Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Isnin, 9 Februari 2009

Roman Picisan Bulan Februari


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

(Dealova – Once)

Buat ketikanya, saya bagaikan terkhayal dengan lagu ini. Liriknya ditulis indah, dengan bait-bait yang memukau. Ada apa, sehingga lagu-lagu roman seperti ini kedengaran hampir di setiap premis yang saya kunjungi di ibu kota. Perjuangan cinta, menjadi agenda bagi dua insan yang sedang dilamun mabuk kasmaran. Mungkin benarlah apa yang diungkapkan lagu di atas, bahawa waktu telah merantai hati tatkala si dia tidak ada di sisi. Ah, lagu itu terlalu berlebih-lebih.

Tanggal 14 Februari bukan lagi asing di kalangan pasangan yang bercinta. Ia merupakan hari yang dianggap istimewa kepada kebanyakan pasangan kekasih kerana pada hari itulah mereka meluahkan rasa cinta dan memeterai janji. Pada tarikh itu juga ramai yang mengambil kesempatan untuk meluahkan isi hati kepada insan tersayang dan bertukar-tukar hadiah sebagai menterjemah rasa cinta di antara mereka.

Ibarat pepatah yang berbunyi, “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Sebelum hari itu tiba, ada baiknya saya coretkan sedikit perkara ini, agar menjadi payung yang akan mengelakkan basahnya badan dari hujan, yang lebih tepat adalah... mengelak sebelum tubuh badan ‘dibasahi’ oleh panasnya api neraka kelak, na’udzubillah min dzalik.

Pada minggu ini, kota ini dilimpahi dengan warna roman agung, iaitu warna merah. Merah jambu, merah hati, merah berahi (ops!). Mulai dari pusat membeli-belah yang kecil hinggalah yang besar, mulai dari pasar hinggalah ke kedai runcit Pak Ali (haha), semuanya menawarkan materi-materi roman dambaan Sang Pencinta. Pada saat ini, bunga-bunga yang indah, menjadi perkara tumpuan bagi kebanyakan orang. Khususnya muda-mudi. Sinonim dengan bunga tadi, kad ucapan yang beraneka, diindahkan lagi dengan lagu-lagu puitis ketika membukanya (yang pasti bukan lagu Aduh Salehah).

Di sisi lain, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam merancakkan lagi musim cinta Sang Arjuna. Jika Filem Bollywood terkenal dengan perjuangan cinta suci sang hero untuk heroinnya. Filem Hollywood juga tidak ketinggalan dalam melestarikan segala macam bentuk perjuangan cinta. Filem Malaysia? Sorry to say, saya tidak berapa peka sangat dengan filem tempatan ni (not prejudis, its about quality and spirit). Majalah, koran dan leaflet pada bulan ini banyak yang membahaskan tentang cinta. Cinta, cinta dan cinta. Jika kalian sudi, datanglah ke rumah saya, dan cuba baca novel karya Taufiqurrahman Al-Azizy dalam trilogi novel makrifat cinta. Ah cinta lagi! Jangan prejudis dulu dong. Ia memang novel yang berbasis cinta. Lihat saja judul awalnya iaitu, Syahadat Cinta, lalu Musafir Cinta, dan terakhir Makrifat Cinta. Tetapi, pengarang novel ini menterjemahkan cinta dalam bentuk yang berbeza. Kalau punya waktu nanti, saya akan cuba membuat sedikit resensi berkenaan trilogi novel tersebut, insyaAllah. Kalian boleh saja, mengatakan bahawa saya terkena tempias-tempias cinta. Iya mungkin, tapi dalam erti yang berbeza.

Valentines Day. Saya tidak berniat untuk membahaskan hukum seputar berkenaannya. Kalaupun saya mahu, cukup sekadar, saya copy-paste dari sekian banyaknya dari bloggers yang ada, yang lebih detail dan rinci ketika membahaskannya. Saya yakin, umum menyedari bahawa menyambut Hari Valentines adalah bukan dari ajaran islam. Merayakannya, mempropagandakannya, menyebarluaskannya tentu saja akan mendapatkan dosa bagi pelakunya kerana ia mempunyai nilai estetika dan hadharah tertentu yang tidak diiktiraf oleh agama islam. Terlalu banyak versi yang ditulis berkenaan sejarah ‘Valentines Day’. Terserah anda saja, mahu meyakini yang mana. Tapi, jangan merayakannya dong. Cukup sekadar pengetahuan saja!

Belajar Dari Novel Agung, Tentang Cinta

Sedikit perkongsian. Saya punya kawan. Dia sering merasa layu ketika bekerja. Tidak bersemangat dalam menjalankan aktiviti hariannya. Tidak berghairah ketika berinteraksi. Lalu, saya bertanya kepadanya, tentang apa di sebalik yang berlaku pada dirinya. Lalu, dia meluahkan perasaannya, bahawa dia merasa kesepian kerana tidak ada pendamping di dalam hidup (maksudnya tiada awek lah). Aduh, ada juga perkara sebegini yang berlaku ye. Ada suatu yang menarik untuk dikongsikan tatkala saya membaca Novel Ayat-ayat Cinta 3 tahun yang lalu.

“Dan entah kenapa, hatiku mulai condong kepadanya. Hatiku selalu bergetar mendengar namanya. Lalu, ada perasaan halus yang menyusup ke sana tanpa aku tahu perasaan itu namanya. Fahri, nama itu seperti embun yang menetes dalam hati. Kurindu tiap pagi.” (Habiburrahman El-Sherazy, Ayat-ayat Cinta, m/s 371)

Begitulah yang berlaku pada manusia biasa. Tidak terlepas dari sifat cenderung pada lawan jenisnya. Cuma perbezaannya ialah dari sudut apakah aspek kecenderungan yang ia sandarkan. Ada yang mencintai seseorang kerana fiziknya (paras rupa), ada pula kerana harta dan kerjayanya, ada yang kerana kebijakannya, dan ada pula yang kerana agama dan perjuangannya. Lihatlah bagaimana Maria mengungkapkan cinta:

“Fahri, Aku benar-benar tertawan olehmu. Tapi, apakah kau tahu apa yang terjadi padaku? Apakah kau tahu aku mencintaimu? Aku malu mengungkapkan semua ini padamu. Dan ketika aku kau diajak dansa dan tidak mahu itu tidak membuatku kecewa tapi malah sebaliknya membuat aku merasa sangat bangga mencintai lelaki yang kuat menjaga prinsip dan kesucian diri sepertimu.” Ia juga berkata, “Memang memendam rasa cinta sangat menyiksa, tapi sangat mengasyikkan! Love is a sweet torment!” (Habiburrahman El-Sherazy, Ayat-ayat Cinta, m/s 372 & 374)

Maria, oh Maria. Dia mengorbankan dirinya, hartanya dan segala-galanya untuk cintanya pada Fahri. ia nyaris menjadi hamba cinta dan simpati ketika berkata, “Aku sangat mencintainya seperti seorang penyembah mencintai yang disembahnya.” (Habiburrahman El-Sherazy, Ayat-ayat Cinta, m/s 374)

Wow, bagaimana tentang diri anda? Apakah menjadi hamba kepada hamba, ataukah menjadi hamba kepada Pencipta hamba? fikirkan! Ketulusan cinta yang menyerahkan segala-galanya, diuji oleh perasaan manusiawinya ketika Fahri menikah dengan Aisha.

“Aku merasa ingin mati saja. tak ada gunanya hidup tanpa didampingi seseorang yang sangat kucintai dan kusayangi. Aku ingin mati sahaja. aku rasa aku tiada bisa hidup tanpa kekuatan cinta. aku akan menunggunya di syurga.” (Habiburrahman El-Sherazy, Ayat-ayat Cinta, m/s 375)

Guys, jangan pernah berangan-angan syurga jika tidak tahu jalan menempuhnya. Jangan pernah larut dalam lirik lagu, “Kutunggu di pintu syurga.” Pigi da! Macam tahu plak, syurga tu macam mana!

Bersambung... (Selamat Tinggal Valen)

0 comments: