Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Selasa, 18 November 2008

Pentingnya 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar' di kalangan Umat Islam

Merujuk pada tajuk di atas, saya ingin menceritakan realiti umat islam yg berlaku di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Dewasa kini, kita sering mendengar tentang permasalahan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi krisis rohani yang mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan di sisi Allah SWT khususnya, dan di kaca mata masyarakat dunia amnya.

Lihatlah bagaimana nasib yang telah menimpa saudara seislam kita di seluruh dunia. Mereka hidup dalam keadaan kesengsaraan yang mana mereka telah menerima penindasan yang cukup hebat dari golongan-golongan yang sememangnya benci dan tidak mahu melihat Islam gah di muka bumi ini. Walaupun menerima nasib yang sedemikian, namun rintihan-rintihan suara mereka yang sayu, langsung tidak pernah dihiraukan oleh umat Islam yang lain supaya mereka dapat dibantu untuk menghapuskan kekejaman musuh-musuh Islam ke atas mereka.


Malah terdapat juga orang-orang Islam yang telah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam supaya menjatuhkan serta menindas umat Islam yang lain. Pemimpin-pemimpin Islam yang zalim telah dijadikan sebagai boneka mereka untuk melaksana dan meneruskan cita-cita serta impian keemasan mereka selama ini. Ini terjadi akibat tiada lagi kekuatan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT serta sensitiviti terhadap Islam itu sendiri sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Islam semata-mata untuk mencapai dan memenuhi kepentingan diri sendiri.


Pihak-pihak yang mencegah maksiat hanyalah badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan dan bukanlah keseluruhan umat islam itu sendiri. adakah peranan seorang muslim hanya terbatas pada dirinya sendiri tanpa mengambil tahu hal saudara seislam mereka yang lain? jawapannya jelas sekali tidak. in kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud:


"Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggar batas-batas Allah. Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”. ( Riwayat Bukhari dan At-Tirmidzi ).
Di dalam hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perlu ada suatu golongan yang menyeru ke arah ma’ruf dan mencegah dari sebarang unsur kemungkaran. Kewajipan untuk melaksanakannya di kuat lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru ke arah makruf dan mencegah dari sebarang kemungkaran, sesungguhnya mereka itulah golongan yang berjaya”. ( QS Al-Imran[3] : 104)

Terdapat banyak hadis lain yang menyatakan bahawa apabila sesuatu maksiat dilakukan secara rahsia, maka kesan buruknya secara amnya terbatas kepada orang yang melakukannya. Walau bagaimanapun apabila sesuatu maksiat dilakukan secara terang-terangan dan tidak dicegah oleh masyarakat sekitarnya maka kesannya akan menimpai semua orang tidak kira yang melakukan maksiat atau tidak.

Perkara ini adalah disebabkan fikiran orang-orang yang tidak melakukan maksiat mungkin akan terpengaruh kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain akibat suasana maksiat yang terserlah. Mereka yang tidak benci kepada maksiat pasti tidak akan mencegah maksiat oleh pelaku maksiat. Lantaran itu Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud :
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
.
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperoleh keuntungan ( khianat terhadap amanah)
3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).
4. Suami taat pada isteri ( dayus ).
5. Anak menderhakai ibu bapa.
6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).
7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.
11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.
12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
13. Orang y ang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )”.

( Riwayat At-Tirmidzi )


Wallahu'alam...


0 comments: