Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman.Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya.Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan (Ramlang Porigi, pent) kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik.
Itulah petikan Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu seorang imam yang berdepan tindakan disiplin gara-gara terlibat langsung dalam masalah politik. Bagi saya, situasi ini agak aneh dan membuat saya berfikir sejenak akan makna politik yang mereka fahami. Maaf, tujuan tulisan ini tidak bermaksud untuk mengupas, samaada tindakan Sang Imam itu benar ataukah sebaliknya. Focus tulisan ini adalah berkenaan perihal politik yang sering disalahguna dan salah aplikasi oleh pihak-pihak kapitalis di luar sana. Wah, mungkin agak keterlaluan jika saya mengatakan mereka itu berideolgi kapitalis, tetapi mereka itu ber-ide dengan pemahaman ide kapitalis, dimana politik itu perlu dipisahkan dari aturan agama (idea sekuler). Bagi mereka, hak berpolitik hanya diberikan kepada individu-individu atau kelompok tertentu yang langsung tiada kaitannya dengan aturan agama.
Bagi mereka yang mempunyai dasar pemahaman agama yang daqiq (mendasar), tentu bisa memahami apakah benar apakah tidak tentang prinsip politik yang difahami oleh majority kelompok manusia sekarang. Bagi mereka yang masih memahami politik itu tidak berhak diamalkan dan diperjuangkan oleh sang imam, maka hal itu perlu mereka fikirkan dan muhasabahkan sebentar dengan melihat posisi baginda nabi sepanjang riwayat hidupnya. Kecuali apabila mereka memang tidak beriman kepada Rasulullah saw (naudzubillah min dzalik). Jadi, siapa sebenarnya yang perlu berpolitik?
Politik dan Islam
Wujudkah Politik dalam islam? Apakah islam hanya sekedar agama ibadah? Manakala politik itu terpisah sebagai entity yang berlainan dari agama. Menurut Dr. HuseinAbdullah di dalam buku DirasahFil Fikril Islam, pengertian islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad saw untuk mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, dengan dirinya sendiri dan sesame manusia. Jadi, apakah seorang menteri yang perlu berpolitik, manakala rakyat jelata tidak perlu berpolitik? Jika dilihat para sahabat nabi, mereka terdiri dari perlbagai lapisan masyarakat dan kedudukan. Namun, pernahkah mereka dipisah-pisahkan dalam masalah politik. Maksud saya, pernahkah mereka diberi hak-hak berkenaan wajib atau tidaknya berpolitik? Apa yang ada hanyalah pembagian hak berupa otoriti jawatan iaitu sebagai wali, qadhi dan amirul jihad dan beberapa jawatan lain yang disebutkan di dalam nas. Jadi, tidak muncul hak siapa yang perlu berpolitik, ini karena setiap muslim itu memang wajib berpolitik. Seorang anak kecil pernah membuat Umar Al-Khattab tersentak kaget karena pola fikir yang cerdas. Seorang petani, di kampung juga perlu berpolitik. Ketika penguasa melakukan kezaliman, maka perlu dikoreksi dan ber-amar ma’ruf wa nahi munkar. Seorang tukang kayu juga boleh berpolitik, dengan andil yang sama iaitu mereka seorang muslim yang mempunyai akidah yang sama seperti lainnya.
Pada 15 Julai lepas, mata rakyat Malaysia telah tertumpu kepada saluran TV9 untuk menyaksikan debat di antara Dato Seri Anwar Ibrahim [DSAI] dengan Dato Ahmad Shabery Cheek berhubung isu kenaikan harga minyak. Debat yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!” itu telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak media, dari rakyat kebanyakan mahupun dari golongan pemimpin sendiri.
Antara yang diperkatakan ialah siapakah yang telah menjadi pemenang dalam debat tersebut, Anwarkah atau Shaberykah? Pihak media kebanyakannya melaporkan dalam keadaan yang lebih adil terhadap kedua-dua pendebat walaupun terdapat sedikit ‘cemuhan’ bahawa Anwar Ibrahim yang dikatakan gagal menunjukkan cara yang mantap bagi menyelesaikan kemelut kenaikan harga minyak ini. Namun demikian, tidak kurang juga pihak yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Apa pun, semuanya bergantung kepada persepsi seseorang itu terutamanya kepada para penyokong masing-masing.
Tapi yang pastinya sesiapa sahaja yang menyaksikan debat pada malam tersebut dapat melihat kedua-dua belah pihak langsung tidak menyentuh jalan keluar dari krisis ini dari sudut pandangan Islam. Kedua-dua pihak gagal meletakkan Islam sebagai asas kepada perbincangan dan asas kepada segala penyelesaian. Masing-masing berhujah di dalam kerangka ‘sistem dan penyelesaian Kapitalis’. Inilah perkara yang amat mendukacitakan, walhal kedua-dua pihak adalah beragama Islam.
Sebagai seorang Islam Anwar dan Shabey sepatutnya meyakini bahawa Allah telah menyempurnakan agama ini. ‘Sempurnanya’ agama Islam bermaksud tidak ada satu perkara pun yang tidak ada penyelesaiannya dalam Islam, dan sebagai orang Islam, satu-satunya penyelesaian yang wajib di ambil adalah penyelesaian Islam. Firman Allah SWT.
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”. [TMQ al-Maaidah (5):3]
Di dalam sebuah perdebatan, apa yang ingin kita cari ialah kebenaran, bukannya kemenangan. Tidak ada guna masing-masing pihak berhujah, walau sehebat mana sekalipun hujah tersebut, apabila mereka berhujah atas dasar kebatilan. Apabila seseorang itu berhujah kerana ingin menang, kepetahan bercakap dan kekuatan hujah untuk mengalahkan lawan atau kejayaan memperkecilkan lawan menjadi ukuran ‘kemenangan’. Walhal di dalam Islam, apa yang menjadi ukuran dalam berhujah adalah kebenaran, bukannya kemenangan. Dan tidak akan ada kebenaran jika tidak dengan Islam. Justeru, kedua-dua pihak sebenarnya kalah dalam perdebatan ini. Bukan sekadar kalah, mereka sebenarnya telah berdebat dengan membelakangkan hukum Allah dan Rasul di dalam menyelesaikan persoalan berhubung kenaikan harga minyak.
Keberadaan ahli non-muslim di dalam ppi (parti politik islam) pada dasarnya adalah salah satu bentuk dari kesalahan, bahkan menyalahi syara'. Pada dasarnya, larangan untuk bermuwalah (berkawan rapat dan bersepakat) dengan orang-orang kafir mencakup juga larangan untuk mencalonkan mereka untuk menduduki jabatan-jabatan yang boleh digunakan oleh kaum kafir untuk menguasai kaum muslimin. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa sesiapa saja yang bermuwalah dengan orang-orang kafir, maka ia telah murtad (keluar dari Islam). Allah SWT berfirman:
“Siapa saja di antara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Qs. al-Mâ’idah [5]: 51).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyeksa kalian?” (Qs. an-Nisâ’ [4]: 144).
"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan henti-hentinya berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya". (Qs. Ali-‘Imran [3]: 118).
Sa’id Hawwa dan Sayyid Quthub dalam al-Wala’ menyatakan bahawa, seorang muslim yang memberikan wala’nya kepada misionaris dunia kufur, atheis dan murtad, dengan seluruh sifat-sifat kemanusiaannya, juga tidak dipandang sebagai seorang muslim. [Sayyid Hawwa & Sayyid Quthub, al-Wala’; Loyaliti (ketaatan) Tunggal Seorang Muslim, edisi endonesia; m/s.7, 2001]
Ketika menjelaskan tentang wala' yang diharamkan, Sa'id Hawwa menjelaskan bahawasanya salah satu tanda wala' yang diharamkan di dalam islam ialah; memberikan bantuan, ketaatan, dan keterikatan penuh (seumur hidup) dengan orang-orang kafir. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab, ”Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami. selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, pasti kami akan membantumu.” (Qs. al-Hasyr[59]: 11). Termasuk ke dalam wala’ jenis ini ialah perbuatan para politikus yang menyokong, mengangkat, dan membela orang-orang kafir, musyrik, dan munafik, baik sebagai individu, kelompok, atau sebagai parti/jemaah. Juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan orang-orang yang menjadi anggota, simpatisan, setuju, atau menyokong satu parti, organisasi atau lembaga sesat yang tegak di atas landasan selain islam. [ibid, hal.35-36]
Adapun hujah bagi mereka yang membolehkan bagi non-muslim untuk menyertai ppi dengan merujuk tindakan Rasulullah saw yang memasukkan orang kafir dalam piagam Madinah, di mana status orang kafir (dzimmi) tersebut adalah sebagai wakil untuk menyatakan aspirasi non-muslim yang berada di Madinah. Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawasanya boleh bagi sebuah parti politik islam untuk mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat pada pilihan raya. Jawapan bagi argumentasi tersebut adalah sebagai berikut:
Pertama, konteks Rasulullah saw ketika menetapkan piagam Madinah adalah sebagai ketua negara, bukan sebagai pemimpin sebuah parti politik, atau gerakan. Walhasil, tidak benar jika kita menganalogkan sebuah hukum, yang faktanya berbeza. Fakta pemimpin negara berbeza dengan pemimpin sebuah parti politik. Apakah kita akan menyatakan bahawa seorang pemimpin parti politik boleh merejam pelaku zina, hanya kerana berpedoman kepada perbuatan Rasulullah Saw yang pernah menjatuhkan sanksi rejam kepada seorang penzina muhshon. Tentunya, kita tidak boleh menjatuhkan sanksi kepada pezina muhson tersebut. Sebab, konteks Rasulullah Saw ketika menjatuhkan sanksi harus dilihat bahawa beliau sebagai seorang ketua negara, bukan sebuah pemimpin gerakan. Walhasil, piagam Madinah tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk membolehkan sebuah parti mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat. Sebab, konteks yang ditunjuk oleh peristiwa itu (piagam Madinah) adalah negara, bukan parti. Jadi, bila piagam Madinah —konteksnya adalah negara— diqiyaskan dengan parti, maka ini tidak dibenarkan secara ushul, sebab konteks perbincangannya berbeza.
Kedua, argumentasi jika penduduk muslimnya sedikit, maka seorang kafir boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat, sedangkan jika penduduk muslimnya banyak, kaum kafir tidak boleh dijadikan sebagai wakil rakyat, adalah argumentasi yang tidak didukung sama sekali oleh dalil, bahkan tidak memiliki dalil sama sekali. Sebab, keharaman memberikan wala’ kepada kaum kafir tidak didasarkan pada sedikit atau banyaknya jumlah kaum muslimin. Buktinya, ketika jumlah kaum muslim di Quraisy masih sangat sedikit, rasulullah saw menolak tawaran kekuasaan dari orang-orang Quraisy.
Ketiga, untuk menetapkan status hukum boleh atau tidaknya seorang muslim menjadikan orang kafir sebagai wakil rakyat, juga tidak boleh dikaitkan dengan, ”Apakah mereka mendatangi, dan meminta dicalonkan sendiri, atau tidak.” Atau, “Mereka hanya menjadi wakil rakyat ADUN atau tidak.” Sebab, pertimbangan seperti ini bukanlah dalil syara’. Jika kaum kafir dilarang menjadi penguasa, atau wakil rakyat, maka walaupun mereka meminta sendiri hukumnya tetap haram, tidak berubah.
Secara teknikalnya, ketika parti Islam telah menempatkan kaum kafir sebagai wakil rakyat, bererti bukan individu kafir itu yang mencalonkan dirinya sebagai wakil rakyat, akan tetapi parti itu sendiri. Walaupun proses awalnya, orang kafir itu yang memohon sendiri. Ketika seseorang telah menjadi wakil rakyat Parti Islam X, maknanya, orang tersebut telah dipilih dan dicalonkan oleh Parti Islam X untuk menjadi anggota legislatif, bukan orang itu mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi wakil rakyat. Sebab, orang itu tidak boleh disebut wakil rakyat Parti Islam X jika tidak dicalonkan oleh Parti Islam X sendiri.
Keempat, benar dalam pandangan Islam, seorang kafir boleh menjadi anggota majlis ummat. Akan tetapi, mereka hanya memiliki hak untuk melaporkan keburukan-keburukan pelaksanaan syariat Islam, serta kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh penguasa Islam. Sedangkan untuk memberikan aspirasi dalam hal membuat hukum, dan aturan mereka sama sekali tidak boleh dilibatkan. Namun demikian, majlis umat adalah representasi dari badan sebuah negara, bukan badan sebuah parti atau gerakan. Parti politik Islam ditubuhkan untuk memperjuangkan hukum-hukum Islam, dan mengubah masyarakat sejajar dengan ‘aqidah Islam. Oleh kerana itu, anggota parti politik harus memiliki ‘aqidah Islam, alias muslim. Dengan kata lain, parti politik Islam tidak boleh beranggotakan orang-orang kafir. Sebab, bagaimana mereka boleh mengubah sistem yang tidak Islami menjadi sistem yang Islami, sementara itu mereka tidak memiliki ‘aqidah Islam?
Tatkala, sebuah parti Islam mengangkat orang kafir menjadi wakil rakyat (calon legislatif), sama ertinya parti tersebut telah mengangkat orang kafir menjadi anggota gerakannya. Padahal, keanggotaan orang kafir dalam sebuah gerakan adalah tindakan bid’ah yang menyimpang dari tuntunan agama yang lurus.
Apakah hukum bagi non-muslim menganggotai sekali gus menjadi wakil rakyat bagi sesebuah parti politik yang berideologi islam? Adakah dibenarkan oleh syara' atau sebaliknya?
Jawapan:
Keberadaan ahli non-muslim di dalam ppi (parti politik islam) pada dasarnya adalah salah satu bentuk dari kesalahan, bahkan menyalahi syara'. Pada dasarnya, larangan untuk bermuwalah (berkawan rapat dan bersepakat) dengan orang-orang kafir mencakup juga larangan untuk mencalonkan mereka untuk menduduki jabatan-jabatan yang boleh digunakan oleh kaum kafir untuk menguasai kaum muslimin. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa sesiapa saja yang bermuwalah dengan orang-orang kafir, maka ia telah murtad (keluar dari Islam). Allah SWT berfirman:
“Siapa saja di antara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Qs. al-Mâ’idah [5]: 51).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyeksa kalian?” (Qs. an-Nisâ’ [4]: 144).
"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan henti-hentinya berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya". (Qs. Ali-‘Imran [3]: 118).
Sa’id Hawwa dan Sayyid Quthub dalam al-Wala’ menyatakan bahawa, seorang muslim yang memberikan wala’nya kepada misionaris dunia kufur, atheis dan murtad, dengan seluruh sifat-sifat kemanusiaannya, juga tidak dipandang sebagai seorang muslim. [Sayyid Hawwa & Sayyid Quthub, al-Wala’; Loyaliti (ketaatan) Tunggal Seorang Muslim, edisi endonesia; m/s.7, 2001]
Ketika menjelaskan tentang wala' yang diharamkan, Sa'id Hawwa menjelaskan bahawasanya salah satu tanda wala' yang diharamkan di dalam islam ialah; memberikan bantuan, ketaatan, dan keterikatan penuh (seumur hidup) dengan orang-orang kafir. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab, ”Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami. selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, pasti kami akan membantumu.”(Qs. al-Hasyr[59]: 11). Termasuk ke dalam wala’ jenis ini ialah perbuatan para politikus yang menyokong, mengangkat, dan membela orang-orang kafir, musyrik, dan munafik, baik sebagai individu, kelompok, atau sebagai parti/jemaah. Juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan orang-orang yang menjadi anggota, simpatisan, setuju, atau menyokong satu parti, organisasi atau lembaga sesat yang tegak di atas landasan selain islam. [ibid, hal.35-36]
Adapun hujah bagi mereka yang membolehkan bagi non-muslim untuk menyertai ppi dengan merujuk tindakan Rasulullah saw yang memasukkan orang kafir dalam piagam Madinah, di mana status orang kafir (dzimmi) tersebut adalah sebagai wakil untuk menyatakan aspirasi non-muslim yang berada di Madinah. Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawasanya boleh bagi sebuah parti politik islam untuk mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat pada pilihan raya. Jawapan bagi argumentasi tersebut adalah sebagai berikut:
Pertama, konteks Rasulullah saw ketika menetapkan piagam Madinah adalah sebagai ketua negara, bukan sebagai pemimpin sebuah parti politik, atau gerakan. Walhasil, tidak benar jika kita menganalogkan sebuah hukum, yang faktanya berbeza. Fakta pemimpin negara berbeza dengan pemimpin sebuah parti politik. Apakah kita akan menyatakan bahawa seorang pemimpin parti politik boleh merejam pelaku zina, hanya kerana berpedoman kepada perbuatan Rasulullah Saw yang pernah menjatuhkan sanksi rejam kepada seorang penzina muhshon. Tentunya, kita tidak boleh menjatuhkan sanksi kepada pezina muhson tersebut. Sebab, konteks Rasulullah Saw ketika menjatuhkan sanksi harus dilihat bahawa beliau sebagai seorang ketua negara, bukan sebuah pemimpin gerakan. Walhasil, piagam Madinah tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk membolehkan sebuah parti mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat. Sebab, konteks yang ditunjuk oleh peristiwa itu (piagam Madinah) adalah negara, bukan parti. Jadi, bila piagam Madinah —konteksnya adalah negara— diqiyaskan dengan parti, maka ini tidak dibenarkan secara ushul, sebab konteks perbincangannya berbeza.
Kedua, argumentasi jika penduduk muslimnya sedikit, maka seorang kafir boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat, sedangkan jika penduduk muslimnya banyak, kaum kafir tidak boleh dijadikan sebagai wakil rakyat, adalah argumentasi yang tidak didukung sama sekali oleh dalil, bahkan tidak memiliki dalil sama sekali. Sebab, keharaman memberikan wala’ kepada kaum kafir tidak didasarkan pada sedikit atau banyaknya jumlah kaum muslimin. Buktinya, ketika jumlah kaum muslim di Quraisy masih sangat sedikit, rasulullah saw menolak tawaran kekuasaan dari orang-orang Quraisy.
Ketiga, untuk menetapkan status hukum boleh atau tidaknya seorang muslim menjadikan orang kafir sebagai wakil rakyat, juga tidak boleh dikaitkan dengan, ”Apakah mereka mendatangi, dan meminta dicalonkan sendiri, atau tidak.” Atau, “Mereka hanya menjadi wakil rakyat ADUN atau tidak.” Sebab, pertimbangan seperti ini bukanlah dalil syara’. Jika kaum kafir dilarang menjadi penguasa, atau wakil rakyat, maka walaupun mereka meminta sendiri hukumnya tetap haram, tidak berubah.
Secara teknikalnya, ketika parti Islam telah menempatkan kaum kafir sebagai wakil rakyat, bererti bukan individu kafir itu yang mencalonkan dirinya sebagai wakil rakyat, akan tetapi parti itu sendiri. Walaupun proses awalnya, orang kafir itu yang memohon sendiri. Ketika seseorang telah menjadi wakil rakyat Parti Islam X, maknanya, orang tersebut telah dipilih dan dicalonkan oleh Parti Islam X untuk menjadi anggota legislatif, bukan orang itu mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi wakil rakyat. Sebab, orang itu tidak boleh disebut wakil rakyat Parti Islam X jika tidak dicalonkan oleh Parti Islam X sendiri.
Keempat, benar dalam pandangan Islam, seorang kafir boleh menjadi anggota majlis ummat. Akan tetapi, mereka hanya memiliki hak untuk melaporkan keburukan-keburukan pelaksanaan syariat Islam, serta kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh penguasa Islam. Sedangkan untuk memberikan aspirasi dalam hal membuat hukum, dan aturan mereka sama sekali tidak boleh dilibatkan. Namun demikian, majlis umat adalah representasi dari badan sebuah negara, bukan badan sebuah parti atau gerakan. Parti politik Islam ditubuhkan untuk memperjuangkan hukum-hukum Islam, dan mengubah masyarakat sejajar dengan ‘aqidah Islam. Oleh kerana itu, anggota parti politik harus memiliki ‘aqidah Islam, alias muslim. Dengan kata lain, parti politik Islam tidak boleh beranggotakan orang-orang kafir. Sebab, bagaimana mereka boleh mengubah sistem yang tidak Islami menjadi sistem yang Islami, sementara itu mereka tidak memiliki ‘aqidah Islam?
Tatkala, sebuah parti Islam mengangkat orang kafir menjadi wakil rakyat (calon legislatif), sama ertinya parti tersebut telah mengangkat orang kafir menjadi anggota gerakannya. Padahal, keanggotaan orang kafir dalam sebuah gerakan adalah tindakan bid’ah yang menyimpang dari tuntunan agama yang lurus.
Soalan: Dalam keghairahan beberapa Parti berasaskan Islam dunia hari ini melibatkan diri dalam pilihan raya untuk mendapat tempat dalam pemerintahan, mereka mula mencanangkan keahlian kepada non-Muslim. Soalan saya ialah apakah pendapat Hizbu Tahrir berkenaan dengan keanggotaan mereka ini dalam parti Islam dan saya memandang seperti ada benda yang tidak kena?
Jawapan: Tidak dibenarkan secara syarei bagi sebuah parti Islam menerima keanggotaan non-muslim. Ia berdasarkan kepada firman Allah SWT :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar." [TMQ Ali 'Imran (3) : 104].
Berkaitan dengan ayat di atas, Syaikh Abdul Hamid Al-Ja'bah dalam kitabnya Al-Ahzab fi Al-Islam berkata :
فكلمة " منكم " في الآية تمنع أن تكون الجماعة أو الحزب من غير المسلمين و تحصر ذلك في المسلمين فقط
"Maka kata "minkum" (di antara kamu) dalam ayat di atas mencegah sebuah kelompok atau parti dari (menerima keanggotaan) orang-orang non-Muslim, dan membatasi keanggotaannya kepada orang-orang Muslim sahaja." [Syeikh Abdul Hamid Al-Ja'bah, Al-Ahzab fi Al-Islam, hal. 120].
Syeikh Ziyad Ghazzal menyatakan pendapat yang sama dalam kitabnya Masyru' Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah (RUU Parti politik dalam Negara Khilafah) di dalam fasal berkenaan keanggotaan parti politik (syuruth al-'udhwiyah fi al-ahzab as-siyasiyah) hal. 46 :
أن يكون مسلما لان الحزب السياسي يستهدف العمل السياسي عامة دون تخصيص فهو يقوم بانتقاد الأحكام الشرعية التي تبناها الخليفة وأعوانه بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويقوم اعوجاجهم إذا انحرفوا عن الشرع ويشهر السلاح في وجه الخليفة إذا ظهر الكفر البواح وغيرها من الأعمال السياسية فهو يستهدف العمل السياسي عامة وهذا يحتم أن يكون الأعضاء من المسلمين لان طبيعة الأحزاب السياسية واعمالها فرضت ذلك
"[Anggota parti Islam] hendaknya seorang Muslim, kerana parti politik [Islam] bertujuan untuk melakukan aktiviti politik secara umum, tanpa pengkhususan. Tugas parti politik Islam adalah bertujuan untuk mengkritik terhadap hukum-hukum syarak yang diadopsi oleh khalifah dan para pembantunya, melakukan amar ma'ruf nahi mungkar terhadap mereka, meluruskan penyimpangan mereka jika mereka menyimpang dari syarak, dan mengangkat senjata di hadapan khalifah jika khalifah menampakkan kekufuran yang nyata, serta aktiviti-aktiviti politik lainnya. Jadi, parti politik (Islam) bertujuan melakukan aktiviti politik secara umum. Ianya mengharuskan angggota-anggotanya mesti dari kalangan kaum muslimin, kerana karakter parti-parti politik (Islam) dan aktivitinya telah mewajibkan hal itu (keislaman anggotanya)." [Syaikh Ziyad Ghazzal, Masyru' Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah, Dar Al-Wadhah li An-Nasyr, 2003, hal. 46].
Oleh yang demikian, menurut Syaikh Ziyad Ghazzal, keislaman anggota parti politik Islam adalah suatu kewajiban, kerana merupakan tuntutan yang muncul dari karakter dan aktiviti parti politik Islam. Sebagai contoh, aktiviti parti politik Islam adalah melakukan amar ma'ruf nahi mungkar. Dan ayat al-quran telah memastikan, bahawa amar ma'ruf nahi mungkar ini adalah karakter khas umat Islam, bukanlah non-Islam. Firman Allah SWT :
"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." [QS Al-Imran (3) : 110]
Banyak ayat lain yang menerangkan, bahawa amar ma'ruf nahi mungkar adalah ciri khas umat Islam, dan bukan bagi non Islam. Misalnya Surah Ali 'Imran : 114, Surah A-A'raaf : 157, Surah At-Taubah : 71, dan Surah At-Taubah : 12. Sebaliknya, orang non Islam, khususnya Yahudi, tidak saling melarang berbuat mungkar (Surah Al-Ma`idah : 78-79), dan orang munafik bahkan menyuruh yang mungkar dan mencegah dari yang ma'ruf (Surah At-Taubah : 67). Jadi tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar tidaklah akan mampu dipikul, kecuali oleh umat Islam.
Dengan demikian jelaslah, bahawa secara syarei haram hukumnya bagi sebuah parti politik Islam menerima keanggotaan dari non muslim. Wallahu a'lam