Ketika menaip artikel di komputer saya pada malam ni (khamis), entah kenapa mata saya terlirik ke kaca televisyen yang kebetulan ayah saya menonton rancangan Gadis Melayu di tv9. Dalam hati kecil saya terdetik soalan, apakah motif rancangan ni sebenarnya. Ini kerana, ia langsung tidak mendidik dan mendedahkan kriteria sebenar seorang gadis yang diinginkan oleh seorang suami (termasuk saya le). Apa yang kelakarnya, peserta kebanyakannya ditanya tentang seputar tanggungjawab dan peranan seorang isteri di dalam rumah tangga. Bahkan, soalan silih berganti bertanyakan berkenaan asas sebagai seorang muslimah seperti solat, adab berbusana, berhijab dan sebagainya. Tapi yang kelakarnya, seorang juri (yang saya tidak kenal namanya – sebab tak follow up pun rancangan ni) tidak mengenakan khimar (kain kerudung). Eh, apa ni? Macam tak kena je. Lawak pun ada. Kuang...kuang
Aiyuhal Muslimin Wal Muslimat, saya bukanlah ingin mengungkap aib seseorang dan keburukan rancangan yang disajikan kepada masyarakat kini (kerana memang majoritinya memang buruk pun), tetapi saya prihatin dan khawatir jika masyarakat kita terus menerus disajikan dengan tontonan yang ‘kosong’ ini tanpa adanya pemahaman yang benar bagaimana sepatutnya jati diri seorang muslim dan muslimah. Bagi seorang lelaki soleh, tentu saja akan mencari wanita solehah, tidak kira wanita itu berbangsa Melayu ataukah bangladesh, kesolehan adalah ranking nombor satu yang diletakkan oleh seorang lelaki dan begitu pula bagi seorang muslimah bagi pasangan mereka.
Maka dari itu, saya menyeru kepada yang membaca coretan ringkas ini agar memahami bahawa untuk mendapatkan yang terbaik haruslah dengan berusaha untuk menjadi yang terbaik, walau pada hakikatnya manusia itu tidaklah sempurna (kerana hanya Allah swt dzat yang maha sempurna). Namun, sebagai hamba yang beriman, kita haruslah senantiasa menjadikan akidah islam sebagai asas kepada seluruh amalan kita. Lelaki soleh tidak mungkin ada di disko, atau sedang melepak di Mall, saat ini, tetapi mereka sedang ‘melepak’ di tempat-tempat yang baik dan beraktiviti yang baik misalnya di masjid atau sedang mentelaah di perpustakaan. Begitu juga wanita solehah tidak mungkin berada di taman-taman sambil bercanda dengan lelaki bukan muhrimnya, dan tidak mungkin wanita muslimah itu sedang berhias dengan mempertontonkan tubuh gebunya di khalayak ramai (yang lebih parah ketika dipublikasikan di massa seperti di majalah dan koran), kerana sudah barang tentu wanita solehah itu sedang menolong ibunya di dapur ketika waktu lapangnya, atau sedang mengadakan usrah dengan teman-temannya dan berbincang tentang tantangan wanita solehah di era milenium ini.
Singkat, tapi padat. Biarlah tulisan saya ini singkat, tapi dapat mengisi ruang dan lohong pemikiran yang hampir-hampir diisi oleh bisikan syaitan. Kerana syaitan senantiasa mengambil setiap kesempatan yang ada. Semoga diambil iktibar dan kebenarannya. Mulai dari pemimpin yang berkuasa untuk menerapkan aturan di tengah-tengah masyarakat, dan menguatkuasakan sebuah aturan haruslah melaksanakan sebuah sistem dan aturan islam untuk diterapkan di dalam kehidupan. Setelah itu masyarakat, haruslah dibina dengan sahsiyah dan pemahaman islam agar amar ma'ruf nahi munkar menjadi satu amalan dan budaya mereka, dan setiap individu di dalam masyarakat haruslah dididik dengan tsaqafah islam agar yang haq dan bathil dilihat dengan kacamata islam dan bukan lainnya. dapat dibayangkan, mungkin setelah itu, wujud rancangan Gadis Solehah, dan bukan lagi gadis melayu, hehe.
Wallahu’alam...
Jumaat, 28 November 2008
Gadis Melayu Atau Gadis Solehah?
Labels: Perihal Pria Dan Wanita
Posted by thinker at 2:24 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
salam.
masyarakat kita sudah semakin keliruuu~
salam,
yup, kekeliruan tersebut sudah berakar umbi. Jaid, sama2 lah kita berusaha utk memberi kefahaman kpd mereka, dgn terjun di dlm masyarakat.
Kefahaman ttg keilmuan islam, perlu ditekankan, disamping membongkarkan segala pemikiran rosak yg ada di tengah2 mereka.
Wassala...
Catat Ulasan