Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?
Cinta. Ramai orang berikrar atas nama cinta. Tidak salah jika saya mengatakan semua manusia yang bernyawa mempunyai naluri cinta (kecuali yang tidak berakal dong!). Ada manusia yang mulia kerana cinta, dan ada yang pula hina kerananya. Cinta ibarat bidadari yang tidak mengenal siapa pemujanya. Seorang komposer mengarang lagu cinta, seorang penyanyi menyanyikan lagu cinta, seorang pendengar menikmati lagu cinta. Semua itu, adalah kerana energi cinta yang sangat kuat dan memberi impak kepada pemujanya. Mungkin barangkali, komposer, penyanyi dan pendengar cinta, jika ditanyakan kepada mereka, mengapa memilih cinta, dan tidak yang lain? tentu mereka sendiri berfikir-fikir apakah jawapan yang seharusnya diberikan untuk nilai sebuah kalimat cinta.
AKU SEDANG INGIN BERCINTA
KARENA
MUNGKIN ADA KAMU DISINI
AKU INGIN
(Dewa – Sedang Ingin Bercinta)
Guys, maaf, saya sengaja membeber kalimat cinta seputar makna yang mendominasinya saja, iaitu cinta yang bersifat seksualitas. Hakikatnya, cinta adalah kalimat dan pemahaman yang subjektif. Itulah yang ingin saya bawakan dalam wacana penulisan kali ini. Bukan niat berbasa-basi, tapi saya sengaja menggunakan teori konspirasi, hehe (just kidding).
Cinta adalah apabila kita melakukannya, lalu mendapatkannya, maka kita akan berasa bahagia. Maka, cinta dan bahagia berkait rapat bagaimana ukuran (standard) kebahagiaan itu. Seorang peserta lumba lari, berasa cinta akan kemenangan demi kemenangan dalam acara yang disertainya, yang mana apabila dia berjaya memenangi sesuatu pertandingan, maka dia akan berasa bahagia sekali. Itulah kecintaan yang bersifat prestij. Seorang pemilik kereta (seperti kereta Ferrari), berasa sangat mendalam cinta terhadap keretanya, sehingga ia berasa perlu untuk menggilap setiap hari. Dia tidak sanggup walau ‘secuil’ debu melekat pada kereta kesayangannya. Inilah cinta yang bersifat materi. Seorang lelaki yang berusaha memikat seorang wanita yang dicintainya. Dia berusaha dengan segala cara agar wanita tersebut membalas cintanya, yang mana kebahagiaan itu hanya akan muncul tatkala cintanya dibalas dengan positif oleh sang wanita. Inilah cinta yang bersifat seksualitas. Dan itu semua lumrah.
Lalu, bagaimana dengan anda? Pernah merasakan suatu cinta di dalam diri anda? Yang dengan memiliki cinta itu, kita akan berasa bahagia. Bahagia itu akan muncul hanya tatkala cinta itu kita perolehi. Ada orang cintakan kebendaan, wang, pangkat, prestij, pujian dan lain sebagainya. Semua itu, akan membawa Sang Pencinta kepada sisi kebahagiaannya. Oleh sebab kebahagiaan yang diukur hanya sebatas gemerlapan fatamorgana dunia, maka klasifikasi cinta ini hanyalah sebatas cinta yang rendah. Manakala kebahagiaan yang dicapainya adalah kebahagiaan yang temporal.
Cinta Orang Beriman
Manusia beriman tentu saja berbeza dengan manusia yang tidak beriman. Manakala, dikatakan manusia beriman itu adalah kerana iman yang tertancap di dalam dada orang-orang beriman. Iman itu, menghasilkan akar (akidah) yang menjadi dasar pada setiap perbuatannya sehari-hari. Sebelum melaksanakan sesuatu, seorang mukmin akan melihat aspek halal dan haram di sisi keimanannya. Apakah dibenarkan ataukah dilarang di sisi keimanannya. Yang lebih tepat adalah, apakah dibenarkan (dihalalkan) ataukah sebaliknya (diharamkan) oleh Allah SWT. Jika dibenarkan (mubah) ia bisa memilih untuk berbuat. Jika diperintahkan (diwajibkan), ia akan melaksanakan serta-merta (tanpa banyak bicara). Apabila dilarang (diharamkan), maka ia terus meninggalkan dan menjauhkannya. Begitulah tuntutan bagi seorang yang beriman tatkala mengukur kebahagiaannya. Cintanya hanya satu! Iaitu cintanya kepada Allah SWT. Kecintaan yang satu itu akan menghantarkan kepada kecintaan lainnya (yang dituntut), iaitu cinta kepada Rasul & ajarannya (al-quran dan sunah).
Seorang beriman, cinta untuk belajar kerana cinta kepada tuhannya. Dia takut menjadi orang bodoh, kerana seruan untuk menuntut ilmu dari penciptanya. Dia cinta kerjanya juga kerana tuhannya. Dia takut akan dipersoalkan kelak di hari akhirat, apakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk menafkahkan anak dan isterinya. Seorang beriman juga cinta kenderaannya. Dia menggilapnya, mencucinya dan menjaga keselamatannya. Dia cinta kepada kenderaannya, kerana itulah satu-satunya kenderaan yang akan memudahkannya bergerak di medan dakwah. Manakala perintah berdakwah itu berupa seruan dari tuhannya. Bagi seorang pemuda yang beirman pula, ia mencintai seorang muslimah lantaran keluhuran akhlaqnya (agamanya), lalu dia nekad untuk mengkhitbahnya untuk dijadikan sebagai isteri yang sah. Lalu, dengan pernikahan tersebut, ia akan melalui liku-liku dakwah bersama dengan sang isteri yang dicintai itu. Dakwah kerana siapa? Tentu saja kerana perintah dari tuhan yang maha Esa.
Kesimpulannya, seorang beriman, tatkala melakukan segala sesuatu yang perkara, ia bukanlah kerana dorongan nafsiyahnya semata, melainkan lahir dari dorongan akidahnya. Dengan memahami untuk apa dia diciptakan, dan ke mana dia sesudah sirna penciptaan ini, lalu dia beriman dan berharap akan berjumpa dengan tuhannya dalam keadaan yang sangat baik, kerana cinta orang beriman BUKAN CINTA BIASA.
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
(Mestica – Destinasi Cinta)
Wallahu’alam...
Khamis, 22 Januari 2009
Bukan Cinta Biasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
satu penjelasan yg indah.
congrates!
Catat Ulasan