Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Selasa, 18 November 2008

Hati-Hati, Takut Kapal Tenggelam


Satu hari, seorang pemuda dari suatu negeri pergi ke suatu pulau untuk menziarahi orang tuanya yang berada di sana. Orang tuanya berasal dari pulau tersebut. Oleh sebab sudah hampir 8 tahun gak pulang, maka pemuda tadi berasa prihatin dan perlu untuk berjumpa mereka. Semasa berada di dalam kapal, pemuda tadi berdiri di tepi kapal sambil berimaginasi dan bernostalgia tentang kenangan silamnya iaitu tepatnya ketika pemuda tadi bahagia bersama-sama keluarganya, dan kini ia sedang menuju kebahagiaan tersebut.

Ketika sedang dilamun nostalgia tersebut, pemuda tadi terkejut kerana melihat beberapa aksi yang dilakukan oleh penumpang di dalam kapal itu. Pemuda tadi melihat penumpang-penumpang lain sedang membuang sampah makanan ke laut dan bukan di dalam tong sampah. Pemuda tadi juga melihat orang sedang berebut tempat tidur, kerana ada olah penumpang yang menipu. Ada penumpang yang membeli tiket kelas biasa tapi tidur di tempat tidur VIP. Hasilnya keadaan sangat tidak teratur. Ada yang lebih memeranjatkan, ada penumpang yang bermain di kawasan enjin/mesin kapal dan tidak ada yang menegurnya. Anak kapal hanya melihat, dan penumpang lain hanya bersifat individual saja. Mikirnya hanya badan sendiri, survical sendiri. Sudah gak pusing permasalahan orang lain. Apakah sampah dibuang di laut, penumpang yang sedang bergadunh kerana tempat tidur dan orang yang bermain di tempat mesin kapal... semuanya mereka tidak merasa perlu untuk diambil pusing. Lalu apa konsekuensi dan akibatnya?

Pertama, laut yang menjadi tempat para nelayan mencari rezki sudah menjadi lahan pembuangan sampah. Hasilnya, para nelayan kehilangan pekerjaan (sebagai nelayan), dan di sisi lain penduduk setempat sudah tidak boleh merasakan nikmatnya makanan ikan kerana akibat dan olah para penumpang kapal.

Kedua, keharmonian dan kesejahteraan kapal itu sudah tidak lagi terjaga. Para penumpang sudah tidak berfikir secara rasional dan pentingkan diri sendiri. Menipu sudah menjadi tabiat, dan melihat kemungkaran yang nyata bagi penumpang lain sudah kebiasaan tanpa adanya teguran dan aturan yang bisa membetulkan keadaan tadi. Hasilnya, akan terjadilah keributan dan pergaduhan di antara penumpang. Walaupun penumpang lain tidak rugi, tapi mereka tetap mendapat serpihan bisingnya.

Ketiga, kapal yang dipandu dan digerakkan oleh sebuah mesin yang hebat tadi bakal rosak kerana olah dari para penumpang yang bermain di kawasan mesin kapal. Para penumpang tidak ada yang menegur, dan anak kapal serta pegawai kapa tidak ada yang mengambil tindakan di atas perbuatan penumpang itu tadi. Hasilnya, kapal yang tadinya bergerak dengan baik lalu berhenti dan rosak di pertengahan jalan. Akhirnya, semua penumpang termasuk pemandu kapal tidak dapat meneruskan perjalanan dan terlantar di tengah lautan, sambil menunggu 2 kemungkinan. Apakah mereka sempat diberi bantuan, ataukah badai dan ombak bakal menenggelamkan mereka karena kebetulan ketika adalah musim hujan dan ombak yang besar. Hah! Gimana guys? Bisa berimaginasi?

Tulisan di atas, sengaja saya putar belit berdasarkan khabar dari Nabi berkenaan keadaan suatu masyarakat yang berada di dalam satu kapal dan meninggalkan amar ma’ruf dan nahi munkar kerana olah dari seorang yang membuat lubang dan penumpang lain membiarkannya. Lalu, tenggelamlah kapal tersebut berserta seluruh isinya. Dari sini, dapat kita simpulkan bahawa, tanggungjawab menegur, memberi pendapat dan komentar, serta berdakwah bukanlah diletakkan pada individu yang bergelar pak kiayi atau ustaz sahaja. Ataupun ia hanya hanya diletakkan pada suatu organisasi dan jemaah sahaja. Tetapi ia haruslah dilakukan oleh segenap lapisan iaitu individu, masyarakat dan negara itu sendiri. insyaAllah, suatu masyarakat dan negara akan terlepas dari bencana yang tidak diingini.

Wallahu’alam...

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Allahurabbi wa rabbukum...
fastaqim kama umirtu...

thinker berkata...

jazakallahu khoir...