Lagi-lagi isu tudung. Sebenarnya penulis seolah-olah sudah jemu membahaskan isu ini berulang kali. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang mendalam terhadap perkara yang menyangkut hal-hal yang ma’ruf, maka penulis terpanggil untuk menulis ringkas tentangnya. Isu tudung (baca : jilbab) adalah isu yang tidak kunjung sudah di kalangan masyarakat yang masih mengadopsi fahaman sekular terutama di kalangan artis-artis muslim di seluruh dunia. Ada yang memakai tudung, tapi tembus pandang sehingga kelihatan rambut di atas kepala. Ada yang pakai tudung, tapi hujungnya diikat di leher, sehingga nampak leher dan dada. Ada yang pakai tudung, tapi tidak labuh dan mendedahkan dada. Jika begitu halnya, apakah perbezaan antara pakai dan tidak? Tentu saja orang di luar sana ada yang berbisik mengatakan, “Lebih elok begitu, daripada tidak pakai langsung”. Hei mr. rand mrs! Apakah hak anda untuk membolehkan dan menidakkan sesuatu itu mengikut akal anda? Apakah halal ditentukan oleh nalar pemikiran anda? Dan yang haram itu ditakrifkan oleh perasaan dan naluri anda? Jawablah hal itu di hadapan Allah nanti, jika benar hal demikian!
Kali ini, ketika membaca Berita Harian (18/12/08), isu ini sekali lagi memaparkan kekaburan media sekali gus pemahaman yang sekular ini di khalayak umum. Cukup dengan membaca perenggan ini:
Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri. (baca : http://www.bharian.com.my).
Akan jelaslah bahawa media kini tidak memainkan peranan sebagai penyebar informasi yang benar dalam perspektif islam. Saya tidak bermaksud ingin mengumbar aib sesiapa. Tapi, disebabkan hal ini dipaparkan secara umum dan meluas, maka ia boleh diungkapkan atas dasar tujuan amar ma’ruf nahi munkar. Kali ini, tudung yang dipaparkan (lihat gambar) adalah tudung yang merosak imej muslimah bertudung. Tudung apa jika hanya menutup rambut di bahagian belakang sahaja? Lalu rambut, leher dan dada terdedah. Bukan hanya itu, perbuatan ber-tabarruj juga sangat jelas dipertonton. Guys, apa yang terpapar di media massa adalah sekelumit permasalahan dan secebis penyakit yang melanda umat islam di mana-mana. Tidak perlu melihat jauh ke arah artis-artis kita. Anda ada rumah bukan? Lihat keluarga anda. Buka tingkap dan pintu anda, dan lihatlah jiran anda. Masih tidak ketemu? Ok, sekarang berjalan keluar menuju market atau shopping komplex berdekatan, lihatlah makhluk-makhluk yang ada di situ? Atau anda masih tidak puas? Berjalanlah lagi sehingga menuju ke taman-taman, pusat rekreasi, pusat hiburan dan ibu kota, akan anda dapati banyak ‘artis’ yang berkeliaran di situ. Bukan setakat tudung sahaja yang bermasalah, tetapi baju yang ketat dan menampakkan dada, seluar yang ketat atau pendek mencecah lutut yang memperlihatkan body natural mereka. Ah, letih memikirkan mereka.
Tapi, disebabkan kita adalah seorang mukmin yang harus peduli tentang mukmin lainnya, maka seharusnya kita harus peka tentang isu ini. Tidak perlu saya bahas panjang mengenai isu tudung ini kerana sudah banyak posting-posting yang lalu sudah diungkapkan dan dibincangkan dengan mendalam. Mulailah langkah kita sebagai individu yang hidup di tengah-tengah masyarakat agar memahami dan mendalami islam sedalam-dalamnya. Lalu, berpesan-pesanlah kalian (termasuk penulis) kepada keluarga sendiri, Suami kepada Isteri, isteri kepada suami, ayah kepada anak, anak kepada ibu, abang kepada adik, adik kepada kakak dan begitulah seterusnya. Ketika berinteraksi dengan masyarakat sampaikanlah islam dengan cara-cara yang mengkesankan, dan elakkan menyampaikan dengan cara yang bosan dan menghambarkan. Pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk menyampaikan dan menasihati. Perlu dicatat, ia bukan bererti kita harus berkompromi dalam hal-hal yang sudah jelas di dalam islam. Tegas dan sabar ketika menyampaikan perlu ada sebagai seorang da’i (penyeru kebaikan, bukan ustad je).
Wallahu’alam
Khamis, 18 Disember 2008
Tudung Ikut Keselesaan???
Labels: Perihal Pria Dan Wanita
Posted by thinker at 11:13 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
golongan seperti inilah yg akan diazab lebih di akhirat krn mereka tahu hukum hakam dlm bertudung tetapi memperlekehkannya, manusia-manusia yg tdk menegur akan dituduh subahat dan penggalak. Smoga terbuka pintu hati mereka utk berubah dan mengakui hukum tuhan.
ameen... ya, smg demikian halnya. kerna nabi pernah bersabda: "Orang yg bijak adalah org yg kembali ke jalan yg benar tatkala menyedari kesalahannya..."
Catat Ulasan