Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Ahad, 21 September 2008

Tuhan Manusia - Pluralisme Satu Pembohongan

"Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."

"Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri dengan haiwan ternakan."

Novel "Tuhan Manusia" menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.

Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam.

Penulis cuba memberi gambaran sebenar kejadian yang berlaku di arena kehidupan kini. Fokus utama yang melibatkan ilustrasi gambaran muka hadapan novel ini adalah jelas memberi isyarat kepada para pembaca agar berhati-hati dalam menempuh arus perdana sekulerisme. Produk-produk sekulerisme telah dilahirkan. Apakah pula produk yang telah dilahirkan oleh pihak monoteisme? Pihak yang mempunyai akidah suci berlandaskan wahyu? Iaitu kita sebagai umat islam? Produk berupa karya novel telah terciptakan bahkan telah sampai kepada para pembaca di massa kini.

Jadi, apakah peranan kita sebagai para penelaah yang telah memahami kekarutan yang sedang melanda arus pemikiran dunia khususnya kepada umat islam tentunya, kerana umat islam adalah merupakan subjek utama dalam setiap pokok perbahasan yang membangkitkan produk-produk sekulerisme mereka. Fokus utama adalah kita? Apakah kita masih berdiam diri dalam melawan kejadian "the clash of idea" ini? The "clash of idea" pernah terjadi pada zaman awal kenabian, lalu berterusan walau telah wafatnya nabi, walau telah tiadanya para sahabat nabi, dan walau telah tiadanya institusi khilafah yang menaungi kaum muslimin di bawah payung syariah islam. Ia berterusan dan terus menerus akan kekal sehingga kiamat kerana yang bathil senantiasa ada, manakala yang tidak pula sirna, dengan adanya para da'i dan pencinta agama yang ikhlas mengembangkan dakwah di seluruh dunia dengan pelbagai agenda yang disusun rapi sebagaimana pihak musuh menyususun strategi untuk melumpuhkan seluruh peringkat yang mengatasanamakan gagasan perjuangan untuk menegakkan syariah secara menyeluruh di muka bumi. Ia tuntutan, bukan kemubahan. Ia nyata, bukan khayali. Ia pasti, bukanlah angan-angan.

Berdesar-desir ombak di pantai, pasti akan menolak pasir, melambai-lambai awan di langit, pasti akan menurunkan hujan. Ia fitrah, ia alami dan terjadi di mana-mana. Yang haq versus kebathilan. Tiada kemenangan bagi kebathilan ketika yang memegang haq itu adalah orang yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkannnya. Bagaikan menggenggam bara api di dalam tangan, begitulah sakitnya derita yang dialami oleh para da'i. Tidak mengenal kesakitan apatahlagi seksaan dunia yang bersifat sementara. Bila nadi dakwah sudah sebati di dalam nyawa, tiada deraan yang dapat menghentikannya. Apabila nafas dakwah masih di dalam pegangan, tiada virus yang dapat menghentikannya.

Wallahu'alam

0 comments: