Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Ahad, 21 September 2008

Cetak Al-Quran Atau Terapkan Al-Quran?

B.Harian (21/09/08) - Yayasan Restu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghasilkan al-Quran Mushaf Malaysia beriluminasi, mahu menjadikan Malaysia pusat penghasilan al-Quran terjemahan terkemuka antarabangsa. Menurut sumber yang sama juga, Yayasan Restu berhasrat ingin menjadikan Malaysia sebagai Pusat penyebaran al-quran antarabangsa.

Penulis melihat, usaha dan wawasan yang dilakukan oleh Yayasan Restu untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penterjemahan sekali gus menjadikan Malaysia pusat penyebaran al-quran antarabangsa adalah satu usaha yang bagus. Namun, disebabkan isu ini adalah melibatkan suci al-quran, iaitu panduan hidup umat islam. Justeru itu, tidaklah cukup hanya kita serius dengan masalah pencetakan dan penyebaran mashaf itu sendiri. Ini kerana, tujuan al-quran itu sendiri diturunkan oleh Allah SWT kepada rasulNya adalah untuk dijadikan isi kandungannya diterapkan di dalam kehidupan. Tapi, apa yang malang adalah tidak sedemikian rupa. Al-quran hanya diamalkan dalam masalah-masalah tertentu sahaja. Manakala dalam aspek-aspek yang lebih menyeluruh dan global seperti pemerintahan, ekonomi, pendidikan, sosial dan selainnya adalah menggunakan sistem sekular khazanah penjajah.

Penulis tidaklah berniat untuk mengkritik Yayasan Restu di atas usahanya untuk mengalih bahasa serta menyebarkannya kerana ia adalah satu aspek yang baik. Cuma, penulis berharap para pembaca dan kaum muslimin seluruhnya, khususnya pemimpin kaum muslimin agar segera menjadikan al-quran sebagai “way of life”, iaitu pemecah kepada segala permasalahan yang timbul sekarang. Ini kerana kita sebagai orang beriman wajib meyakini bahawa al-quran adalah sebagai penyelesaian kepada seluruh aspek kehidupan (muallajah lil masyakil insan). Akhir sekali, penulis berharap agar kita menjadi seorang mukmin seperti mana yang disebutkan oleh al-quran;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal” (QS Al-Anfal[8]: 2)

Wallahu’alam...

0 comments: