Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Sabtu, 25 Oktober 2008

Dilema Mencari Pasangan… (Part 1)

Anda sukar mencari pasangan hidup? Atau telah berjumpa dengan calon untuk menjadi pasangan hidup, tetapi kita menjadi bingung dengan pilihan yang kita ada. Sejumlah pertanyaan bermain di benak fikiran kita, benar kah si dia adalah pilihan yang tepat bagi kita atau kah sebaliknya? Atau kah mungkin suatu hari nanti kita bakal bertemu dengan calon yang lebih baik orangnya, lebih baik akhlaknya, lebih cantik orangnya dan lebih kaya materinya. Para wanita tentu mendambakan lelaki yang tidak kalah tampan parasnya, mungkin mencari yang setampan Tom Cruise, atau Shah Rukh Khan, hehe... dan yang pasti adalah mereka menanti pasangan yang benar-benar memenuhi kriteria dan standard yang telah mereka tetapkan.

Sejumlah pertanyaan dan teka-teki di atas sering membuat kita susah untuk mencari calon pasangan hidup dan akhirnya menuju pernikahan. Kadang kita berada di satu titik yang sudah selesa dengan apa yang dimiliki (pasangan), namun kita berasa kurang tatkala melihat kelebihan yang dimiliki oleh pasangan lain namun tidak dimiliki oleh pasangan kita. Semua ini akan menyebabkan kita bakal memutuskan untuk berikhtiar lagi ke depan dan menolak mentah-mentah calon yang sudah ada. Sememangnya realiti yang saya sampaikan itu terjadi pada teman-teman saya dan saya yakin di luar sana pasti ada yang pernah mengalaminya.

Belajar Dari Kisah Plato

Satu hari, Plato bertanya kepada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya bisa menemukannya?” Gurunya menjawab, “ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali mundur, kemudian ambilah satu ranting saja. Jika kamu telah menemukan ranting yang menakjubkan, ia bererti kamu telah menemukan cinta”. Plato pun berjalan, dan tidak lama kemudian dia kembali dengan tangan kosong tanpa membawa apa pun.

Lalu gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”, Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu ranting dan saat aku berjalan tidak boleh mundur”. Sambungnya lagi, “Sebenarnya, aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan di depan sana, jadi tak ku-ambil ranting tersebut. Saat aku melanjutkan perjalanan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang kutemukan tidak sebagus yang tadi, jadi tak kuambil sebatang pun pada akhirnya”. Gurunya menjawab, “Jadi, ya... itulah cinta”.

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi kepada gurunya, “Apa itu perkahwinan?, Bagaimana saya bisa menemukannya? Gurunya menjawab, “Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah kamu tanpa bisa mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon. Kemudian, tebanglah jika kamu menemukan pohon yang kamu rasakan paling tinggi, kerana ia bererti kamu telah menemukan apa itu perkahwinan”.

Plato pun berjalan, dan tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur malah tidaklah tinggi. Pohon tersebut kelihatannya sangat biasa. Lalu gurunya pun bertanya, “Mengapa kamu menebang pohon yang seperti itu?”, Plato menjawab, “sebab, berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi, ketika ada kesempatan aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah teruk sangat kondisinya. Lalu, kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya”. Gurunya menjawab, “Ya... itulah perkahwinan”.

Cerita tersebut saya ambil dari sebuah buku-buku bacaan saya satu ketika dulu. Namun, saya belum sempat untuk memperhatikan ‘sanad’ dan ‘derajat periwayatannya’. Namun demikian, kisah di atas amat relevan dengan kisha cinta dan perkahwinan anak manusia.

Pernikahan memang pelabuhan dua hati. Ia membutuhkan sepasang manusia untuk tiba di sana. Tapi, seperti yang dialami oleh filsuf yunani (Plato) di atas, jatuh cinta dan menikah bisa jadi tidak sama. Untuk jatuh cinta, orang sering berandai-andai akan menemukan sosok ideal yang lebih baik, paling baik dan seterusnya. Kekasih yang OK luar dan dalam, zahir dan batin lho.

Demi mendapatkan tambatan hati, kita sering melakukan pencarian dengan kriteria dan standard yang telah kita pasang. namun, setelah kita menemukan pasangan tersebut, dan dekat dengannya, maka akan ada saja alasan lain untuk mengatakan bahawa dia bukanlah yang kita cari. Kita terlalu berhati-hati dan selektif dalam hal ini. Alasannya adalah persis seperti yang dialami oleh Plato Sang Filsuf. Ia berjaga-jaga (baca : takut) dan khawatir nanti di depan sana akan ada ‘ranting’ yang jauh lebih baik. Kita terlalu khawatir seandainya ada orang lain yang lebih baik menawarkan cintanya kepada kita. Gimana kalau ternyata di fulan atau fulanah sebenarnya juga mengharapkan cinta kita? Gimana kalau ternyata dia adalah orang yang paling cocok dengan kriteria yang kita inginkan? Sejumlah pertanyaan dan teka-teki sering bermain dalam benak fikiran kita.

Plus-Minus Pasangan Kita

Mempunyai dan memiliki keinginan untuk mencari yang terbaik dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan, malah ia satu keharusan. Apatah lagi ia menyangkut hal pernikahan. Pasangan kita bakal menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak kita. Kalau hanya memilih sekadarnya saja, penyesalan mungkin bakal menyusul di kemudian hari. Tapi sedarlah wahai teman, bahawa sesungguhnya lelaki dan wanita di muka bumi ada yang bermacam-macam-macam karektor, sifat, fizik dan keperibadiannya. Ada yang rupawan tapi ibadahnya kurang meyakinkan. Ada yang penghasilannya lumayan tapi kurang tampan/jelita. Ada yang ibadahnya mengagumkan tapi penampilannya kurang sedap dipandang. Hakikatnya, tidak ada orang yang sempurna di atas muka bumi ini. Ada kata-kata gurauan dari saudara saya, “Mencari calon isteri yang cantik, kaya dan solehah itu tidak susah, yang susah itu adalah yang ingin menikah menikah dengan kita”. Benar juga ya?

Kembali pada kisah Plato, ketika ia berasa yakin bakal menemukan ranting terbaik di ladang gandum, justeru akhirnya ia tidak mendapatkan apa-apa. Sementara untuk mundur mengambil ranting terbaik yang pertama dilihatnya adalah mustahil. Sang Guru melarang hal itu. Analoginya adalah, saat kita menolak seseorang, jelas tidak mudah untuk kembali kepadanya. Bahkan hampir-hampir mustahil. Kita mungkin berasa tebal muka untuk memujuk rayu kembali. Banyak orang yang mendapat pengalaman seperti kisah plato tersebut. Setelah bertualang mencari puteri impian, tetapi hasilnya adalah hampa semata. Hampir-hampir mustahil untuk mendapat Putera Raja atau Puteri Impian. Seperti bunyi anekdot lucu, “Jika seseorang mencari pasangan yang rupawan, pengertian dan jenaka sekali gus berpendapatan lumayan, yang ia cari sebenarnya bukan suami/isteri, tapi televisyen”. Haha.

Bersambung...

Read More..

Seputar Masalah Iktikaf

Soalan:

Ada pendapat yang mengatakan bahawa tempoh minimum bagi seseorang apabila hendak beriktikaf adalah selama sepuluh hari. Jadi, apakah ada nas yang memberikan penjelasan terhadap pendapat tersebut. Jika ada ikhtilaf dalam masalah ini, apakah pendapat jumhur ulama’ (khususnya mazhab yang empat) dalam masalah ini.

Jawapan:

Tidak ada dalil di dalam al-quran mahupun as-sunnah yang mewajibkan bahawa jangka masa untuk beriktikaf adalah selama 10 hari, baik di dalam bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya. Bahkan, beriktikaf selama satu malam sahaja (tanpa siang harinya) dibenarkan oleh syara’. Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a :

“Bahawa Umar pernah bertanya kepada Nabi SAW, Umar berkata,’Aku pernah bernazar pada masa Jahiliyah untuk beriktikaf selama satu malam di Masjidil Haram.’ Nabi SAW bersabda,’Penuhilah nazarmu!” (HR Bukhari, hadis no 2032, juga diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa`i, dan Ad-Daruquthni). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 298).

Hadis di atas menunjukkan bahawa beriktikaf pada waktu malam sahaja tanpa siangnya adalah dibolehkan. Jadi, tidak ada dalil yang mewajibkan bahawa iktikaf harus sepuluh hari, baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya (selain bulan Ramadhan).

Namun begitu, amalan beriktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang afdal (lebih utama), dalam rangka untuk mencari Lailatul Qadar. (Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna’, 1/212; Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, 1/125). Hal itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW selalu melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:

“Bahawasanya Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sehingga beliau dipanggil (wafat) oleh Allah Azza wa Jalla, kemudian isteri-isteri beliau beriktikaf sesudah beliau (wafat).” (Muttafaq ‘alaihi) (Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/174).

Hadis ‘A’isyah di atas dengan jelas menerangkan bahawa Rasulullah SAW selalu beriktikaf selama sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. Namun, tidak bererti bahawa iktikaf itu wajib dilakukan selama sepuluh hari, dan tidak sah jika kurang daripada jumlah tersebut (sepuluh hari). Ini kerana, hadis dari Ibnu Umar di atas telah menunjukkan bolehnya beriktikaf selama satu malam sahaja.

Maka dari itu, yang perlu diketahui adalah berapakah tempoh iktikaf paling singkat yang dibolehkan menurut syara’? Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini, yang yang dijelaskan sebagai sebagai berikut:

Pertama, Ulama mazhab Hanafi (Hanafiyah) berpendapat bahawa tempoh minima untuk beriktikaf adalah “tempoh yang singkat tanpa batas tertentu” (muddatun yasiratun ghairu mahdudatin), dan cukup sekadar “berdiam diri” (al-lubtsu) disertai niat. (Maraqi Al-Falah wa Nurul Idhah, hal. 119; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695). Ada riwayat lain mengenai pendapat ulama mazhab Hanafi, yakni minima adalah satu hari (siang hari saja tanpa malamnya - yaumun). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 299).

Kedua, Ulama mazhab Maliki (Malikiyah) berpendapat tempoh minima untuk beriktikaf adalah satu hari satu malam (yaumun wa lailatun). Pendapat yang terpilih (ikhtiyar) menurut ulama Malikiyah adalah; “iktikaf itu hendaknya tidak kurang dari sepuluh hari”. (Asy-Syarhul Kabir, 1/541; Asy-Syarhush Shaghir, 1/725; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695).

Ketiga, Ulama mazhab Syafi’i (Syafi’iyah) berpendapat tempoh minima untuk beriktikaf adalah suatu kadar yang dapat disebut “berdiam diri” (ukuf/iqamah), iaitu lebih lama daripada waktu tumakninah dalam ruku’ dan yang semisalnya (fauqa zaman at-tuma`niinah fi ar-rukuu’ wa nahwihi), dan tidak cukup disebut iktikaf jika temphnya sama seperti tumakninah. (Lihat Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, 1/215; Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna’, 1/213; As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin, 2/259; Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, 1/125).

Keempat, Ulama mazhab Hanbali (Hanabilah) berpendapat tempo iktikaf tempoh minima untuk beriktikaf adalah “sesaat” (saa’atun), iaitu suatu kadar yang dapat disebut “berdiam diri” (mu’takifan laabitsan) walaupan hanya sebentar (lahzhatan). (Kasysyaf Al-Qana’, 2/404; dikutip oleh Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695).

Berdasarkan keempat-empat pendapat di atas, pendapat jumhur (Hanafiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa tempoh minima untuk beriktikaf adalah “waktu yang singkat” (muddatun yasiiratun). Manakala pendapat ulama mazhab Maliki berpendapat minimum untuk beriktikaf adalah satu hari satu malam (yaumun wa lailatun). (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/695; Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 299-300; Muhammad bin Abdurrahman Ad-Dimasyqi, Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A`immah, hal. 71).

Jadi, menurut kaedah tarjih, pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah pendapat jumhur. Hal ini disebabkan dalil-dalil tentang iktikaf dalam Al-Qur`an dan As-Sunnah adalah dalil-dalil yang bersifat mutlak, yakni mutlak dari segi tidak menyebut batas tempoh yang minima untuk iktikaf. Dengan kata lain, tidak terdapat dalil yang membatasi (men-taqyid) bahawa tempoh minima iktikaf adalah satu hari satu malam (sebagaimana mazhab Maliki). (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Ash-Shiyam, hal. 298).

Kaidah ushul dalam masalah ini menyatakan :

Al-Mutlaqu yajriy ‘ala ithlaaqihi maa lam yadulla ‘alaa at-taqyiid

“Dalil yang mutlak tetap dalam kemutlakannya selama tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya taqyid (pemberian batasan atau sifat tambahan).” (Wahbah Az-Zuhaili, Ushul Al-Fiqh Al-Islami, 1/208; Imam Asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hal. 164).

Maka dari itu, berdasarkan pendapat jumhur, adalah sah hukumnya beriktikaf selama waktu yang singkat yang dapat disebut sebagai “berdiam diri” (al-lubstu), walau hanya sebentar sahaja. Dalam mazhab Syafi’i bahkan diberi keterangan bahawa sah beriktikaf walaupun lamanya hanya sedikit lebih lama daripada waktu untuk tumakninah (misalnya 20 hingga 30 saat saja).

Namun demikian, kami menganjurkan agar dalam beribadah agar senantiasa berusaha bukan hanya melaksanakannya pada batas minima, tetapi disarankan agar lebih dari itu. Walaupun batas minimat tersebut adalah sah menurut hukum syara’. Kaedah fiqih menyatakan :

Maa kaana aktsaro fi’lan kaana aktsaro fadhlan

“Suatu aktiviti yang lebih banyak perbuatannya, lebih banyak pahalanya.” (Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, Maktabah Syamilah, 1/257).

Berdasarkan kaedah ini, memisahkan solat witir yang tiga rakaat (yakni dua rakaat salam, ditambah satu rakaat salam), lebih utama daripada menggabungkannya (tiga rakaat sekali salam), ia disebabkan lebih banyak niat, takbir, dan salamnya. Misalan lain seperti solat sunnah dengan berdiri lebih utama daripada solat secara duduk, solat dengan duduk lebih utama daripada solat dengan berbaring. Demikian pula, iktikaf selama satu hari lebih utama daripada iktikaf dalam satu jam sahaja, dan iktikaf sepuluh hari lebih utama daripada satu hari, dan begitulah seterusnya.

Kesimpulannya, tidak ada dalil yang mewajibkan bahawa iktikaf itu harus dilakukan selama sepuluh hari. Iktikaf sah dilakukan walau hanya sebentar sahaja, sesuai pendapat jumhur yang lebih kuat (rajih). Namun syara’ lebih menyukai agar kita melakukan ibadah dengan perbuatan yang lebih banyak. Maka iktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah afdhol (lebih utama), dalam rangka untuk mencari Lailatul Qadar. Wallahu a’lam.

Sumber : http://konsultasi.wordpress.com/

Read More..

Pengkid Diharamkan, Yang Lain Bagaimana?

Gambar adalah hiasan semata

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. (utusan Malaysia : 24 Oktober 2008)

Apa yang dilakukan oleh Majlis fatwa tersebut amatlah baik dari pandangan islam kerana mengharamkan apa yang sememangnya diharamkan oleh islam. Perbuatan menukar watak dan kelakuan di antara lelaki dan wanita diharamkan syara’ berdasarkan hadis dari Rasulullah saw:

“Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.” (H.R. Abu Daud dan Hakim)

Dan di dalam hadis lain yang senada dengannya:

“Rasulullah SAW melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita.” (H.R. Bukhari)

Oleh itu, jelas bahawa sesungguhnya sebarang perlakuan yang sama ada lelaki atau wanita yang cuba menyerupai jantina lawan jenisnya, maka perbuatan tersebut dilarang sekali gus haram dan dilaknat oleh Allah SWT.

Ubahlah Semuanya

Namun di sebalik apa yang dilakukan oleh Majlis Fatwa tersebut, haruslah diketahui bahawa sesungguhnya apa yang dilarang Allah SWT bukan hanya perkara. Misalnya riba yang telah mengakar dalam sistem perekonomian kita, sistem sosial yang tidak menggunakan sandaran syara’, sistem pendidikan yang sekular, sistem pemerintahan kapitalisme dan banyak lagi yang perlu diperhatikan. Konklusinya, sistem yang diguna pakai oleh negara Malaysia kini adalah sistem sekular ciptaan penjajah atau lebih lebih tepat ciptaan akal manusia semata. Apa yang pasti, semua perkara (yang saya sebutkan di atas) tidak dapat dirubah serta-merta. Usaha untuk merubahnya pula bukanlah tugas majlis fatwa sahaja, tetapi ia adalah tugas kaum muslimin seluruhnya.

Perjalanan sebuah masyarakat di dalam sebuah negara adalah ibarat sebuah kapal yang sedang berlayar menuju sebuah destinasi bersama. Enjin, para pendayung, kualiti materi kapal dan layar kapal haruslah mempunyai kualiti yang tinggi untuk membawa penumpang yang ada di dalamnya dalam pelayaran yang aman dan cepat sampai ke tujuan. Ketinggian dan kualiti peradabannya pula adalah bersandarkan kepada sistem yang diguna pakai oleh sesebuah negara itu pula. Sebuah peradaban tidak akan muncul tatkala sebuah negara itu tidak mempunyai sistem ideologinya tersendiri. Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan British dan tidak lepas dari khazanah peninggalannya iaitu sebuah sistem yang telah menyingkap peradaban Eropah setelah zaman kegelapan iaitu sistem kapitalis yang berakidahkan sekularisme.

Mengubah semua apa yang disebutkan tadi haruslah dimulai oleh satu kelompok yang sedar (parti politik) akan tanggungjawab untuk mengemban dakwah di dalam masyarakat. Maka dalam hal ini, kelompok dakwah yang menyeru masyarakat ini haruslah mempunyai ciri-ciri khas agar mereka tidak hanyut oleh mainan politik yang ada, yang justeru akan mengakibatkan kelompok tersebut hilang ruhnya sebagai pembangkit umat. Ciri-ciri khas tersebut adalah:

Pertama, kelompok islam itu harus mempunyai fikrah (thought) islam untuk membangkitkan umat. Fikrah ini tidak boleh tercemari oleh fikrah-fikrah lain selain islam yang akan menghilangkan kemurniaan fikrah islam itu sendiri. Fikrah-fikrah yang sesat dan dilarang di dalam islam seperti sekularisme, pluarisme, demokrasi, HAM, separatisme dan lainnya haruslah ditangkis dan dijauhkan dari kelompok pembangkit (hizb an-nahdhah).

Kedua, mempunyai tharikah (metode) perjuangan yang jelas untuk membangkitkan umat dan mengharungi liku-liku perjuangan. Fikrah dan tharikah ini haruslah menyatu dan digenggam erat oleh kelompok islam tersebut tanpa adanya kompromi, walaupun secara lumrahnya bahawa parti islam akan dihadapkan oleh berbagai-bagai macam tawaran yang menggiurkan dan mengghairahkan. Dalam hal ini, kita haruslah melihat contoh agung sepanjang zaman iaitu Rasulullah saw. Beliau menolak tawaran kompromi kafir quraisy dengan sabdanya yang tegas, “Wahai paman, demi Allah, seandainya matahari diletakkan di tangan kanan-ku dan rembulan di tangan kiri-ku agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini. Aku tidak akan meninggalkannya hingga agama ini tegak atau aku mati kerana-Nya (membelaNya).

Ketiga, kelompok islam tersebut harus diemban (diperjuangkan) oleh orang-orang yang benar-benar sedar akan tanggungjawab (berdakwah) ini serta mereka haruslah mengenal fikrah dan tharikah perjuangan kelompok islam tersebut.

Keempat, anggota-anggota yang ada di dalam kelompok islam haruslah terikat oleh ikatan yang kiat dan benar sehingga mereka tidak mudah goyah dan berpecah. Ikatan yang kuat di antara anggota-anggota para pengemban dakwah inilah yang akan memperkuatkan lagi perjuangan di dalam kutlah (kelompok) tersebut.

Islam Itu Syumul


Oleh itu, untuk mengubah kualiti masyarakat kini yang sememangnya telah jauh dari islam adalah dengan mengubah cara hidup keseluruhannya. Sistem kapitalis yang bersandarkan akal semata ditukar dengan sistem islam yang bersandarkan wahyu ilahi. Sejarah telah membuktikan sepanjang 800 tahun dahulu bahawa umat manusia pernah melewati zaman yang penuh gilang-gemilang di bawah naungan pemerintahan islam. Baik muslim atau non-muslim, mereka diperlakukan dengan seadilnya mengikut ketentuan hukum yang datangnya dari Allah SWT. Negara-negara lain pada saat itu banyak yang datang ke dalam Negara Islam untuk belajar apa sahaja yang telah ditemukan oleh ilmuwan islam.

Islam adalah agama (deen) yang lengkap dalam segala aspek dan tidak perlu mengambil fikrah luar untuk memperlengkapnya, kerana hal itu akan menjerumuskan umat islam dalam kehinaan seperti yang dialami saat ini di seluruh dunia. Umat islam di seluruh dunia menjadi permainan barat (baca : musuh islam). Ketika barat melaungkan slogan-slogan itu dan ini, apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin islam adalah membebek dan mengikut telunjuk mereka, dan mereka terikut rentak yang dirancangkan oleh mereka ke atas kaum muslimin. Para politikus pula hanya asik sibuk dengan kepentingan masing-masing tanpa melihat perjuangan mereka yang sebenar untuk membangkitkan umat ini. Masyarakat islam pula yang menjadi objek tuduhan adalah yang menjadi mangsa dan mengakibatkan kelompok-kelompok yang ikhlas dan berjuang di pihak kaum muslimin dituduh dengan pelbagai label yang negatif agar opini dunia tidak memihak mereka.

Wahai kaum muslimin, marilah kita mengorak langkah untuk membangkitkan umat yang sedang layu dan nyenyak dalam buaian lena ini agar bangkit untuk memperjuangkan deen islam ini. Jangalanlah hanya mengambil satu dan meninggalkan yang lainnya, tetapi ambillah semuanya apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Haramkanlah apa yang diharamkan oleh Allah SWT, dan halalkanlah apa yang dihalalkan oleh SWT pula. Marilah kita menuju sebuah kebangkitan yang sebenar iaitu denagn merubah tahap berfikir yang rendah dengan tahap berfikir yang tinggi dan cemerlang iaitu dengan cara berfikir islam. Menggunakan landasan dan kaedah yang telah digariskan oleh syara’ tanpa adanya kompromi. Wallahu’alam.

Read More..

Khamis, 23 Oktober 2008

Dunia Baru-ku

Selama hampir 3 tahun yang lalu, saya bergelumang dengan kerja-kerja yang melibatkan transaksi jual beli perkakasan komputer, di samping membaiki perisian (software) di dalamnya sekali. 3 tahun, mungkin tidaklah terlalu lama bagi sesetengah orang, namun bagi saya ia sudah cukup untuk memberi impak yang besar di dalam kehidupan saya sebelumnya (sampai kini). Saya mengenal teman-teman yang boleh diajak bercanda, berbagi rasa dan sebagainya. Mereka sudah seperti keluarga saya sendiri. Dari pekerjaan itu pula, saya mengenal banyak teman baru yang berawal dari status sebagai customer (pelanggan). Misalnya banyak pelajar UM yang saya kenal adalah bermula dari transaksi jual beli komputer. Segala puji bagi Allah, semuanya memang telah diatur olehNya, agar kita menjadi hamba bersyukur terhadap nikmat yang diberikan olehNya.

Namun kini, persekitaran kerja saya sudah tidak sebegitu, kerana sekarang saya sudah bertukar profesi. Perkakasan komputer diganti dengan kitab-kitab. ‘Pelanggan’ saya adalah anak-anak sekolah dan bukan lagi orang yang hendak membeli komputer. Ya, begitulah profesi kerja saya kini iaitu menjadi seorang pendidik di sekolah agama. Melihat gelagat anak-anak belajar, menghafal dan mengulang kaji di sini, seakan mengimbau masa lalu saya ketika sedang belajar di pondok pesantren. Tidak kalah seperti masa lalu saya ketika di pondok pesantren, anak-anak di sini semuanya persis seperti di sekolah dulu. Anak-anak yang suka bermain, bertengkar, mengusik dan ada yang suka membuli rakannya sendiri. Warna-warni yang ada di sini bukanlah perkara baru bagi saya, kerana saya memang tumbuh dan dibesarkan di dalam suasana yang sebegitu. Namun, secara formalnya saya belum membiasakan sepenuhnya keadaan di sini.

Mereka Bukan Komputer

Bekerja dan memperlakukan komputer memang mudah. Kita mudah untuk melaksanakan segala sesuatu sesuai dengan apa yang kita ingini. Jika komputer kita agak perlahan, kita hanya perlu menambah RAM (random access memory) ke dalam komputer kita. Jika komputer kita terkena jangkitan virus atau spyware, cari saja software yang sesuai untuk membuangnya atau jika tidak boleh (kerana jangkitan virus sampai ke tahap yang maksimum), maka jalan terakhirnya adalah reinstall semula (reformat) komputer kita agar menjadi seperti yang asal. Semuanya mempunyai jalan keluar yang serba praktikal mengenai komputer. Saya sering melakukan TAE (try and error) ketika komputer saya ‘meragam’ (baca: ada masalah). Jika jalan ini tidak boleh, maka saya akan cuba jalan yang lain, sehinggalah permasalahan yang saya hadapi dapat diselesaikan dan saya dapat menggunakan komputer dengan selesa.

Namun, pelajar (saya lebih suka memanggil mereka anak-anak) bukanlah komputer yang seenaknya kita boleh mengubahsuai mengikut selera kita. Mereka itu manusia yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaannya sebagai kanak-kanak pada umumnya. Nakal dan degil adalah sifat yang biasa menempel pada gelagat mereka. Alam kanak-kanak sememangnya unik. Mereka mengerti tapi melanggar saat diberi perintah, mereka tahu tapi tidak melaksanakan pekerjaan yang diberikan, mereka tunduk saat dimarahi tapi setelah kembali mereka melakukan hal yang sama. Oh, capek memikirkan mereka. Sungguh menjadi pendidik kepada anak-anak memang sesuatu yang sungguh mencabar. Kita harus menyelami jiwa mereka, serta menyentuh perasaan mereka agar mudah berkomunikasi sewaktu pembelajaran. Tapi, semua ini dapat dimengerti bahawa sesungguhnya anak-anak perlu dididik dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa. Konklusinya, ini kerana mereka bukan komputer!

Pendidik & Mendidik

Pendidik adalah status bagi seseorang yang mendidik manusia lainnya, yang lebih khusus adalah seorang guru, ustaz dan pensyarah. Manakala mendidik adalah sifat bagi seseorang manusia yang berusaha untuk mengajar dan memperbaiki manusia lainnya, walaupun ia bukan seorang yang berstatus pendidik. Secara lumrahnya, pendidik hanyalah status yang dilekatkan kepada siapa yang profesinya di bidang pendidikan, manakala sifat dan perbuatan mendidik adalah kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap manusia yang mukallaf dan sudah mengerti baik dan buruk menurut akal.

Tapi, disebabkan keterbatasan akal yang lemah sebagai makhluk, maka akal harus senantiasa disesuaikan menurut petunjuk wahyu yang tidak ada cacat celanya dari semua sudut. Seorang suami wajib mendidik isterinya, seorang ibu wajib mendidik anaknya, seorang abang wajib mendidik adiknya, seorang manusia wajib mendidik lingkungannya dan begitulah seterusnya. Apa yang lebih penting adalah, institusi negara haruslah memainkan peranan sebagai sebuah badan yang prihatin untuk mendidik rakyatnya supaya masyarakat yang dijaganya menjadi masyarakat yang islami. Masyarakat yang islami haruslah mempunyai peraturan islam, pemikiran islam serta perasaan islam. Jika ketiga-tiga ini tidak wujud, maka masyarakat yang ada belum boleh dikategorikan sebagai masyarakat islam.

Mendidiklah Semuanya

Oleh itu, mendidik bukanlah hanya dipikul oleh pendidik sahaja. Semuanya bisa mendidik. Hatta, seorang peniaga di tepi jalan bisa mendidik tatkala dia menasihati pemimpin yang melakukan kefasikan. Seorang adik (yang paling kecil) bisa mendidik tatkala ada penyimpangan yang dilakukan di dalam keluarganya. Seorang murid boleh mendidik ketika gurunya melakukan kesalahan dan begitulah seterusnya. Tahukah anda, bahawa satu ketika Sayidina Umar pernah menangis hanya kerana seorang budak (penjaga kambing) yang berkomentar kepadanya? Sayidina Umar berkata kepada budak itu, “bukankah lebih baik jika engkau ambil saja kambing tersebut, dan bilang saja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah hilang atau dimakan binatang buas”. Lalu budak itu menjawab, “apa yang harus aku jawab kepada tuhanku?”. Sungguh, peristiwa ini membuat seisi jagat raya mengerti bahawa sesungguhnya tanggungjawab melakukan amar ma’ruf wa nahi munkar adalah hak semua, dan bukanlah dipikul oleh orang yang lebih tua umurnya, atau orang yang terhormat di antara kita. Namun, ia adalah kewajipan semuanya yang telah ditaklifkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Akhir sekali, penulis berharap agar kita semua mempunyai sifat dan tanggungjawab untuk memperbaiki diri antara satu sama lain. Saling kejar-mengejar di dalam kebaikan, dan bukan sebaliknya. Kita berlindung kepada Allah SWT daripada sifat-sifat dengki dan iri hati dan saling menjatuhkan sesamanya agar kita menjadi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh. Ameen...

Read More..