Pagi itu, Sang guru sudah mempunyai cara bagaimana agar muridnya tidak melakukan hal-hal yang sama pada setiap hari iaitu selalu mengejek dan memandang rendah teman-temannya yang lain. seorang Hafiz (orang yang menghafal al-quran) yang cepat menghafal surah-surah yang diberikan ustaznya, maka dengan sinis mereka berkata; “Tengoklah aku, bukan macam engkau, lambat hafal”. Ah, tentu sakit hati bagi sesiapa yang berada di tempat yang diejek tersebut. Seorang anak kepada bangsa India, sering diejek kerana kulitnya yang gelap. Manakala seorang anak kepada orang yang kaya sering diberi perhatian dan dijaga hati dan perasaannya. Padahal, dia lahir juga bukan kerana kehendaknya, melainkan kehendak dan ketentuan Allah SWT. Mulailah sang guru bertanya kepada murid-muridnya;
“Murid-murid, bayangkan satu ketika kamu berjalan di depan masjid, dan melihat ada seorang pemuda keluar dari masjid tersebut dengan berpakaian yang selayaknya bagi mereka yang hadir ke masjid. Berbaju kemeja lengan panjang, bersongkok, dan berkain pelekat”.
Sang guru menambah lagi,
“Lalu, kamu berjalan lagi di satu kawasan dan kamu melihat seorang lelaki berjalan sendirian di pinggir jalan dengan berpakaian yang selayaknya seorang lelaki berpakaian di siang hari, iaitu berbaju t-shirt, seluar jeans, berkaca mata hitam dan bertopi (cap)”.
Lalu gurunya berkata lagi,
“mmm... kita beri label bagi pemuda yang pertama sebagai pemuda A, dan pemuda yang kedua adalah pemuda B ye. Biar senang kamu semua memahaminya. Agak-agak, apa yang kamu boleh simpulkan pada kedua-dua pemuda itu tadi, dan apakah perbezaan pada mereka?
Lalu, berlumba-lumbalah para pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan tersebut kerana merasakan ia adalah soalan yang senang dan mudah dijawab (macam kacang goreng la katakan). Tetapi keseluruhan jawapan adalah berkisar kepada jawapan yang sama. Mereka membuat kesimpulan bahawa pemuda A adalah orang yang baik dan soleh, taat dalam beragama, rajin beribadah dan seumpamanya yang menjurus kepada kesimpulan bahawa pemuda A adalah orang yang baik belaka. Bagaimana dengan pemuda B?
Berbeza dengan pemuda A, mereka mengatakan bahawa pemuda B adalah orang yang tidak baik (tidak soleh), mudah terpengaruh, tidak solat dan semua kesimpulan yang dibuat menjurus kepada keburukan pada pemuda B. Bagaimana kesimpulan anda? Adakah sama dengan para pelajar tadi?
Sang Ustaz berkomentar sekali gus memberi jawapan:
“Murid-murid, mengapa kita mudah membuat kesimpulan, padahal kita belum tentu tahu hakikat sesuatu itu dengan sebetulnya. Wajar kah kita mengatakan kepada pemuda B adalah seorang yang jahat, manakala pemuda A adalah seorang yang baik dengan hanya melihat fiziknya (luarannya), tanpa kita mengenal siapa sebenarnya mereka di sisi Allah SWT. Bukankah baik dan buruk itu hanya berdasarkan ketetapan yang diberikan oleh Al-kholiq (Sang Pencipta) kepada kita, tanpa menambah dan menguranginya? Untuk mengetahui status mereka di sisi Allah, bukanlah melihat penampilannya, ketampanannya atau songkok yang melekat di atas kepala mereka. Ini kerana, penampilan terkadang mampu mengabui pandangan kasar kita. Allah SWT berfirman:
“... sesungguhnya yang dimuliakan di sisi Allah di kalangan kalian adalah orang-orang yang bertakwa”
Sebuah kesimpulan,
Mengapa kita (murid-murid) membuat kesimpulan tentang pemuda B bahawa dia adalah pemuda yang tidak baik dengan hanya melihat baju, seluar, cermin mata dan topinya? Adakah di dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw ada termaktub larangan berkenaannya? “Tidak!”, serentak murid-murid menjawab. “Jadi, apakah hak kita untuk menghukum seseorang itu tidak baik padahal Allah SWT tidak mengatakan sedemikian? “Tapi ustaz, pemuda B tak solat!” seorang murid menjawab. Apakah kamu tahu dia tidak solat?, apakah kamu melihatnya setiap waktu dan setiap saat? Mungkin saja dia sudah solat di rumah, ataupun dia seorang musafir yang berniat untuk menjamak solatnya. Apakah kamu lebih tahu berbanding Allah SWT? “Tidak”, sahut murid-murid serentak.
Cerita tadi yang sebenarnya berkisar dialog di antara seorang guru (ustaz) dan murid-muridnya, dan guru tersebut adalah saya. Manakala murid-murid tersebut adalah murid-murid saya sendiri. Saya ingin mengemukakan 2 perkara kepada sang pembaca sekalian dari apa yang saya coretkan di atas iaitu; pertama, cara mendidik kepada anak-anak ataupun murid-murid kita haruslah menggunakan uslub/teknik yang bersifat kreatif dan dinamik, di mana saya lebih cenderung membuat mereka teka-teki persoalan sehingga melatih mereka (murid-murid dan anak buah saya sendiri) untuk berfikir.
Secara peribadi, saya prihatin dengan situasi berlaku kepada muda-mudi kita yang telah diwarnai oleh warna-warna arus globalisasi yang sukar dibendung. Maka dari itu, sejak dari awal ini, kita haruslah cepat-cepat mewarnai (baca : mendidik) mereka dengan pelbagai ilmu yang berguna di samping nasihat-nasihat yang dapat mendidik jiwa dan kerohanian mereka. Semoga anak-anak yang membesar itu nanti dapat mewarnai dan mendominasi arus maksiat yang terlalu sukar untuk dirubah secara total tanpa adanya satu institusi yang sejati iaitu Daulah Islam, yang mana negara itu tadi akan menerapkan sistem pendidikan dari peringkat akar umbinya dengan menanamkan akidah yang mantap, yang dimulai dengan proses berfikir. Ini kerana, “Berfikir Adalah Jalan Keimanan”, hehe.
Wallahu’alam...
Jumaat, 21 November 2008
Hari Ini Kita Belajar Membuat Kesimpulan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan