwa Halal Caj Perkhidmatan PTPN – Dari Kapitalis, Oleh Kapitalis, Untuk Kapitalis

Soalan : Baru-baru Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa Caj Perkhidmatan 3.5% berasaskan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada pemimjam PTPTN adalah berlandaskan Syarak, namun kami pihak pelajar masih lagi ragu-ragu kerana ada beberapa pihak menerangkan bahawa apa sahaja tambahan jika berasaskan peratusan dari jumlah pinjaman pokok ianya adalah Riba, minta pihak HTM mengeluarkan Sautun Nahdah berkenaan isu ini.

Jawapan:

Caj Perkhidmatan PTPTN Tidak Menyalahi Hukum Syarak, itulah tajuk yang terpampang dalam laman web JAKIM berkenaan dengan kontroversi caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas bayaran balik pinjaman PTPN. "Muzakarah Khas tersebut diadakan khusus untuk membincangkan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pembiayaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. JKF telah memutuskan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN ke atas pelajar tidak menyalahi hukum syarak. Caj perkhidmatan ini ialah sebagai upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar. Muzakarah Khas tersebut juga dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara yang menyampaikan taklimat khas mengenai kajian jabatan audit terhadap Pengurusan Zakat Oleh Majlis Agama Islam di seluruh negeri.Muzakarah Khas yang telah berlangsung selama tiga (3) jam ini telah dihadiri oleh S.S. Mufti Negeri-negeri, Ahli-ahli Dilantik dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan Pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara serta wakil daripada PTPTN. "Sumber Laman Web JAKIM

Hal ini juga dinyatakan dalam Utusan Malaysia (29.07.2008) dalam ruangan bertajuk Caj PTPTN tidak langgar syarak. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini. Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.''Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).''Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini. Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian. Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).Setakat ini terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion. Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta. Abdul Shukor berkata, perubahan caj perkhidmatan baru yang dikenakan nanti akan ditentukan oleh PTPTN melalui Kementerian Pengajian Tinggi setelah dibuat perkiraan semula.

Perbincangan caj perkhidmatan ini mengundang kontroversi yang mana ada pihak yang mengatakan bahawa pinjaman ini adalah riba dan ada yang pihak yang menafikan. Semoga tulisan ini dapat menjernihkan pemahaman kita tentang riba, dan juga kepada pihak yang sering mengangguk kepala sahaja kepada pihak pemerintah.

Kontroversi Pengumuman Awal Fatwa dan Pendapat Ahli Jawatankuasa

Mengikut laporan Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) selaku Mufti Perlis dan ahli jawatankuasa menyatakan bahawa bersepakat dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba. Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan.

Sekarang telah ada MFK telah memberikan fatwa baru tentang PTPTN, iaitu secara umumnya menganggap bahawa caj 3% itu adalah upah untuk kendalian operasi dan juga untuk tidak membebankan penghutang dan pemiutang. Persoalan yang kita perlu tanyakan ialah bagaimana pendapat Jawatankuasa sebelum ini yang sepakat mengatakan riba untuk caj yang dikenakan berasaskan jumlah pinjaman. Tidakkah ini termasuk dalam helah untuk melakukan riba tetapi dinamakan upah dan sebagainya?

Riba Nasiah Dalam Caj PTPTN

Apa yang dilakukan dengan caj 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba Nasiah, Meskipun beberapa pihak PTPTN sedang berhempas-pulas untuk mencampuradukkan akad ini supaya kita melihatnya dalam kaca mata Islam, atau mengislamisasikan akadnya dengan ditempelkan akad yang tidak ada kaitan dengannya seperti Bai, Ijarah dan Qardhul Hasan. Penempelan semacam ini sebenarnya bukannya apa, iaitu untuk memastikan bahawa Pinjaman dalam Islam ini dapat diperdagangkan seperti dalam sistem kapitalisme. Kos meminjam wang dalam sistem kapitalis adalah kadar bunga, sedangkan dalam Islam kos ini adalah sifar, dan sesiapa yang mengambil kos untuk meminjamkan wang maka seksaan neraka jawapannya.

Pinjaman adalah bererti pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu barang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan selalu dinamakan ariah (barang) atau qard (mata wang), pembayarannya adalah dalam kuantiti yang sama, meskipun mungkin kualitinya lebih baik. Asas utama dalam pemberian ini adalah dalam keadaan untuk ta'wun sesama Muslim tanpa tujuan lain. Pinjaman ini bukannya boleh dijadikan asas untuk mendapat keuntungan perniagaan. Dalam sistem ekonomi kapitalis sahaja yang menjadikan riba adalah alat untuk mendapat kekayaan dan menjanakan kekayaan melalui sistem perbankan, dalam komunis riba diharamkan dan Islam mengharamkan aktiviti ini secara mutlak, dan juga pintu-pintu untuk tujuan ini.

Haramnya Mengambil Lebihan Bayaran Dari Hutang

Islam melarang pembayaran hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000, haram berlaku penambahan hatta 1 sen pun kerana ianya dianggap riba Nasiah. Keharaman ini dapat dilihat dari hadis dan Atsar.

Diriwayatkan dari Anas, bahwa dia ditanya tentang seorang laki-laki di antara kita yang meminjamkan harta kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberi hadiah kepadanya.

Dia berkata: Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. bersabda: "Jika salah seorang dari kalian memberi pinjaman, lalu (orang yang diberi pinjaman) memberi hadiah kepadanya atau menumpangkannya ke atas kenderaan, maka janganlah dia mengenderainya dan janganlah dia menerimanya. Kecuali, jika itu biasa terjadi antara dia (pemberi hutang) dan dia (yang diberi hutang) sebelumnya." [Riwayat Ibnu Majah]

Diriwayatkan dari Anas dari Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam., beliau bersabda: "Jika seseorang memberi pinjaman, maka janganlah dia mengambil hadiah." [Riwayat Bukhari dalam Kitab Tarikhnya]. Imam Syaukani juga menambah Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abu Burdah bin Abu Musa, dia berkata: Aku mendatangi Madinah dan menemui, Abdullah bin Salam. Dia berkata kepadaku: "Sesungguhnya kamu berada di tanah yang riba di dalamnya tersebar. Jika kamu memiliki hak atas seseorang, lalu dia menghadiahkan kepada mu seikat jerami, atau seuncang gandum, atau segenggam makanan ruji, maka janganlah kamu mengambilnya, kerana, itu adalah riba." [Nailul Awthar V/258]. Dalam Al-Ma'rifah, Baihaqi mengeluarkan dari Fadhalah bin Ubaid: "Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah salah satu bentuk riba." [HR Imam Baihaqi] Harits bin Abu Usamah meriwayatkannya dari hadis Ali ra. dengan lafaz: "Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. melarang pinjaman yang menarik manfaat." Dalam riwayat lain: "Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah riba." Juga, berdasarkan ijmak yang telah terjadi bahawa setiap pinjaman yang di dalamnya disyaratkan tambahan adalah haram. Ibnu Mundzir berkata: "Mereka berijmak bahawa jika pemberi pinjaman mensyaratkan tambahan atau hadiah atas peminjam, lalu dia memberi pinjaman berdasarkan itu, jika dia mengambil tambahan tersebut berdasarkan itu, maka itu adalah riba." Diriwayatkan dari Ubay bin Ka'b, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud, bahawa mereka melarang pinjaman yang menarik manfaat. Dari hadis dan atsar ini menjadi jelas bahawa pinjaman yang menarik manfaat, jika tambahan di dalamnya adalah syarat, maka tidak diperselisihkan bahawa itu haram. [Syakshiah II/342] Sekiranya terdapat bayaran lebihan, ulama bersepakat menyatakannya sebagai Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. [Al-Jami' fi Usul al-Riba, ms 17]

Larangan di atas ditujukan kepada pemberi pinjam dari mengambil hadiah atau bentuk manfaat keuntungan dari pinjaman, dan menisbahkan kepada amalan riba. Namun yang menjadi kepelikan kepada kita ialah tindakan pihak PTPTN untuk mendapatkan 3% lebihan bayaran untuk kocek mereka beralasan untuk Caj perkhidmatan.

Caj PTPTN - Helah Untuk Muamalah Riba

Seperti yang diterangkan di atas bahawa dalam sistem kapitalis, pinjaman merupakan alat perniagaan itulah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, iaitu mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau membuat perniagaan dengan hutang), maka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan tetapi dengan disaluti dengan Fatwa Islam. Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum, tambahan ada muwatha' kesepakatan untuk melakukan aqad yang ditegah ini. Perlu diperjelaskan bahawa Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak, berasaskan kaedah syarak, al-wasilatu ila haram, haram (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram). Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, berkata Rasulullah saw, "Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri" [HR Ahmad] dan dalam riwayat lain "menamakannya dengan nama lain" [Nizhamul Iqtisad, ms 261]. Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.

Kesimpulannya

Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan dengan wang ringgit termasuk harga diri. Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat

1) Pendidikan telah menjadi perniagaan dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

2) Wujudnya pemikiran untuk mengaut keuntungan dari pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN, yang mana berhasrat mengambil riba dalam perspektif kapitalis kemudian dinamakan dengan Caj Perkhidmatan supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (Helah Riba).

3) Pemberian fatwa yang agak mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel, bukan satu sistem yang berlainan dengan sistem yang ada.

Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan cendekiawan itu sendiri, itu masalah sebenarnya. Insya Allah isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya diharamkan, dalam sistem Islam sebenar, iaitu sistem Khilafah. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada penuntut-penuntuk sekelian.

sumber : www.mykhilafah.com

Read More..

Selasa, 22 Julai 2008

Hukum Bertepuk Tangan

Hukum bertepuk tangan misalnya dalam suatu majlis pada salnya adalah mubah. Sebab, bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang pada asalnya adalah mubah, selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya (Taqiyuddin an-Nabhani, asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyah, III/85).

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan yang secara alamiah (fitrah) dilakukan oleh manusia sejak penciptaannya dan menjadi bahagian integral (sifat alami) dari sifat kemanusiaannya. Misalnya berfikir, berbicara, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat, mencium bau, mengecap, dan seterusnya. Termasuk menggerakkan anggota tubuh (tasharruf al-a’dha`) (asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hlm.35). Misalkan menggerakkan tangan (seperti bertepuk tangan), menggerakkan kaki (seperti berjalan dengan berjingkat/jinjit), menggerakkan kepala (seperti menggelengkan kepala), dan seterusnya.

Perbuatan jibiliyyah itu hukum asalnya mubah, selama tidak ada dalil yang mengharamkan. Jika ada dalil tertentu yang mengharamkan suatu perbuatan jibiliyah, barulah perbuatan tadi jatuh haram hukumnya. Melihat, hukum asalnya adalah boleh. Tapi melihat aurat, hukumnya haram, kerana ada dalil yang mengharamkannya, misalnya firman Allah Swt. (ertinya), “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya…” (QS an-Nuur [24] : 31)

Jadi, bertepuk tangan hukumnya mubah. Kerana merupakan perbuatan jibiliyah dan tidak terdapat dalil yang mengharamkannya. Namun, hukumnya bisa menjadi haram, apabila diduga kuat menjadi sarana (wasilah) kepada yang haram. Ini sesuai kaidah fiqih : “Al-wasilah ila al-haram haram” (Segala sesuatu yang dapat mengantarkan kepada yang haram, hukumnya haram). Misalnya, bertepuk tangan dalam pertunjukan dangdut yang mengumbar aurat atau menyajikan nyayian yang haram. Ini akan mengukuhkan, menyemangati, atau mendukung sesuatu yang jelas telah diharamkan.

Ada pihak yang tidak membolehkan bertepuk tangan, berdalil firman Allah Swt. : “Sembahyang mereka di sekitar Baitullah ini, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” (QS al-Anfaal [8] : 35)

Namun, ayat tersebut sebenarnya bukanlah melarang perbuatan bertepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang dimaksudkan sebagai ibadah. Ini dapat diketahui dengan melihat asbab an-nuzul ayat tersebut, yang berkaitan dengan kaum kafir Quraisy yang bertawaf mengelilingi Ka’bah seraya bersiul dan bertepuk tangan (Jalaluddin as-Suyuthi, Tafsir al-Jalalain, hlm. 133).

Jadi, yang diharamkan bukanlah tepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang diniatkan sebagai ibadah. Adapun tepuk tangan yang tidak diniatkan sebagai cara beribadah kepada Allah, tetapi hanya dimaksudkan untuk mendukung, setuju, atau sepakat terhadap sesuatu, hukumnya tetap mubah dan tidak mengapa. Kaidah fiqihnya : “ Al-umuur bi maqaashidiha.” (Segala perkara itu bergantung pada maksud-maksudnya) (Abdul Hamid Hakim, Mabadi` Awwaliyah, hlm. 22).


Wallahu a’lam

Read More..

Rabu, 16 Julai 2008

HUKUM MENGGAMBAR MAKHLUK BERNYAWA

Pada dasarnya para ‘ulama sepakat bahwa hukum menggambar makhluk bernyawa adalah haram. Banyak riwayat yang menuturkan tentang larangan menggambar makhluk bernyawa, baik binatang mahupun manusia. Sedangkan hukum menggambar makhluk yang tidak bernyawa, misalnya tetumbuhan dan pepohonan adalah mubah.

Berikut ini akan kami ketengahkan riwayat-riwayat yang melarang kaum muslim menggambar makhluk bernyawa.

Dari Ibnu, dia berkata, “Rasulullah Saw bersabda, ‘Barangsiapa menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia, maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupklannya.’” [HR. Bukhari].

Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya diantara manusia yang paling besar siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar gambar-gambar yang bernyawa.” (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Tashwiir).

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahwa seorang lelaki datang kepada Ibnu ‘Abbas, lalu katanya, “Sesungguhnya aku menggambar gambar-gambar ini dan aku menyukainya.” Ibnu ‘Abbas segera berkata kepada orang itu, “Mendekatlah kepadaku”. Lalu, orang itu segera mendekat kepadanya. Selanjutnya, Ibnu ‘Abbas mengulang-ulang perkataannya itu, dan orang itu mendekat kepadanya. Setelah dekat, Ibnu ‘Abbas meletakkan tangannya di atas kepala orang tersebut dan berkata, “Aku beritahukan kepadamu apa yang pernah aku dengar. Aku pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, ‘Setiap orang yang menggambar akan dimasukkan ke neraka, dan dijadikan baginya untuk setiap gambarnya itu nyawa, lalu gambar itu akan menyeksanya di dalam neraka Jahanam.’” Ibnu ‘Abbas berkata lagi, “Bila engkau tetap hendak menggambar, maka gambarlah pohon dan apa yang tidak bernyawa.” [HR. Muslim].

Dari ‘Ali ra, ia berkata, “Rasulullah Saw sedang melawat jenazah, lalu beliau berkata, ‘Siapakah di antara kamu yang mahu pergi ke Madinah, maka janganlah ia membiarkan satu berhala pun kecuali dia menghancurkannya, tidak satu pun kuburan kecuali dia ratakan dengan tanah, dan tidak satupun gambar kecuali dia melumurinya?’ Seorang lelaki berkata, ‘Saya, wahai Rasulullah.’ ‘Ali berkata, “Penduduk Madinah merasa takut dan orang itu berangkat, kemudian kembali lagi. Lelaki itu berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak aku biarkan satu berhala pun kecuali aku hancurkan, tidak satu pun kuburan kecuali aku ratakan, dan tidak satu pun gambar kecuali aku lumuri’. Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa kembali lagi membuat sesuatu dari yang demikian ini, maka bererti dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Saw.’” [HR. Ahmad dengan isnad hasan].

Larangan menggambar gambar di sini mencakup semua gambar yang bernyawa, baik gambar itu timbul mahupun tidak, sempurna atau tidak, dan digayakan mahupun tidak. Seluruh gambar yang mencitrakan makhluk bernyawa, baik lengkap, setengah, kemungkinan boleh hidup atau tidak, digayakan mahupun dalam bentuk karikatur adalah haram. Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz 2, menyatakan, bahwa gambar yang dimaksud di dalam riwayat-riwayat di atas adalah semua gambar yang mencitrakan makhluk bernyawa, baik lengkap, setengah, kemungkinan boleh hidup atau tidak, mahupun distilir atau tidak. Semuanya terkena larangan hadits-hadits di atas (Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz 2, bab Tashwiir).

Larangan yang terkandung di dalam nas-nas di atas juga tidak mengandung ‘illat. Larangan menggambar makhluk bernyawa bukan kerana alasan gambar itu sempurna atau tidak. Larangan itu juga tidak berhubungan dengan apakah gambar tersebut mungkin boleh hidup atau tidak, digayakan mahupun tidak. Semua gambar makhluk hidup walaupun tidak lengkap hukumnya tetap haram.

Walhasil, gambar manusia dalam bentuk karikatur, komik, mahupun batik yang dikomersilkan adalah haram, tanpa ada keraguan sedikit pun. Semua gambar makhluk bernyawa baik digambar secara gaya natural, kubik, mahupun gaya-gaya yang lain adalah haram. Demikian juga, gambar potongan kepala, tangan manusia, sayap burung dan sebagainya adalah haram. Untuk itu, menggambar komik Sailormoon, Dragon Ball, Ninja Boy, Kunfu Boy, Samurai X, dan lain sebagainya adalah perbuatan haram.

Sedangkan proses mendapatkan gambar-gambar yang diperoleh dari proses bukan “menggambar”, misalnya dengan cara scan, cetak, mahupun fotografi, printing dan lain sebagainya, bukanlah aktiviti yang diharamkan. Sebab, fakta “menggambar dengan tangan secara langsung” dengan media tangan, berus, mouse dan sebagainya (aktiviti yang haram), berbeda dengan fakta mencetak mahupun fotografi. Oleh kerana itu, mencetak mahupun fotografi bukan tashwir, sehingga tidak berlaku hukum tashwir. Atas dasar itu stiker bergambar manusia yang diperoleh dari proses cetak mahupun printing tidak terkena larangan hadits-hadits di atas.

Read More..

Wahai Muslimah... Berjilbab & Berkhimarlah Dengan Betul

Jika seorang muslimah tidak mengulurkan kerudungnya ke dada, tapi malah mengikatnya ke belakang (mengelilingi leher) atau memasukkannya ke dalam baju, bererti dia meninggalkan kewajiban dan berdosa. Meskipun dada mereka sudah tertutup oleh kain dari baju.

Allah SWT berfirman :

“Dan hendaklah mereka [perempuan beriman] menutupkan kain kerudung ke dadanya.” (QS An-Nuur [24] : 31)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak berfirman wal-yadhribna bi-khumurihinna (dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka) lalu berhenti, sehingga seorang muslimah bebas memilih cara mengulurkan atau mengikat kerudungnya. Namun, Allah SWT melanjutkan firman-Nya dengan tambahan ‘ala juyubihinna (ke atas dada mereka), sehingga bunyi lengkapnya adalah : wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna (Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dada mereka).

Maka dari itu, muslimah yang mengikuti trend mode busana saat ini, yakni tidak mengulurkan kerudung ke atas dada, “seakan-akan” telah memutus bacaan ayat sebelum ayat itu selesai maknanya dengan sempurna. Kesalahan semacam itu sama saja fatalnya dengan orang yang memutus bacaan ayat sebelum makna ayatnya selesai dengan sempurna, pada ayat-ayat lainnya. Misalnya, orang memutus bacaan ayat pada kalimat fa-wailul lil mushalliin (Maka celakalah bagi orang-orang yang solat) (QS 107 : 4). Padahal kelanjutannya masih ada dan harus dirangkaikan, iaitu bacaan alladziina hum ‘an shalaatihim saahun (iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya) (QS 107 : 5). Atau orang memutus bacaan ayat yaa-ayyuhalladziina aamanuu laa taqrabush shalaata (hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat) (QS 4 : 43). Padahal bacaan lanjutan ayat itu masih ada iaitu wa antum sukaara (sedang kamu dalam keadaan mabuk) (QS 4 : 43). Boleh Difahami?

Dengan demikian, sudah menjadi kewajiban kita bersama, khususnya wanita muslimah, untuk memahami dan mengamalkan ayat tentang kerudung tersebut secara sempurna, bukan secara sepotong-sepotong hanya demi mengikuti trend mode yang marak belakangan ini.

Mengenai tafsir ayat wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna (QS 24 : 31), Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam (2003) hal. 68-69 mengatakan, kata khumur adalah bentuk jamak dari khimaar, yang ertinya adalah maa yughathha bihi ar-ra`su (apa-apa yang digunakan untuk menutupi kepala). Ringkasnya, khumur adalah kerudung. Sedang juyuub adalah bentuk jamak jayb, yang ertinya maudhi’ al-qath’i min al-dir’i wa al-qamish (tempat yang dipotong/terbuka pada baju atau kemeja). Ringkasnya, jayb adalah kerah/lubang baju. Jadi, perintah untuk menutupkan/mengulurkan kerudung ke atas juyub, ertinya adalah adalah perintah menutupkan kerudung ke atas kerah/lubang baju iaitu pada sekitar leher dan dada.

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani –rahimahullah– menegaskan,”Wa dharbu al-khimaar ‘alaa al-jayb layyuhu ‘ala thauq al-qamish min al-‘unuq wa ash-shadr.” (Menutupkan kerudung atas jayb, ertinya mengulurkan kerudung itu ke atas kerah/lubang baju iaitu leher dan dada). (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam (2003), hal. 69).

Dengan demikian, ayat yang mulia di atas memberi konotasi dalam 2 perkara iaitu:

Pertama, bahawa leher dan dada adalah aurat wanita yang wajib ditutupi (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003, hal. 68; lihat juga Imam Suyuthi, Al-Iklil fi Istinbath at-Tanzil, Kairo : Darul Kitab al-‘Arabi, Kairo, 1373 H, hal. 162; Tafsir al-Baidhawi, Beirut : Darush Shadir, Juz IV hal. 78).

Kedua, bahawa wajib hukumnya menutupkan/mengulurkan kain kerudung ke atas leher dan dada. Jadi, kerudung tidak hanya berfungsi menutupi kepala, namun sekali gus juga menutupi leher dan dada itu. (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003 hal. 69; lihat juga Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Tafsir wa Bayan Kalimat al-Qur`an al-Karim, Beirut-Damaskus : Darul Fajr al-Islami, 1994, hal. 353).

Jelaslah, trend mode busana muslimah yang marak saat ini, yakni kerudung hanya difungsikan untuk menutup kepala, lalu diikat ke belakang atau dimasukkan ke dalam baju, serta tidak diulurkan menutup dada, adalah trend yang batil kerana bertentangan dengan al-Quran. Kaum muslimah berdosa jika mengikuti cara berkerudung seperti itu, sebab mereka telah meninggalkan kewajiban, yakni menutupkan kerudung hingga menutupi dada mereka.

Para perancang busana muslimah, juga berdosa dalam aktivitinya merancang, mereka (design), membuat, dan mempopulerkan cara berkerudung yang menyalahi al-Quran tersebut. Berdosa juga para selebriti yang mempopulerkan cara berkerudung yang batil tersebut lewat berbagai penampilan mereka sebagai pengacara berita (presenter), pelakon, penyanyi dsbg.

Saya mengajak kaum muslimah, dan terutama sekali para perancang busana muslimah dan selebriti untuk bertaubat kepada Allah SWT, dengan cara meninggalkan mode berkerudung yang salah itu. Mudah-mudahan Anda semua sudi memikirkan nasehatku ini, walau ia pahit untuk ditelan. Namun, ia akan jadi manis jika kita memahami bahawa kita termasuk orang-orang diredhai oleh Allah tatkala kita mematuhi aturan-Nya. Ameen.

Jika Anda tidak mahu bertaubat, Anda akan tergolong menjadi orang-orang yang memberi contoh ikutan yang tidak baik di sisi Allah. Dosa dari orang banyak itu akan Anda pikul juga pada Hari Kiamat nanti. Nauzhu billah min dzalik.

Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa memberi contoh yang baik (sunnah hasanah), maka baginya pahala kebaikannya dan pahala orang-orang yang mengikutinya. Dan barang siapa memberi contoh yang buruk (sunnah sayyi`ah), maka baginya dosa keburukannya dan dosa orang-orang yang mengikutinya…” (HR Bukhari dan Muslim)

Kepada para ulama dan ustadz, terutama yang sering tampil di televisyen bersama para selebriti yang berkerudung secara salah itu, kami katakan, wajib hukumnya atas Anda melakasanakan perintah amar ma’ruf nahi munkar dalam masalah ini. Kami ingatkan Anda sekalian akan tanggung jawab ulama dalam firman Allah SWT :

“Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya.” (QS Ali ‘Imran [3] : 187).

Ya Allah, Saksikanlah bahawa aku sudah menyampaikan...

Read More..