Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Rabu, 26 November 2008

Isu-isu Melayu Yang ‘Melayukan’



Satu hari ketika hendak memulakan pelajaran, sang guru melakukan hal yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Kebiasaannya, setelah membaca doa pembukaan belajar, maka para pelajar akan terus membaca al-quran dan menghafalnya. Sang guru mengambil marker pen dan membuat satu titik kecil di papan tulis, lalu bertanya kepada anak muridnya; Apa yang kamu nampak wahid?, “nampak titik ustaz!”. Kamu isnaini?, “titik, mmm... bulat, mmm...” Kamu Salasah? “sama gak, hehe, titik tu ustaz kan? Eh, awak tanya ustaz balik pulak. Ustaz hairan dengan kalian semua, mengapa kalian hanya nampak pada titik yang kecil tersebut, padahal di sini banyak sekali yang kamu boleh nampak dan lihat dengan jelas tanpa kekaburan. Papan tulis, marker, dinding, pintu, meja dan semua yang ada di sini, yang sifat fizikalnya lebih besar dibandingkan dengan titik kecil ini (seraya menunjukkan ke arah titik kecil di papan tulis).

Kelihatannya, anak murid protes dengan mengatakan bahawa; “ustaz tak kata pun apa yg kita nampak di dalam kelas ni, so kita katalah nampak titik tu sebab ustaz buat titik kecil tu”. Ish, awak ni, banyak dalih pulak. Kan ustaz kata, apa yang kamu nampak, bukan apa yang kamu nampak pada apa yang ustaz tulis di papan tulis. So, jangan nak beri alasan ok.


Dialog ringkas di atas saya rilis (adaptasi) dari apa yang saya lakukan kepada anak murid saya di sekolah. Situasi yang berlaku pada anak-anak murid saya tersebut bukanlah suatu yang menghairankan saya, kerana saya sudah menjangkakannya. Tetapi, dalam skop yang lebih besar, pemikiran masyarakat ketika melihat isu-isu di dalam kehidupan hanya tertumpu pada permasalahan kecil yang menimpa di dalam corong-corong kehidupan. Misalnya, ketika ini Malaysia dilanda fatwa-fatwa yang diberikan oleh majlis fatwa berkenaan beberapa isu seperti isu Pengkid dan senaman Yoga, yang agak popular dimainkan oleh massa. Dengan naiknya 2 isu ini, nampaknya masyarakat terikut-ikut dengan perkembangannya, lalu tidak lagi melihat permasalahan terbesar yang menimpa mereka. Saya terfikir, adakah pernah keluar fatwa mengatakan bahawa bagi setiap muslimah itu haram membuka aurat, dan wajib memakai jilbab dan mengenakan khimar pada diri mereka. (rujuk surah An-Nur ayat 31).

Maaf, bukanlah saya berniat untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh majlis fatwa kebangsaan tersebut. Tetapi, saya secara peribadi ingin mengajak kepad seluruh kaum muslimin di seluruh dunia dan bukan hany di tanah air Malaysia, agar melihat segala permsalahan di hadapan kita dengan kaca mata ideologi islam. Menjadikan islam sebagai satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan kehidupan kita telah dituntut setelah meyakini akidah islam itu sendiri. Sangat hairan bukan, ketika kita mengatakan bahawa kita beragama islam, tetapi dalam masa yang sama tidak solat, mengambil riba, mengambil segala hadharah (suatu pandangan dasar tertentu) selain dari islam, dan sebagainya.

Hei guys! Mari, kita bangkit dari melihat isu-isu yang melayukan ini dengan melihat segala isu-isu yang membangkitkan. Isu Palestin yang tidak kunjug sudah, yang hanya dapat dibela oleh kaum muslimin dengan jihad oleh Daulah Islam, dan bukan hanya mengambil solusi (penyelesaian) dari PBB atau mengadakan perbincangan keamanan denga musuh-musuh islam (khususnya Amerika). Common guys! Ketika muncul isu PTPTN, ada yang mengeluh dan ada pula yang menyokong dengan memberi pendapat-pendapat yang aqliyah semata. Mana perginya syariat dan penyelesaian dari islam? Bukankah riba haram bagi penerima dan pemberi, baik ia riba sebnayak 1 persen atau 0.0001 persen. Lebih menggerunkan ketika ini, apabila dulunya perbuatan zina dianggap suatu yang hina, tapi kini sudah sangat berleluasa di kalangan masyarakat. Berdua-duaan muda-mudi lawan jantina yang bukan muhrim sudah menjadi kebiasaan, sekali gus menjadi adat. Semua ini adalah akibat tidak diterapkannya pendidikan serta sistem pergaulan yang diajarkan oleh islam itu sendiri.

Sekuler, sekuler.... dan sekuler itulah kata kuncinya. Ketika islam hanya dijadikan panduan dalam beribadat sahaja, maka tidaklah beza ia dengan orang-orang kristian yang menjadikan kristian sebagai agamanya, lalu mengambil kapitalis sebagai cara hidupnya. Ataupun tidaklah beza ia dengan atheis, ketika tidak mempercayai kewujudan tuhan, padahal dalam waktu yang sama mereka melampiaskan naluri agama (gharizah at-tadaiyun) mereka dengan membuat monumen yang dikultuskan dan diagungkan, lalu di dalam kehidupan mereka, mereka menerapkan perturan sistem sosialisme. Hah! Jangan sampai ia berlaku pada kita semua.

Wallahu’alam...

0 comments: