KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.
(Utusan Malaysia, 23 November 2008)
Lagi-lagi masalah etika yang dipermasalahkan oleh Pak Menteri kali ini. Jika sebelum ini kod etika bagi para Menteri di Parlimen sedang dalam proses kajian dan pelaksanaan untuk dikuatkuasakan, tapi kali ini lain pula ‘taklifnya’. Jika dilihat sekilas pandang, kita akan melihat bahawa tujuan kod etika adalah baik sekali. Ini kerana, kod ini akan menyeragamkan tatasusila bagi penulis-penulis blog di seluruh Malaysia sekali gus mengelakkan agar penulis blog tidak ‘menyalahgunakan’ informasi yang disampaikan di dalam blog, dakwaan mereka.
Kalaulah kita merenung sejenak dan melihat ke atas sana, di sebalik penciptaan alam, bumi dan langit yg tidak berbumbung, gunung yang tinggi nan indah, bintang dan matahari yg besar di celah-celah cakerawala, akan kita dapati bahawa adanya Dzat Sang Pencipta bagi semuanya itu. Manusia diciptakan di muka bumi sekali gus diciptakan aturan baginya (bagi kita dong). Jadi, jika memahami islam dan menerapkan islam secara hakiki, maka tidak timbul permasalahan etika dan kod, tetapi yang dipermasalahkan adalah keterkaitannya (bagi manusia) hukum syara’. Apabila baik dan buruk (hasan wa qabih) diukur dari akal manusia, akan terjadilah kontradiksi di antara satu dengan yang lainnya. Manakala jika ia diukur pada ketetapan As-Syari’ (Pembuat Syariat). Ia bukan hanya terfokus pada permasalahan yang berkisar bagi penulis blog, tetapi kontradiksi ini akan terjadi pada semua perkara dan aspek. Tidak percaya, silakan lihat sekeliling anda.
Di dalam satu kawasan, ketika si A mengetuai kawasan tersebut, maka akan diterapkannya suatu hukum yang diklaim untuk mensejahterakan orang-orang penduduk setempat di situ. Ketika silih bergantinya kepimpinan tersebut, maka tidak mustahil jika rule (aturan) tersebut akan berganti juga seiring dengan bergantinya kepemimpinan tersebut. Jadi, di dalam kesempatan ini (selagi kita tidak dikongkong dengan etika blog tersebut, hehe), penulis berharap dan menyeru agar kita semua kembali kepada aturan Sang Pencipta. Melihat kembali manusia agung dan mulia iaitu baginda nabi menerapkan syariat di muka bumi secara keseluruhan, dan buka setengah-setengah.
“ Apakah kalian beriman kepada sebahagian al-Kitab dan kufur terhadap
sebahagian yang lain?” (QS Al-Baqoroh[2] : 85]
Wallahu’alam…
Ahad, 23 November 2008
Kod Etike Bagi Penulis Blog?
Labels: Isu Semasa
Posted by thinker at 11:41 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan