Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Selasa, 22 Julai 2008

Sekilas Tentang Sekularisme

Baru-baru ni, saya berjumpa dengan beberapa student di IPT. Ada persoalan mendasar ditujukan pada saya. "Apa itu Sekularisme". Suddenly, my thinking wheel start to searching something. Nak mula bicara dimana. Dan secara spontan saya jawab pada student tu.

Sekularisme ada satu pemikiran, satu idea, satu slogan atau yang sejenis dengannya, yang mengatakan urusan kehidupan mestilah dipisahkan dari agama. Terbalik pun tak pa, pemisahan agama dari kehidupan. Atau dengan maksud lain, dunia tu dunia la jangan campurkan agama. Atau sesetengah orang suka pada term Islamik, duniawi tak boleh campur dengan ukhrawi. Mana-mana satu pun maksudnya tetap satu iaitu Allah SWT tidak berfungsi SEPENUHNYA dalam urusan kehidupan kita, maka idea itulah yang dinamakan sekularisme.

Saya bagi contoh, misalkan masa 24 jam yang berjalan setiap hari ini dibahagikan dalam bentuk peratusan. Maka sekularisme mengatakan, agama tidak berfungsi penuh dalam 100 % masa kita. Ada kala kena guna peraturan hidup yang bukan dari agama. Lebih spesifik, katakan 20 % dari sehari kita hidup kita spend untuk agama (mungkin solat), baki 80 % kita hidup dengan peraturan bukan agama. Jadi, kita sekular.

Ada pun bagi sesetengah golongan pula yang dilabel lebih Islamik atau warak atau 'alim, bagi mereka 80 % masa sehari dihabiskan untuk agama, lagi 20 % pula dihabiskan dengan peraturan selain agama. Jadi, mereka pun tetap sekular.

Apatah lagi, orang yang kata dunia dan akhirat kena balanced (seimbang), 50-50 la.. Yang ni lagi teruk sekularnya !

"Habis tu bagaimana yang tak sekular ?" tanya seorang student lagi.

Saya jawab, "udkhulu fissilmi kaffah" maksudnya masuk Islam secara kaffah (total), 100%.

"Kalau cegitu, camana nak kerja, cari makan, study.." tanya student tu tadi.

Saya jawab, setiap perbuatan ada hukumnya. Hukumnya telah termaktub dalam syari'at Islam. Dari hal yang sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, dari hal dalam hati hingga ke hal pentadbiran bumi dan alam semesta, semuanya terangkum dalam syari'at Islam. Masalahnya sekarang, ajaran Islam itu diperkecilkan, dipersempitkan, diperlecehkan hingga menjadikan Islam sebagai agama ritual semata-mata. Banyak hukum-hukum dan peraturan-peraturan Islam dilenyapkan dari pengetahuan umat. Dakyah barat, sekularisasi berjaya diterap oleh barat hingga menjadikan Islam terpinggir sebagai sebahagian kecil peraturan hidup, itu pun sekadar peraturan berhubungan peribadatan sahaja. Sebab tu kalau kita lihat hari ini, Islam banyak dikaitkan dengan fiqh solat, puasa, haji, zakat, munakahat sahaja. Sedangkan yang lain, tak disentuh langsung dalam silibus pengajian dari peringkat tadika hingga ke PhD. Sebab barat takut umat Islam memahami Islam secara total.

Dan selain itu, kita boleh lihat ulama’-ulama’ dan ustaz-ustaz hari ini sibuk dengan bab fiqh fardhiyyah (fekah keperibadian) sahaja. Bab akhirat disentuh hanya tentang solat, haji, puasa.. jika sempurna semua tu, maka masuk syurga lah, katanya. Padahal banyak lagi fiqh siyasi (politik) yang membentuk ibadah jama'iyyah yang tak disentuh. Politik Islam, sosial Islam, ekonomi Islam, 'uqubat Islam, pemerintahan Islam dan lain-lain tidak termasuk dalam pengajaran yang perlu didedahkan kepada umat.

Jadi, sesiapa yang masih dalam pemikirannya terpalit idea sekularisme, hendaklah dia mengikisnya agar tidak terpesong dari aqidah Islam yang murni. Setiap amal kita bergantung kepada mafahim (persepsi) kita tentang kehidupan hari ini dan kemudian (akhirat). Jika kita masih meyakini Allah hanya akan membalas 20 % atau 80 % dari amalan hidup kita di dunia ini, maka awas anda sedang dilamun mabuk sekularisme yang mengheret anda ke jurang jahannam. Na'uzubillahi min zaalik !

Katakan, “Islam YES, Sekuler NO!”

Wassalam

0 comments: