Intro
“Tutt...” (bunyi ringtone HP diiringi getarannya sekali)
“Malam ni, kita buat usrah seperti biasa jam 8.30. Ada masalah beritahu”
(mesej diterima jam 6 petang, 14 Mac, 2009)
I’m thinking. Hati berbisik... “Malam ni, ada Match besar. Manchester United Vs Liverpool”. Lalu kubalas sms tadi:
“OK, roger” (Kalimat biasa, yang saya gunakan menunjukkan tiada sebarang masalah)
Kali ini, emosiku tidak terganggu, hanya kerana berlakunya perbenturan antara hal yang penting dan tidak penting. So, choose the important thing, between two option.
================================================
Tidak dinafikan, saya seorang yang gemar bermain bola, menonton bola dan membicarakan tentang bola. Dulu, saya banyak disibukkan dengan hal-hal yang semuanya berkaitan dgn dua suku kata ini, BO LA! Ada apa dengan bola? Sehingga banyak yang terganggu kerananya.
Secara garis kasar, kita dapat lihat bahawa propaganda kuffar barat memang sangat halus. Bola Sepak telah menjadi sebuah perkara yang tidak lepas dari buah mulut di mana-mana. Cuba bayang, Negara Iraq dan Iran yang sedang bergolak dengan krisis Nuklearnya, masih mampu menghasilkan para pemain yang tangguh di peringkat antarabangsa. Tidak lepas juga negara yang sering kontroversi dengan penindasan ke atas umat islam di bahagian selatannya iaitu Thailand, masih jitu dengan pemain handalannya. Jadi, saranan saya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar segera memantapkan mutu bola sepak Malaysia, kerana Negara Malaysia sekarang sedang bergolak dan kontroversi dengan pelbagai isu. Antaranya adalah isu di Perak, hehe (just kidding).
Guys,
Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, seharusnya kita peka terhadap alam persekitaran kita. Juga peka terhadap agenda musuh Allah dan Rasul sekali gus musuh kita. Bukankah pesan nabi sudah memadai terhadap umatnya dengan hadis:
Dari Abi Sa’id radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :
“Kalian benar-benar akan meniru sunnah (jalan/tata cara) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai-sampai sekiranya mereka memasuki lubang biawak kalian pun juga turut mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya : ”Apakah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab : ”siapa lagi?” [HR Bukhari, Bab Ma Dzakaro ’an Bani Isra’il 11/272]
Apakah kita merasa sejengkal dan sehasta tersebut sudah mulai masuk ke dalam jiwa dan perasaan kita? Na’udzubillah Min Dzalik. Saya jadi teringat terhadap satu email yang saya terima satu ketika dulu. Seorang isteri meminta saran kepada saya terhadap apa yang berlaku kepada suaminya. Suaminya sangat “taksub” dengan bola sepak, sehingga sanggup duduk berjam-jam di kedai mamak sehingga larut malam. Hatta, si suami pernah membawa anak dan isterinya sekali untuk menonton bola. Apa jadi dengan anak dan isteri yang sememangnya tidak suka dengan bola? dipaksa pula untuk duduk sehingga 2-6 jam tidak henti-henti (anda boleh agak sendiri). Banyak lagi kes lain yang sememangnya sudah maklum dalam benak fikiran kita. Bola sepak merupakan propaganda yang telah dipasang oleh kuffar barat, yang telah membius pemikiran dan perasaan umat islam khususnya. Perjudian, pertelingkahan, pergaduhan dan seribu macam jenayah lain yang berakar umbi darinya.
Nasihatku Kepada Umat Islam, Khususnya Buat Teman!
Jika kalian mengaku sebagai orang beriman, maka kalian perlu tahu sikap yang seharusnya tertanam dalam benak fikiran dan perasaan dalam jiwa kalian.
Jika kalian mengaku sebagai seorang yang pengemban dakwah (hamlud dakwah), maka kalian seharusnya tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul daripada sekadar menonton bola sepak yang melalaikan.
Jika kalian mengaku sebagai Hamba Allah di muka bumi ini, maka kalian perlu tahu bahawa sesungguhnya kita berasal dariNya (diciptakan oleh Allah SWT) dan akan kembali kepadaNya (dihisab di hari akhirat).
Janganlah kita terkecoh dengan bola sepak, sehingga membelakangi syariat dan agenda perjuangan islam. Dahulukanlah perkara-perkara yang memang perlu didahulukan terutamanya dalam aktiviti dakwah kalian. Bukankah misi agung Rasulullah adalah dakwah? Jadi, bingkas dan buang segala anasir yang masih melekat dalam benak dan jiwa kalian. Pupuklah diri kalian dengan nuansa keimanan serta ketakwaan yang akan membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menemukan saya ke alam aktiviti dakwah dan perjuangan islam. Yang mana, saya tidak sukar hendak memilih “YES” or “NO”. Jika diberi pilihan sama ada hendak memilih menonton bola sepak di antara Manchester United dengan Chelsea, atau Brazil dengan England, maka saya akan lebih memilih untuk menyibukkan diri dengan aktiviti dakwah. Atau... Why not reading? It’s better.
p/s: Menonton bola sepak hukumnya MUBAH. Tidak HARAM. Mengikut kaedah, sesuatu yang mubah boleh menjadi HARAM, MAKRUH dan WAJIB tergantung kepada aspek yang mempengaruhinya. Boleh jadi WAJIB ke? Makan kan MUBAH. Tapi, kalau kita kelaparan sampai satu tahap, kalau tidak makan, akan menyebabkan kemudaratan yang PASTI. So, WAJIB lah makan. Ok, its simple.
Wallahu’alam
0 comments:
Catat Ulasan