Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Sabtu, 15 November 2008

Ada Apa Dengan Bangsa?

Minggu yang lalu, saya ‘tertonton’ satu rancangan televisyen yang membincangkan mengenai bangsa. Rancangan tersebut yang dibidas oleh seorang pensyarah tempatan dan seorang mahasiswa, telah menyentuh beberapa perkara yang (bagi saya) tidak sepatutnya mereka berpendapat sedemikian. Bukan hanya itu, perbincangan tentang seputar permasalahan bangsa ini memang telah lama diperbincangkan sejak saya berusia dini sehinggalah saat ini. Ada yang bangga dengan bangsanya sendiri, lalu merendahkan bangsa orang lain. ada pula yang lebih bangga dengan bangsa orang lain (kerana kemajuannya) berbanding bangsanya sendiri. Aneh Kan? Bagaimana pula dengan anda?

Perbincangan, diskusi, debat dan perselisihan mengenai seputar bangsa tidak kunjung sudah. Ia telah memakan waktu dan keringat yang lama. Padahal, ketika Agama Islam ini diturunkan pada 1400 tahun dahulu ia telah dituntaskan dengan jawapan yang sangat memuaskan. Saya sendiri, sering ‘berdebat’ permasalahan bangsa ini dengan teman-teman dan beberapa kelompok kecil satu ketika dulu. Sebenarnya, ada apa sih dengan bangsa, ras dan suku suatu kelompok manusia ini, sehingga ia perlu ditinggi-rendahkan. Norma apakah yang mereka gunakan, sehingga begitu yakin mereka perlu untuk berjuang bagi bangsa-bangsa tersebut.


Mereka Seperti Haiwan, Bahkan...

Bercakap mengenai sikap dan sifat individu, kelompok dan negara itu sendiri yang mengagung-agungkan bangsanya sendiri (khususnya), lalu menganggap bangsa yang lain tidak seagung mereka sekali gus menganggap bangsa lain lemah dan hina, saya teringat subjek pelajaran Sains ketika saya sekolah darjah dahulu. Bayangkan satu kawasan singa atau harimau belang yang telah diberi tanda dengan bau atau tahinya, lalu dilintasi oleh haiwan buas lain. Maka, harimau yang telah menguasai kawasan itu tadi akan merasa dikacau dan perlu mempertahankan habitatnya daripada diganggu oleh binatang lain. mereka adalah haiwan! Sifat dan perilaku mereka memang fitrah dan lazim yang telah ditanamkan oleh Allah SWT dengan sedemikian rumah.


Si Lembu tidak pernah merungut pada tuannya berkenaan makanan rutinnya (rumput). Ia juga tidak turun selera kerana makanan yang sama pada setiap hari. Inilah sifat lazim yang ada pada haiwan secara fitrahnya. Jika manusia, tentu akan merasakan hal yang berbeza (jangan tipu lerr). Begitu juga dengan haiwan yang lain, hal yang sama terjadi. Ini kerana mereka adalah haiwan dan bukan manusia. Sifat mempertahankan suatu kawasan dan merasa diganggu apabila kawasan kita ‘dicerobohi’ oleh haiwan lain adalah suatu perkara yang perlu diambil kira. Bagaimana dengan kita sebagai seorang manusia? Sebagai kelompok yang beridentitikan suatu bangsa? Melayu, Cina, India, Jawa, Bugis, Boyan, Bajau dan lain sebagainya? Perlukah anda bertindak dan merasakan hal yang sama seperti mana haiwan tadi?


Bagaimana Islam Memandang Perbezaan Bangsa?

Allah SWT berfirman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (QS Al-Hujurat[49]: 13)

Pada zaman jahiliyah dahulu, mereka hidup dengan berpuak-puak dan berkabilah-kabilah. Sifat ashobiyah mereka sangat tinggi, sehingga di dalam puak dan kabilah suatu bangsa tersebut ada pecahan-pecahan kasta derajat lagi. Ada bani-bani yang dikenal dan disanjung tinggi oleh suatu bangsa kerana jasa nenek moyang mereka terdahulu seperti Bani Hasyim. Keseluruhan mereka sangat menjaga etika kebangsaan, kesukuan, ras-ras dan kabilah-kabilah mereka sehingga telah mendarah daging.

Lalu, diutuslah Nabi yang mulia untuk mengubah pola sikap dan pola fikir mereka dengan cara yang betul. Bangsa, suku, ras dan kabilah mereka itu tidaklah bererti di sisi Allah SWT, melainkan orang-orang yang bertaqwa sahajalah yang berhak mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT. Bilal Bin Rabah seperti yang dituturkan oleh baginda Rasul saw bahawa iman beliau tidak dapat diukur oleh Gunung Uhud walau dia adalah dari golongan orang kulit hitam. Maka dari itu, ketaqwaan seseorang bukanlah diukur oleh warna kulit, usia, kacak dan cantiknya paras rupa, melainkan hanyalah iman dan taqwa semata.

Barangkali seorang anak yang menjual pisang goreng di tepi jalan lebih bertaqwa berbanding seorang yang sering solat ke masjid tetapi suka mengumpat mukmin lainnya. Atau barangkali seorang pekerja despatch adalah lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding orang yang bekerja sebagai pegawai tinggi yang sering lalai dalam melaksanakan solat, dan begitulah seterusnya. Islam datang, bukanlah menafikan status bangsa itu sendiri, kerana suatu bangsa itu memang telah lumrah dalam setiap kejadian. Sikap untuk cinta bangsa sendiri bukanlah salah, kerana ia juga adalah lumrah yang ada dalam diri setiap manusia. Tetapi, sifat cinta, sayang dan kasih kepada bangsa itu haruslah bersandarkan pada dasar yang betul, iaitu kerana islam semata.

Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (QS At-Taubah[9]: 24)

Begitulah penuturan Al-Khaliq kepada hamba-hambanya, iaitu kita haruslah meletakkan kecintaan kita kepada Al-Khaliq dan Rasulnya serta berjihad di jalan Allah adalah keutamaan di atas keutamaan yang ada berbanding yang lainnya. Bukanlah Islam menafikan semua itu tadi (kecintaan kepada selian Allah dan Rasulnya), tetapi haruslah melaksanakan kecintaan itu atas dasar kerana cinta kepada Al-Khaliq semata. Jadi, adakah perlu mengagungkan bangsa dan mengabaikan agama?

Wallahu’alam

4 comments:

boyanis sos cili berkata...

betul anda dengan pandangan anda.. nun dalam kesempitan dan tertekan,, andainya islam itu ada dalam dada sang kera.. dan sang kera itu hampir menuju kepada kemusnahan dirinya..apa anda tega memusnahkan kera tadi..

thinker berkata...

maaf, suatu ungkapan yg agak umum dan perlu penafsiran perlu di spesifikkan, agar tidak timbul polemik. Dan islam itu mudah dlm segala tatanan, dan tidak memeberatkan. jelas bg yg haram, jelas pula bg yg haram. tidak timbul persoalan utk memilihkah atau tidak islam itu sendiri, krn islam mmg layak dipilih sepanjang masa, waktu dan ketikanya.

dgn senang hati, sang kera pasti rela dan pasrah utk musnah, jika mmg itu adalah suratan dan ketentuan baginya...

wallahu'alam...

thinker berkata...

maaf, pembetulan: jelas bg yg halal, dan jelas pula bg yg haram.

sekian...

Tanpa Nama berkata...

hmm..for penyangak..(sorry to say, plz choose a better username..serba salah ana nak sebut a.k.a type kat sini)

ur statement is very confusing...may be u could clarify it, so that others can understand and discuss it here.. =)