Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Sabtu, 6 September 2008

Politik Untuk Siapa?

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan (Ramlang Porigi, pent) kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik.

Utusan Malaysia 6 September 2008

Itulah petikan Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu seorang imam yang berdepan tindakan disiplin gara-gara terlibat langsung dalam masalah politik. Bagi saya, situasi ini agak aneh dan membuat saya berfikir sejenak akan makna politik yang mereka fahami. Maaf, tujuan tulisan ini tidak bermaksud untuk mengupas, samaada tindakan Sang Imam itu benar ataukah sebaliknya. Focus tulisan ini adalah berkenaan perihal politik yang sering disalahguna dan salah aplikasi oleh pihak-pihak kapitalis di luar sana. Wah, mungkin agak keterlaluan jika saya mengatakan mereka itu berideolgi kapitalis, tetapi mereka itu ber-ide dengan pemahaman ide kapitalis, dimana politik itu perlu dipisahkan dari aturan agama (idea sekuler). Bagi mereka, hak berpolitik hanya diberikan kepada individu-individu atau kelompok tertentu yang langsung tiada kaitannya dengan aturan agama.

Bagi mereka yang mempunyai dasar pemahaman agama yang daqiq (mendasar), tentu bisa memahami apakah benar apakah tidak tentang prinsip politik yang difahami oleh majority kelompok manusia sekarang. Bagi mereka yang masih memahami politik itu tidak berhak diamalkan dan diperjuangkan oleh sang imam, maka hal itu perlu mereka fikirkan dan muhasabahkan sebentar dengan melihat posisi baginda nabi sepanjang riwayat hidupnya. Kecuali apabila mereka memang tidak beriman kepada Rasulullah saw (naudzubillah min dzalik). Jadi, siapa sebenarnya yang perlu berpolitik?

Politik dan Islam

Wujudkah Politik dalam islam? Apakah islam hanya sekedar agama ibadah? Manakala politik itu terpisah sebagai entity yang berlainan dari agama. Menurut Dr. Husein Abdullah di dalam buku Dirasah Fil Fikril Islam, pengertian islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad saw untuk mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, dengan dirinya sendiri dan sesame manusia. Jadi, apakah seorang menteri yang perlu berpolitik, manakala rakyat jelata tidak perlu berpolitik? Jika dilihat para sahabat nabi, mereka terdiri dari perlbagai lapisan masyarakat dan kedudukan. Namun, pernahkah mereka dipisah-pisahkan dalam masalah politik. Maksud saya, pernahkah mereka diberi hak-hak berkenaan wajib atau tidaknya berpolitik? Apa yang ada hanyalah pembagian hak berupa otoriti jawatan iaitu sebagai wali, qadhi dan amirul jihad dan beberapa jawatan lain yang disebutkan di dalam nas. Jadi, tidak muncul hak siapa yang perlu berpolitik, ini karena setiap muslim itu memang wajib berpolitik. Seorang anak kecil pernah membuat Umar Al-Khattab tersentak kaget karena pola fikir yang cerdas. Seorang petani, di kampung juga perlu berpolitik. Ketika penguasa melakukan kezaliman, maka perlu dikoreksi dan ber-amar ma’ruf wa nahi munkar. Seorang tukang kayu juga boleh berpolitik, dengan andil yang sama iaitu mereka seorang muslim yang mempunyai akidah yang sama seperti lainnya.

0 comments: