Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Ahad, 9 November 2008

Untung Punya Kampung

Selama hampir 12 tahun, saya belum pernah merasai hidup sebagai seorang yang mempunyai dan hidup di dalam kampung. Ya, 12 tahun adalah jangka waktu yang cukup lama bagi sesiapa pun yang mempunyai kampung. Setelah sekian lama, akhirnya saya mampu menjejaki kampung halaman pada lebaran lepas. Menjejak kaki di kampung sendiri memang berbeda dengan menghadiri apa jua acara yang berbasis seumpamanya. Ini kerana kampung sendiri merupakan titik sentral kehidupan bagi sesetengah manusia yang tumbuh dan bersosial di situ.

Semua yang menarik di kampung, belum tentu ada di kota. Suasana, persekitaran, serta lahan yang serba kehijauan terbentang menyuluh kesegaran ke dalam pori-pori mata kita. Sungai yang mengalir dengan bunyinya yang menyergah keheningan flora hutan dan kedinginan airnya merasuk ke sendi-sendi tulang. Ah, tidak dapat dibayangkan. Jika di sini, hendak mendapatkan kebiasaannya adalah dengan membeli. Tapi jika di kampung untuk mendapatkannya adalah dengan berusaha menanamnya lalu meraihnya ketika musim berbuah. Buah durian belanda, mangga, kedondong dan nangka adalah buah yang ada di kampung halaman saya tanpa membelinya, kerana keluarga saya di sana telah menanamnya. Bukan hanya itu, tanaman lain seperti sayur sawi dan cili adalah tanaman yang terletak di depan rumah saya. Ada yang lebih mengghairahkan, iaitu di kampung saya terdapat buah yang jarang ada di tempat lain. Buah tersebut adalah buah merah (kalau dijual secara komersial, buah ini bernama buah syurga). Luarannya berbulu, kulitnya berwarna merah hati, isinya seperti buah epal dan bijinya seperti buah manggis. Tapi rasanya jauh beda dengan epal. Rasanya sangat enak sekali. Siapa yang ingin mencuba silakan sponsor saya (dan diri anda sendiri) pulang ke kampung next time, hehe.

Suasana dan kultur masyarakat di desa sangat berbeda dengan apa yang ada di bandar. Sifat kekeluargaan, kekerabatan dan keakraban teman-teman dan sanak-saudara menjadi kunci kepada ukhwah yang terjalin sesama masyarakat. Menu mereka juga berbeda. Misalnya masakan yang disediakan oleh orang kampung bagi sesuatu jenis ikan adalah tidak sama dengan masakan di bandar. Di kampung, mereka mempunyai ciri khas dan selera yang berbeda dengan orang bandar. Jadi, tidak hairan jika sesiapa yang jarang pulang ke kampung (atau tidak pernah) akan berasa tidak ‘selesa’ dengan jenis menu yang disediakan. Saya sendiri pernah mengalaminya, tetapi lama-kelamaan ia sudah tidak menjadi masalah lagi bagi saya kerana sudah biasa. Ia lumrah di mana-mana.

Ternyata, kota dan desa tidak sama, Bandar dan kampung punya kelainan yang sama sekali berbeda. Jadi menurut saya, bagi sesiapa yang masih memliki kampung halaman janganlah diabaikan dan disia-siakan dengan tidak mengunjunginya. Maaf, bukan saya bermaksud tujuan ke kampung hanya untuk merasakan aromanya. Tetapi, apa yang penting adalah sifat kekerabatan dan menyambung ukhwah dan silaturahim kepada sanak saudara yang masih ada di kampung halaman.

Wallahu’alam

0 comments: