Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Rabu, 25 Jun 2008

Apakah Suara Wanita Termasuk Aurat?

Menurut pemahaman ana, suara wanita bukanlah aurat, selama tidak disuarakan dengan cara yang melanggar syara’, misalnya dengan suara manja, merayu, mendesah, dan semisalnya. Maka dari itu, akhwat boleh bernyanyi dalam sebuah masirah, dengan syarat tidak disertai perbuatan haram dan maksiat, seperti ikhtilath (campur baur di antara lelaki & wanita), membuka aurat, dan sebagainya.

Dalil bahawa suara wanita bukanlah aurat, adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Dalil dari Al-Qur`an terdapat dalam dalil-dalil umum yang bersifat wajib, sunah/mandub atau mubah dalam berbagai aktiviti, yang bererti mencakup pula bolehnya wanita melakukan aktiviti-aktiviti itu. Wanita berhak dan berwenang melakukan aktiviti jual beli (QS 2: 275; QS 4:29), berhutang piutang (QS 2:282), sewa menyewa (ijarah) (QS 2:233; QS 65:6), memberikan persaksian (QS 2:282), menggadaikan barang (rahn) (QS 2:283), menyampaikan ceramah (QS 16:125; QS 41:33), meminta fatwa (QS 16:43), dan sebagainya. Jika aktiviti-aktiviti ini dibolehkan bagi wanita, ertinya suara wanita bukanlah aurat sebab semua aktiviti itu adalah aktiviti yang berupa perkataan-perkataan (tasharrufat qauliyah). Jika suara wanita aurat, tentu syara’ akan mengharamkan wanita melakukannya (Muhammad Syuwaiki, Al-Khalash wa Ikhtilaf An-Nas, hal. 106).

Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892). Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). Dalil As-Sunnah ini menunjukkan suara wanita bukanlah aurat, sebab jika aurat tentu tidak akan dibiarkan oleh Rasulullah (Abdurrahman Al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 69-70).

Namun demikian, syara’ mengharamkan wanita bersuara manja, merayu, mendesah, dan semisalnya, yang dapat menimbulkan hasrat yang tidak-tidak dari kaum lelaki, misalnya keinginan berbuat zina, berselingkuh, berbuat serong, dan sebagainya. Firman Allah SWT (artinya) : “…maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS Al-Ahzab [33] : 32).

Suara wanita yang seperti itulah yang diharamkan, bukan suara wanitanya itu sendiri. Jadi, suara wanita itu bukanlah aurat yang tidak boleh diperdengarkan.

Maka dari itu, boleh hukumnya wanita bernyanyi dalam acara masirah tersebut, sebab suara wanita bukanlah aurat. Namun dengan 2 (dua) syarat. Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat seperti mendesah-desah, mendayu-dayu, merayu, dan semisalnya. Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan maksiat, seperti ikhtilath, membuka aurat, dan sebagainya.


Wallahu a’lam

Read More..

Majlis Pernilkahan dalam Perspektif Islam

Dalam era serba moden masa kini, sangat sulit untuk menemukan pra pernikahan yang serba sederhana dan tidak dijamu dengan pelbagai adat istiadat yang sememangnya tidak dituntut oleh syariat, bahkan praktik tersebut tidak pernah ditemukan pada zaman nabi. Acara-acara ini termasuklah tentang etika cara berbusana ketika majlis perkahwinan, undangan para penyanyi atau lebih dahsyat di dalam majlis tersebut mengadakan nyanyian dan joget yang sangat tidak islami, sepertimana yang dilakukan oleh jiran saya sebelum ini. Adat resam jawa, adat pepatih dan beberapa adapt lain lagi yang tidak dapat saya senaraikan di sini adalah antara adat-adat yang wujud di dalam masyarakat.

Persoalan yang ingin saya kupaskan di dalam tulisan kali ini ialah, apakah hukum pelaksanaan adat-adat tersebut dari sudut perspektif islam. Dan bagaimana islam menanggapinya, kerana ia menyangkut perkara yang dilakukan dalam menuntut keredaan ilahi iaitu pernikahan, tapi dalam waktu yang sama, adat-adat tadi telah merencatkan pelaksanaan pernikahan tersebut. Sama ada ia diterima oleh syariat, ataukah ianya tertolak yang justru akan membawa para pelakunya ke lembah maksiat. Naudzubillah min dzalik.

Saya memanjatkan doa kepada ilahi, semoga tulisan saya kali ini selalu disertai oleh hidayah dan petunjukNya, dan dihindari dari segala fitnah yang akan memecahbelahkan persaudaraan islami. Semoga dengan tulisan saya kali ini juga, akan dapat memberi sedikit pengetahuan kepada sang kekasih di luar sana yang inginkan ibadah yang bakal dilangsungkan kelak selari dengan kehendak syariat.

Ajaran Islam kadang-kadang sesuai dengan budaya/adat setempat, tetapi kadang-kadang juga tidak sesuai. Permasalahan yang ketara tidak sesuai dengan landasan syariat adalah etika berbusana yang majoritinya tidak menepati ciri-ciri busana muslim. Walaupun terkadang busana tersebut masih diselitkan sedikit ciri-ciri islam seperti adanya khimar yang dipakaikan kepada muslimah, atau songkok bagi kaum lelaki. Persoalannya, adakah islam hanya mementingkan satu sisi dan mengabaikan sisi lain? Atau bagaimana? Ikhwan sang pembaca, anda sudah pasti boleh menebak (meneka), jawapan kepada soalan saya tadi. Namun, sejauh manakah kita memahami persoalan ini dari sudut permasalahan hukum dan kaidah yang tepat dalam menanggapi uruf yang sudah mendarah daging di dalam masyarakat ini.

Bagaimana Sikap Kita?

Dalam permasalahan ini, kaum muslimin terbahagi kepada dua golongan dalam menanggapinya:

A. Islam Disesuaikan dengan adat

Jika ada beberapa aturan Islam yang berbeza dengan adat, maka mereka memakai adat itu.

Mereka yang sepakat dalam hal ini menggunakan kaedah :

اَلْعَادَةُ مُحْكَمَةٌ

“Adat-istiadat dapat dijadikan sumber hukum”

Akibatnya, banyak syariat Islam dilanggar kerana kaedah tersebut. Misalnya : Jilbab boleh dilepas jika masyarakat setempat terbiasa dengan pakaian bukan jilbab. Riba diperbolehkan jika budaya setempat sudah terbiasa dengan riba. Dan masih banyak lagi.

Jika kaedah tersebut dipakai, maka rosaklah ajaran Islam ini. Kita tahu bahawa adat dalam pelbagai suku/bangsa berbeza-beza. Sering kali ia saling bertentangan. Maka, jika Islam disesuaikan dengan adat, akan terjadi kerancuan tentang hukum islam dalam segenap aspek dalam menilai kebenaran. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia menganggap bahawa jika bertemu dengan orang lain lawan jenis, cukup menyapa dengan menganggukkan kepala. Sementara masyarakat Barat jika lelaki dan wanita bertemu akan lebih sopan jika berciuman. Padahal, di Malaysia berciuman dengan lawan jenis adalah perbuatan yang sangat tidak sopan. Contoh lain, ada adat suatu suku tertentu mengurus warganya yang meninggal dengan membakar mayatnya, adat lain pula adalah dengan memumiyakan mayat tersebut seperti yang dilakukan oleh masyarakat mesir kuno kepada firaun, sementara suku yang lain ada yang meletakkan mayat di bawah pohon. Lantas, adat manakah yang akan kita pakai? Bingung kan?

B. Adat Disesuaikan dengan Islam

Pandangan kedua ini menyatakan bahawa jika ada adat yang tidak sesuai dengan Islam, maka adat tersebut harus disesuaikan dengan Islam. Jika memang tidak boleh disesuaikan, maka adat tersebut wajib ditinggalkan.

Hal ini sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah saw. Pada era Makkah jahiliyah, mempunyai anak wanita adalah aib. Seorang ayah merasa malu jika isterinya melahirkan bayi wanita. Maka banyak terjadi peristiwa pembunuhan bayi wanita pada masa itu. Bahkan Umar bin Khattab pun sebelum masuk Islam pernah membunuh anak gadisnya dengan menguburnya hidup-hidup.

Ketika Islam datang, bagaimana sikap Rasul? Islam menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah sama-sama manusia hamba Allah. Kedudukannya sama di hadapan Allah. Yang membezakan adalah ketaqwaannya. Oleh kerana itu, lelaki dan wanita sama-sama berhak hidup. Lelaki tidak lebih mulia daripada wanita, begitu pula sebaliknya. Oleh kerana itu, ketika Islam datang, adat (kebiasaan) membunuh bayi wanita pun segera ditinggalkan.

Ada juga kebiasaan masyarakat Arab waktu itu, iaitu minum khamr. Para sahabat Nabi pun termasuk orang-orang yang suka minum khamr. Ketika turun ayat yang melarang minum khamr, maka serta-merta kaum muslimin meninggalkan khamr. Mereka segera membuang seluruh khamr yang mereka miliki, sampai-sampai Kota Madinah basah oleh khamr.

Masih banyak adat/kebiasaan masyarakat Arab waktu itu yang bertentangan dengan Islam. Rasulullah mendakwahi mereka sehingga akhirnya adat itu mereka tinggalkan dan diganti dengan ajaran baru iaitu Islam. Sementara itu, adat yang tidak bertentangan dengan Islam tetap dibiarkan ada di tengah-tengah masyarakat.

Jadi, sikap menyesuaikan adat dengan Islam adalah tepat. Sementara sikap menyesuaikan Islam dengan adat adalah salah.

Busana Pengantin Wanita

Sebagai seorang muslim, kita terikat dengan hukum-hukum Islam, kapan pun dan dimana pun. Termasuk saat pesta pernikahan. Tidak ada pengecualian.

Islam mengajarkan bahawa busana wanita muslimah di tempat umum harus memenuhi tujuh kriteria berikut :

1. Menutup aurat;

2. Jenis dan model sesuai ketentuan syariat (memakai jilbab, khumur, mihnah, dan memenuhi kriteria irkha’)

3. Tidak tembus pandang (transparan)

4. Tidak menunjukkan bentuk dan lekuk tubuhnya

5. Tidak tabarruj

6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki

7. Tidak tasyabbuh terhadap orang kafir

Oleh kerana itu, pada saat akhwat “sang pembaca” menikah pun wajib tetap terikat dengan syariat ini. Mudah kan?

Busana yang ada di dalam pasaran kini, tidak banyak yang memenuhi kriteria yang telah disepakati di atas. Dan salah satu yang bercanggah dengan syariat adalah membuat penyambungan rambut. Ia haram, berdasarkan hadis-hadis nabi yang menyebutkan keharamannya secara tsubut dilalahnya.

Melanggar Perintah Orang Tua, Bolehkah?

Benar, busana yang bakal dipakai oleh pra pasutri (pasangan suami isteri) adalah bukan dari kehendak mereka sepenuhnya, tetapi dicampuri oleh kehendak orang tua yang selalunya mengikut adat dan tradisi keluarga dan kaum kerabat. Lalu bagaimana mengahadapinya? Padahal taat kepada orang tua adalah suatu kewajipan. Manakala untuk taat kepada aturan islam juga adalah satu kewajipan. Bingung juga kan?

Tidak perlu bingung, jika kita memahami konsep islam dengan murni. Memang benar, seorang anak wajib mentaati perintah orang tua. Akan tetapi, kewajiban taat kepada orang tua adalah selama tidak bertentangan dengan perintah Allah. Pada hakikatnya, anak mentaati perintah orang tua adalah kerana perintah Allah. Bukan sebaliknya, iaitu mentaati Allah kerana perintah orang tua.

Allah swt berfirman:

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.”[Q.S. Al Kahfi ayat 28]

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah. [Q.S. Al Qalam ayat 8]

Rasulullah bersabda :

“Tidak ada ketaatan dalam hal maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah pada perkara yang ma’ruf (sesuai dengan syariat).” (HR. Muslim)

Hadits At Tabrani dari Ubadah, yang menyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Akan ada setelah masaku, orang-orang (yang akan memimpin) urusan kalian, dimana mereka mengakui perbuatan munkar kalian dan menolak kema’rufan kalian. Maka, tidak ada ketaatan sedikit pun kepada siapa saja yang berbuat maksiat.”

Dengan demikian, anda boleh melanggar perintah orang tua jika perintahnya bertentangan dengan perintah Allah. Anda tidak berdosa. Kewajiban anda adalah memberitahu (mendakwahi) orang tua tentang syariat Islam yang belum mereka fahami. Tentu harus dilakukan dengan cara-cara yang ma’ruf sehingga seboleh mungkin tidak melukai hati/perasaan orang tua.

Dakwah Keluarga, Mengapa Ditunda-tunda?

Sebenarnya timbul pertanyaan dalam benak saya. Mengapa anda tidak seawalnya mendakwahi keluarga anda? Mengapa anda justru “ribut” dengan orang tua ketika hari pelaksanaan pesta pernikahan sudah semakin dekat? Ini menjadi pelajaran bagi kita semua. Mendakwahi keluarga sebaiknya sesegera mungkin. Tidak perlu menunggu “bom waktu” yang pada akhirnya akan menyulitkan kita di kemudian hari.

Biasanya orang tua khawatir jika pesta pernikahan anaknya berbeza dengan adat, maka akan mendapatkan ejekan dan gunjingan dari masyarakat sekitar. Walaupun orang tua sudah tahu aturan Islam, kekhawatiran terhadap respon masyarakat sekitar masih sering terjadi.

Di sini sebenarnya hanya faktor kebiasaan. Hal yang baru biasanya memerlukan pengorbanan. Maksudnya, harus ada seseorang yang memulai. Ketika hal yang baru itu sudah ada yang berani memulai, maka akan ada “pengikut-pengikut” berikutnya. Contohnya, artis wanita yang bersuara lunak iaitu waheeda senantiasa berbusana muslimah ketika menyanyi, dia mengawali, lalu ada artis-artis lain yang mengikutinya walau tidak banyak. Namun sayang, nyanyian wanita di khalayak ramai bukanlah suatu yang mendatangkan kebaikan, malah mendatangkan keburukan dan fitnah. Mampukah anda mengawali suatu kebaikan?

Pengalaman berharga untukmu...

Pernah suatu ketika, seorang teman saya akan menikah. Sebagai aktivis dakwah tentu ia sedar bahawa pesta pernikahan yang selama ini biasa dilakukan di masyarakat sekitarnya adalah tidak Islami, salah satu unsurnya adalah adanya ikhtilat. Ia menjelaskan kepada orang tuanya (khususnya ayahnya sebagai ketua keluarga) tentang haramnya ikhtilat. Pada awalnya memang ditentang. Tetapi dengan sabar teman saya menjelaskannya. Segala cara dicoba untuk menjelaskan hal ini. Akhirnya hati ayahnya pun terbuka. Ayahnya bersedia menyelenggarakan pesta pernikahan yang Islami. Masalah belum selesai. Pada saat pertemuan dengan warga kampung, ada yang protes dengan mengatakan “ini kan tidak umum”. Alhamdulillah, ayahnya tetap teguh pendirian. Akhirnya, ketika pesta pernikahan digelar pun tidak terjadi masalah. Bahkan setelah hari itu, banyak yang menyelenggarakan pesta pernikahan dengan memisahkan tamu lelaki dengan tamu wanita.

Apakah anda berani memulai?

“Orang biasa menempuh jalan biasa.”

“Orang luar biasa menempuh jalan yang tidak biasa.”

Read More..

Rabu, 18 Jun 2008

Bolehkah Non-Muslim Menjadi Wakil Rakyat Bagi PPI?

Soalan:

Apakah hukum bagi non-muslim menganggotai sekali gus menjadi wakil rakyat bagi sesebuah parti politik yang berideologi islam? Adakah dibenarkan oleh syara' atau sebaliknya?


Jawapan:

Keberadaan ahli non-muslim di dalam ppi (parti politik islam) pada dasarnya adalah salah satu bentuk dari kesalahan, bahkan menyalahi syara'. Pada dasarnya, larangan untuk bermuwalah (berkawan rapat dan bersepakat) dengan orang-orang kafir mencakup juga larangan untuk mencalonkan mereka untuk menduduki jabatan-jabatan yang boleh digunakan oleh kaum kafir untuk menguasai kaum muslimin. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa sesiapa saja yang bermuwalah dengan orang-orang kafir, maka ia telah murtad (keluar dari Islam). Allah SWT berfirman:

“Siapa saja di antara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Qs. al-Mâ’idah [5]: 51).

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyeksa kalian?” (Qs. an-Nisâ’ [4]: 144).

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan henti-hentinya berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya". (Qs. Ali-‘Imran [3]: 118).

Sa’id Hawwa dan Sayyid Quthub dalam al-Wala’ menyatakan bahawa, seorang muslim yang memberikan wala’nya kepada misionaris dunia kufur, atheis dan murtad, dengan seluruh sifat-sifat kemanusiaannya, juga tidak dipandang sebagai seorang muslim. [Sayyid Hawwa & Sayyid Quthub, al-Wala’; Loyaliti (ketaatan) Tunggal Seorang Muslim, edisi endonesia; m/s.7, 2001]

Ketika menjelaskan tentang wala' yang diharamkan, Sa'id Hawwa menjelaskan bahawasanya salah satu tanda wala' yang diharamkan di dalam islam ialah; memberikan bantuan, ketaatan, dan keterikatan penuh (seumur hidup) dengan orang-orang kafir. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab, ”Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami. selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, pasti kami akan membantumu.” (Qs. al-Hasyr[59]: 11). Termasuk ke dalam wala’ jenis ini ialah perbuatan para politikus yang menyokong, mengangkat, dan membela orang-orang kafir, musyrik, dan munafik, baik sebagai individu, kelompok, atau sebagai parti/jemaah. Juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan orang-orang yang menjadi anggota, simpatisan, setuju, atau menyokong satu parti, organisasi atau lembaga sesat yang tegak di atas landasan selain islam. [ibid, hal.35-36]

Adapun hujah bagi mereka yang membolehkan bagi non-muslim untuk menyertai ppi dengan merujuk tindakan Rasulullah saw yang memasukkan orang kafir dalam piagam Madinah, di mana status orang kafir (dzimmi) tersebut adalah sebagai wakil untuk menyatakan aspirasi non-muslim yang berada di Madinah. Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawasanya boleh bagi sebuah parti politik islam untuk mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat pada pilihan raya. Jawapan bagi argumentasi tersebut adalah sebagai berikut:

Pertama, konteks Rasulullah saw ketika menetapkan piagam Madinah adalah sebagai ketua negara, bukan sebagai pemimpin sebuah parti politik, atau gerakan. Walhasil, tidak benar jika kita menganalogkan sebuah hukum, yang faktanya berbeza. Fakta pemimpin negara berbeza dengan pemimpin sebuah parti politik. Apakah kita akan menyatakan bahawa seorang pemimpin parti politik boleh merejam pelaku zina, hanya kerana berpedoman kepada perbuatan Rasulullah Saw yang pernah menjatuhkan sanksi rejam kepada seorang penzina muhshon. Tentunya, kita tidak boleh menjatuhkan sanksi kepada pezina muhson tersebut. Sebab, konteks Rasulullah Saw ketika menjatuhkan sanksi harus dilihat bahawa beliau sebagai seorang ketua negara, bukan sebuah pemimpin gerakan. Walhasil, piagam Madinah tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk membolehkan sebuah parti mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat. Sebab, konteks yang ditunjuk oleh peristiwa itu (piagam Madinah) adalah negara, bukan parti. Jadi, bila piagam Madinah —konteksnya adalah negara— diqiyaskan dengan parti, maka ini tidak dibenarkan secara ushul, sebab konteks perbincangannya berbeza.

Kedua, argumentasi jika penduduk muslimnya sedikit, maka seorang kafir boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat, sedangkan jika penduduk muslimnya banyak, kaum kafir tidak boleh dijadikan sebagai wakil rakyat, adalah argumentasi yang tidak didukung sama sekali oleh dalil, bahkan tidak memiliki dalil sama sekali. Sebab, keharaman memberikan wala’ kepada kaum kafir tidak didasarkan pada sedikit atau banyaknya jumlah kaum muslimin. Buktinya, ketika jumlah kaum muslim di Quraisy masih sangat sedikit, rasulullah saw menolak tawaran kekuasaan dari orang-orang Quraisy.

Ketiga, untuk menetapkan status hukum boleh atau tidaknya seorang muslim menjadikan orang kafir sebagai wakil rakyat, juga tidak boleh dikaitkan dengan, ”Apakah mereka mendatangi, dan meminta dicalonkan sendiri, atau tidak.” Atau, “Mereka hanya menjadi wakil rakyat ADUN atau tidak.” Sebab, pertimbangan seperti ini bukanlah dalil syara’. Jika kaum kafir dilarang menjadi penguasa, atau wakil rakyat, maka walaupun mereka meminta sendiri hukumnya tetap haram, tidak berubah.

Secara teknikalnya, ketika parti Islam telah menempatkan kaum kafir sebagai wakil rakyat, bererti bukan individu kafir itu yang mencalonkan dirinya sebagai wakil rakyat, akan tetapi parti itu sendiri. Walaupun proses awalnya, orang kafir itu yang memohon sendiri. Ketika seseorang telah menjadi wakil rakyat Parti Islam X, maknanya, orang tersebut telah dipilih dan dicalonkan oleh Parti Islam X untuk menjadi anggota legislatif, bukan orang itu mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi wakil rakyat. Sebab, orang itu tidak boleh disebut wakil rakyat Parti Islam X jika tidak dicalonkan oleh Parti Islam X sendiri.

Keempat, benar dalam pandangan Islam, seorang kafir boleh menjadi anggota majlis ummat. Akan tetapi, mereka hanya memiliki hak untuk melaporkan keburukan-keburukan pelaksanaan syariat Islam, serta kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh penguasa Islam. Sedangkan untuk memberikan aspirasi dalam hal membuat hukum, dan aturan mereka sama sekali tidak boleh dilibatkan. Namun demikian, majlis umat adalah representasi dari badan sebuah negara, bukan badan sebuah parti atau gerakan. Parti politik Islam ditubuhkan untuk memperjuangkan hukum-hukum Islam, dan mengubah masyarakat sejajar dengan ‘aqidah Islam. Oleh kerana itu, anggota parti politik harus memiliki ‘aqidah Islam, alias muslim. Dengan kata lain, parti politik Islam tidak boleh beranggotakan orang-orang kafir. Sebab, bagaimana mereka boleh mengubah sistem yang tidak Islami menjadi sistem yang Islami, sementara itu mereka tidak memiliki ‘aqidah Islam?

Tatkala, sebuah parti Islam mengangkat orang kafir menjadi wakil rakyat (calon legislatif), sama ertinya parti tersebut telah mengangkat orang kafir menjadi anggota gerakannya. Padahal, keanggotaan orang kafir dalam sebuah gerakan adalah tindakan bid’ah yang menyimpang dari tuntunan agama yang lurus.

Wallahua'lam

Read More..

Khamis, 15 Mei 2008

Fahamilah: Hadharah dan Madaniyah

Hadharah dan Madaniyah... Apakah IA?

Dari segi istilah terdapat perbedaan antara Hadharah dan Madaniyah. Hadharah adalah sekumpulan mafahim (ide yang dianut dan mempunyai fakta) tentang kehidupan. Sedangkan Madaniyah adalah bentuk-bentuk fisik dari benda-benda yang terindera yang digunakan dalam berbagai aspek kehidupan. Hadharah bersifat khas, sesuai dengan pandangan hidup. Sementara madaniyah boleh bersifat khas, boleh pula bersifat umum untuk seluruh umat manusia. Bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan dari hadharah, seperti patung, termasuk madaniyah yang bersifat khas. Sedangkan bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan oleh kemajuan sains dan perkembangan teknologi/industri tergolong madaniyah yang bersifat umum, milik seluruh umat manusia. Bentuk madaniyah yang terakhir ini tidak dimiliki secara khusus oleh suatu umat tertentu, akan tetapi bersifat universal seperti halnya sains dan teknologi/industri.

Perbedaan antara hadharah dengan madaniyah harus selalu diperhatikan, sama perhatiannya terhadap perbedaan antara bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan dari suatu hadharah dengan bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan oleh sains dan teknologi/industri. Hal ini amat penting pada saat kita akan mengambil madaniyah, agar kita dapat membedakan bentuk-bentuknya atau agar dapat membedakannya dengan hadharah. Jadi, bentuk-bentuk madaniyah Barat yang lahir dari sains dan teknologi/industri, tidak ada larangan bagi kita untuk mengambilnya, akan tetapi madaniyah Barat yang dihasilkan dari hadharah-nya, jelas tidak boleh kita ambil, sebab kita tidak boleh mengambil hadharah Barat disebabkan jelas-jelas bertentangan dengan hadharah Islam, baik dari segi asas dan pandangannya terhadap kehidupan, mahupun dari erti kebahagiaan hidup bagi manusia.

Hadharah Barat berdiri atas dasar pemisahan agama dari kehidupan dan pengingkaran terhadap peran agama dalam kehidupan, yang berakibat munculnya faham sekuler, yaitu pemisahan agama dari urusan negara --suatu hal yang wajar bagi mereka yang memisahkan agama dari kehidupan dan mengingkari keberadaannya dalam kehidupan. Diatas dasar inilah mereka tegakkan sendi-sendi kehidupan beserta peraturan-peraturannya.

Konsep kehidupan menurut mereka adalah manfaat/maslahat semata-mata, Oleh kerana itu, manfaat menjadi ukuran bagi setiap perbuatan mereka. Manfaat merupakan dasar tegaknya sistem dan hadharah Barat. Dari sinilah manfaat menjadi faham yang menonjol dalam sistem dan hadharah ini. Menurut mereka, kehidupan ini hanya digambarkan dalam kerangka manfaat semata-mata. Adapun kebahagian mereka ertikan sebagai usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin kenikmatan jasmani, serta tersedianya seluruh sarana kenikmatan tersebut.

Dengan demikian hadharah Barat tidak lain adalah hadharah yang dibangun atas mashlahat saja, sehingga tidak ada nilai lain selain manfaat. Mereka tidak mengakui apapun selain manfaat, yang juga mereka jadikan sebagai ukuran bagi setiap perbuatan. Akan halnya aspek kerohanian, maka aspek ini menjadi urusan peribadi yang tidak ada hubungannya dengan masyarakat dan terbatas hanya pada lingkungan gereja serta para gerejawan. Oleh kerana itu, dalam hadharah Barat tidak terdapat nilai-nilai moral, rohani, dan kemanusiaan. Yang ada hanyalah nilai-nilai materi dan manfaat semata. Atas dasar inilah segala aktivitas kemanusiaan diambil alih oleh organisasi-organisasi yang berdiri sendiri di luar pemerintahan, seperti organisasi Palang Merah dan missi-missi zending. Seluruh nilai-nilai telah tercabut dari kehidupan kecuali nilai materi semata, yaitu memperoleh keuntungan. Dari sini jelas bahwa hadharah Barat itu sebenarnya adalah himpunan dari mafahim tentang kehidupan sebagaimana yang diuraikan di atas.

Adapun hadharah Islam, adalah hadharah yang berdiri di atas suatu landasan yang bertentangan dengan landasan hadharah Barat. Pandangannya tentang kehidupan dunia juga berbeda dengan yang dimiliki oleh hadharah Barat. Demikian pula erti kebahagiaan hidup menurut Islam sangat berlawanan dengan erti kebahagiaan hidup menurut hadharah Barat.

Hadharah Islam berdiri atas dasar iman kepada Allah SWT, dan bahwasanya Dia telah menjadikan untuk alam semesta, manusia, dan hidup ini suatu aturan yang masing-masing harus mematuhinya, disamping telah mengutus junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan membawa agama Islam. Dengan kata lain, hadharah Islam berdiri di atas dasar aqidah Islam yaitu beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab suci-Nya, Hari Kiamat, serta kepada qadla dan qadar baik buruknya dari Allah SWT. Jadi, aqidahlah yang menjadi dasar bagi hadharah ini. Dengan demikian hadharah ini berlandaskan suatu asas yang memperhatikan ruh (yaitu hubungan manusia dengan Pencipta).

Mengenai konsep kehidupan menurut hadharah Islam, sesungguhnya dapat dilihat dalam falsafah Islam yang lahir dari aqidah Islam serta yang menjadi dasar bagi kehidupan dan perbuatan manusia di dunia. Falsafah tersebut adalah penggabungan materi dengan ruh, atau dengan kata lain menjadikan semua perbuatan manusia agar berjalan sesuai dengan perintah Allah dan larangan-Nya. Falsafah inilah yang menjadi dasar pandangannya tentang kehidupan. Sebab pada hakekatnya amal perbuatan manusia adalah materi, sedangkan kesadaran manusia akan hubungannya dengan Allah pada saat ia melakukan perbuatan tersebut, ditinjau dari halal-haram-nya perbuatan, adalah ruh. Dengan demikian terjadilah penggabungan antara materi dengan ruh. Atas dasar inilah, maka jalur perbuatan seorang muslim adalah perintah Allah dan larangan-Nya. Sedangkan tujuan mengarahkan amal perbuatan agar berjalan di atas jalur perintah Allah dan larangan-Nya adalah keridlaan Allah semata, sama sekali bukan manfaat.

Sedangkan maksud dilakukannya suatu perbuatan adalah nilai yang senantiasa diupayakan manusia tatkala dia melakukan suatu perbuatan. Nilai ini tentu saja berbeda-beda tergantung dari jenis perbuatannya. Adakalanya nilai itu bersifat materi, seperti misalnya orang yang berdagang dan bermaksud mencari keuntungan. Perbuatan dagangnya itu merupakan amal perbuatan yang bersifat materi, sedangkan yang mengendalikan perbuatan dagangnya adalah kesadarannya akan hubungan dirinya dengan Allah, sesuai dengan perintah dan larangan-Nya kerana mengharap ridla Allah. Adapun nilai yang ingin diperoleh dari aktivitas dagangnya adalah keuntungan, yang merupakan nilai materi.

Kadang-kadang nilai suatu perbuatan itu bersifat kerohanian, misalnya Shalat, Zakat, Shaum atau Haji. Ada pula yang bersifat moril, seperti jujur, amanah atau tepat janji. Atau dapat juga bersifat kemanusiaan, misalnya menyelamatkan orang yang tenggelam atau menolong orang yang berduka. Nilai-nilai semacam ini senantiasa diusahakan manusia untuk dapat terwujud saat ia melakukan perbuatan. Hanya saja nilai-nilai itu bukanlah penentu suatu perbuatan dan bukan pula tujuan utama dilakukannya perbuatan, melainkan hanya sekedar nilai perbuatan yang berbeda-beda tergantung dari jenis perbuatan.

Adapun kebahagiaan hidup menurut Islam adalah mendapatkan keridlaan Allah SWT, bukannya memuaskan keperluan-keperluan jasmani manusia. Sebab, pemuasan semua keperluan manusia baik yang bersifat jasmani mahupun naluri merupakan sarana mutlak untuk menjaga kelangsungan hidup manusia, namun tidak menjamin adanya kebahagiaan.

Inilah pandangan hidup menurut Islam, dan inilah dasar bagi pandangan tersebut, yang menjadi asas bagi hadharah Islam, yang sangat berlawanan dengan hadharah Barat. Begitu pula halnya dengan bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan dari hadharah Islam yang jelas-jelas bertentangan dengan bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan dari hadharah Barat.

Sebagai contoh, lukisan adalah sebuah bentuk madaniyah. Kebudayaan Barat menganggap bahwa lukisan perempuan telanjang yang menampilkan seluruh keindahan tubuh sebagai bentuk madaniyah yang sesuai dengan faham kehidupannya terhadap wanita. Oleh kerana itu, orang Barat memandangnya sebagai bentuk madaniyah yang bersifat seni yang sakral jika memenuhi syarat-syarat seni. Namun bentuk madaniyah semacam ini bertentangan dengan hadharah Islam dan berlawanan dengan pandangannya terhadap wanita, yaitu sebagai suatu kehormatan yang wajib dijaga. Islam melarang lukisan semacam ini, kerana akan merangsang syahwat biologis lelaki/wanita yang berasal dari naluri melestarikan jenis manusia dan dapat menyebabkan kebejatan akhlak.

Contoh lain apabila seorang muslim hendak mendirikan rumah yang merupakan salah satu bentuk madaniyah, maka ia akan membangun rumahnya sedemikian rupa agar jangan sampai aurat wanita penghuni rumah mudah terlihat oleh orang luar, misalnya dengan mendirikan pagar di sekeliling rumahnya. Lain halnya dengan orang-orang Barat, tentu mereka tidak memperhatikan hal-hal semacam ini sesuai dengan hadharah-nya.

Begitu pula halnya dengan seluruh bentuk madaniyah yang dihasilkan dari hadharah Barat seperti misalnya patung dan sejenisnya. Demikian juga dengan pakaian, apabila memiliki ciri khas bagi orang-orang kafir yang disebabkan kerana kekufuran mereka, maka tidak boleh dipakai oleh orang muslim (seperti baju pendeta, baju padri kristian, dan lain-lain, pent.). Sebab, pakaian semacam ini menyandang pandangan hidup tertentu. Akan tetapi apabila tidak demikian, yakni jika telah menjadi kebiasaan dalam berbusana dan tidak dianggap sebagai pakaian khusus orang kafir melainkan hanya dipakai untuk sekedar memenuhi keperluan atau pemanis busana, maka dalam hal ini pakaian tersebut termasuk dalam jenis bentuk-bentuk madaniyah yang bersifat umum dan boleh dikenakan.

Adapun bentuk-bentuk madaniyah yang dihasilkan oleh sains dan teknologi/industri seperti alat-alat laboratorium, alat-alat kedokteran, mesin-mesin industri, perabotan rumah tangga, permadani, dan sebagainya. Semua ini merupakan bentuk-bentuk madaniyah yang bersifat universal, sehingga boleh kita ambil tanpa khawatir terhadap sesuatu. Sebab, bentuk-bentuk ini tidak dihasilkan dari hadharah serta tidak ada hubungan dengan hadharah.

Dengan melihat selintas saja pada hadharah Barat yang berkuasa di dunia dewasa ini, maka kita dapati bahwa hadharah ini tidak mampu menjamin ketenangan dan ketenteraman manusia. Malah sebaliknya, hadharah ini telah menyebabkan kesengsaraan yang diderita oleh seluruh dunia. Hadharah yang dasarnya memisahkan agama dari kehidupan, yang bertentangan dengan fitrah manusia, dan tidak memandang aspek spritual sedikit pun dalam kehidupan umum, memandang bahwa kehidupan dunia sebagai manfaat belaka, serta menjadikan hubungan sesama manusia berdasarkan pada manfaat saja. Hadharah semacam ini tidak menghasilkan apa-apa selain kesengsaraan dan keresahan yang terus-menerus. Sebab, selama manfaat dijadikan asas, akan mengakibatkan perselisihan dan baku hantam dalam memperebutkannya serta membina hubungan sesama manusia dengan mengandalkan kekuatan, menjadi sesuatu yang wajar. Oleh kerana itu, penjajahan merupakan hal yang wajar bagi penganut hadharah ini. Akhlak pun menjadi guncang. Sebab, hanya manfaat saja yang tetap menjadi asas kehidupan. Dengan demikian, wajarlah jika akhlak telah tergeser dari kehidupan masyarakat Barat, sama halnya dengan tergesernya nilai-nilai kerohanian. Bahkan menjadi wajar pula bila kehidupan ini berjalan atas dasar persaingan, permusuhan, baku hantam, dan penjajahan. Adanya krisis kerohanian dalam diri manusia, keresahan yang kronis, serta kejahatan yang merajalela di seluruh dunia merupakan bukti nyata dari dampak hadharah Barat. Sebab, hadharah inilah yang kini berkuasa di seluruh dunia, dialah yang menimbulkan berbagai dampak yang berbahaya dan membahayakan kelangsungan hidup umat manusia.

Namun apabila kita mengamati hadharah Islam yang pernah berkuasa di dunia sejak abad VI hingga akhir abad XVIII M, kita dapati betapa hadharah ini belum pernah menjadi penjajah kerana memang bukan tabiatnya untuk menjajah. Hadharah ini tidak membedakan antara kaum muslimin dengan yang lainnya. Dengan demikian, keadilan terjamin bagi seluruh bangsa yang pernah tunduk di bawahnya selama masa kekuasaan Islam. Kerana hadharah ini berdiri atas dasar ruh yang berusaha mewujudkan seluruh nilai-nilai kehidupan, baik itu nilai materi, spiritual, moral, mahupun kemanusiaan; disamping menjadikan aqidah sebagai titik perhatian dalam hidup ini. Kehidupan pun dipandang sebagai kehidupan yang berjalan sesuai dengan perintah Allah dan larangannya. Adapun kebahagian hidup adalah dengan meraih keridlaan Allah SWT. Apabila hadharah Islam kembali berkuasa di dunia ini sebagaimana pada masa sebelumnya, tentu hadharah ini akan mampu menangani berbagai krisis yang melanda dunia dan akan mampu menjamin kesejahteraan bagi seluruh umat manusia.

Rujukan : Nidzomul Islam (Taqiyuddin An-Nabahani)

Read More..

Jenis-jenis Orang Kafir

Jenis-jenis Orang Kafir Dalam Perspektif Islam


Seperti yang kita fahami, bahawa orang-orang yang tidak berstatus muslim, maka dia berstatus kafir, karena klasifikasi manusia dalam hal ini hanya ada dua, iaitu muslim atau non muslim, tidak ada yg lain, karena jika dia bukan muslim, maka selayaknya dia seorang yang kafir. Jadi, tujuan kupasan kali ini bukanlah hendak memfokuskan bagaimana seseorang itu baru layak digelar muslim mahupun kafir, tetapi objektif yang sebenarnya adalah untuk mengupas kedudukan atau klasifikasi bagi orang-orang non-muslim atau yang lebih tepat adalah orang-orang kafir.

Sebelum saya pergi lebih jauh untuk membincangkannya, saya cuba merujuk dalam kitab Asy-Syakhshiyah al-lslamiyyah, jilid II karangan Syeikh Taqiyuddin An-Nabahani. Saya memulai tulisan ini dengan harapan untuk mendapat ridho Allah SWT, serta jika ada kesalahan, moga diberi jalan oleh Allah SWT untuk sesiapa sahaja membetulkannya dengan jalan hidayah yang benar. Kitab Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah ini sebenarnya adalah kitab yang ditabanni oleh HT untuk diajarkan kepada umat setelah melalui beberapa kita sebelumnya. Secara jujur, saya (penulis) sendiri belum lagi memasuki buku ini dalam halakah hizb, kerana masih membahas kitab sebelumnya yang seharusnya dihabiskan, dan setelah itu difahami dan diemban untuk disampaikan. Walaupun begitu, bukan bermakna isi kandungannya tidak boleh diakses secara perindividu, kerana sub topiknya memang selalu diajarkan oleh syabab-syabab HT di dalam halakah-halakah umum, usroh-usroh serta seminar-seminar yang diadakan untuk tujuan memberi kefahaman kepada masyarakat khasnya para pengemban dakwah. Jadi, ana semaksimal mungkin cuba memahami serta menulis untuk membahaskannya, dan jika ada yang salah, semoga kita terhindar dari kesesatannya, dan jika ada yang benar, moga kita selalu menjadi orang yang mengikut petunjuk.

Kafir Harbi, Musta’min, Mu’ahid, Adz-Zimmah

Istilah-istilah seperti kafir harbi, musta’min, mua’hid dan adz-zimmah merupakan sesuatu perkataan dan pemahaman yang sudah terdistorsi sepertimana istilah-istilah lain yang seharusnya difahami dan jelas pemahamannya bagi seluruh umat islam seperti istilah jihad yang hanya difahami sebagai aktiviti yang bersifat sungguh-sungguh atau perang melawan hawa nafsu, padahal ianya jauh seperti apa yang dibincangkan di dalam al-quran dan rasul, walhasil jihad yang seharusnya menggerunkan hati-hati musuh-musuh islam, tapi ianya hanya menjadi istilah yang bersifat kata-kata biasa yang sekedar kata-kata intelektual akaedmik, yang dimaknai dengan makna lughowi tapi tidak makna hakikinya iaitu secara syar’i syar’i.

Istilah-istilah kafir harbi, musta’min, mu’ahid dan ahl adz-dzimmah adalah berkait rapat dengan interaksi mereka berinterasksi dengan Daulah Islamiyah. Hanya saja, istilah musta’min lebih umum dibandingkan yang lain, karena ia mencakup baik orang muslim mahupun non-muslim. Setiap istilah tersebut mempunyai karektoristik yg berbeda dari sisi interaksinya, serta mempunyai konsekuensi yang berbeda berdasarkan kategorasi kaum kafir tersebut.

Untuk membincangkan dengan lebih mudah bagi setiap karektoristik kaum kafir tersebut, saya akan menyebutkannya satu persatu dari sudut pemaknaan dan definasinya satu persatu. Kafir harbi adalah setiap orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian (dzimmah) dengan kaum muslimin, baik ia seorang mua’hid ataukah musta’min, ataupun bukan pula keduanya. Mua’hid pula adalah orang kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan daulah islam. Manakala musta’min adalah orang yang masuk ke negara orang lain dengan izin masuk (al-aman), samaada mereka itu muslim mahupun non muslim, maka mereka itu disebut sebagai musta’min, dan jika orang kafir maka kita sebutknya sebagai kafir musta’min.

Kafir harbi yang juga disebut sebagai ahl-harb dikategorikan menjadi dua bahagian iaitu: (1) (kafir harbi secara hukum), dan (2) kafir harbi haqiqatan/kafir harbi fi’lan (kafir harbi secara nyata). Kategorisasi ini didasarkan pada kewarganegaraan orang kafir dengan tempat permastautinan yang tetap. Jika khilafah (daulah islam) mengadakan perjanjian dengan sebuah negara kafir (negara yang tidak diterapkan syariat islam), maka warganegaranya disebut sebagai kaum mu’ahidin, manakala negaranya disebut sebagai ad-daulah mu’ahidah (negara yang mempunyai perjanjian dengan khilafah). Istilah lain bagi kafir mu;ahid, seperti yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim di dalam kitabnya, Ahkam Adz-Zimmah adalah al-hudnah atau ahs-shulh, ianya juga disebut oleh ulama’ lain sebagai kaum al-muwadi’in. Orang yang terkategori sebagai kafir mu’ahid ini tergolong sebagai kafir harbi hukman, karena setelah berakhirnya perjanjian dengan khilafah, ia akan kembali terkategori sebagai kafir harbi sebagaimana kafir harbi yang lain (kafir harbi fi’lan), yang negaranya tidak terikat sebarang perjanjian dengan khilafah.

Hubungan umat islam atau lebih tepat adalah daulah islam itu sendiri dengan kafir harbi hukman adalah didasarkan pada apa yang terkandung dalam teks-teks perjanjian yang telah disepakati. Hanya saja, dalam interaksi ekonomi, umat islam tidak boleh menjual senjata atau perlengkapan sarana militer kepada pihak kafir harbi hukman, dengan alasan ianya dapat menguatkan serta memberi kemampuan bagi mereka untuk mengalahkan umat islam (baca: Daulah Islam, Taqiyuddin An-Nabahani). jika di dalam perjanjian antara khilafah dan kafir harbi terkandung fasal yang mengizinkan untuk mengeksport sarana militer kepada mereka, maka fasal itu tidak boleh dilaksanakan karena bertentangan dengan syariat. Alasannya mudah, bagi setiap yang bertentangan dengan syariat, maka ianya batal dan tidak boleh dilaksanakan Jika transaksi yang dilakukan tidak sampai pada tahap seperti itu, maka khilafah diperbolehkan menjual senjata ataupun sarana militer kepada pihak kafir, khususnya tatkala khilafah mampu memproduksi segala macam produk militer ke luar negeri seperti yang dilakukan oleh negara adidaya saat ini seperti Amerika dan Rusia.

Kafir harbi haqiqatan pula, adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan khilafah, dan rakyatnya dikategorikan sebagai kafir harbi haqiqatan. Negaranya disebut ad-dawlah al-kâfirah ál-hárbiyàh (negara kafir harbi yang memerangi umat Islam). Negara ini dibagi lagi menjadi dua. Pertama, jika negara tersebut sedang berperang secara nyata dengan umat Islam, ia disebut ad-dawlah al-kafirah al -harbiyah al-muhâribah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang benar-benar sedang memerangi umat Islam secara nyata). Kedua, jika sebuah negara kafir tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam, Ia dikategorikan sebagai ad-daw!ah al-kâfirah alharbiyah ghayru al-muharibah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam).

Daulah Islam mempunyai sikap dan hukum yang berbeda bagi kedua karektoristik kafir harbi haqiqatan ini. Jika sesebuah negara itu termasuk dalam kategori pertama, maka asas interaksinya adalah interaksi perang. Khilafah tidak mengadakan sebarang perjanjian atau transaksi dengan karektor negara pertama ini misalnya penjanjian politik (seperti hubungan diplomasi), perjanjian ekonomi (seperti import-eksport), dan sebagainya. Perjanjian hanya boleh dilakukan setelah ada perdamaian (ash-shulh). Warganegaranya tidak diberi izin untuk masuk ke dalam negara Khilafah, kecuali jika dia datang untuk mendengar kalamullah (mempelajari Islam), atau untuk menjadi dzimmi dalam naungan negara Khilafah. Jika warganegara dari negara kafir ini tetap masuk ke negara Khilafah, iaitu bukan untuk mendengar kalamullah, juga bukan untuk menjadi dzimmi, maka jiwa dan hartanya halal, iaitu dia boleh dibunuh, atau dijadikan tawanan, dan hartanya boleh diambil. Berbeda pula sebaliknya, jika sesebuah negara itu termasuk dalam kategori kedua iaitu tidak sedang berperang dengan kaum muslimin, maka negara tersebut boleh bertransaksi apapun seperti apa yang telah termaktub dalam teks-teks perjanjian yang telah disepakti, kecuali dalam hal-hal yang tidak diizinkan oleh syariat. Dalam hal ini, mereka tidak boleh tinggal di dalam daulah dalam jangkawaktu yang terlalu lama, iaitu di bawah satu tahun. Selama itu, jiwa dan hartanya dilindungi dan tidak halal bagi umat islam. Namun, jika warganegara tersebut melanggar perjanjian ataupun masuk ke dalam negara islam secara liar (tidak mengikut prosedur), maka dalam kasus ini, hukumnya sama seperti negara yang sedang berperang dengan umat islam, iaitu jiwa dan hartanya halal bagi umat islam, dengan kata lain mereka wajib diperangi dan diadili.

Musta’min adalah orang yang masuk ke negara lain dengan izin masuk (al-aman), baik Muslim atau kafir harbi. Jika seorang Muslim masuk ke Darul Harb/Darul Kufur, dia tidak boleh mengambil harta kaum kafir dalam Darul Harb tersebut, misalnya dengan mencuri (as-sariqah) atau merampas (al-ghashab). Sebab, seorang Muslim terikat dengan perjanjian yang ia lakukan. Sebagaimana seorang Muslim boleh masuk ke Darul Harb, seorang kafir harbi juga boteh masuk ke datam Daulah Islamiyah. Rasulullah saw. telah memberikan jaminan keamanan kepada kaum kafir pada saat Fathul Makkah. Rasulullah saw. Bersabda: “Siapa saja yang menutup pintu rumahnya, maka berarti dia bererti dia aman.” (HR Muslim).

Namun demikian, jika musta’min itu seorang kafir harbi yang masuk ke negeri Islam, dia tidak boleh tinggal di sana selama satu tahun. Jadi, izin masuk (al-aman) hanya diberikan— misalnya—untuk satu bulan, dua bulan, atau lebih di bawah satu tahun. Hal ini karena seorang harbi dibolehkan tinggal di Darul Islam, tanpa diminta untuk membayar jizyah. Padahal, jizyah dipungut satu tahun sekali. Artinya, maksimal harbi boleh tinggal tanpa jizyah selama satu tahun. Jika dia tinggal lebih dari satu tahun, dia diberi pilihan, iaitu akan tinggal secara tetap dan membayar jizyah atau keluar dari Darul Islam. Jika dia membayar jizyah, berarti dia menjadi ahl adz-dzimah atau warganegara Khilafah. Jika dia keluar menjelang akhir tahun, dia tidak wajib membayar jizyah.

Hukum bagi kafir musta’min pada dasarnya sama dengan hukum ahl adz-dzimmah. Jika dia memerlukan pertolongan, misalnya jiwanya terancam, negara wajib melindunginya sebagaimana negara melindungi ahl adz-dzimmah. Jika musta’min melakukan kejahatan dan perlakuan makar, dia akan dikenai sanksi sebagaimana ahl adz-dzimmah, kecuali sanksi peminum khamr. Hal ini karena Darul Islam adalah tempat diterapkannya hukum-hukum syariat secara tanpa pandang bulu, baik terhadap orang islam, ahl al-dzimmah, maupun musta’min.

Ahl adz-dzimmah kadang disebut juga kafir dzimmi atau sering disingkat dengan dzimmi saja. Asal katanya adalah adz-dzimmah, yang berarti al- ‘ahd, bermakna perjanjian. Ahl adz-dzimmah adalah setiap orang yang beragama bukan Islam dan menjadi rakyat negara Khilafah (Daulah Islamiyah), serta taat dan patuh dengan syariat yang diberlakukan ke atas mereka. Islam telah menjelaskan banyak hukum tentang ahl adz-dzimmah ini. Bahkan di antara ulama ada yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ahl adz-dzimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jauziyah, yang menulis kitab Ahkam Ahl adz Dzimmah.

Di antara hukum-hukum tersebut adalah:

1. Ahl adz-dzimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka guna masuk Islam. Rasulullah saw. telah menulis surat untuk penduduk Yaman (yang artinya), “Siapa saja yang beragama Yahudi atau Nashara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya, dan wajib atasnya jizyah. (HR Abu Ubaid). Hukum ini juga berlaku untuk kafir pada umumnya, yang nonYahudi dan non-Nashara. Dengan demikian, ahl adz-dzimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka. Hanya saja, segala bentuk keyakinan yang berkait dengan agama mereka tidak boleh ditonjolkan dalam bentuk syiar di dalam daulah islam.

2. AhI adz-dzimmah wajib membayar jizyah kepada negara. Jizyah dipungut kepada ahl dzimmah yang lelaki, baligh, dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan, dan yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahwa Umar r.a. pernah mengirim surat kepada para amir al-Ajnad bahwa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak, dan orang yang belum baligh. Syarat kemampuan diambil dari firman Allah Swt. dalam surat at-Taubah ayat 29 yang berbunyi ‘an yadin yang bermakna ‘an qudratin. Maksudnya, jizyah diambil berdasarkan kemampuan. Bahkan, bagi yang tidak mampu, misalnya karena sudah tua atau cacat, bukan saja tidak wajib jizyah, tetapi ada kewajiban negara (Baitul Mal) untuk membantu mereka. Pada saat pengambilan jizyah, negara wajib melakukannya secara baik, tidak boleh disertai kekerasan atau penyiksaan. Jizyah tidak boleh diambil dengan cara menjual alat-alat atau sarana penghidupan ahl dzimmah, misalnya alat-alat pertanian atau binatang ternak mereka.

3. Dibolehkan memakan sembelihan dan menikahi perempuan ahl adz-dzimmah jika mereka adalah orang-orang Ahlul Kitab, yaitu orang Nashara atau Yahudi. Allah Swt. Berfirman:

Makanan(sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihanmu) kamu halal bagi mereka. Demikian pula perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu. (QS Al-Maidah [5]:5)

Akan tetapi, jika ahl adz-dzimmah bukan Ahlul Kitab, seperti orang Majusi, maka sembelihan mereka haram bagi umat Islam. Perempuan mereka tidak boleh dinikahi oleh lelaki Muslim. Dalam surat Rasulullah saw. yang ditujukan kepada kaum Majusi di Hajar, beliau mengatakan, “Hanya saja sembelihan mereka tidak boleh dimakan; perempuan mereka juga tidak boleh dinikahi”

Sementara itu, jika seorang muslimah menikahi seorang lelaki non muslim, maka hukumnya haram, baik lelaki itu adalah seorang ahli kitab atau bukan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

“Jika kamu telah mengetahui bahwa mereka adalah (benar-benar) wanita-wanita Mukmin, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Tidaklah mereka (wanita Mukmin) halal bagi mereka (lelaki kafir) dan mereka pun (lelaki kafir) tidak halal bagi mereka (wanita Mukmin). (QS al-Mumtahanah [60]: 10).

4. Boleh dilakukan muamalah antara umat Islam dan ahl adz dzimmah dalam berbagai bentuknya seperti jual-beli, sewa-menyewa (ijarah), syirkah, rahn (gadai), dan sebagainya. Rasulullah saw. Telah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di tanah Khaibar, di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil tanaman kurmanya. Hanya saja, ketika muamalah ini dilaksanakan, hanya hukum-hukum Islam semata yang wajib diterapkan; tidak boleh selain hukum-hukum Islam.

Demikianlah sekilas hukum-hukum ahl adz-dzimmah yang menjadi rakyat Daulah Islamiyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapatkan hak untuk dilindungi, dijamin penghidupannya, dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh ada diskriminasi apa pun yang membedakan mereka dengan rakyat yang Muslim. Negara Islam wajib berbuat adil kepada mereka sebagaimana berbuat adil kepada rakyatnya yang Muslim.

Read More..