Baru-baru ini, Hizbut Tahrir Amerika (HTA) telah mengeluarkan selebaran rasmi di beberapa laman web rasmi gerakan ini. Seruan yang berjudul, "Bersama dalam Pilihan raya Amerika: Kerjasama dalam Kebaikan atau Kemaksiatan" itu dikeluarkan pada tanggal 29 Syawal 1429 H bersamaan dengan 28 Oktober 2008. Namun, pada pertengahan bulan ini mereka telah mengeluarkan artikel secara terbuka dalam beberapa laman web mereka. Mereka menyeru kepada umat islam di Amerika untuk berdakwah hanya dengan mengikuti metode Rasulullah saw, iaitu dengan cara intelektual dan perjuangan politik, bukan dengan cara demokrasi.
Setelah bertahun-tahun, Hizbut Tahrir Amerika tidak terdengar, bahkan beberapa kalangan Barat pun tertanya-tanya. Kemunculannya hari ini mendapat reaksi dari beberapa kalangan. Madeleine Gruen, salah seorang yang senantiasa mengikuti perkembangan gerakan ini. Di dalam sebuah laman web, beliau menulis tanggapannya dengan judul, "Hizbut Tahrir Amerika, Mungkin Siap untuk Tampil Dimuka Publik". (Judul asal bertajuk : Hizb ut-Tahrir America May Be Ready for Its Public Debut)
Di dalam tulisannya, beliau mengatakan bahawa Hizbut Tahrir Amerika (HTA) mungkin sudah bersedia untuk keluar dari cengkaman. Beliau menambah, sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Amerika telah dikeluarkan di dalam laman web mereka. Ini adalah merupakan pertama kalinya organisasi global tersebut, telah menyatakan secara rasmi kewujudan Hizbut Tahrir Amerika.
Risalah, bertarikh 28 Oktober 2008 ini berjudul "Bersama dalam Pilihan raya Amerika: Kerjasama dalam Kebaikan atau Kemaksiatan". Menurut Madeline Gruen, tulisan tersebut menyeru umat islam Amerika untuk tidak ikut serta dalam pemilihan Presiden AS.
Menurutnya lagi, di beberapa negeri di mana HT telah beralih dari fasa pembinaan secara senyap kepada terang terangan. Ini kerana, keanggotaan cabangnya telah cukup setia untuk mempertahankan kewujudan HTA dari agen-agen pemerintah tempatan. Keanggotaannya telah cukup besar untuk memberi impak yang berpengaruh, di samping memiliki para anggota berpengaruh yang dapat meyakinkan orang lain akan tujuan dan metode untuk mendirikan negara Islam.
Walau demikian, menurut Gruen, dirinya mengetahui tentang kewujudan HTA selama bertahun-tahun, dan telah melihat tanda-tanda tidak rasmi dari keberadaan para anggota mereka sendiri, sekalipun belum melihat demonstrasi terbuka secara besar-besaran anjuran HTA atau laman web rasmi mereka.
Gluen berkata, “kami tidak memiliki cara yang spesifik untuk menentukan anggaran jumlah anggota dan sejauh mana pengaruh mereka lagi. Namun, sambutan rasmi keberadaan HTA, seperti yang digambarkan oleh publikasi leaflet di dalam laman web khilafah.com, mungkin menunjukkan bahawa kepimpinan HT melihat HTA sudah cukup kuat untuk menyampaikan informasi secara terbuka atas keberadaannya dan menambah potensi keterbukaan yang datang dengan pengetahuan tersebut.
Madeleine Gruen menyebutkan dalam tulisan sebelumnya yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2007 (rujuk : http://www.jamestown.org) lalu, menyatakan bahawa gerakan ini mengajak (baca : berdakwah) umat islam untuk berjuang bersama-sama di Amerika Syarikat. Banyak golongan profesional, termasuk doktor, peguam, para pengusaha, ilmuwan, jurutera dan profesor universiti terpengaruh oleh gerakan ini. Menurutnya, keanggotaan HT telah berjaya merangkumi New York, Orange County, Chicago dan Milwaukee.
Sementara itu, Hizbut Tahrir Amerika telah menyatakan dengan tegas dalam risalahnya yang berbunyi, "Kami akan terus terlibat dalam usaha dakwah ini untuk mengembalikan kehidupan Islam ini di dalam "perut binatang" demokrasi barat ini. Kami mengundang anda semua (umat islam) untuk bergabung dalam usaha ini sehingga kami mendapatkan keberhasilan dalam kehidupan dan juga setelah kehidupan."
Hizbut Tahrir merupakan gerakan parti politik global yang jaringannya tersebar luas lebih dari 40 negara, baik di negeri umat islam seperti Pakistan, Malaysia, Bangladesh, Indonesia ataupun negeri Timur Tengah seperti di Palestin, Lebanon, Kuwait, Yaman dan bahkan sangat aktif di negara-negara Eropah seperti di British dan Denmark, dan sehinggalah di negara Australia. Hizbut Tahrir juga telah menjangkau ke negara bekas Uni Soviet (Rusia), sehingga mampu berpengaruh kuat di Ukrain.
Rabu, 19 November 2008
Hizbut Tahrir Amerika, Bersedia Tampil Di Negara Uncle Sam
Labels: Global News
Posted by thinker at 11:17 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan