Perubahan adalah sesuatu yang lumrah. Tidak mungkin wujud suatu keadaan yang berjalan secara statik (tetap) di dunia ini, malah yang dikatakan tetap itu sebenarnya adalah gejala perubahan itu sendiri. Falsafah Yunani kuno mengungkapkan, semua makhluk sentiasa berterusan berubah, tercipta dan lenyap. Namun kadangkala seseorang berpandangan bahawa perubahan sebagai sesuatu yang harus dihindari. Mengapa? Mitos mengatakan bahawa perubahan merupakan penyimpangan daripada sistem dan kebiasaan. Mitos juga menjelaskan bahawa kejadian destruktif (kerosakan) kadangkala berlaku kerana perubahan (R.H. Lauer: 1993), sehingga perubahan dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Padahal perubahan tidak selalu diidentitikan dengan tindakan destruktif.
Perspektif Revolusi (Perubahan pengaturan Politik, Ekonomi dan Sosial secara menyeluruh dan mendasar)
Mentaliti yang penting yang harus dimiliki oleh mahasiswa adalah Sense of Crisis, iaitu mentaliti yang sentiasa melihat dan mengambil tahu keadaan masyarakat (kampus dan masyarakat luar) dan norma yang telah rosak. Terang lagi bersuluh bahawa kemaksiatan sangat bermaharajarela dalam kehidupan masyarakat hari ini begitu juga dalam sistem kehidupan sosial dan bernegara. Agama seringkali dianggap sebagai penghias hidup sahaja, sehingga lahirlah cara hidup yang sekular (jauh dari nilai Islam). Secara ringkasnya, timbulnya seribu satu permasalahan kerana pengaturan kehidupan berekonomi yang kapitalis, perilaku berpolitik yang oportunis, budaya hidup yang hedonis, kehidupan sosial yang egoistik dan individualistik, nilai-nilai agama yang sinkreteis dan sistem pendidikan yang materialistik.
Dalam pengaturan kehidupan berekonomi yang kapitalis, roda ekonomi digerakkan sekadar untuk meraih keuntungan tanpa menimbang adakah ianya sesuai dengan syariat Islam atau tidak. Syariat Islam yang sebenar tidak diendahkan kerana dianggap sebagai pembantut ekonomi. Sementara itu, politik yang oportunis, ialah aktiviti politik yang tidak berorientasikan untuk mewujudkan kesejahteraan umum, melainkan sekadar meraih kuasa dan kepentingan “sempit” lainnya. Manakala, budaya hedonisme, merupakan budaya yang dikembangkan sebagai ekspresi pemuas nafsu dan untuk kelihatan bermegah-megah dan sama sekali tidak didasarkan syariat Islam. Dalam hal ini Barat telah menjadi kiblat “kemajuan budaya” sebagai sesuatu yang harus dicontohi oleh bangsa lain.
Sementara itu sikap beragama yang sinkreteis telah meracuni sebahagian umat Islam sehingga terjerumus dengan pandangan yang memandang rendah, tidak menyukai, malah memusuhi syariat agamanya sendiri. Sebagian umat Islam telah lupa seruan Allah swt bahawa hanya Islam sahaja agama (cara hidup) yang diredhai-Nya. Akhir sekali, sistem pendidikan yang berwahana materialistik terbukti tidak mampu membentuk manusia yang berakhlak soleh yang sekaligus menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi. Dengan ini lengkaplah kerosakan yang dihadapi oleh umat.
Dalam arus perubahan dunia yang semakin global dan tenggelamannya nilai-nilai kemanusiaan, maka pelbagai usaha diperlukan untuk mengubah aturan peradaban kepada yang lebih baik iaitu dengan mengembalikan setiap sistem kehidupan hanya kepada Islam, diatur dan ditata oleh Islam sahaja!
Revolusi Pemikiran: Keberanian Berfikir Secara Mendasar
Mahasiswa dipandang sebagai pemuda elit yang mempunyai keberanian untuk bersikap tegas. Asas pemikiran Barat yang tidak dibimbing dengan nilai-nilai ruhiyah, merupakan bentuk pemikiran yang tidak patut dipraktiskan oleh mahasiswa muslim. Kebangkitan pemikiran yang benar dan membawa kesejahteraan, adalah konsep berfikir yang dibimbing oleh Zat yang menciptakan manusia, yang Maha tahu segala sesuatu yang baik dan sesuai dengan fitrah manusia di dalam kehidupan ini.
Jika tidak, pelbagai gelaran yang gah yang mengangkat martabat mahasiswa hanya merupakan ukuran over estimate terhadap posisi dan peranan mahasiswa. Mahasiswa dikatakan sebagai Agen perubahan (Agent of Change); salah satu elemen yang mengendalikan urusan masyarakat (Social Control); himpunan kekuatan moral (Moral Force); kuasa perubahan politik (political force) dan lain-lain. Tetapi ironisnya, kenapa sampai sekarang pergerakan mahasiswa ternyata mandul dalam melakukan revolusi dalam menuju revolusi yang sebenarnya?!
Jadi, terlebih dahulu mahasiswa harus melakukan revolusi pemikiran. Yang diharapkan daripada revolusi pemikiran ini adalah perubahan mendasar cara berfikir yang menuju ke arah kebangkitan yang sebenar iaitu kebangkitan Islam, bukan mengarah kepada memper-tahankan kondisi yang sedia rosak dengan sekadar menampal-nampal kerosakan tersebut dan dibalut dengan wallpaper yang indah untuk menutup kecacatannya. Oleh kerana itu, keberanian kita untuk berfikir lebih mendasar (bukan atas keegoan, kepentingan dan asas kemanfaatan belaka) akan memberikan pandangan yang kritis dan fundamantel bahawa kita harus melakukan perubahan yang bukan hanya untuk memperbaiki kehidupan saat ini saja, tetapi untuk membentuk sistem kehidupan yang kukuh dan sejahtera bagi umat manusia secara keseluruhannya.
Refleksi dari terwujudnya keadaan dan sistem hidup yang sejahtera bagi umat manusia dalam segenap aspek kehidupan adalah dengan tertegaknya syariat Islam secara menyeluruh dari sekecil-kecil perkara hingga membantasi sempadan negara. Perjuangan yang sama dirintis oleh Rasullullah dan gerakan para sahabat yang rata-rata berusia muda. Mudah-mudahan mahasiswa sedar dan berani melakukannya
Sabtu, 14 Februari 2009
Mengukur Keberanian “Mahasiswa” untuk Melakukan Perubahan!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan