Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Rabu, 24 September 2008

Ayat-ayat Cinta The Movie - Komen Ringkasku


Melihat ramai peminat novel AAC telah mengomentari tentang AAC The Movie ini, penulis berasa ingin berkongsi sama tentang pengamatan penulis semasa dan selepas menontonnya. Alhamdulillah, saya usai menontonnya pada bulan Mei lalu. Saya menontonnya di laptop saya sendiri, yang saya copy file-nya dari teman akrab saya. Basri & Fawaz, thanks kerana kamu berdua telah bersusah payah berulang alik ke tempat kerja semata-mata untuk berziarah dan memenuhi permintaan temanmu ini untuk memberi file-nya. Semoga kita bakal ketemu lagi kelak, insyaAllah.

Sinopsis cerita memang tidak jauh berbeza, cuma ada sedikit modifikasi dari sudut olahan cerita. Dan tidak sesempurna seperti novel asalnya, dimana pembawaan watak Fahri tidaklah terlalu tinggi pembawaan citranya, kerana watak di dlm-nya seimbang. Saya tidak mahu banyak ‘mengkritik’ pembawaan watak dan jalan ceritanya, kerana antum sekalian boleh membacanya di blog-blog lain yang telah banyak membahaskannya. Jadi, jika saya membahaskan isi yang sama, maka ia agak membosankan dan membuang waktu serta tenaga.

Memang, antara novel dan movie tidak boleh dibandingkan dan dibuat perbandingan. Ini kerana bahasa novel berbeza dgn bahasa filem. Namun, ia masih boleh dibuat kalkulasi mutunya. Pada pendapat saya, filem tersebut ok, cuma adegan-adegan seperti berdua-duaan masih belum boleh dipertimbangkan dari sisi syariat.

Maria, Aisyah... 2 watak yg mencuri perhatian, tapi bukan kerana sahsiyahnya, tp karena kejelitaannya. Ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun, karena saya secara peribadi tidak melihat ketertarikan dari sudut sahsiyahnya.

Sepertimana novel, filem ini juga berjaya memberi satu kegundahan jiwa terhadap saya. Babak itu adalah ketika Fahri dimasukkan ke dlm penjara. Ketika Fahri merungut tentang kesalahan apa yang menyebabkan musibah itu menimpanya. Lalu "jailmate"-nya menenteramkan dirinya dgn kata-kata yg saya sendiri terkesankan. "Barangkali kamu solat tatkala kamu terkena musibah sahaja, kamu berdoa tatkala kamu dalam kesusahan sahaja". Begitulah lantunan kata-kata tersebut walau tidak seperti asalnya. Semoga kita terhindar dari sikap perasaan tersebut. Kita berdoa, bertawakal serta berusaha adalah kerana kita mengerti akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, serta mengerti akan kelemahan kita sebagai makhlukNya. Ya, mungkin mudah hanya dengan bertutur kata dan melafaz bicara, tapi untuk mempraktikkannya juga bukan sesuatu yang mustahil bukan?

Semoga antum sekalian dapat menontonnya. Dan secara peribadi, saya masih lebih suka novelnya berbanding filemnya.

2 comments:

Welma La'anda berkata...

salam,

sesiapa yang pernah membaca ayat-ayat cinta, pasti mengatakan novel AAC lebih menggugahkan jiwa berbanding filemnya. Bagi akak, novel AAC ada auranya tersendiri. Perasan atau tidak, dahulu sebelum kemunculan AAC, novel berunsur islami jarang mendapat perhatian. Tetapi, setelah AAC, ramai penerbit mula mengorak langkah menerbitkan genre sebegini. Impak AAC, bukan di Indonesia sahaja tetapi di Malaysia juga.

sekadar pandangan wallahu alam

thinker berkata...

benar, apa yg akak katakan tu. sy juga melihat dr aspek sedemikian, iaitu satu fenomena baru yg kian diperhatikan, iaitu filem-filem yg berunsur islami...

thanks 4 ur opinion...