Saya berbuka puasa bersama teman di Kolej 11 dan solat maghrib di API (Akademi Pengajian Islam). Setelah bertadarus sebentar, saya terus bergegas bersama-sama teman ke Fakulti Alam Bina agar bisa solat tarawih berjamaah. Ternayata tepat dari sangkaan, bahwa setelah sampai di
Pembicara pertama, iaitu Dr Mohammad telah membahaskan isu Mahasiswa dari sudut yang sangat global dan membuat saya sendiri berfikir tentang reality dan permasalahan umat islam kini. Beliau mengupas isu mahasiswa dari 3 aspek: (1) Realiti mahasiswa sebagai bahagian dari umat islam yang semakin hari semakin mundur, (2) Realiti kaum muslimin di masa lalu, iaitu mereka adalah koir ummah (sebaik-baik ummat), (3) Jalan/Metode untuk segera membangkitkan umat agar menjadi umat yang terbaik semula dalam segala aspek, dan Islam tegak sebagai ideology (way of life). Menarik, sungguh menarik. Perbahasan yang tidak stagnan pada permasalahan mahasiswa sahaja, tetapi merangkumi seluruh aspek yang ada di sekeliling kita. Beliau menegaskan, bahwasanya untuk membangkitkan kembali umat kini adalah dengan mengamalkan semula ajaran islam dalam segenap kehidupan, dan berusaha segenap tenaga untuk membawa kembali umat ini ke arah yang diredhai oleh Allah swt.
Pembicara ke-2 iaitu Dr. Zulkifli pula membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang kreatif, dinamik dan berwawasan seperti yang pernah dialami oleh beliau sendiri, pada saat beliau memegang tampuk kepimpinan mahasiswa di Universit satu ketika dului. Langkah-langkah ini perlu diawali dengan niat, ikhlas dan amanah apabila mahasiswa memegang tampuk kepimpinan, dan kepimpinan itu perlu dipegang dengan penuh tanggungjawab dan konsisten. Jawatan, bukan setakat kemegahan, tapi ianya perlu disandang dengan penuh gigih dan optimize agar orang-orang yang dipimpin mendapat rahmat kepemimpinan tersebut.
Majlis selesai pada jam 11.15 malam, dan saya sempat berjumpa dengan teman-teman lama, dan berkenalan dengan beberapa teman baru yang sudi menjalin ukhwah. Barokallahu Lakum Akhi, semoga apa yang kita lakukan pada waktu itu menjadi saksi dan bekal kepada kita di akhirat kelak, Ameen.
0 comments:
Catat Ulasan