Pada hari ini, tubuh yang dipanah terik matahari tidak terasa panasnya. Peluh yang keluar dari tubuh akibat hidrasi panasnya mentari di tengah hari itu tidak terasa kapan keluar dan kapan keringnya. Peluh tersebut terus keluar, mengikut sunah alam, sambil memegang sepanduk yang tertulis “WAHAI TENTERA! SYURGA MENANTIMU DI GAZA”. Laungan Allahu Akbar berkali-kali, tanpa saya dapat mengira sudah berapa puluh atau ratus laungan tersebut telah dikumandangkan.
Hari ini (9 Januari 2009), penulis bersama teman-teman dari rakan seperjuangan syabab Hizbut Tahrir Malaysia dan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan satu seruan berkenaan isu di Gaza, Palestin usai solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid berdekatan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, dan setelah itu menuju ke Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberi memorandum. Nasrah-nasrah yang menyeru tentera kaum muslimin di seluruh dunia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk segera berjihad di jalan Allah telah diberikan kepada hampir seluruh jemaah yang ada dan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di situ.
Laungan yang mendominasi seruan tersebut iaitu ‘AllahuAkbar’ sememangnya telah memberi spirit kepada seluruh pendemo, tanpa penulis sedari bahawa suara ini telah habis disejat entah oleh apa tanpa saya sedari. Semangat yang didorong oleh akidah telah ‘membakar’ seluruhnya. Tidak ketinggalan, para pemandu yang lalu di jalan yang dilalui oleh kami ada yang turut melaungkan takbir. Tidak aneh, kerana memang isu-isu sebegini telah banyak menyatukan kaum muslimin di seluruh dunia. Namun, timbul pertanyaan. Haruskan kesatuan kaum muslimin di seluruh dunia ini dibayar dengan ratusan, ribuan hatta jutaan kematian? Perlukah, sauadara kita dibunuh untuk kita bersatu dengan saudara yang lain? tidak perlu dijawab, kerana saya yakin, jawapan anda sama dengan saya iaitu ‘TIDAK!’.
Dimulai dari bergelarnya seseorang itu sebagai seorang muslim, maka dia selayaknya bergelar saudara seakidah. Tanpa bangsa apakah dia, warna kulit apakah dia, keturunan siapakah dia, dan pangkat apakah yang disandang, semua sudah diiktiraf oleh Tuhan Yang Esa di dalam firmannya di dalam al-quran:
“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (QS Al-Hujuurat[49]: 10)
Bukan sekadar saudara, lebih dekat lagi, Rasulullah saw menggelar muslim sesama saudaranya adalah ibarat satu tubuh yang saling terkait. Tepatnya Rasulullah saw bersabda:
“Perumpamaan orang – orang mukmin dalam konteks solidaritas ialah bagaikan satu tubuh manusia, jika salah satu anggota tubuhnya mersakan kesakitan maka seluruh anggota tubuhnya yang lain turut merasa kesakitan dan berjaga – jaga (agar tidak berjangkit pada anggota tubuh yang lain ” (HR. Bukhari dan Muslim) dan “ Orang – orang beriman bagaikan sebuah bangunan, antara satu bagian dan bagian yang lain saling menguatkan sehingga melahirkan suatu kekuatan yang besar ” (HR. Bukhari dan Muslim).
Ibnu Uyainah berkata bahwa Ayyub pernah mengatakan: "Sungguh, bila aku mendengar berita kematian seseorang dari kalangan Ahlu Sunnah, maka seolah-olah ada anggota tubuhku yang tanggal." (Hilyatul Auliyaa' 3/9)
Dengan dasar dan nalar argumen syar’i di ataslah, harus kita sedari, bahawa tidak seharusnya semua ini terjadi. Tidak seharusnya saudara-saudara kita merana dan mati di sana tanpa adanya bantuan dari tentera kaum muslimin di seluruh dunia. Bulu roma saya meremang, ketika syabab HTM menyerukan satu kalimat yang sempat saya rekam dalam memori saya. Seruan tersebut berbunyi begini, “Wahai Panglima Tentera, untuk apakah senjata-senjata kalian? Kalau bukan untuk dijadikan senjata syahid?”, “Wahai Panglima Tentera, untuk apakah latihan ketenteraan yang kalian lakukan, kalau bukan untuk syahid di jalan Allah?”.... dan banyak lagi.
Ya benar. Senada dengan seruan rakyat Palestin yang berbunyi, “Wahai Tentera Kaum Muslimin, untuk apakah senjata-senjata yang kalian miliki? Kalau bukan untuk membela saudara seakidahmu? Jika kalian tidak mahu dan bacul, maka berikanlah kepada kami, biarkan kami berjuang di jalan Allah, sama ada menang atau mati syahid”. Allahu Akbar!
Bukan semata-mata sentimen emosi dan ekspresi. Apa yang dilakukan oleh para syabab Hizbut Tahrir termasuk penulis dalam seruan tersebut adalah didasarkan oleh kesedaran dan kewajipan (moga-moga demikian). Bukan wang, bukan perubatan, bukan tangisan solusinya. Tetapi jihad! Jihad! Dan jihad! Persoalannya jihad oleh siapa? Tentu saja tidak dipikul oleh rakyat Palestin, tetapi oleh seluruh kaum muslimin seluruh dunia (jika kalian masih mengaku rakyat Palestin itu saudara kalian). Tapi bagaimana? Adakah dengan membeli tiket ke sana, lalu bersama-sama rakyat Palestin dan Hamas berjihad? Iya, boleh saja. Tidak ada siapa yang menyalahkan. Tetapi adakah ia ‘solusinya’? penyelesaiannya? Tanpa senjata yang canggih? Tanpa ketenteraan yang kuat? Tanpa strategi peperangan yang akurat? Dan.......... adakah hanya Israel, musuh kalian? Musuh saya? musuh umat islam? Fikirkan!
Demo pada hari ini telah menjawabnya, tanpa perlu mengambil masa yang lama. Sebuah negara kesatuan kaum muslimin yang bergelar ‘KHILAFAH’ is the only solution. Harga darah kaum muslimin harus dibayar dengan setara dan lebih dari itu. Rejim Zionis Yahudi harus dibalas dengan tiupan isyarat jihad oleh Panglima tentera umat islam. Justeru itu, para pendemo berjalan sambil melaungkan seruan, takbir dan slogan-slogan mengecam Israel menuju ke arah Bangunan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberi memorandum yang mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk bertindak segera menyelamatkan Gaza daripada kebiadapan Regim haram Israel. Hizbut Tahrir Malaysia sebuah parti politik global telah mengajak umat untuk mendesak ATM untuk melakukan jihad sebenar iaitu ketenteraan.
Secara ringkasnya, memo yang cuba disampaikan oleh HTM kepada ATM adalah, bahawa senjata yang kita miliki bukanlah untuk perhiasan semata-mata tetapi perlu digunakan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Palestin. Penguasa kaum Muslimin telah melakukan jenayah yang besar sekiranya Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Apa yang menyedihkan penguasa kaum muslimin hanya melakukan ‘kutukan’ dan meluahkan ‘kesedihan’ sahaja. Malah, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.
Memo mengobarkan semangat jihad untuk menyelamatkan kaum muslimin Palestin dari dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah. HTM mengingatkan bahawa tenteralah yang layak dan berkeupayaan untuk melaksanakan kewajipan ini. Pihak tentera dinasihatkan supaya tidak mendukung para pemimpin yang pengecut dan telah mengkhianati kaum Muslimin. HTM menekankan bahawa jihad adalah penyelesaian sebenar kepada masalah ini dan sekiranya dilakukan, mereka akan mendapatkan bantuan dari Allah, kerana Allah telah menjanjikannya di dalam firmannya,
“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].
Wallahu’alam...
pautan yang berkaitan:
Blog Angkatan Tentera Malaysia
4 comments:
ana ingat pendek je posting demo ni..
huh, bile bc, meremang blu ana..
betul3..
penyelesaiannya hanya dgn Jihad..
AllahuAkbar
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Ya Allah, saksikanlah bahawasanya kami telah menyampaikan...
hanya JIHAD solusinya
dan sesungguhnya mereka-mereka (mudah2an kita termasuk di kalangan 'mereka-mereka' itu, InsyaAllah) hanya merindukan satu di antara dua pilihan, SYAHID atau KEMENANGAN..
Bukan sekadar bantuan untuk 'hidup' yang diperlukan oleh saudara2 kita di Palestin sana..Saudara kita yg terlibat dlm MERCY M'SIA ke Palestin apabila bertanyakan bantuan apa yang boleh diberikan kepada rakyat palestin sejurus selepas bantuan perubatan dll yang diusahakan untuk diberi kepada penduduk Gaza dihalang dari memasuki Wilayah sempadan, menerima jawapan yang menyentap perasaan sesiapa yang mendengarnya,
" KAMI TIDAK MENGIDAMKAN MAKANAN ATAU MINUMAN UNTUK HIDUP KERANA MUNGKIN TIADA LAGI HARI INI UNTUK KAMI. KAMI TIDAK MENGHARAPKAN UBAT-UBATAN UNTUK MERAWATI LUKA-LUKA KAMI KERANA SETITIS DARAH YANG MENGALIR INI ADALAH BUKTI JIHAD KAMI DI HADAPAN ALLAH KELAK..KALIANLAH YANG HARUS KEMBALI KE RUMAH-RUMAH KALIAN!..DIDIK DAN AJARILAH ANAK-ANAK KALIAN AGAR MENGENALI ERTI SEBENAR MENJADI SEORANG MUSLIM, ERTI SEBENAR JIHAD DAN KEMULIAAN SYAHID DI JALANNYA..KAMI TERLALU LETIH MENJERIT DAN MENGHARAP KEPADA KALIAN..PULANGLAH..DAN SEMOGA ANAK-ANAK KALIAN TIDAK MEWARISI SIKAP PENGECUT KALIAN!...KAMI TELAH MENYEDIAKAN JAWAPAN KAMI DI HADAPAN ALLAH KELAK..BAGAIMANA DENGAN KALIAN???"
Renungkan bersama...
waduh, mantap banget komennya. seru sekali. smg yg membacanya sadar akan hal tersebut. AllahuAkbar
أللَّهُمَّ إنَّا نَسْألُكَ خِلآفَةً رَاشِدَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، تُعِزُّ بِهَا الإسْلآمَ وَ أهْلَهُ وَ تُذِلُّ بِهَا الْكُفْرَ وَ أهْلَهُ ، إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Yaa Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu Negara Al Khilafah Al Raasyidah yang mengikuti Manhaj Kenabian, yang dengannya mulialah Islam beserta umatnya dan dengannya pula hinalah kekufuran beserta penganutnya. Sesungguhnya, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Catat Ulasan