Ashobiyah (Wathoniyah) laksana haiwanisme
Ketika ini, saya teringat tatkala saya menduduki kelas 3 sekolah darjah. Masih terekam di dalam ingatan saya tentang bab binatang yang mempertahankan kawasannya daripada dicerobohi dari binatang lain. Cara yang paling mudah bagi haiwan karnivor seperti harimau atau singa (macan) adalah dengan meletakkan najisnya pada border-border yang dirasakan itu adalah kawasannya. Maka, siapkanlah taringmu wahai harimau lainnya jika dikau mahu menapaki kawasanku. Begitulah gambaran ashobiyah yang telah tertanam di dalam jiwa-jiwa kaum muslimin. Mereka merasa bangga terhadap wathon mereka tanpa mereka sedari bahawa wathon yang mereka pertahankan itu adalah ilusi yang diberikan penjajah kepada mereka. Yang apabila mereka meneroka ke dalamnya, mereka akan mendapati bahawa kemerdekaan yang mereka kecapi adalah fatamorgana belaka. Laksana haiwanisme yang hanya mempertahankan kawasan semu, tidakkah sama dengan ashobiyah ciptaan penjajah ini? Ketika kaum muslimin dari Indonesia misalnya datang ke Malaysia, maka mereka dianggap sebagai pendatang yang hina. Di manakah letaknya persaudaraan islam sebagai satu tubuh yang utuh? Ketika bangsa India (beragam islam) datang untuk meminang anak-anak kita, kita merasa ia satu perkara yang janggal dan tidak mendatangkan penghargaan kepada kita. Lalu, di manakah letaknya kemuliaan di sisi Allah berbanding ras yang kalian pertahankan?
Penjajahan Alaf Baru
Sedikit demi sedikit, para pembaca telah mengerti ke mana arah tuju kupasan yang ingin saya sampaikan di dalam tulisan ini. Ini kerana, telah banyak para da’e lewat pelbagai uslub dan massa yang mendendangkan untaian tulisannya berkenaan merdeka yang semu itu tadi. Anggaplah tulisan saya ini Cuma sekedar coretan dari seorang yang ingin curhat sebentar kepada keluarganya, dan antum pembaca sekalianlah ahli keluarga saya. Ya, persaudaraan yang hakiki di dalam islam, yang akan membentuk ikatan yang kuat berbasis tauhid kepada Allah SWT.
Saya tidak ingin mencipta kata-kata baru dalam bab ini, karena telah banyak tinta tertumpah untuk membahaskan tajuk ini secara lebih dalam. Oleh itu, saya ingin meminjam perbahasan yang ditulis oleh syabab Hizbut Tahrir berkenaan hal ini di dalam Sautun Nahdhah edisi 137 – Bangsa-bangsa Yang Terjajah.
Pada abad ke-19, negara-negara Eropah, khususnya Britain dan Perancis berebut-rebut untuk menjajah Negara Islam dan juga lain-lain negara di dunia. Penjajahan (imperialisme) ketenteraan menjadi salah satu cara yang ditempuh oleh negara-negara Eropah untuk menundukkan sekaligus menerapkan ideologi kufur mereka di negara-negara jajahan. Keadaan ini berlangsung terus hingga berakhirnya Perang Dunia II, yang telah memunculkan Amerika sebagai samseng baru di pentas dunia. Dengan kekuatan, kelicikan dan agenda baru, Amerika mula mengatur strategi politiknya. Dunia sudah mula bosan dan mengutuk segala bentuk penjajahan ketenteraan/fizikal. Bagaimanapun, sebagai negara penganut Ideologi Kapitalis yang mana ‘manfaat’ adalah pegangan hidupnya, Amerika semestinya tidak boleh berdiam diri dan merelakan apa sahaja yang sedang terjadi, apalagi dengan sifat permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya yang tidak pernah padam. Amerika mula merancang untuk menakluk dunia dengan satu penjajahan bentuk baru yang boleh diterima dunia. Dengan makar yang teliti dan mendalam, terbentuklah PBB yang kononnya menggabungkan negara-negara merdeka di dunia demi mencapai dan memelihara penyatuan dan keamanan sejagat. Ternyata, makar ini membuahkan hasil yang diingininya dan Amerika berjaya ‘menguasai’ dunia melalui pertubuhan kufur ini.
Dari sini juga diwujudkan beberapa badan/lembaga lainnya juga atas nama kesejahteraan dunia seperti World Bank (WB), International Monetary Fund (IMF), World Trade Organisation (WTO), International Court of Justice (ICJ) dan banyak lagi. Seterusnya dilaungkanlah slogan-slogan untuk keharmonian bersama seperti Hak Asasi Manusia (HAM), Demokrasi, Globalisasi, Hak-hak Wanita, Kebebasan dan bermacam-macam lagi. Atas alasan memberi bantuan kepada negara-negara yang lemah (yang kebanyakannya adalah negeri-negeri umat Islam), Barat akhirnya berjaya menjerat negara-negara ini dengan hutang luar yang berbilion-bilion jumlahnya. Atas alasan pasaran bebas, Barat berjaya masuk ke setiap negeri kaum Muslimin dan menjadikan negeri-negeri Muslim bergantung kepadanya. Selain itu, mereka juga berjaya mengaut segala kekayaan alam khususnya minyak dan gas yang ada di Arab Saudi, Iraq, Mesir, Kuwait, Indonesia dan lain-lain lagi. Atas nama HAM, Demokrasi dan kebebasan, Amerika berjaya ‘memerintah’ Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Dengan ICJ, Barat berjaya menjadikan undang-undang kufur mereka sebagai undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh semua.
Pendek kata, percaturan kuffar Imperialis Barat dengan adanya PBB dan badan-badan di bawahnya telah memberikan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada mereka untuk menjajah umat Islam dalam bentuk penjajahan baru ini. Kesimpulannya, negara-negara yang kononnya telah mencapai kemerdekaan sebenarnya masih tetap terjajah dengan penjajahan bentuk baru ini (neo-imperialisme) oleh Barat. Seperkara lagi yang kita perlu fahami adalah Barat tidak akan berjaya menguasai negeri umat Islam jika pemerintahnya mencampakkan semua hukum dari Barat lalu menerapkan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Barat pasti tidak akan berjaya mengaut segala kekayaan dari bumi umat Islam jika para pemimpin umat Islam tidak menjadi agen mereka, tidak bersubahat dengan mereka di dalam mengambil hak umat, serta tidak tunduk patuh kepada Barat. Sungguh! Barat berjaya menguasai keseluruhan negeri umat Islam kerana pemerintah umat Islam saat ini terus berhukum dengan hukum Barat. Justeru, di manakah kemerdekaan apabila undang-undang yang diterapkan adalah undang-undang Jahiliyyah Barat, sistem ekonomi adalah sistem Kapitalis bukannya sistem Islam, perbankan riba masih merajalela, gaya hidup Barat masih berleluasa, sistem pendidikan masih sekular dan yang paling penting, sistem pemerintahan masih dibelenggu dengan sistem pemerintahan negara-bangsa berdasarkan sempadan yang telah ditetapkan oleh kafir Imperalis Barat. Di manakah kemerdekaan? Sungguh malang! Malaysia berusaha mencapai kemerdekaan kerana inginkan pemerintahan sendiri, namun hakikatnya masih tetap memerintah dengan apa yang kafir penjajah tinggalkan!
Mengenal Kemerdekaan Yang Hakiki
Satu ketika, Rab’i bin Amir, Hudzaifah bin Mihshin, dan Mughirah bin Syu‘bah ditanya oleh Jeneral Rustum (Parsi) secara bergantian pada hari yang berbeza pada Perang Qadisiyah, di mana Rustum bertanya,
“Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?”. Mereka menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan/memerdekakan siapa saja dari penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasanNya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam...” [Tarikh at-Thabari, II/401].
Wahai kaum muslimin, apakah yang membebaskan dan memerdekakan kalian saat ini? Apakah ashobiyah telah mendarah daging di dalam tubuh kalian sehingga kalian tidak dapat mengenal antara intan dan kaca secara tepat. Ketika kita dituntut untuk bersatu di bawah satu payung syariat, tetapi kalian justru bercerai berai dan berbangga dengan terpisah-pisahnya negeri-negeri kalian. Aku berlindung dari segala hal yang akan mencelakakan aku kelak di akhirat. Semoga hal ini tidak terjadi kepada penulis dan kaum muslimin seluruhnya.
Kenalilah, bahwasanya kemerdekaan yang sebenar adalah tatkala islam itu diterapkan secara sepenuhnya (kaffah) oleh umat islam, dan bukan sebahagian-sebahagian sepertimana yang di-klaim oleh golongan-golongan yang tipikal dalam memahami islam. Kemerdekaan yang hakiki ini juga akan menampakkan syiarnya bukan hanya kepada umat islam, tetapi juga kepada non-muslim juga. Mereka akan bermati-matian mempertahankan daulah sepertimana kita mempertahankannya. Mereka akan diterapkan sistem islam sepenuhnya tanpa ada dualism. Yang ada hanyalah islam semata-mata. Syiar islam sahaja, manakala yang lainnya akan wujud sebagai entity yang minority dan akan cenderung kepada syiar yang hakiki (islam).
Oleh itu, sedarlah kaum muslimin! Janganlah kalian menganggap kemerdekaan yang diberi oleh penjajah ini adalah kemerdekaan sejati adanya. Tetapi ia adalah satu metode penjajahan alaf baru yang diterapkan mereka terhadap kita. Siapakah yang akan memberii jaminan kepada kita apabila kita keluar rumah kita akan selamat dari kebejatan masyarakat kini? Siapakah yang akan memberi jaminan kepada anak-anak gadis kita dari ancaman-ancaman nafsu serakah manusia di luar sana, ketika mereka berada jauh dari pandangan kita? Dan, siapakah yang akan member jaminan kepada anak-anak kita kelak dari bahaya yang berada di luar sana, ketika mereka berada di luar penglihatan kita. Dan, dan… dan bahaya lainnya yang akan terus menghantui kita selamanya selagi kita tidak meniti perjuangan untuk mencari kemerdekaan yang hakiki di sisi Alalh SWT.
Wallahu A’lam..