Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Khamis, 19 Februari 2009

Seperti Makan Nasi

Beberapa bulan lalu, saya ke Bandung menziarahi teman baik saya. Selama seminggu saya di sana. Perasaan berada di sana memang sangat teruja dan gembira. Apa tidaknya, di samping dapat berjumpa dengan teman lama, saya juga dapat merasai suasana kehidupan di negeri orang. Ia memang luar biasa. Iklim yang sejuk, kultur budaya dan sosialnya yang berbeza daripada tanah air Malaysia sungguh sangat memberi inspirasi.

Oleh kerana teman saya agak kesibukan dengan acara pernikahan adiknya. Jadi, teman saya memperkenalkan saya dengan seorang teman akrabnya yang tahu seluk belok kota Bandung. Dengan harapan, agar kehadiran saya di situ, tidaklah sia-sia dan terabai. Wahai teman, kalaupun engkau tidak melakukan hal itu, aku maklum akan kondisi kalian.

Ada suatu perkara yang menarik untuk dikongsikan. Tanpa menokok tambah, saya Cuma berharap perkongsian ini, dapat memberi sedikit cetusan pemikiran bagi mereka yang seenaknya dalam melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Teman kepada teman saya ini (istilah yang pelik lagi), membuat saya kagum dengan dialognya yang benar-benar rasional dan menggugah akal.

Pagi itu, kami bangun agak telat, tetapi masih sempat untuk melaksanakan kewajipan solat. Kami keletihan, kerana hari sebelumnya kami berjalan (bersiar-siar) sehari suntuk. Dalam pada itu, Abdul (nama teman kepada teman saya) sempat berkomentar singkat tatkala kami ngobrol sambil menonton televisyen (program rancangan di sana, sangat beragam). Komentarnya begini, “Solat ni, dah menjadi satu perkara yang wajib, seperti mana wajibnya manusia itu untuk makan. Saatnya makan, tentu manusia itu perlu makan. Begitu juga dengan solat, ia sudah seperti rutinnya manusia untuk makan. Tidak perlu disuruh, apalagi dipaksa untuk melakukannya. Kalau tidak makan, manusia yang akan rugi dan memudaratkan dirinya sendiri. Hmm... benar juga ya! Kalau tidak solat, bukan sahaja tidak tenang (kerana kita tahu akan kewajipan tersebut), bahkan di akhirat kelak kita bakal diazab di dalam api neraka. Nau’dzubillah Min Dzalik.

Walaupun kiasan tersebut agak mirip sama, namun ia hanya sama dari sudut praktikal dan aplikasinya dalam kehidupan kita. Namun, tidak pada dasarnya. Ini kerana, manusia memang perlu makan untuk meneruskan kehidupan (survival). Tetapi, manusia masih boleh meneruskan kehidupan tanpa perlu solat. Orang yang berideologi kapitalis juga solat, tapi mungkin mengambil agama Hindu dan Budha sebagai pilihan. Sam Harris (pengarang buku The End Of Faith) di dalam bukunya mengecam agama, kerana baginya agama hanya memecahbelahkan manusia. Manusia bersengketa hanya atas nama kebenaran yang diyakininya. Namun, Sam Harris tetap masih boleh hidup tanpa adanya keyakinan pada sesuatu agama, dan begitu juga dengan para penganut ateisme yang lain.

Bagi seorang muslim yang beriman, tentu saja di tahu bahawa dia solat adalah semata-mata hendak meraih manfaat spiritual (qimah ruhiyah), dan bukan manfaat kebendaan (qimah madaniyah). Orang yang beriman melaksanakan solat adalah kerana dia atas dasar kesedaran akidah yang diyakininya. Lalu, dengan keyakinan tersebut, akan melahirkan satu persepsi yang menyeluruh termasuklah tentang keyakinannya terhadap salah satu kewajipan terbesar sebagai seorang muslim iaitu bersolat. Tidak dinafikan, apabila kewajipan itu terlaksana secara berterusan (dalam waktu yang agak lama), maka ia akan menghasilkan satu perkara rutin, yang mana kita akan merasa tidak selesa jika tidak melaksanakannya. Ia berlaku pada saya. Ketika saya melaksanakan segala apa jua amalan dan aktiviti, hati saya berasa tidak tenang jika solat masih belum dilaksanakan. Hatta, jika kita lupa untuk melakukannya, kita akan secara automatik ingat kerana ia sudah menjadi satu aktiviti yang kita lakukan secara istiqamah.

Ada satu kisah mengenai seorang sahabat lain yang sangat peka terhadap setiap seruan Allah. Saat itu dikisahkan seorang sahabat hendak memakan sebiji kurma, lalu tiba-tiba datanglah seruan untuk berperang. Apa yang dilakukan sahabat tersebut? Dia membuang kurma yang hendak dimakannya tadi dan segera pergi ke medan jihad. Sahabat tersebut berkata, “Terlalu lama jika aku harus menunggu kurma ini habis lalu pergi berjihad.”

Apakah kalian rela makan nasi, tapi dalam waktu yang sama meninggalkan kewajipan solat dan kewajipan lain yang telah Allah SWT taklifkan?

atau,

Apakah kalian tidak rela perut kalian lapar, tapi di sisi lain rela meninggalkan larangan yang telah Allah SWT tetapkan!

Fikirkan! Adakah kalian merasakan nasi lebih penting daripada kewajipan lainnya?

Wallahu’alam...

2 comments:

Welma La'anda berkata...

salam,

memandagkan thinker selalu benar ke Indonesia, next trip kalau mahu ke sana lagi, jangan lupa khabarkan kepada akak yer. nak pesan beli buku, boleh? sebuah sahaja.

WanitaMustanir berkata...

sedap betul tgk nasi lemak tuh..(^_^)