Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Isnin, 16 Mac 2009

Ana Pindah BLOG


Pengumuman!

Assalamualaikum War. Wab.

Di atas sebab-sebab tertentu, saya sebagai admin sekaligus penanngungjawab kepada blog at-tafqir.blogspot.com ingin mengumumkan bahawa secara rasminya blog ini akan dihentikan penulisannya. Ini kerana, kini penulis akan bertukar dari blogspot kepada wordpress. URL baru bagi penulis blog ialah http://bahrulfikri.wordpress.com/

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung dan teman-teman yang telah sudi mengunjungi blog ini, walau secara kasarnya, penulisan saya adalah agak amatur dan sangat sederhana dibandingkan jutaan penulisan yang ada di alam bloggers ini.

Diharap, teman-teman masih sudi menjalinkan silaturrahim walau penulis sudah berpindah 'halaman' baru. Sekian, informasi ringkas dari saya

Saudaramu, Thinker @ Ibnu Ma'ruf

Wassalam....

Read More..

Ahad, 15 Mac 2009

Emosiku Tidak Terganggu!


Intro

“Tutt...” (bunyi ringtone HP diiringi getarannya sekali)

“Malam ni, kita buat usrah seperti biasa jam 8.30. Ada masalah beritahu”

(mesej diterima jam 6 petang, 14 Mac, 2009)

I’m thinking. Hati berbisik... “Malam ni, ada Match besar. Manchester United Vs Liverpool”. Lalu kubalas sms tadi:

“OK, roger” (Kalimat biasa, yang saya gunakan menunjukkan tiada sebarang masalah)

Kali ini, emosiku tidak terganggu, hanya kerana berlakunya perbenturan antara hal yang penting dan tidak penting. So, choose the important thing, between two option.

================================================

Tidak dinafikan, saya seorang yang gemar bermain bola, menonton bola dan membicarakan tentang bola. Dulu, saya banyak disibukkan dengan hal-hal yang semuanya berkaitan dgn dua suku kata ini, BO LA! Ada apa dengan bola? Sehingga banyak yang terganggu kerananya.

Secara garis kasar, kita dapat lihat bahawa propaganda kuffar barat memang sangat halus. Bola Sepak telah menjadi sebuah perkara yang tidak lepas dari buah mulut di mana-mana. Cuba bayang, Negara Iraq dan Iran yang sedang bergolak dengan krisis Nuklearnya, masih mampu menghasilkan para pemain yang tangguh di peringkat antarabangsa. Tidak lepas juga negara yang sering kontroversi dengan penindasan ke atas umat islam di bahagian selatannya iaitu Thailand, masih jitu dengan pemain handalannya. Jadi, saranan saya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar segera memantapkan mutu bola sepak Malaysia, kerana Negara Malaysia sekarang sedang bergolak dan kontroversi dengan pelbagai isu. Antaranya adalah isu di Perak, hehe (just kidding).

Guys,

Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, seharusnya kita peka terhadap alam persekitaran kita. Juga peka terhadap agenda musuh Allah dan Rasul sekali gus musuh kita. Bukankah pesan nabi sudah memadai terhadap umatnya dengan hadis:

Dari Abi Sa’id radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

“Kalian benar-benar akan meniru sunnah (jalan/tata cara) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai-sampai sekiranya mereka memasuki lubang biawak kalian pun juga turut mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya : ”Apakah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab : ”siapa lagi?” [HR Bukhari, Bab Ma Dzakaro ’an Bani Isra’il 11/272]

Apakah kita merasa sejengkal dan sehasta tersebut sudah mulai masuk ke dalam jiwa dan perasaan kita? Na’udzubillah Min Dzalik. Saya jadi teringat terhadap satu email yang saya terima satu ketika dulu. Seorang isteri meminta saran kepada saya terhadap apa yang berlaku kepada suaminya. Suaminya sangat “taksub” dengan bola sepak, sehingga sanggup duduk berjam-jam di kedai mamak sehingga larut malam. Hatta, si suami pernah membawa anak dan isterinya sekali untuk menonton bola. Apa jadi dengan anak dan isteri yang sememangnya tidak suka dengan bola? dipaksa pula untuk duduk sehingga 2-6 jam tidak henti-henti (anda boleh agak sendiri). Banyak lagi kes lain yang sememangnya sudah maklum dalam benak fikiran kita. Bola sepak merupakan propaganda yang telah dipasang oleh kuffar barat, yang telah membius pemikiran dan perasaan umat islam khususnya. Perjudian, pertelingkahan, pergaduhan dan seribu macam jenayah lain yang berakar umbi darinya.

Nasihatku Kepada Umat Islam, Khususnya Buat Teman!

Jika kalian mengaku sebagai orang beriman, maka kalian perlu tahu sikap yang seharusnya tertanam dalam benak fikiran dan perasaan dalam jiwa kalian.

Jika kalian mengaku sebagai seorang yang pengemban dakwah (hamlud dakwah), maka kalian seharusnya tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul daripada sekadar menonton bola sepak yang melalaikan.

Jika kalian mengaku sebagai Hamba Allah di muka bumi ini, maka kalian perlu tahu bahawa sesungguhnya kita berasal dariNya (diciptakan oleh Allah SWT) dan akan kembali kepadaNya (dihisab di hari akhirat).

Janganlah kita terkecoh dengan bola sepak, sehingga membelakangi syariat dan agenda perjuangan islam. Dahulukanlah perkara-perkara yang memang perlu didahulukan terutamanya dalam aktiviti dakwah kalian. Bukankah misi agung Rasulullah adalah dakwah? Jadi, bingkas dan buang segala anasir yang masih melekat dalam benak dan jiwa kalian. Pupuklah diri kalian dengan nuansa keimanan serta ketakwaan yang akan membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menemukan saya ke alam aktiviti dakwah dan perjuangan islam. Yang mana, saya tidak sukar hendak memilih “YES” or “NO”. Jika diberi pilihan sama ada hendak memilih menonton bola sepak di antara Manchester United dengan Chelsea, atau Brazil dengan England, maka saya akan lebih memilih untuk menyibukkan diri dengan aktiviti dakwah. Atau... Why not reading? It’s better.

p/s: Menonton bola sepak hukumnya MUBAH. Tidak HARAM. Mengikut kaedah, sesuatu yang mubah boleh menjadi HARAM, MAKRUH dan WAJIB tergantung kepada aspek yang mempengaruhinya. Boleh jadi WAJIB ke? Makan kan MUBAH. Tapi, kalau kita kelaparan sampai satu tahap, kalau tidak makan, akan menyebabkan kemudaratan yang PASTI. So, WAJIB lah makan. Ok, its simple.

Wallahu’alam

Read More..

Sabtu, 14 Mac 2009

Buktikan Cintamu, Jangan Hanya Di Bibir Saja!


Cinta lagi. Itulah dengus seorang kawan tatkala saya sedang menulis artikel ini.

Benar kawan, cinta itu mesti dibuktikan, bukan sekadar klaim saja. Nah, begitu juga saat kamu mengaku sebagai seorang muslim, dan kamu mencintai Rasulullah Saw. Maka ia perlu dibuktikan. Satu-satunya bukti kecintaan kepada Rasulullah saw. tentu tiada lain adalah meneladani kehidupan beliau. Ingat guys, Allah SWT telah berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ

Katakanlah (Muhammad), “Jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mencintai kalian.” (QS. Ali-Imran [3]: 31).

“Hey thinker, mohon dijelaskan dong!”

Nabi Muhammad saw itu teladan bagi kita, sekali gus teladan bagi umat Islam. Sesuai atau tidak, jika kita mengambil idola yang lain? Mengidolakan selebriti, atau artis yang dual personalities? Nggak ada jaminan bagi mereka untuk menghantarkan kamu pada kebahagiaan, kecuali hanya bencana dan kenestapaan. Sedangkan mengidolakan Muhammad Saw. dan meneladani serta mengikuti langkah-langkah baginda sudah pasti membawa kebahagiaan yang bakal kalian dapatkan.


Nah, sekarang gimana sih, untuk mewujudkan cinta pada Rasul yang mulia itu? Nah, berikut di antaranya:

Pertama, kuatkan keimanan dan tauhid kamu kepada Alllah SWT. termasuk keimanan kepada nabi Muhammad saw. Pastikan kamu sedar dengan cara berfikir kamu buktikan bahawa di srbalik alam jagat raya ini ada Allah, Rabb Yang Maha kuasa. Dan Allah SWt. telah mengutus nabi Muhammad saw sebagai Rasul-Nya, yang menyampaikan risalah suci kepada manusia tentang bagaimana aturan perlu manusia ikuti.

Kedua, pelajari, fahami dan amalkan ajaran-ajarannya yang sudah tertulis dalam al-Quran dan hadis-hadisnya. So, tidak boleh tidak kita mesti belajar Islam lebih dalam lagi (daqiq). Apalagi Islam ini complete alias lengkap. So, kamu mesti mengenalinya, mulai dari masuk ke toilet hingga masuk ke negeri orang, kerana Islam mengaturnya. Belajar Fisik atau kimia aja kamu rajin dan bisa, lalu apa alasan kamu untuk nggak belajar Islam?

Ketiga, emban dan dakwahkan (sampaikan) risalah atau pesan darinya kepada siapa saja. Bener lho, ini penting. Tanpa dakwah itu, tidak mungkin Islam sampai ke telinga dan pendengaran ini, hingga kita memeluk Islam, benar nggak?

Keempat, cintai siapa pun yang Rasulullah cintai seperti keluarganya, para sahabatnya dan para pewarisnya. Juga kita mesti benci kepada siapa saja yang ia benci, seperti orang-orang kafir dan munafik. Apalagi sekarang banyak di antara mereka yg membenci Rasulullah Saw, seperti perlakuan yang menghina Nabi lewat kartun atas nama kebebasan busuk, dan black propaganda terhadap Islam.

Kelima, taati segala perintahnya dan jauhi segala larangannya. Bersikaplah kita seperti para sahabat yang selalu sami'na wa 'atha'na kepada baginda.

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

Apa yang Rasul perintahkan kepada kalian, terimalah; apa yang Beliau larang atas kalian, tinggalkanlah. (QS al-Hasyr [59]: 7).

OK Guys! Sudah tahu gimana caranya untuk meng-ekspresikan kecintaan kita dengan sebenarnya? Ayuhlah, kita segera bangkit dan bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti cinta kepada Allah, Rasul dan Islam itu sendiri.

Wallahu’alam...

Read More..

Khamis, 5 Mac 2009

Mari Mengimbau 3 Mac Sejenak

Hari ini 5 Mac 2009. Hampir 3 minggu saya tidak menukil di dalam blog ini. Saya jadi tergerak untuk menulis sedikit tentang tarikh yang menjadi titik tolak pada pejuang syariah islam di seluruh dunia ini, khususnya yang mengemban idea Khilafah, dengan moto yang jelas, “Tiada Kemuliaan Tanpa Islam, Tidak Sempurna Islam Tanpa Syariat, Tidak Tertegak Syariat Tanpa Adanya Khilafah”. Sesungguhnya, pada 85 tahun dahulu, seorang manusia yang ‘tersohor’ telah melakukan titik perubahan. Titik perubahan yang dimaksudkan ini adalah dengan menumbangkan sebuah Daulah Islam menjadi Daulah Kufur.

Tepat 3 Mac 2009 beberapa hari yang lalu, kita telah memperingati 85 tahun momentum yang paling menyakitkan bagi umat Islam di seluruh dunia, iaitu runtuhnya Khilafah. Tanggal 28 Rajab 1342 H, bertepatan dengan 3 Mac 1924, Kemal Attaturk (seorang agen British), secara resmi membubarkan Kekhilafahan Turki Utsmani. Malam harinya, Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Majid, diusir!

Empat bulan kemudian, 24 Julai 1924, Perjanjian Laussane ditandatangani. Di antara isinya, British mengakui kemerdekaan Turki sekali gus menarik pasukannya dari Turki. Merespon sikap British ini, seorang perwira British saat itu memprotes Menteri Luar Negeri British, Curzon. Dengan sinis Curzon menjawab, “Yang penting, Turki telah kita hancurkan dan tidak akan pernah bangkit lagi, karena kita telah menghancurkan kekuatan spiritualnya, iaitu Khilafah dan Islam!” (Zallum, 2001: 184).

Curzon benar. Setelah hampir 85 tahun menjadi republik, menerapkan hukum-hukum Barat sekular, dan membuang hukum-hukum Islam, Turki memang tidak pernah bangkit; kemakmuran tidak pernah terwujud, dan cita-cita untuk menjadi negara moden seperti Eropahh tidak pernah terbukti. Turki bahkan nyaris bankrap. Pada tahun 1994, 1 US$ dihargai 10.000 Turkish Lira (wang Turki). Pada tahun 2004, 1 US$ setara 1.500.000 Turkish Lira. Turki telah lama mengalami mega inflasi (di atas 100% pertahun). Di Turki kos menaiki bas awam pernah mencapai sejuta! (Fahmi Amhar, 2004).

Bandingkan keadaan Turki saat masih dalam wadah Khilafah dan menerapkan syariah. Tentang Kekhilafahan Turki Utsmani, Paul Kennedy, seorang pemikir Barat, menulis, “Imperium Utsmani lebih dari sekadar mesin militer; ia telah menjadi penakluk elit yang telah mampu membentuk satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah area yang lebih luas dibandingkan dengan yang pernah dimiliki oleh Imperium Rom…” (Paul Kennedy-The Rise and Fall of The Great Powers: Economic Change an Military Conflict from 1500 to 2000).

Kehebatan dan keagungan Khilafah Islam bukan hanya pada masa Turki Utsmani, tetapi juga pada masa-masa Kekhilafahan sebelumnya, baik Abbasiyah, Umayah dan tentu saja ketika Khulafaur Rasyidin. Terkait dengan hal ini, Paul Kennedy, kembali menulis, ”Dalam beberapa abad sebelum tahun 1500, Dunia Islam telah jauh melampaui Eropah dalam bidang budaya dan teknologi. Kota-kotanya demikian luas, rakyatnya terpelajar, perairannya sangat bagus. Beberapa kota di antaranya memiliki universitas-universitas dan perpustakaan yang lengkap dan memiliki masjid-masjid yang indah. Dalam bidang matematik, geografi, perubatan dan aspek-aspek lain dari sains dan industri, kaum Muslim selalu berada di hadapan.” (Paul Kennedy-The Rise and Fall of The Great Powers: Economic Change an Military Conflict from 1500 to 2000),

Kepastian Kembalinya Khilafah

Meski sedemikian fakta sejarah membuktikan, dan pengakuan pun datang bukan hanya dari pakar Islam, tetapi juga pakar non-Muslim, tetap saja ada pihak yang meragukan kembalinya Khilafah. Bahkan ada yang menganggap kembalinya Khilafah itu mustahil, dan orang yang hendak menegakkannya kembali itu bagaikan tengah berfantasi.

Berkaitan dengan soal di atas, perlu kami tegaskan di sini, bahawa orang yang mengatakan bahawa Khilafah tidak akan bisa tegak itulah yang justeru tengah berfantasi. Dengan izin Allah, Khilafah akan tegak kembali. Keyakinan ini ditopang oleh empat perkara:

Pertama, jaminan dari Allah kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih untuk memberikan kekuasaan di muka bumi, sebagaimana yang pernah diberikan kepada para pendahulu mereka.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُون

Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih di antara kalian, bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai untuk mereka; dan akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatu. Siapa saja yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, mereka itulah orang-orang yang fasik. (TQS an-Nur [24]: 55).

Kedua, khabar gembira dari Rasulullah SAW. berupa akan kembalinya Khilafah Rasyidah ala Minhaji Nubuwwah (berdasarkan metode kenabian), setelah fasa penguasa diktator pada zaman kita ini. Nabi saw. Bersabda, sebagaimana yang dituturkan Hudzaifah al-Yaman:

« تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلاَفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ ».

“Akan ada fasa kenabian di tengah-tengah kalian. Dengan kehendak Allah, ia akan tetap ada, kemudian Dia mengakhirinya, jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Kemudian akan ada fasa Khilafah berdasarkan metode kenabian. Dengan kehendak Allah, ia akan tetap ada, kemudian Dia akan mengakhirinya, jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Kemudian akan ada fasa penguasa yang zalim, ia akan tetap ada, kemudian Dia akan mengakhirinya, jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Lalu akan ada fasa penguasa diktator, ia akan tetap ada, kemudian Dia akan mengakhirinya, jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Setelah itu, akan datang kembali Khilafah ala Minhajin Nubuwah (berdasarkan metode kenabian).” Kemudian Baginda saw. diam. (HR Ahmad).

Ketiga, umat Islam yang hidup dan dinamik tentu akan menyambut perjuangan bagi tegaknya Khilafah dan siap mendukung perjuangan ini hingga Allah mewujudkan janji-Nya. Setelah itu, mereka akan bahu-membahu merapatkan barisan untuk menjaga Khilafah. Sesungguhnya umat ini diturunkan sebagai umat terbaik (khayroh ummah), yang akan selalu bergerak untuk mewujudkan predikat itu. Allah SWT berfirman:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

Kalian adalah umat terbaik, yang dihadirkan untuk seluruh umat manusia. Kalian harus menyerukan kemakrufan dan mencegah kemungkaran serta tetap mengimani Allah. (TQS Al-Imran[3]: 110).

Keempat, adanya gerakan yang ikhlas, yang terus bekerja dengan sungguh-sungguh siang dan malam bagi tegaknya Khilafah semata karena hingga janji Allah dan khabar gembira dari Rasulullah saw. itu benar-benar terwujud. Partai itu, sikapnya tegas, dan tidak pernah takut terhadap cacian orang yang mencaci, tuntutannya tidak pernah melunak serta tekadnya tidak pernah melemah sehingga cita-citanya tercapai. Seolah-olah ini membenarkan sabda Nabi saw. sebagaimana dikeluarkan Muslim dan Tsauban:

« لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظاَهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ…»

Akan selalu ada satu kelompok dari umatku, yang selalu memperjuangkan kebenaran. Mereka tidak akan bisa dinistakan oleh siapa pun yang menistakan mereka, hingga urusan Allah ini menang, dan mereka pun tetap seperti itu.

Sesungguhnya berdasarkan satu faktor di atas saja cukup untuk menyatakan bahawa perjuangan demi tegaknya Khilafah bukanlah fantasi. Lalu bagaimana jika keempat fakta tersebut menyatu?

Tegaknya Khilafah adalah Cita-cita dan Perjuangan Umat Islam

Dalil-dalil yang membuktikan kewajiban untuk menegakkan kembali Khilafah sangat banyak, baik al-Quran, as-Sunnah mahupun Ijmak Sahabat. Itu sudah sering dan berulang dikemukakan dalam berbagai kesempatan. Oleh karena itu, tidak perlu saya kemukakannya kembali. Apalagi masalah ini merupakan perkara ma’lûm min ad-dîn bi ad-dharûrah (urusan agama yang sudah diyakini kepentingannya-urgen).

Oleh karena itulah, lihatlah sejarah dengan jujur, sejak Baginda Rasulullah saw. wafat, umat Islam berturut-turut mengangkat para khalifah; mulai dari Khulafaur Rasyidin (Abu Bakar, Umar bin al-Khaththab, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib); Khilafah Umayah, Khilafah Abbasiyah hingga Khilafah Utsmaniyah. Selama berabad-abad umat Islam tidak pernah putus di tengah jalan untuk terus mempertahankan Khilafah. Mereka tidak pernah menunda pengangkatan khalifah baru jika khalifah sebelumnya wafat. Konsistensi sikap umat Islam ini tidak lepas dari kesedaran mereka akan kewajipan dan urgennya Khilafah bagi umat Islam. Ia sekali gus membuktikan kebenaran sabda Rasulullah saw.:

«وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ »

Sesungguhnya tidak ada nabi setelahku; yang akan ada adalah para khalifah dan mereka berjumlah banyak. (HR al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad).

Alhamdulillah, kini umat Islam mulai faham, bahawa Khilafah telah menjadi satu-satunya tuntutan mereka. Umat pun telah merindukannya. Ditambah lagi dengan fakta dan peristiwa yang terjadi akibat kejahatan negara-negara kafir penjajah—baik di Irak, Afganistan mahupun Palestina—seperti kezaliman, pembunuhan, perampokan kekayaan alam dan upaya memperhambakan rakyatnya untuk memuaskan nafsu penjajahan mereka. Semuanya itu ‘terekam’ dengan baik dalam benak umat, dan mereka sedar, bahawa umat ini membutuhkan kekuatan. Semua itu hanya bisa diwujudkan dengan Khilafah. Dengannya umat Islam di seluruh dunia ini akan bersatu padu sebagai satu umat.

Mereka juga sedar, bahawa umat Islam ini adalah satu; akidah mereka satu; agama mereka satu; al-Quran mereka satu; kiblat mereka satu; syariah mereka satu; dan kepemimpinan mereka pun—sebagaimana yang dituntut Allah dan Rasul-Nya—seharusnya satu. Itulah Khilafah Islam. Kesedaran itu kini bagaikan bola salju yang terus menggelinding (berguling). Oleh kerana itu, kembalinya Khilafah hanya persoalan waktu. Semuanya ada di tangan Allah, dan hanya dengan izin dan pertolongan Allah, Khilafah pasti akan tegak kembali! Allahu Akbar!

Wallahu a’lam...

Read More..

Jumaat, 20 Februari 2009

Pesan Untuk Teman


Siapakah teman? Mereka yang mengenal diri saya, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Baik yang pernah bertatap muka, atau hanya sekadar berkomunikasi di dunia maya. Ada yang tersengih di ruang sudut sana, mengenali diri ini, namun saya belum mengenal pasti siapakah dia, mungkin dia juga adalah teman saya. Dengarkanlah pesan ikhlas dari temanmu ini.

Dedikasi Untuk Teman


Dunia ibarat roda,
berputar pada paksinya,
sisi mana pun ia berubah,
ia tidak terlepas dalam hisabNya.

Sejumlah masalah engkau taburkan,
pilihan mengeluh ataukah redha,
kerana yang pasti bukan sekadar pasrah,
namun ikhtiyar dan usaha untuk berubah,

Teman Yang Sedang Imtihan

Petang ini, saya mendapat khabar gembira. Teman akrab saya memberitahu bahawa dia telah mendapat keputusan “A” dalam peperiksaannya (bidang medic). Lebih dari itu, dia merupakan penerima “A” tunggal dari sejumlah mahasiswa lainnya. Tahniah teman. Ada yang membuat saya lebih bangga akan dirinya. Teman saya bukan saja bagus dalam pelajarannya, malah dia aktif dalam berdakwah dan menyampaikan dengan lisannya tentang kebenaran di tengah-tengah masyarakat. Berjumpa dengan patient-nya (pesakitnya), tidak lepas dengan dakwah. Berinteraksi dengan room-matenya, dia juga akan menyelitkan perbincangan umat. Di tengah-tengah komuniti kampusnya juga, dia berusaha untuk menghidupkan nuansa dakwah menuju takwa orang-orang beriman.

Bagi teman-teman yang lain, yang akan menempuh peperiksaan sama ada esok, lusa, minggu depan atau bulan hadapan... ketahuilah, bahawasanya peperiksaan tersebut bukanlah matlamat (vital issue) terbesar bagi kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini. Nasehatku, belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar dapat menjawab segala soalan-soalan.

Namun, ada hal lain yang perlu kalian sedari, selain peperiksaan yang kalian sedang tempuh itu. Apakah tidak terlintas di hati dan dada-dada kalian tentang tugas yang belum pernah selesai sejak kalian menjadi manusia yang berakal?

Teman Yang Sedang Bekerja

Saya pernah bekerja mulai dari jam 6 pagi. Bangun pagi seawal 5 pagi, solat subuh, lalu bingkas menerjah kabus pagi menuju Ibu Kota. Selesai kerja, sekitar jam 12 tengah hari. Setelah itu, sambung masuk kerja sebagai banquet di Hotel 5 Bintang. Semuanya adalah semata-mata untuk mencari nafkah yang halal. Penat, letih, capek... semua kalimat tersebut belum dapat menggambarkan situasi saya pada saat itu. Badan yang lemah, fikiran yang selalu tidak fokus, kerana waktu yang hanya dipenuhi dengan tuntutan materi. Memori itu, belum pernah pudar, kerana ia baru berlaku 6 tahun lalu setelah selesai menduduki peperiksaan SPM.

Bagimu teman, yang sedang melalui hal yang sama saat ini. Janganlah sedih, gusar dan punah hati. Apatah lagi berasa kecewa dengan apa yang kalian hadapi. Di sisi lain, janganlah kalian fikir, bahawa kerja dan pangkat yang kita miliki di dunia ini adalah kekal, kerana ia hanyalah bersifat sementara. Saya jadi teringat lirik nasyid yang pernah bersenandung dalam diari hidup saya satu ketika dulu, tanpa saya ketahui siapakah penyanyinya;

Hidup di dunia
Banyak pancaroba
Mujahadah kerana-Nya ....

