Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Sabtu, 7 Februari 2009

Jom Nangis!

Lagi-lagi, membahaskan tentang menangis. Hohoho, rilekas. Kalau iye pun, jangan nangis dulu. Tajuk tu, just gimik je. Saya bukan nak mengajak kalian (pembaca sekalian) agar menangis. Tetapi, sekadar mengajak untuk memilih cara menangis yang betul, hehe. Saya tidak pasti, adakah manusia di dunia ini yang belum pernah menangis. Atau, pernah berazam untuk tidak menangis. Apa pendapat anda? Jujur saja, saya seorang yang mudah menangis. Entah kenapa, mungkin saja kerana fitrahnya begitu, ataupun kerana DNA yang mengalir di dalam tubuh saya. (Apa kata doktor?). Kalau lah teman saya baca tulisan ni (sebab dia seorang doktor), tentu dia sedang ketawa sekarang, haha. Eh, saya lupa... bahawasanya saya seorang yang berstatus bongsu di kalangan keluarga, hoho. Ah, just forget it.

Terlalu banyak sebab untuk seseorang itu menangis. Seorang anak kecil (baby) menangis kerana susunya habis. Seorang budak, menangis kerana tidak dibelikan barang permainan. Sang isteri menangis, kerana suaminya tidak menjamah masakan yang dibuatnya. Seorang ibu menangis kerana melihat anaknya hilang (suami bawa keluar pun dia tak tahu, haha). Dan begitulah seterusnya. Ada yang kelakar tentang saya satu ketika dulu. Saya pernah menangis kerana parents saya tidak menjenguk saya di Asrama ketika Hari Raya (sekolah ni pun satu, Hari Raya bagilah balik!). Mungkin lucu, ketika saya mengenangkannya kembali. Air mata yang bercucuran, sangat mudah ketika perasaan sedang bergejolak. Apa yang lebih parah, apabila ada seorang lelaki menangis, kerana cintanya tidak berbalas dari seorang wanita yang diminatinya. Ni, saya tak boleh terima, tak gentle lah lu mat! Dengarlah nasihat saya, bunga bukan sekuntum beb!

Menangis Kerana Iman


Just wait, sorry kalau mengutuk sesiapa. Jujur, saya tidak berniat begitu. Saya juga manusia biasa. Boleh mengerti apa yang kalian rasai dan tangisi. Namun, adalah suatu yang sia-sia apabila kita melakukan sesuatu itu tanpa ada nilai pahala ketika melakukannya. Padahal, kalaulah kita melakukan perkara tersebut (menangis le) dengan cara yang betul, maka kita akan mendapatkan pahala sekali gus rahmat Allah SWT. Tak percaya? Silakan untuk tidak percaya, kerana saya tidak paksa kalian untuk percaya.

Lazimnya, menangis dipersepsikan secara negatif sebagai perkara yang menunjukkan sikap lemah dan cengeng. Sehingga sering kita diberi nasihat: Sudahlah, janganlah menangis! Jujur saja, saya pernah digelar sebagai seorang yang cengeng (tu dulu lah, waktu kecil). Namun ada menangis yang dianjurkan, hukumnya menurut syara’ adalah sunnah. Ertinya, menangis yang membuat pelakunya dapat pahala. Menangisnya seseorang beriman itu adalah kerana takut kepada Allah dan tatkala ingat kepada-Nya.

Allah SWT berfirman

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Qs. al-Isrâ’ [17]: 109).


Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (Qs. Maryam [19]: 58).

Adapun dalil dari as-Sunnah adalah:

• Dari Ibnu Mas’ud ra., ia berkata; telah bersabda Nabi Saw kepadaku:

“Bacakanlah al-Qur’an untukku.” Wahai Rasul! Apakah aku harus membaca al-Qur’an untukmu, sedangkan al-Qur’an itu diturunkan kepadamu? Beliau Saw bersabda, “Aku sangat menyukai mendengarkan al-Qur’an dari orang lain.” Ibnu Mas’ud berkata; Maka aku membacakan al-Qur’an surat an-Nisâ’ untuk Rasul, hingga aku sampai pada ayat:

“Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).” (Qs. an-Nisâ’ [4]: 41). Kemudian Rasulullah saw bersabda, “Cukup sampai di sini.” Aku menoleh kepada Rasul Saw, ternyata kedua matanya mengucurkan air mata. [Mutafaq ‘alaih].

Banyak lagi nas-nas yang menjelaskan anjuran menangis ketika mengingat Allah SWT dan takut kepadaNya. Taip saja di google search, dan taip “menangis kerana Allah”, tentu kalian akan mendapatkan referensi yang banyak mengenai menangis yang dianjurkan di sisi islam. Pembahasan kali ini memang terlalu simple, namun saya punya maksud tersendiri, kerana melihat banyaknya orang menangisi apa yang tidak patut ditangisi. Bukan saya bermaksud, bahawa saya merasa suci akan diri sendiri. oh bukan, jauh sekali. Saya menganggap tulisan ini adalah sebagai cerminan diri saya sendiri. sebagai muhasabah kepada diri yang alpa. Menangis kerana cinta tak terbalas, boleh saja. Silakan anda menangis. Tapi untuk apa? Menangis kerana kalian kalah dalam suatu acara (pertandingan) pun boleh, silakan. Tapi, entahlah. Untuk apa?

Kan lebih elok dan molek, jika kalian saling berpesan-pesan dalam kebaikan dan ketakwaan. Lalu, kalian menangis kerananya. Menangis kerana mengenangkan dosa-dosa dan kelalaian kalian sebagai hamba Allah di muka bumi. Atau, pada malam hari, tatkala orang semua sedang dibuai mimpi, kalian bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepada Sang Pencipta alam. Lalu kalian menangis kerana berasa terlalu banyak khilaf dan dosa. Kalau anda malas, saya ingin mengajak anda (yang lelaki jelah) untuk ke sebuah bukit pada waktu senja, lalu kita melihat kebesaran Allah SWT dari penciptaanNya yang agung ini. Merenung. Ya, dengan perenungan di bukit itu nanti, kita merasa kecil dan lemah sebagai hamba di muka bumi ini.

Rasulullah telah menasihati kami dengan nasihat yang menyebabkan hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. [HR. Abu Dawud. At-Tirmidzi berkata hadits ini hasan shahih].

Hadis-hadis di atas menyedarkan kepada kita, siapa sebenarnya kita? Apakah kita termasuk orang yang takut kepada Allah ataukah kita berani kepada-Nya? Tentu yang terakhir, na’uudzubillahi mindzalik!

Demi kesuksesan hidup masa depan, marilah kita renungkan sabda Nabi saw. dalam hadits qudsi dimana Allah SWT berfirman: “Tidak akan kukumpulkan dalam diri hamba-Ku: dua rasa takut dan dua rasa aman. Siapa saja yang takut kepada-Ku di dunia, maka akan Kuberi rasa aman di akhirat. Siapa saja yang merasa aman dari-Ku di dunia, maka akan Kuberi rasa takut di akhirat.” [HR. Najjar dalam Kanzul Umal, II/709].

Selamat menangis terhadap sikap diamnya kita serta merasa amannya kita atas dominasi kekufuran dan kemungkaran dan dicampakkannya syariah Allah di muka bumi, kerana takut kepada Allah SWT, dan selamat berjuang meninggikan kalimat Allah dan menegakkan hukum syariah-Nya di muka bumi untuk mendapatkan keredaan-Nya! Allahu Akbar!

Wallahu’alam...

0 comments: