'Umat Islam di Malaysia sedar bahawa usaha memperbaiki institusi mereka, demokrasi, pencapaian pelajaran dan mewujudkan kemajuan ekonomi yang seimbang adalah jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein'. Petikan ini di ambil dari laporan Berita Harian pada 7hb Oktober 2005. Sekali lagi perkataan jihad dipergunakan untuk membawa suatu pemahaman baru yang sebelum ini belum pernah dipergunakan oleh para ulama muktabar dalam mendefinisi kalimah jihad, terutamanya apabila ia digunakan di dalam konteks Islam dan umatnya.
Pengertian kalimah jihad seharusnya diambil dari makna hakikinya - yakni makna yang sepatutnya digunakan mengikut makna hakiki yang ditetapkan untuknya. Ia ditetapkan samada daripada makna bahasa, makna syara', makna adat atau dari makna adat khusus. Dari sinilah rumusan tentang makna yang lebih jelas boleh disimpulkan.
Jihad dari segi makna bahasa adalah masdar dari kata jahada-yujahidu-jihad yang bermakna mufa'alah iaitu 'saling mencurahkan' yang membawa maksud mencurahkan seluruh kemampuan. Berdasarkan makna bahasa ini, makna hakikat jihad adalah kemampuan yang dikerahkan untuk melakukan apa sahaja samada secara fizikal mahupun perkataan. Pengertian ini dapat dikembalikan kepada huraian an-Naisaburi dalam tafsirnya iaitu mencurahkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan yang dikehendaki. In merupakan makna bahasa bagi kalimah jihad. Yang ingin kita perhatikan di sini adalah makna jihad apabila dibicarakan dalam konteks Islam dan hukum syara'.
Pengertian jihad yang dinukilkan oleh al-Quran dan Sunnah memberikan makna dari segi syara'. Ia menjelaskan makna yang lebih khusus dan ini membawa maksud mencurahkan seluruh tenaga untuk berperang di jalan Allah samada secara langsung atau secara tidak langsung dengan memberi harta benda, pendapat atau mengumpul bekalan dan lain-lain. Lafaz jihad dalam ayat-ayat Madaniyyah menerangkan makna ini. Sementara itu, di dalam ayat-ayat Makkiyah ia memberikan makna bahasa secara umum. Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan kalimah jihad di dalam ayat-ayat Madaniyyah sebanyak 26 kali. Semua ayat-ayat ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa maksud jihad di sini adalah perang menentang orang kafir serta menjelaskan konotasi jihad yang merupakan suatu keutamaan bagi kaum muslimn.Terdapat juga banyak hadis Rasulullah Sallallahu 'alai wasallam yang mengandungi perkataan jihad dengan makna berperang menentang orang kafir di jalan Allah. Sebagai contoh, hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah:
"Mereka para sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami perbuatan yang boleh menandingi jihad di jalan Allah?" Baginda bersabda, "Kamu tidak akan mampu melakukannya." Mereka berkata, "Beritahulah kepada kami semoga kami mampu melakukannya." Baginda bersabda, "Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, yang sentiasa bangun di tengah malam dan patuh kepada ayat-ayat Allah, yang tidak berhenti berpuasa, bersedekah sehinggalah orang yang berjihad tadi kembali kepada keluarganya."
Selain dari dalil-dalil syara' di atas, ahli fiqh bersetuju bahawa perkataan jihad bererti mengerahkan seluruh kekuatan untuk berperang di jalan Allah. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan kelapangan dan kekuatan dengan berjuang di jalan Allah dengan nyawa, harta, perkataan dan sebagainya. Mengikut mazhab Maliki pula, jihad bererti peperangan orang Islam ke atas kafir untuk meninggikan kalimah Allah. Ulama-ulama mazhab Syafie juga bersependapat bahawa jihad bererti berperang di jalan Allah.
Berkaitan dengan kalimah jihad menurut makna adat atau istilah pula, banyak riwayat dari para sahabat yang menunjukkan bahawa lafaz ini digunakan hanya dengan pengertian berperang. Salah satu daripada riwayat ini ialah jawapan Abu Musa Al-Asy'ari ketika berada di masjid :
"Wahai Abdullah bin Qais (beliau disebut dengan nama aslinya). (Lelaki itu) berkata: "Bagaimana pandangan kamu, jika aku mengambil pedangku, kemudian aku pergunakan untuk berperang semata untuk Allah, kemudian aku terbunuh, dan aku dalam keadaan seperti itu, di manakah kedudukanku?" Beliau (Abu Musa) menjawab: "Di syurga…
" Dari sini jelas nampak bahawa perkataan jihad sejak zaman permulaan Islam tidak pernah terkeluar daripada makna berperang di jalan Allah. Itulah makna yang sepatutnya diambil oleh kaum muslimin serta mempertahankannya tanpa rasa bersalah dan bersikap defensif atau terpaksa merendah diri dengan menyatakan sesuatu yang lain. Janganlah kerana sikap defensif ini, makna jihad yang mulia diputarbelitkan sesuka hati.
Wallahua'lam

0 comments:
Catat Ulasan