Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Rabu, 24 September 2008

Sin Chan – Agenda Yang Tersembunyi

Saya lupa, sejak bilakah kartun Sin Chan ini menembusi layar televisyen di Malaysia. Tapi apa yang pasti, pada awal kemunculannya sudah berjaya membuat penonton tergelak terkehe-kehe (termasuk penulis). Watak protagonis ini amat lucu dengan adegan-adegan yang diaksikannya. Tentu tidak keterlaluan jika saya mengatakan watak Sin Chan ini adalah watak pelawak yang diada-adakan, namun berjaya membawa sifat tersebut dalam aksi yang santai dan bersahaja. Maaf, saya tidak berniat untuk membahas segala karektor Sin Chan dalam penulisan kali ini. Cuma, saya ingin mengajak pembaca yang budiman untuk mencermati agenda di sebalik kartun yang melucukan ini.

Lawak & Adegan Yang... Mempesonakan

Adakah anda seorang peminat kartun Sin Chan? Kalau pun anda bukan peminat, namun kita masih boleh mengetahui secara umum apa content cerita yang ada di dalam cerita kartun tersebut. Mulai dari sifat nakalnya Sang Protagonis (watak utama) di dalam rumah. Watak yang sering menyakiti ibunya dengan sindiran-sindiran, perlakuan yang kurang enak dipandang dan sering memperlihatkan kedegilannya di dalam rumah adalah merupakan bingkai cerita di dalam kartun ini. Sifat miangnya yang seolah-olah dia sudah mengerti akan sifat seksual manusia menjadikannya watak yang unik dan menghiburkan. Tidak lepas dari hal-hal tadi, watak Sin Chan juga melakukan hal-hal di luar kebiasaan anak-anak seusianya, seperti apa ya...? ya, mungkin kita sendiri boleh menekanya. Mungkin agak porno untuk menuangkannya di sini. Tetapi, siapa saja yang pernah menonton pasti tahu apa yang saya maksudkan. Sifat lancangnya kepada ibunya yang terkadang membuat kita tergelak, namun di sebalik semua itu, saya pasti ada agenda yang disembunyikan. Ada muslihat yang ditutupi. Ada paradigma yang dijaja dalam seni kartunis tersebut. Setelah itu apa? Ya mungkin kita yang dewasa ini boleh saja santai begitu saja, tanpa ada apa-apa. Tapi, bagaimana dengan anak-anak kita? Yang belum boleh meng-ertikan sesuatu perkara itu adakah baik atau buruk.

Manis Bukan Bererti Madu

Dari Said Al-Khudri, dari Nabi saw bersabda:” Kamu pasti akan mengikuti sunah perjalanan orang sebelummu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga walaupun mereka masuk lubang biawak kamu akan mengikutinya”. Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah saw apakah mereka Yahudi dan Nashrani”. Rasul saw menjawab, ”Siapa lagi!” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Memang tidak terasa bahawa apa yang disajikan di dalam kartun Sin Chan itu membahayakan. Namun, perkabaran dari Nabi di atas sudah jelas membawa erti pedoman kepada kita bahawasanya kesesatan itu tidak selalunya nampak, kesalahan itu tidak selalunya dihiasi aroma perfume, dan tidak semestinya manis itu bererti madu. Itulah hakikatnya. Apa yang kita nampak baik, tidak semestinya baik di sisi syara’, begitulah hakikat di dalam kehidupan. Memang, pengaruh buruh yang disodorkan oleh musuh-musuh islam khususnya barat dengan idea weternisasi telah banyak melemahkan daya pemikiran umat islam, sehingga umat islam tidak mampu untuk berfikir dan membezakan dengan jelas sesuatu perkara itu. Setiap apa yang datang, umat islam hanya mengambilnya tanpa menyelidikinya dan membuat perhitungan di sisi agama. Itulah hakikatnya yang tidak dinafikan oleh siapa pun.

Oleh itu, di dalam kesempatan ini penulis berharap agar kita sebagai umat islam senantiasa berwaspada dengan agenda-agenda yang dibawa oleh musuh-musuh islam. Perhatikanlah anak-anak (maksud anak-anak di sini adalah umum) kita agar mereka tidak terjerumus ke lembah yang nista. Jadikanlah Al-quran dan sunah sebagai panduan kita sepanjang masa, yang mana kita tidak akan sesat sepanjang masa.

Wallahu’alam...

1 comments:

marjan_munawarah berkata...

betul2..
ana amat setuju dengan nta..
ana menyampah tngk cerita sin chan tu..
adik saudara ana jadi nakal n jahat sebab tgk cerita sin chan..

selain itu, bayangkan budak sekolah rendah boleh cerita perkara2 lucah, ini angkara kartun tak guna tu lah..

bagi ana, kebanyakan program di tv bnyk memberi impak buruk kepada generasi umat masakini..