Di tengah-tengah pandangan masyarakat dunia yang tertuju terhadap terpilihnya Obama sebagai Presiden AS, tentera AS telah menyerang dengan ganasnya di Afghanistan dan Iraq. Serangan udara tersebut telah mengorbankan sebanyak 37 orang awam.
Presiden Hamid Karzai mengatakan, "sekitar 40" orang awam mati dalam serangan tersebut di distrik Shah Wali Kot di Provinsi pada hari Senin. Pemerintah Kandahar mengirim satu pasukan penyiasat dan polis ke desa Wacha Bakhta untuk menyiasat insiden itu. Peristiwa tersebut menimbulkan perselisihan baru di antara pemerintah Kabul dan pasukan sekutunya di peringkat antarabangsa.
"Siasatan kami menunjukkan bahawa 37 orang awam dan 26 askar Taliban mati dalam serangan udara itu dan 31 orang awam dan tujuh askar yang lain cedera," kata pemerintah dalam sebuah pernyataan.
Pasukan tentera AS sedang menyiasat tenteng kejadian tersebut dan belum mengesahkan bahawa adanya korban dari orang awam dalam serangan tersebut.
Sementara itu di Pakistan, sebuah pesawat yang diduga milik AS telah melancarkan serangan rawak ke Waziristan Utara, wilayah suku Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan. Sepuluh orang awam dianggarkan telah terkorban.
"Serangan terjadi di kawasan perbatasan. Kami menerima laporan 10 orang terkorban, dan memerlukan sedikit waktu untuk mendapatkan laporan yang lebih lengkap.," kata pegawai tentera.
Pasukan AS di Afghanistan, yang tertekan akibat meningkatnya serangan yang melintasi perbatasan dari wilayah Pakistan, telah melakukan berbagai serangan ke Pakistan dengan serangan rawak sejak awal September.
Atas nama "war on terrorism" yang sebenarnya adalah "war on Islam", pasukan AS melakukan serangan ganasnya ke Afghanistan dan kawasan Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan. Pakistan termasuk salah satu sasaran berikutnya bagi Amerika setelah melakukan kebiadabannya di Irak dan Afghanistan.
Menurut Taji Mustafa, tak ada perubahan yang nyata pada pasca terpilihnya Obama sebagai Presiden AS,. Bahkan menurut perwakilan media Hizbut Tahrir Inggeris ini, Obama telah menyatakan keinginannya untuk menyerang Pakistan serta mengintensifkan peperangan di Afghanistan. Obama juga terus mempromosikan kapitalisme yang telah membawa malapetaka. Selain itu, Obama telah berikrar untuk senantiasa menyokong pendudukan brutal Israel di Palestin.
"Di manakah letaknya perubahan ‘yang sesungguhnya’ dari kebijakan-kebijakan George W. Bush?” tanya Taji.
Jika korban umat islam yang begitu banyak kerana ancaman Amerika ini terus terjadi sehingga hari ini, lalu apa yang diharapkan dari Obama? Benar apa yang dikatakan Taji Mustafa bahawa perubahan yang nyata itu bagi dunia Muslim hanya dengan menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah, sebuah institusi yang bakal menyatukan umat Islam di seluruh dunia.

0 comments:
Catat Ulasan