Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Khamis, 1 Januari 2009

Tahun Baru 2009 – Tiada Apa Yang Baru

Malam ini saya berkunjung ke masjid As-Syakirin KLCC, dengan harapan ingin melihat realiti sambutan tahun baru di ibu kota, di samping menghadiri satu forum di masjid tersebut. Usai solat berjemaah isyak di sana, saya terus berpartisipasi di dalam acara forum yang diselenggarakan oleh pihak pengurusan masjid dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Seperti yang dijangka, speaker hanya menyentuh hal-hal biasa di dalam kehidupan kita. Mungkin ada satu content yang agak lain, iaitu apabila speaker menyentuh tentang agenda Plurisme dan Liberalisme. Namun, speaker mungkin terlupa dengan Sekulerisme. Speaker membicarakan bahaya itu dan ini, namun speaker masih tertinggal untuk membahaskan sistem yang pincang, yang diterapkan terhadap masyarakat kita. Kenapalah tiada sesi soal-jawab, kalau ada tentu saya akan cuba mengetengahkan apa yang terbuku di hati ini.

Guys, apabila kita bercerita tentang Tahun Baru, akan tergambar dalam benak dan imaginasi kita tentang program dan konsert oleh para artis, letupan mercun di ibu kota yang menghabiskan kos berjuta-juta, serta sesaknya ibu kota dengan muda-mudi yang ‘berkeliaran’ di sana sini. Cukup sudah pengalaman saya ketika bekerja di KLCC satu ketika dulu. Wow! Telatah dan watak mereka, sudah menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat moden kini. Baik yang jelita berpakaian seksi, abang kacak beruniform ala funky, si ayu bertudung labuh tersenyum mesra, atau si lebai berjanggut ala pak imam... semuanya telah mengisi ruang diary dan memori ingatan saya, bahawa sesungguhnya iman dan taqwa sahajalah yang mampu menyelamatkan manusia daripada perbuatan maksiat. Bukan yang lain.

Melihat realiti, lalu menghukum semuanya memanglah tidak adil bagi individu dan kelompok yang sememangnya sedang mengabdi dirinya kepada Ilahi. Sebab itu, saya berharap tulisan ini bukanlah satu ancaman dan kritikan kepada sesiapa. Muhasabah kuncinya, dan amar ma’ruflah motivasinya. Justeru itu, penulis berasa perlu untuk menulis sesingkat mungkin tentang isu ini agar tidak membosankan.

Penulis tidak ingin berbasa basi dalam hal ini. Cuma ingin mengungkap fakta dan realiti yang berlaku di depan mata kita. Apakah kita pekak atau buta, banyak perkara yang telah terjadi terhadap kaum muslimin di seluruh dunia. Isu muda-mudi yang tidak kunjung sudah di negara kita dengan masalah sosial, keruntuhan akhlaq, seks bebas, mat rempit dan lain-lain. Ini tidak dikira lagi dengan agenda kuffar yang membawa nilai-nilai dan kefahaman-kefahaman yang bertentangan dengan syariat islam, yang didakwa mereka sebagai nilai sejagat. Perjuangan feminisme, persamaan gender, liberalisme, hedonisme dan banyak isme lain lagi yang telah bertakuk dalam satu medium kesesatan menyebabkan masyarakat kita hilang pedoman sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Tragedi yang masih segar pada 3 hari yang lalu (28/12/08), Gaza telah menjadi saksi akan kebangsatan dan kebiadapan Israel terhadap kaum muslimin dan islam itu sendiri. Setelah peristiwa ini, barulah pemimpin kaum muslimin dan segelintir individu yang dahulunya berbangga dengan ‘kedemokrasian’ Amerika Syarikat di atas kemenangan Obama, lalu berteriak sana sini melaungkan slogan demokrasi. Demokrasi, oh demokrasi. Sampai bilakah umat islam masih bermimpi di siang hari. Masih mengelamun berada di kayangan demokrasi. Masih berkhayal keadilan demokrasi ala Pak Pandir. Padahal demokrasi hanyalah khayalan dan bius yang dimainkan oleh kuffar barat kepada pemimpin muslim, lalu diperjuangkan kepada kaum muslimin agar umat leka tentang perjuangan sebenar mereka. Its bull shit buddy, trus me! (wow kasarnya). Baru beberapa jam lalu, penulis mendapat berita bahawa Gaza diserang lagi dan ratusan kaum muslimin terkorban. Sangat menyedihkan dan memilukan realiti umat yang pernah menjadi umat terbaik satu ketika dulu. Pernah menawan Rom dan Parsi dengan futuhat. Andalusia menjadi saksi keadilan sistem islam. Salehuddin Al-Ayubi menjadi nama masyhur sebagai wira islam. Zaman Umar Abdul Aziz tercatat bahawa tiada seorang pun layak menerima zakat. Apakah tidak cukup dengan sekian banyaknya fakta kegemilangan islam yang hanya bisa dicapai dengan penerapan sistem islam yang syumul dan tiada tolok bandingnya berbanding perjuangan-perjuangan lainnya?

Sesungguhnya, Tahun Baru kali ini tiada apa yang baru. Kesedihan demi kesedihan dialami oleh kaum muslimin. Kepahitan demi kepahitan dirasai oleh kita semua. Janganlah hanya terpancing dengan sentimen baling kasut. Tanpa kita sedari tentang solusi perjuangan sebenar kita. Janganlah kita terjerat dengan isu pilihan raya, tanpa kita sedari kita telah terpesong dalam agenda sebagai mukmin sejati.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk diperpanjang lebar, kerana penulis sendiri tidak suka bermain kata. Cuma hiba dan seka yang penulis alami kini, ingin dicurahkan sebagai berkongsi citra dan semangat yang sedang bergelora di dada. Seruan tidak bermakna tanpa adanya sahutan. Sahutan adalah omong kosong tanpa adanya perjuangan. Perjuangan adalah sia-sia jika tidak didasarkan atas niat mencari redha Allah SWT.

Wallahu’alam...

2 comments:

Welma La'anda berkata...

Tahun baru ini, memnag disambut dengan penuh gembira oleh kita rakyat Malaysia. Memang banyak agendanya. Paling tidak pun, di rumah masing-masing sibuk merancang kehidupan.

Tetapi jangan kita lupa, tragedi di Gaza pada ketika ini. Untuk orang-orang yang berkesedaran, buatlah yang termampu, sedarkanlah orang lain dalam mengecapi keamanan di Malaysia, fikir-fikir sama saudara kita di Gaza.

thinker berkata...

InsyaAllah, sy tidak akan lupa...