Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Khamis, 11 Disember 2008

3 In 1 – Antara Realiti & Persoalan

Ini bukanlah tulisan mengenai jenama syampu atau pencuci muka, tetapi ia adalah tulisan yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian mengenai 3 pengamatan dan pengalaman saya dalam satu hari, tepatnya pada hari kedua Aidiladha. Ketika itu, saya menziarahi teman-teman saya di tempat kerja lama saya di Plaza Lowyat (syurga komputer bagi yang rajin ke sana). Mmm... pengalaman ini, perlu untuk saya kongsikan bersama kerana ia menyangkut hal-hal yang sudah termasuk kategori lazim di dalam masyarakat kita.

Pengalaman Pertama – Pernikahan Melayu & Cina

Ketika saya berjumpa dengan teman-teman saya, saya juga sempat berjumpa dengan beberapa kenalan rapat saya yang berbangsa cina. Secara tepatnya mereka adalah bekas manager saya dan beberapa ‘supplier’ barang komputer di sana. Banyak yang saya borakkan, mulai dari pengalaman pekerjaan baru sehinggalah menyangkut hal-hal peribadi masing-masing. Namun, di sela-sela perbualan, Vincent (seorang supplier barang komputer) bercerita tentang perkahwinannya yang baru berusia 3 bulan. Dia meluahkan kepada saya, bahawa sebelum ini dia mempunyai ‘girlfriend’, tetapi suka mengajak beliau ke disko dan tempat-tempat hiburan, layaknya bagi muda-mudi kini yang suka enjoy (macam cerita puteri lah; “yang penting kita enjoy”). Jadi, dia berfikir bahawa perempuan sebegini bukanlah perempuan yang dicarinya untuk dikahwini. Ini kerana, dia berkata; “kahwin bukan untuk satu, dua hari lho. Kita mau kahwin sampai mati wo”. (mmm... pandai jugak berfikir dia ni, walau bukan muslim ek!). Dia sambung lagi, “nanti, kalau sudah kahwin sama itu amoi aa... kahwin sekejap saja, nanti dia sudah lari. Ooo... tak mahu ooo!”. (maksud dia, kalau kahwin dengan perempuan yang suka enjoy tu lah)

Setelah itu, saya menemui dengan salah seorang teman lama saya ketika bekerja di situ. Lalu, terungkaplah satu kisah lagi berkenaan pernikahan. Teman saya bertanyakan pendapat saya tentang perkahwinan yang sedang dialami temannya. Temannya kini sedang berada di dalam ‘ombak’ pernikahan. Pernikahannya sedang terumbang-ambing kerana kerapuhan interaksi di antara kedua pasangan. Kini, sang isteri menuntut cerai daripada suaminya. Isterinya menganggap bahawa dia sudah tidak mencintai sang suami, dek kerana suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami secara sejatinya. Apa yang menyedihkan, ketika teman saya bertanya kepada sang suami tentang asas pernikahan mereka pada mulanya, sang suami hanya menjawab, dia berkahwin hanyalah kerana suka-suka, tanpa dia mengetahui untuk apa pernikahan itu sebenarnya. Kelakar bunyinya kan? Ia tidak aneh, kerana pernikahan yang dijalani oleh pasangan muda mudi kini tidak dilandaskan pada dasar yang dituntut oleh syariat islam itu sendiri. Tidak perlu jauh-jauh bertanya, sila bertanya kepada muda mudi yang di sekeliling anda, dan silakan tanya; “Apakah makna sebuah pernikahan?”. Tentu ada yang menjawab bahawa pernikahan itu hanyalah ‘tuttt’ semata”. Setelah dia jawab, ambil air satu baldi dan siramlah ke mukanya, dan katakan kepadanya; “dah bangun ke belum?”, haha. Saya yakin, dia sedang tidur dibuai mimpi.

Guys, berapa banyak pernikahan yang terjadi seperti ini di luar sana? Dan apakah bezanya antara orang Melayu dan cina? Lebih tepatnya, apakah beza orang yang mengaku muslim, tapi tidak tahu ajaran islam itu sendiri. bab nikah? Lagilah, fail!

Pengalaman Kedua – Surau Itu Kini Sudah Berubah

Lama sangat berborak dan bercerita dengan teman saya, sehingga waktu pula mengekori tanpa kami sedari. Seiring itu juga, waktu asar sudah masuk meninggalkan waktu zuhur. Saya berjalan menuju ke tingkat UG (upperground) untuk ke surau yang ‘terbesar’ di KL, haha. Kaki saya melangkah menuju ke surau tersebut, sambil terbayang keadaan surau tersebut yang usang, sempit dan tiada tempat wudhu’ yang khusus untuk para jemaah. Jemaah harus mengambil wudhu’ di bilik kecil di antara tandas lelaki dan wanita, yang hanya tersedia satu paip bawah dan paip sinki. So, hanya satu orang sahaja yang boleh mengambil wudhu’ dalam satu masa, baik laki-laki mahupun wanita. Perkara tersebut sering diperkatakan oleh orang-orang yang mengunjunginya, tetapi tiada tindakan yang diambil untuk mengatasinya. Apa yang lebih menyedihkan, tempat solat muslimah berada di bahagian hadapan tempat solat muslimin. Ia Cuma dipisahkan oleh dinding kayu yang nipis. Untuk ke kawasan tempat solat wanita pula, perlu melalui cela-cela bahagian tepi tempat solat muslimin yang lebarnya hanya sekitar 2 meter. Anda boleh bayangkan, ketika waktu solat maghrib, jemaah yang melimpah menyukarkan muslimah yang berada di luar dan dalam untuk keluar dan masuk. Bagi muslimin pula? Mereka perlu ‘queue’ di bahagian luar seperti keadaan haji di Makkah.

Namun, setelah sampai di sana, saya terus ke ‘tempat wudhu’. Namun, ‘kakak cleaner’ yang jaga di situ, memberi tahu saya bahawa surau telah dipindahkan ke aras B2 (basement 2). Dan katanya, surau yang baru itu kini lebih besar dan ‘much better’ dari yang sebelum ini. Kakak ni memang peramah (kerana dia tahu bahawa dia sedang berborak dengan seorang peramah agaknya, hehe). Saya tak tanya pun, dia dah jawab semuanya. Thanks kak, for the information. Kini, kaki saya melangkah menuju ke aras B2 tersebut. Langkah saya sangat cepat kerana teman saya sedang menunggu saya, untuk minum bersama. Wah, banyak betul member yang nak ajak minum ni, hihi. Ternyata gambaran kakak tadi benar. Ingin saya sertakan gambarnya, tapi saya tidak membawa kamera digital bersama, dan kamera HP saya tidak clear (maklumlah handphone murah, hehe), so saya tidak snap gambar surau tersebut. Alhamdulillah, ternyata setelah lama didirikannya bangunan tersebut (baca : shopping complex), baru kini ia mempunyai surau yang sejati layak bergelar surau.

Persoalan muncul lagi, “jika surau tempat beribadah menjadi rumit sebegini, lalu orang yang ingin mengerjakannya pun sukar untuk melaksanakannya. Bagaimana dengan perkara-perkara ma’ruf yang lain?”

Pengalaman ketiga – Hati-hati di Masjid


Hari sudah mendekati malam. Matahari kian terbenam. Saya meminta izin kepada teman-teman saya untuk pulang dan solat maghrib di rumah saja, walau teman saya menyuruh agar lebih lama di sana dan solat di situ saja. Motosikal saya meluncur laju melewati alur jalan raya yang biasa saya lalui. Tanpa diminta, azan berkumandang tepat ketika saya lewat di hadapan masjid di kawasan rumah saya. Hati kecil saya mengajak solat di masjid untuk mengambil keutamaan solat. Saya bertawakal dan ‘mengikat’ motor saya dan meletakkan sandal berjenama ‘carvil’ di tempat teratak yang disediakan. Hati kecil saya berbisik, insyaAllah selamat (Cuma sandal, bukan kasut).

Usai solat, saya tidak langsung berganjak. Saya ikut bertakbir dan berzikir bersama imam dan jemaah. Jujur saja, memang saya sudah lama tidak berjemaah maghrib di masjid tersebut kerana kesibukan (moga ia bukan alasan). Jadi, saya mengambil kesempatan yang telah diberikan oleh Allah SWT tersebut dengan sebaiknya. Hati saya bergetar sedikit, entah kenapa. Moga dosa-dosa saya diampunkan oleh Allah SWT (ameen). Usai solat rawatib, saya terus menuju keluar untuk pulang. “Innalillah Wainna Ilaihi Roji’un”, lafaz tersebut langsung keluar dari mulut saya secara spontan. Pasrah dan redha yang mampu saya ungkapkan, walau ada sedikit kecewa. “Sandal saya hilang”. Sepantas kilat mata saya tertuju ke arah motosikal saya, sama ada ia menerima nasib yang sama ataukah sebaliknya. Alhamdulillah, motor saya tetap di situ tidak bergerak walau seinci pun. Fuh... nafas lega saya hembuskan. Saya menuju ke motor saya dengan berkaki ayam. Ketika saya hendak pergi, saya lihat ada seorang lelaki yang seolah-olah berada seperti posisi saya. Sedang mencari-cari sesuatu, dan saya yakin abang tersebut sedang mencari sandalnya yang hilang. Saya menyapanya, dan bertanyakan apa yang sedang dicarinya. Ternyata tekaan saya tepat, dan saya berceritakan hal yang sama kepada abang tersebut. Bayangkan saja, abang itu bercerita kepada saya bahawa motosikal temannya hilang karburatornya di masjid ini juga, dan pelbagai hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku di masjid, telah terjadi di sini.

Apabila masjid dihuni Sang Pencuri dan tidak selamat bagi penghuninya. Maka, apakah masih ada tempat yang lebih aman dan selamat darinya?

Wallahu’alam

4 comments:

khilafaharmy berkata...

Dalam capitalism, ana suka satu quote.. "No one is ever safe, nowhere is ever safe"..
Masjid pun jadi tumpuan..

thinker berkata...

haha, yela tu. ana ni dah byk kali sebenarnya jd mangsa di masjid. menyebabkan anabila nk g masjid, terfikir selipar buruk mana yg masih tinggal utk dipakai, hehe.

Syukron akhi, di atas komennya. mg kita mengambil iktibar dr apa yg dikongsikan di atas...

wassalam...

khilafaharmy berkata...

Ada satu teknik xnak hilang selipar yg ana rasa praktikal dan mudah.. anta letak selipar terbalik..
Agak menyusahkan si pencuri sebab menambah masa dia mencari2 selipar untuk dicuri, sedangkan dia dalam keadaan tergesa2... So, kebarangkalian untuk selipar dicuri dapat dikurangkan...

Selamat mencuba

thinker berkata...

syukron di atas sarannya. ada jugak yg bg saran kpd ana, letak selipar tu di tempat yg berbeza.misalan, satu letak di hujung sana, dan satu lg letak di hujung sini, hehe. tp tulah, time nak solat tu, kadang kita nk rush, n x terfikir plak benda ni. walauapepun, mg kita terhindar dr segala mcm musibah...

wassalam...