Lagu ini benar! Hidup di dunia memang banyak pancaroba. Sana sini, masalah. Dalam sepuluh perkara, mungkin hanya satu perkara suka, dan selebihnya adalah duka. Kalaupun ada 9 perkara suka, dan yang satunya duka, mungkin hanya untuk segelintir manusia. Kadang-kadang, jarang-jarang.

Wahai teman yang sedang struggle bekerja, apakah kalian pernah berfikir, apakah mujahadah terbesar sebagai hamba Allah di muka bumi ini?

Teman Yang Sedang Dalam ‘PeNCaRiaN’

Satu hari, setelah selesai solat, saya membuat para pelajar saya merasa kaget sebentar, dek kerana gaya tazkirah yang agak berbeza dari saya dengan para ustaz yang lain. Membuat manusia berfikir, itu adalah salah satu gaya dan karakter saya.

“Aiyuhas Syabab, Anak-anak dan adik-adikku sekalian. Bayangkanlah, suatu ketika kalian daripada rumah menuju ke sebuah hotel yang sangat mewah berstatus 10 Bintang (ada ke?). Kalian mempunyai objektif dan cita-cita yang hendak diraih apabila menjejakkan kaki ke dalam hotel. Mungkin saja, kalian ingin menikmati percutian yang mewah dengan pelbagai kemudahan yang ada di dalam hotel tersebut. Kolam renang yang asyik untuk kita renangi. Makanan dan minuman mewah khas untuk orang kaya sejati (haha). Terserah kalian mahu apa untuk ke sana.”

“Tapi... tatkala kalian melangkah masuk ke dalam hotel...jeng, jeng, jeng... Keadaan hening. Gelap dan malap. Lampu di dalam hotel tidak berfungsi. Entah kenapa (walau tak logik, buat-buat logik). Bayangkan ketika kalian berjalan di dalamnya, apakah mudah untuk mencapai segala benda yang diingini, cita-cita yang hendak diraih semuanya tadi? Tap! kaki tersandung. Aduh! kepala terhantuk. Hah! Langkah kita dihentikan seketika. Mengapa sedemikian sukar untuk menunaikan hajat dan cita-cita yang diimpikan?”

Apakah cita-cita seorang yang beriman? Tentu saja untuk meraih jannah yang kekal abadi. Dan apa yang pasti, jannah tidak dapat diraih, tatkala kita tidak dapat melihat jalan untuk menempuhnya. Kita berasa gelap melihat liku-liku kebenaran. Kita menjustifikasikan segala kebenaran dengan alasan konyol yang tidak berandal. Kalian beralasan sukar apabila disahut. Kalian beralasan lambat dan retorik, padahal jalan itulah yang ditempuh para nabi. Segala macam alasan yang kalian utarakan tersebut bukanlah bukti kesungguhan kalian untuk mencari kebenaran sebenarnya, melainkan hanyalah bukti kalian untuk menjauh dari hakikat kebenaran sejati.

Pesanan Terakhirku

Allah SWT menciptakan alam semesta berserta segala isinya dengan rahmat dan kasihnya. Allah SWT juga ‘bertitah’ di dalam al-quran dengan kalam sucinya dengan aturan lengkap sebagai manual bagi sekalian hambanya. Namun, kenapakah masih banyak manusia yang memilih manual selain manual dari Sang Pencipta? Ketika syaitan bersenandung dengan bisikannya, tidak ketinggalan para pengemban dakwah yang ikhlas menuangkan citra kasih dan sayangnya melalui dakwahnya. Tinggal kalian saja yang memilih, sama ada memilih bisikan syaitan ataukah menerima risalah suci kalam ilahi? memilih sesat dalam gelap gelita atau berpedoman dengan Al-quran dan sunah?

Wahai teman yang sedang dalam imtihan, sedang bekerja dan... yang sedang dalam ‘pencarian’, mulakanlah dengan mempersoalkan iman kalian. Berfikir dan merenung tentang kejadian alam, adalah kunci kepada keimanan yang benar (yang rasional). Apakah mungkin Tuhan Sang Perkasa, menciptakan manusia dengan sia-sia tanpa adanya pedoman? Tentu saja tidak! Oleh sebab itu, kita punya rasul sebagai ikutan dan panutan dalam segala hal.

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS. Al-Ahzab[33]: 36)

Wallahu’alam...

Read More..