Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Jumaat, 21 November 2008

Takutnya, Cuti Sekolah


Sekarang ini adalah waktu musim cuti sekolah. Sudah dari minggu yang lalu, saya ingin menulis tentang artikel ini. Namun, disebabkan kesibukan dan buku catatan (buku tempat saya mencatat idea dan ilham) saya hilang. Jadi, sifat pelupa dan kelemahan saya sebagai manusia telah menuai kelewatan ini. Tapi tidak masalah, kerana saya telah menuliskannya kali ini, hehe. Apa sih, sebenarnya yang ditakutkan apabila datangnya musim sekolah. Bukankah saat ini, kita lebih senang kerana anak-anak kita telah melalui waktu persekolahan panjang dan kini menikmati cutinya. Sebagai orang tua, kita mungkin lebih gembira kerana dapat meluangkan masa dengan anak-anak di rumah di samping dapat keluar bersiar-siar makan angin bersama mereka dalam rangka acara keluarga.

Para ibu-bapa, tentu kita sebagai orang tua bukan hanya melihat sisi dimensi itu sahaja ketika datangnya cuti sekolah bagi anak-anak kita. Ya benar, setelah hampir setahun anak-anak kita belajar menimba ilmu, dan sekaranglah masanya berehat dan libur. Kita juga sudah tidak perlu pusing tentang permasalahan mereka tentang persekolahan yang telah mereka jalani. Tetapi guys and friends, di sisi lain ada yang perlu kita risau dan takutkan apabila datangnya musim cuti sekolah. Tatkala sekolah-sekolah sunyi sepi daripada gelagat pelajar, shopping complexe dan tempat-tempat hiburan saat ini (dan saat lain) menjadi tempat kunjungan mereka. Di saat statistik jenayah yang meningkat, gejala sosial yang tidak terbendung, kes pelacuran dan penceraian yang melambak, gejala rasuah yang mendarah daging dan segudang permasalahan lainnya, muncul pula fenomena yang kita boleh klasifikasi sebagai “sindrom menuju maksiat”.


Jika pada awal pagi, anak-anak kita sudah berangkat ke sekolah, tetapi ia berubah pada saat ini, kerana pada waktu ini mereka sedang tidur kerana tadi malam tidur lewat (faham-fahamlah kenapa tidur lewat ye). Di saat tengah-hari, mereka sudah habis belajar di sekolah dan bersedia untuk pulang ke rumah, tetapi pada saat ini mereka baru bangun dari tidur dan mimpinya (masyaAllah, subuh pun terlepas). Setelah selesai sekolah, biasanya mereka sudah keletihan dan tidur setelah solat zuhur (prasangka baik saya) sehinggalah ke petang, tetapi pada saat ini mereka bersedia untuk mencari transport (LRT, Bus, teksi) untuk ke ibu kota mencari tempat-tempat hiburan dan seumpamanya. Jika pada waktu petang, mereka akan bangun dari tidurnya lalu solat Asar dan bersedia untuk taman atau padang/lapangan untuk bersukan dan akan pulang sebelum azan maghrib dilaungkan, tetapi pada saat ini mereka masih berada di luar sana, entah untuk apa dan demi apa yang sedang mereka lakukan kini. Wah, tidak sanggup saya hendak menceritakan kisah pada malam harinya. Jika dulu, setelah solat maghrib saya akan mengaji dan akan pulang ke rumah sekitar jam 9, dan setelah itu akan membuat kerja rumah yang disediakan guru atau membaca apa yang sepatutnya sambil ‘dijaga’ oleh mak yang berada di samping saya, tetapi... pada saat ini, kebanyakan pelajar sedang asyik di luar sana melepak sambil berborak kosong (jika tidak percaya silakan ke ibu kota khususnya KLCC dan Times Square), dan melayan cintan kerana sedang dilamun kasmaran, muda-mudi yang sudah tidak segan silu berjalan bergandengan. Adegan berpeluk, bercium, berasamara, ops... maaf saya tidak sanggup meneruskannya lagi.

Saudaraku yang dimuliakan oleh Allah SWT, baru-baru ini surat khabar tempatan kita telah menggemparkan tanah air kita -rujuk berita kosmo- (bukan semuanya gempar pun, kecuali bagi mereka yang peka dengan masalah umat islam), apabila sebanyak 57,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu. Dengan jumlah dan statistik yang diberikan tersebut, sudah jelas menggambarkan keburukan dan kebejatan sosio masyarakat kita. Ya, mungkin tidak tepat untuk menilai semuanya begitu, kerana banyak lagi orang-orang yang baik di luar sana (insyaAllah termasuklah yang sedang membaca tulisan ini), tetapi haruslah kita sedar bahawasanya umat islam kini bukan setakat mengalami kemunduran dari di peringkat nasional, tetapi sudah tidak dapat dinafikan bahawa kemundurannya telah melangkaui ruang lingkup global. Semua ini jelas, tatkala umat islam sudah tidak lagi menjadikan islam sebagai panduan dan sistem bagi kehidupan (way of life).

Maka dari itu, dengan tulisan yang serba ringkas dan sederhana ini diharapkan semua orang dimulai dari ibu-bapa, masyarakat dan negara agar bekerjasama untuk menjadikan islam sebagai satu-satunya cara untuk mengatasi sejumlah permasalahan yang melanda kita. Cukup sudah kita merana akibat tidak diterapkannya sistem islam (Daulah Khilafah) dalam kehidupan selama 84 tahun. Mulai dari saat ini, ayuhlah kita semua belajar dan memahami islam, lalu mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain. insyaAllah, islam akan segera kembali menjadi agama yang akan menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Wallahu’alam...

1 comments:

Rumait berkata...

HI I like Ur Blog, how can i promote my blog like you. My blog is
http://mp3musiccorner.blogspot.com/