Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Rabu, 17 September 2008

Forum itu, Amat Bermakna Buat Diriku

Kepada sahabatku Rizman, jazakallahu khoir kerana sms anta pada pagi sahur semalam yang mengingatkan ana tentang forum yang diadakan di APIUM tersebut. Ana sebenarnya sudah mendapat informasi awal, namun keinginan untuk hadir itu pada awalnya tidaklah terlalu kuat. Tetapi, dikarenakan nilai persahabatan dan ukhwah yang terjalin di antara kita, kekuatan untuk hadir itu berangsur kuat dan menyingkap semangat yang masih tersimpan di lubuk hati penulis. Akhi, bilakah bibit-bibit ukhwah itu bakal muncul kembali sama seperti Ramadhan yang sebelumnya. Kenangan kita berempat saat berbuka puasa dan belanja di bazaar Ramdhan bersama takkan pernah ana lupakan. Semoga ia takkan pernah karat dari silsilah ingatan, tapi ia terus mekar sebagai jalinan ukhwah persahabatan kita. Sebab itu Allah SWT berfirman:

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara…” (QS Al-hujuraat[49]: 10)

Sayang, anta tidak iftar bersama. Tapi, ana ditemani oleh Faizal dan Kamal ber-iftar di API. Suasana tersebut sungguh romantik, para mahasiswa makan bareng (bersama-sama) dan moga saja makanan saat itu cukup untuk semua, hehe. Setelah selesai berbuka puasa, kami solat berjemaah di surau (entah, surau ke masjid kat API tu ek?). Usai solat maghrib, saudara Ahmad Ad-Duaik (maaf jika salah eja, kerana penulis tidak tahu ejaan tepatnya) membentangkan serba sedikit explanation tentang hakikat bumi Palestin dari sudut kedudukan geografinya, realiti kaum muslimin di sana, sikap tentera israel yang pengecut dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita sebagai kaum muslimin sebagai satu tubuh yang turut merasai penderitaan kaum muslimin di sana.

Alhamdulillah, sekitar jam 9.40, kami selesai solat Isya’, tarawih dan witir bersama yang diimami oleh Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam. Majlis kemuncak akhirnya tiba. Mahasiswa mula membanjiri Dewan Utama untuk mengikuti forum yang bakal dilangsungkan tersebut, dan pembicaranya adalah Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam sendiri. Beliau diiringi oleh Ustadz Imran (kalau tak salah) sebagai translator. Majlis dibuka dengan pembuka rutin, iaitu membaca Asma’ul Husna bersama-sama dan diikuti setelah itu kata-kata aluan dan pembuka acara oleh Saudara M Haafizudin B Abirerah selaku Presiden PMIUM. Majlis kali ini agak berbeza, kerana pada awalnya ada kelainan iaitu ada 3 informatur (penyampai informasi), iaitu dengan menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. It’s nice, satu pembaharuan yang perlu dilakukan agar kita semua tahu akan semua bahasa yang ada di dunia, dan tidak hanya pada 3 bahasa tersebut. Namun, penulis masih berharap kepada pembaca dan teman sekalian agar mendalami Bahasa Arab, kerana ia adalah kunci kepada kesuksesan kaum muslimin. Percayalah, kerana ia adalah keyakinan yang telah saya kaji faktanya.

Ringkasan Sang Pembicara

SMMS memulakan lakar bicara dengan mengucapkan lafaz takzim dan menyingkap sirah Ramadhan bahawa Perang Badar berlaku pada saat bulan Ramadhan. Beliau juga memberitahu bahawa, Ramadhan bukan hanya dilihat dari sudut praktik ibadah sahaja, tetapi harus melihat dari seluruh aspek dengan melakukan segala yang diperintahkan Allah SWT, serta meninggalkan apa yg dilarangnya. Ini kerana, jika kita ingkar (terhadap Allah SWT), maka sesungguhnya puasa kita hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja hasilnya (menurut hadis). Setelah itu, beliau menceritakan nasib kaum muslimin di bumi Palestin yang semakin hari ditindas. Malah, Masjid Al-Aqsa diperlakukan dengan teruk sekali, iaitu mereka (kaum yahudi) menggali terowong di bawah masjid suci dengan andil yang tidak masuk akal. Apa yang menyedihkan ialah bagi Negeri-negeri arab yang ingin memberi bantuan dana, mereka menetapkan 2 syarat yang bathil dan tidak boleh diterima sama sekali oleh orang mukmin yang masih waras. Syarat tersebut ialah; (1) Mengiktira Negara Israel – Sang Perompak, (2) Kaum Muslim haruslah berhenti menentang dan berjuang melawan Israel – Laknat Allah kepada mereka, (3) Kaum muslimin haruslah tunduk dan patuh kepada arahan dan percaturan Amerika – Sang Iblis yang bakal mendapat balasan kelak setelah berdirinya Khilafah melalui Jihad.

Setelah selesai dengan ucapannya, majlis diteruskan dengan diskusi soal jawab oleh mahasiswa terhadap SMMS berkenaan isu yang terkait. Penulis tidak ingin menyenaraikan semua persoalan dan jawapan di dalam diskusi tersebut. Penulis hanya berharap, agar mahasiswa yang hadir ketika dapat momentum kesedaran akan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa, di mana mahasiswa adalah bahagian dari komuniti masyarakat yang mempunyai tanggungjawab dan peran yang sama dalam semua aspek.

Sungguh, Pertemuan itu Melakar Ukhwah

Akhir dari acara, penulis sempat berjumpa dengan teman akrab yang sudah lama tidak bersua mesra iaitu akhi Zulfikar dan akhi Ridzuan selaku Exco Akademik dan Intelektual Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Terima kasih teman, kerana masa tidak menjadi sempadan terhadap ukhwah yang pernah terjalin di antara kita. Bukan setakat itu, pertemuan itu juga telah menambah silaturahim di antara beberapa orang sahabat lain yang sebelumnya saya belum pernah kenal dan rapat. Akhi Wasif, Faisal dan yang lainnya, salam ukhwah dari temanmu ini. Semoga pertemuan pada malam itu, akan menguatkan lagi ukhwah kita sebagaimana Allah SWT pernah menguatkan tali persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar, maka begitulah tatanan dan acuan kita sebagai muslim di muka bumi ini. Tidak mengenal erti Ashobiyah yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Tidak mengenal pangkat dan derajat yang tidak pernah mendapat tempat dalam status kemuliaan di sisi Sang Pencipta, tidak mengenal perbezaan jemaah, kerana ikatan asal kita adalah akidah semata. Ala Kulli hal, Jazakallahu Khoir... Semoga kita senantiasa berada di dalam jalur persaudaraan dan perjuangan islam, dan terhindar dari persengketaan dan perpecahan.

Wallahu’alam

0 comments: