Pada 15 Julai lepas, mata rakyat Malaysia telah tertumpu kepada saluran TV9 untuk menyaksikan debat di antara Dato Seri Anwar Ibrahim [DSAI] dengan Dato Ahmad Shabery Cheek berhubung isu kenaikan harga minyak. Debat yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!” itu telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak media, dari rakyat kebanyakan mahupun dari golongan pemimpin sendiri.
Antara yang diperkatakan ialah siapakah yang telah menjadi pemenang dalam debat tersebut, Anwarkah atau Shaberykah? Pihak media kebanyakannya melaporkan dalam keadaan yang lebih adil terhadap kedua-dua pendebat walaupun terdapat sedikit ‘cemuhan’ bahawa Anwar Ibrahim yang dikatakan gagal menunjukkan cara yang mantap bagi menyelesaikan kemelut kenaikan harga minyak ini. Namun demikian, tidak kurang juga pihak yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Apa pun, semuanya bergantung kepada persepsi seseorang itu terutamanya kepada para penyokong masing-masing.
Tapi yang pastinya sesiapa sahaja yang menyaksikan debat pada malam tersebut dapat melihat kedua-dua belah pihak langsung tidak menyentuh jalan keluar dari krisis ini dari sudut pandangan Islam. Kedua-dua pihak gagal meletakkan Islam sebagai asas kepada perbincangan dan asas kepada segala penyelesaian. Masing-masing berhujah di dalam kerangka ‘sistem dan penyelesaian Kapitalis’. Inilah perkara yang amat mendukacitakan, walhal kedua-dua pihak adalah beragama Islam.
Sebagai seorang Islam Anwar dan Shabey sepatutnya meyakini bahawa Allah telah menyempurnakan agama ini. ‘Sempurnanya’ agama Islam bermaksud tidak ada satu perkara pun yang tidak ada penyelesaiannya dalam Islam, dan sebagai orang Islam, satu-satunya penyelesaian yang wajib di ambil adalah penyelesaian Islam. Firman Allah SWT.
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”. [TMQ al-Maaidah (5):3]
Di dalam sebuah perdebatan, apa yang ingin kita cari ialah kebenaran, bukannya kemenangan. Tidak ada guna masing-masing pihak berhujah, walau sehebat mana sekalipun hujah tersebut, apabila mereka berhujah atas dasar kebatilan. Apabila seseorang itu berhujah kerana ingin menang, kepetahan bercakap dan kekuatan hujah untuk mengalahkan lawan atau kejayaan memperkecilkan lawan menjadi ukuran ‘kemenangan’. Walhal di dalam Islam, apa yang menjadi ukuran dalam berhujah adalah kebenaran, bukannya kemenangan. Dan tidak akan ada kebenaran jika tidak dengan Islam. Justeru, kedua-dua pihak sebenarnya kalah dalam perdebatan ini. Bukan sekadar kalah, mereka sebenarnya telah berdebat dengan membelakangkan hukum Allah dan Rasul di dalam menyelesaikan persoalan berhubung kenaikan harga minyak.
Sumber : www.mykhilafah.com

0 comments:
Catat Ulasan