Pagi itu, matahari telah naik dan menyingsing waktu subuh. Seorang pemuda telah bersiap siaga untuk berangkat kerja. Waktu menunjukkan jam 8 pagi. “ah, terlalu awal”. Bisik hati sang pemuda, kerana ‘punch card’ kerjanya adalah jam 10 pagi. Manakala perjalanan menuju ke tempat kerja pula hanya mengambil waktu 1 jam untuk sampai dari rumahnya. Namun, kenderaan itu terus dipacu. Liku perjalanannya setiap kali untuk pergi kerja adalah dengan melalui Jalan Ampang. Siapa yang tidak kenal jalan ini, maka dia boleh dikategorikan bukan orang KL atau penetap di KL. Jalan Ampang antara jalan yang sesak di waktu pagi dan petang. Waktu pergi dan pulang dari kerja. Bayangkan saja, jalan ini dimulai dari susur keluar dari Lembah Jaya sehinggalah ke persimpangan Jalan Tun Razak.
Kenderaan terus dipacu sehinggalah melalui jalan selekoh berhampiran tempat kerjanya. Kereta dipandu, jalan dilewati, manakala tempat yang dituju belum kelihatan. Kesegaran pagi dan kedinginan aircond di pagi itu tiba-tiba bertukar hangat. Ton! ton........! ‘sang kancil’ membunyikan hon di persimpangan kiri jalan. Tanpa banyak fikir, kereta diberhentikan, dan pemuda tadi keluar dan memaki-maki pemandu kereta kancil tersebut. Egonya tercabar. Akal sang pemuda tidak berfungsi secara sihat. Walau matahari pagi menerikkan kesegaran hembusan cahayanya. “Wei, apa hon-hon, tak puas hati ke?”. “Eh, apa ni bang, abang masuk simpang tak bagi signal, saya hon la, abang yang salah”. “Abih, ko tak puas hati?”. Nasib baik ada orang ramai yang mendamaikan perang tersebut. Kalau tidak, kota yang aman dan nyaman, pasti akan berubah situasinya tatkala ada bom meledak. BOM!
Dengarkan satu kisah lagi. Jam menunjukkan 11 pagi. 2 jam lamanya berada di dalam kapal terbang, kini sang pemuda telah sampai di Jakarta, ibu kota Indonesia. Sang pemuda pelancong dari Malaysia. Beberapa minit kemudian ia mula meninggalkan ‘bandara’ (bahasa indon : airport) dengan menaiki bus, dan deruan pesawat juga kian hilang dari pendengaran. Pemuda tadi ingin ke Bogor untuk berjumpa dengan teman baiknya ketika berada di Malaysia. Setelah sampai di Bogor, ia terpaksa menaiki ‘angkut’ (singkatan untuk ‘angkutan kota’) yang berfungsi sebagai ‘public transport’ di sini. Ada pengalaman aneh yang membuat pemuda itu berfikir sejenak, dan akhirnya dapat membuat kesimpulan. Ton! Ton, hon dari kiri. Ton! Ton!, hon dari kanan. Ton! Ton!, hon dari belakang. Ton! Ton!, hon dari depan. Ton! Ton!, hon entah dari mana arahnya. Guys, itu memang sudah kebiasaan orang sini. kebiasaaan yang telah menyatu menjadi kultur budaya. Jika orang di sini dihon, mereka akan merasa diberi isyarat sesuatu dari kenderaan tersebut, dan bukan berasa marah kerana hon tersebut. Sama ada kenderaan yang meng-hon tersebut ingin memotong kita atau kenderaan tersebut ingin melalui selekoh yang sama di jalan kita, atau apa saja sih yang kedengarannya tidak membuat orang angkuh dan arogan.
Jika di Malaysia, jika orang membunyikan hon kereta, dan mengisyaratkan kepada kita. Maka ia dianggap ‘kurang ajar’, dan membuat kebanyakan orang marah. Perlu dicatat, bukan semuanya yang bersifat demikian. Ada orang yang hanya mengangkat tangan ketika dihon, tanda minta maaf atau memberi senyuman sebagai tanda mesra (moga saja kita tergolong demikian). Saya ingin ketengahkan satu perkara dalam pembahasan ini. suatu perkara/amalan buruk yang menjadi budaya dalam masyarakat bukan terjadi sendirinya. Tetapi melalui proses tersendiri dalam masyarakat tersebut. Masyarakat ditakrifkan sebagai komuniti manusia yang mempunyai perasaan, pemikiran dan peraturan yang sama (3P). Ketika perasaan yang mendominasi di tengah-tengah masyarakat sudah tidak cenderung islami, manakala pemikiran yang terdidik dalam kultur pendidikan dan sosial mereka sudah bukan lagi islam, maka apa yang berlaku adalah masyarakat akan bergeser dari islam itu sendiri. Perasaan dan pemikiran dalam masyarakat mungkin boleh dipulihkan jika penerapan hukum islam ditegakkan ke atas mereka. Namun malang, peraturan yang diterapkan ke atas mereka pula bukan sistem islam, tetapi sistem selainnya. Mungkin saja Sosialis, dan mungkin saja Kapitalis (yang ketara kini). Tidak ada yang ketiga setelah keduanya, melainkan islam. Tetapi islam hanya diambil separuhnya (mungkin tidak sampai separuh). Manakala yang lainnya diabaikan.
Jadi, terbentuknya budaya yang rosak (baca : tidak islam) di dalam masyarakat adalah hasil dari tidak diterapkannya peraturan islam yang berakibat kepada kerosakan pemikiran dan perasaan masyarakat itu sendiri. Konsekuensinya, masyarakat semakin lama akan terbiasa dengan kultur dan budaya yang semakin jauh dari islam. Untuk memperbaikinya pula, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengubah 3P tersebut. Masyarakat haruslah dididik dengan tsaqafah islam dalam benak mereka. Lalu, perasaan mereka terus menerus disuntik dengan masalah pahala dan dosa, syurga dan neraka, redha dan murka Allah SWT. Dengan terwujudnya gelombang pemikiran dan perasaan tersebut, masyarakat akan mula bangkit dengan gelombang kebangkitan sejati dan hakiki. Kebiasaan-kebiasaan yang rosak itu sudah tidak perlu dikhawatirkan lagi, kerana ia akan hilang secara alami ketika masyarakat sudah menjadikan islam sebagai qiyadah fikriyah mereka.
Kesimpulannya, mulai dari individu yang merupakan sebahagian dari masyarakat harus memulai proses pembaikan ini. Lalu, ajaklah masyarakat di kelilingnya dengan mewujudkan kutlah dan berjuang bersama. Ini kerana, nabi juga berjuang di dalam kelompok islam dan bukan sendirian. Intinya, inti pati dan tsaqafah islam haruslah dipelajari secara mendalam dan disampaikan kepada masyarakat untuk mengubah 3P di atas. insyaAllah, kebangkitan yang selama ini didambakan akan segera terealisasi. AllahuAkbar!
Wallahu’alam...
Selasa, 16 Disember 2008
Antara 2 Hon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan