Renungan

Menakjubkan sungguh urusan orang yang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya (HR. Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Khamis, 29 Januari 2009

2 SMS Yang Tak Diundang (Part 1)

Beberapa hari yang lalu (26 Januari 2009), saya mendapat 2 SMS yang tidak dikenali (pemilik no hp-nya) masuk ke dalam ruangan inbox hp saya. SMS pertama mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” kepada saya, dengan serta-merta saya ‘delete’ SMS tersebut, dengan beranggapan (anggapan yang baik) bahawa penghantar tersebut bukanlah seorang muslim dan mungkin tersalah hantar. SMS kedua pula agak panjang. SMS aslinya berbunyi begini;

“Allohumma inni as aluka tahdi bihal kolbi wetajmu bihalpitnati anni. Do’a nabi mhmd s.a.w. kirim ke 1o orang insyaalloh. 2 hari kemudian kamu akan dapat khabar baik dan kebahagiaan. Jika tidak disebarkan maka kamu akan mendapat musibah besar. Demi alloh ini amanah jangan di hapus sebelum disebarkan.”

SMS ini saya tidak langsung menghapusnya, tetapi saya balas dengan kalimat yang ringkas, namun punya makna.

SMS Pertama

Anggap saja, penghantar SMS itu adalah orang non-muslim (mungkin sahabat kerja saya, seorang non-muslim) yang menyambut perayaannya pada hari itu. Tapi, disebabkan pada hari itu dan setelahnya, saya melihat isu ini perlu diungkap kepada umat dengan jelas dan tegas tentang hukum bagi seorang muslim yang menyambut perayaan selain 2 perayaan yang disyariatkan (iaitu Aidilfitri dan Adha). Ramai yang ‘terjebak’ ke dalam bentuk tasyabbuh (penyerupaan) dan dalam segala macam perayaan yang tertera di dalam kalendar. Tidak ketinggalan perayaan seperti Hari Natal, Tahun Baru cina, Deepavali, Valentines dan banyak lagi (yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu). Bukan hanya itu, apa yang menyedihkan adalah... mereka yang merayakan perayaan ini pula bukan hanya dari kalangan yang jahil tentang agama, orang-orang yang ternama dan mempunyai ilmu (yang lebih tinggi dari saya barangkali) di tengah-tengah masyarakat juga menyambut perayaan ini. Guys, apa dah jadi?

Lihat:

1) Utusan Malaysia
2) Harakahdaily.net
3) Mahasiswakini

Saya tidak berniat untuk membuat provokasi atau menyindir peribadi. Cuma sekadar melafaz kata sebuah bicara, dalam erti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Atas dasar itu saja (bukan yang lain), kita (termasuk saya) menyatakan yang haq dan batil dalam perspektif islam itu sendiri. Yaa... kalau yang benar kita kata benar, kalau yang salah kita kata salah dong, kan gitu? Bagaimana kalau kita salah? Ya, perlu diterima dengan hati yang lapang dan berterima kasih di atas teguran itu lho. Bukan dengan arogan kita menolak yang benar dan tetap mempertahankan kebatilan.

Sedikit perbincangan. Merayakan Hari Perayaan Selain Perayaan Islam.

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (TMQ. at-Taubah[9]:33)

Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama.Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (TMQ.al- Fath[48]:28).

Tafsiran kedua-dua ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa orang-orang kafir kesemuanya akan dimasukkan ke dalam neraka bersama penguasa mereka sebagaimana yang dikuatkan oleh Hadis Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya akan terbukalah bagimu ( kaum muslimin) bahawa bumi Allah dari timur sampai ke barat. Dan bahawa para penguasanya akan masuk neraka semuanya kecuali yang bertakwa dan melaksanakan amanat di antara mereka.” [HR Ahmad] - Tafsir Ibn Kathir.

Jadi, untuk apa kita menyambut perayaan agama lain sedangkan mereka kesemuanya akan dihumban ke dalam neraka? Justeru, perbuatan untuk duduk bersama-sama di dalam majlis sambutan perayaan orang-orang kafir seolah-olah kita membenarkan kemenangan agama mereka. Padahal, Islam diutus untuk dimenang dan ditinggikan atas semua agama yang ada.

Kerapkali juga kita dapat lihat menerusi kaca-kaca TV, bagaimana sebahagian kaum muslimin yang berpakaian menyerupai kaum-kaum lain ketika menghadiri sambutan pelbagai perayaan orang kafir. Justeru itu, perbuatan tersebut termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai "tasyabbuh bil kuffar", yang bermaksud menyerupakan orang kafir. Suatu perbuatan yang mana sangat jelas bertentangan dengan aqidah Islam yang kita anuti. Islam melarang umatnya daripada meniru dan menyerupai perbuatan-perbuatan orang kafir. Larangan telah dinyatakan dengan tegas oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya :

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

Terdapat suatu kisah yang melibatkan Abdullah Bin Salam. Beliau dan beberapa sahabat mereka yang lain pernah suatu ketika meminta kepada Rasulullah SAW agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan Hari Kebesaran orang-orang Yahudi iaitu Hari Sabtu, di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah SAW mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah saw terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka.

Daripada huraian di atas, menyambut perayaan kaum atau agama lain itu termasuk di dalam perbuatan yang dicela oleh Islam. Ini adalah kerana ia boleh merosakkan aqidah seseorang muslim. Apapun, kongsi raya juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap sebagai redha terhadap agama dan kepercayaan mereka,di samping secara tidak sedar mereka telah mengiktiraf dan mengakui wujudnya agama selain daripada Islam. Inilah yang dikatakan bahaya ancaman idea Pluralisme yang menganggap bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada bezanya antara Islam dan juga agama-agama yang lain. Bertunjang daripada idea Pluralisme inilah, maka berbagai kelompok-kelompok Islam yang telah diracuni oleh pemikiran kufur dan telah membolehkan sambutan kongsi raya di adakah di Malaysia ini dengan alasan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Inilah akibatnya,jika umat Islam tidak dipandu oleh aqidah Islam yang benar. Mereka juga tidak menjadikan halal-haram sebagai kayu ukur di dalam melakukan sesuatu perbuatan (miqyasul 'amal).Mereka lebih cenderung untuk bersandarkan kepada manfaat, untung-rugi ataupun maslahat tanpa merujuk kepada ketetapan syara'. Salah satu kaedah syara yang mashyur bermaksud : " Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum-hukum syara'."(Al-Ashlu Fi Al-Af'al At-Taqayyudu Bi Ahkam Asy-Syar'ie). Jadi, semua perbuatan kita adalah terikat dengan hukum syara'. Maka, pada dasarnya adalah wajib bagi setiap muslimin untuk mengetahui setiap hukum syara' yang berkaitan dengan amal kehidupannya sehari-hari. Setiap perbuatan yang tidak didasarkan kepada aturan Allah SWT dikhuatiri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kebinasaan dan kerosakkan.

Justeru, sekiranya telah jelas sesuatu keharaman itu , ia tidak perlulah dilakukan sebarang kajian lagi. Jadi, mengapakan masih ada gesaan daripada pihak dan pertubuhan tertentu agar dilakukan kajian semula tentang konsep sambutan kongsi raya tersebut. Adakah untuk diubah agar bersesuaian dengan Islam? Sesungguhnya, jika terdapat sebarang usaha untuk mengolah semula konsep sambutan tersebut, ia juga dianggap telah terkeluar daripada ajaran Islam. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas,dan diantara kedua-kedua itu ada perkara-perkara yang syubhat( samar),maka barangsiapa yang telah mejauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya." (HR. Al-Bukhari).

Begitu juga sabdanya lagi yang bermaksud :

"Yang halal itu ialah apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabnya,dan yang haram itu ialah apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya”.

Kedua-kedua hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa yang halal dan haram itu adalah jelas. Maka janganlah kita mencampur-adukkan yang hak dan batil semata-mata kerana tujuan kemaslahatan. Hakikatnya, kemaslahatan itu bukannya ditentukan oleh manusia, sebaliknya ia ditentukan oleh Allah SWT sebagai Pencipta kita. Ingatlah, ketika mana adanya penerapan hukum syari'at, pasti akan ada kemaslahatan. Ini bertepatan dengan kaedah syara' yang bermaksud :

"Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam,maka pasti akan ada kemaslahatan. "(Haisuma Yakunu Asy-Syar'u Takunu A-Mashlahah).

Sekiranya,tidak ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam, maka sudah tentu kemaslahatan itu tidak akan wujud.

Wallahu’alam...

Bersambung...

Read More..

Isnin, 26 Januari 2009

Berdakwah, Tapi Dikucilkan?

Satu ketika, seorang sahabat datang untuk berjumpa dengan saya. Lalu, beliau meluahkan perasaannya berkenaan hakikat dakwah yang dilakukannya di tengah-tengah masyarakat yang mengalami sedikit permasalahan. Ringkasnya begini, kini beliau mula mendekat dengan aktiviti dakwah, sekali gus beliau pula kini menjadi sebahagian dari aktivis dakwah tersebut. Tapi, tatkala dia bersemangat dalam dakwahnya, menyerukan hal-hal yang ma’ruf, dan menegah yang mungkar, masyarakat bukan terus menerimanya, malah menjauh dan memandang seakan prejudis kepadanya. Lalu, beliau meminta saran kepada saya, tentang apa yang dihadapinya. Tulisan kali ini, adalah hasil dari pertemuan tersebut. Walaupun, kami berbincang sangat lama dan menyentuh banyak hal, saya cuba meringkaskannya di dalam tulisan kali ini, agar boleh dikongsi bersama. Semoga Allah SWT memudahkan dakwah anta (wahai sahabatku), dan para da’i yang ikhlas di seluruh dunia dalam mengemban risalah dakwah ini. Ameen...

Sesungguhnya Allah SWT telah menganugerahkan kenikmatan kepada makhluk-makhlukNya berupa penciptaan dan posisi mereka di muka bumi ini setelah sebelumnya tidak ada. Atas kebesaran dan kurniaNya, Allah pula mengistimewakan satu kelompok ke atas seluruh umat manusia dengan nikmat Islam. Atas kasih sayangNya pula, Allah telah mengkhususkan sekelompok umat Islam atas umat Islam yang lain dengan nikmat mengemban dakwah. Mereka itu adalah para Nabi, para Rasul, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dan melakukan amalan-amalan mereka. Atas dasar itu juga, kita patut bersyukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat dakwah yang kita emban ini. Perlu diingat, bahawa aktiviti dakwah adalah aktiviti yang dilakukan para Nabi dan Rasul.

Apa yang dialami oleh para Nabi dan Rasul, juga secara pasti akan dialami oleh para pengemban dakwah yang ikhlas, siapa pun dan di mana pun ia berada. Risiko yang dialami oleh para Nabi dan Rasul, juga akan dialami oleh para pengemban dakwah. Hambatan dan tantangannya tak jauh beda dengan hambatan dan tantangan yang dialami oleh para Nabi dan Rasul seperti yang dikhabarkan kepada kita di dalam kitab suci seperti kisah tauladan Nuh A.s., Ibrahim A.s., Musa A.s., Isa A.s., dan Muhammad Saw. Mereka adalah manusia-manusia pilihan yang telah Allah muliakan di muka bumi ini. Namun, tak kurang-kurangnya Allah berikan ujian dan cubaan kepada mereka. Para Nabi dan Rasul yang Allah kasihi ini dijauhi, dimusuhi, diboikot dan bahkan dikucilkan (dipulau) oleh keluarga mereka sendiri.

Sangat wajar, jika kemudian kita yang mewarisi dakwah mereka ini mengalami hal yang sama. Berikut ini sejumlah pelajaran dan hikmah yang bisa diambil oleh setiap pengemban dakwah dari perjalanan dakwah para Nabi dan Rasul:

Pertama, di antara yang paling penting diperlukan oleh para pengemban dakwah adalah keteguhan dalam dakwah. Allah Swt berfirman:

“Semua kisah rasul-rasul itu Kami ceritakan kepadamu, iaitu kisah-kisah yang dengannya Kami meneguhkan hatimu. Dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran, pengajaran, dan peringatan bagi orang-orang yang beriman”. (QS. Hud [11]: 120)

Kedua, para pengemban dakwah seharusnya memiliki sikap sabar atas berbagai ujian dan cubaan yang menimpanya. Sikap sabar yang terus menerus dilakukan akan mendatangkan pertolongan dari Allah. Tanpa sikap sabar ini, Allah tidak akan menolong dan memuliakan para pengemban dakwah. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah didustakan pula rasul-rasul sebelum kamu, tetapi mereka sabar atas pendustaan dan penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka sampai datang pertolongan Kami kepada mereka. Tidak ada seorang pun wang dapat mengubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu”. (QS. Al-Anam [6]: 34)

Ketiga, pengemban dakwah wajib untuk ikhlas semata-mata hanya karena Allah dalam setiap amalnya. Tidak mencari imbalan berupa harta, kedudukan, status sosial mahupun tujuan-tujuan duniawi lainnya ketika melaksanakan tugas dakwahnya. Sebagaimana Nabi saw telah diperintahkan oleh Allah dalam firmanNya:

“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang Yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka Turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran Yang Aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya”. (QS Al-Anam[6]: 90)

Keempat, setiap pengemban dakwah wajib meyakini janji Allah berupa pertolongan, meyakini akan berpindahnya kepemimpinan di muka bumi kepada mereka, serta meyakini bahawa mereka akan mampu mengalahkan orang-orang kafir, para penguasa zalim dan pengemban idea sekular. Allah Swt berfirman:

“Siapa saja yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang menang”. (QS. Al-Maidah[5]: 56)

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara kalian bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi”. (QS. An Nur [24]: 55)

Kelima, sesungguhnya setiap pengemban dakwah wajib untuk beriman tentang janji Allah terhadap balasan pahala atas aktiviti dakwahnya yang lebih baik dari apa pun yang ada di dunia ini. Allah Swt berfirman:

“Serulah mereka kepada Islam dan beritahukan kewajiban mereka, demi Allah seandainya Allah memberi hidayah lewat perantaraanmu pada seseorang itu lebih baik dari haiwan tenak yang merah-merah”. (HR. Bukhari)

Adapun cara-cara untuk mengambil hati dan mengajak masyarakat pada Islam, kita dapat mengambil tauladan dari Rasul Muhammad Saw. Sebagaimana yang ditulis oleh Dr. Muhammad Rawas Qalah Ji dalam kitabnya Dirasah Tahliliyyah li Syakhsyiyyah ar-Rasul Muhammad: 1) Tidak membezakan (mengistimewakan) diri dari mereka. 2) Tidak melukai perasaan mereka. 3) Meraih hati mereka dengan bergaul dan berbuat baik kepada mereka. 4) Memiliki perkataan yang manis dan diselingi canda (humor).

Wallahu’alam...

Read More..

Sabtu, 24 Januari 2009

Curhat Seorang Guru


Beberapa hari lalu, saya sempat bersembang dengan seorang guru di tempat saya mengajar. Kami berborak seputar kerenah dan telatah anak didik kami. Perbahasan tidaklah terlalu mendasar, tapi ia sudah cukup membuat kami berdua tersenyum dan tergelak seketika. Tidak ada yang lucu, Cuma terkenang karektor kami sewaktu kecil dahulu. Lebih-lebih lagi saya. saya sememangnya nakal, degil dan hyper active dahulu sewaktu berusia dini. Entah bagaimana perasaan guru-guru yang mengajar kelas saya ketika itu (moga saja mereka ikhlas). Benarlah ungkapan teman saya, “Inilah kerja guru”. Haha, kami sempat ketawa dengan baris kata tersebut. Ya, memang inilah kerja guru. Memahami, bahawa sesungguhnya anak-anak yang dihantar ke sekolah adalah untuk dididik dengan pendidikan, baik agama atau akademik. Jika mereka sudah baik dan bagus, untuk apa ke sekolah? Kan lebih elok dia terus bekerja aja!

Teman, bingkisan di atas saya coret sebentar bukan untuk mengadu kepada kalian. Bukan, tidak sama sekali. Saya Cuma ingin memberi gambaran bagaimana sebuah komuniti yang kecil sebegitu pun punya bermacam-macam ragam dan kerenah. Sehingga semua itu, menguji daya kesabaran seorang pendidik. Fuhh... cuba aja kalian menjawat profesi seorang guru dalam waktu yang singkat, dan lihat sendiri pengalaman apa yang kalian dapat. Tentu melesukan.

Guys, itu semua baru kecil. Bagaimana dengan kita yang sedang menongkah arus ke depan, yang sedang berhadapan dengan manusia lainnya. Tidak hanya masyarakat sebelah rumah kita, tapi berhadapan dengan seluruh makhluk yang bergelar manusia yang serba ‘tidak kena’ ini. Bermacam-macam ras, etnik, suku, kerenah, kebudayaan, adat-istiadat, kultur sosial dan macam lainnya. Fuhh... fuhh...! tentu lebih sesak kan? Ya, bagi mereka yang kehidupannya hanya sebatas bangun pagi, kerja, pulang, makan, tidur, dan minimal mereka berkeluarga dan punya anak, tentu tidak akan berasa apa yang saya rasakan (maaf, bukan niat meninggi diri). Jika kehidupan kita, hanya sebatas untuk memenuhi sebanyak mungkin naluri (al-gharaiz) yang ada, maka kita tidak lebih, malah sama dengan khidupan haiwani. Bukankah Allah SWT berfirman di dalam al-quran:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (QS al-A’raf[7]: 179 )

Apakah kalian manusia yang menggunakan akal, atau seperti binatang ternak, ataukah kalian lebih teruk dari itu? Tentu saja, kita berdoa agar terhindar dari segala macam celaan seperti yang disebutkan di dalam al-quran. Hati, mata dan telinga, itulah 3 pancaindera yang paling bernilai untuk mencerap segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Hati kita selalu digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, lalu diamalkan dan disampaikan. Mata pula kita gunakan untuk melihat perkara-perkara yang ma’ruf. Kalaupun untuk melihat yang tidak ma’ruf, ia bukan untuk kita ‘nikmati’, tetapi sekadar melihatnya, lalu berfikir tentang kerosakan dan kebejatan manusia yang sudah tidak menggunakan syariat Allah SWT di dalam kehidupan. Lalu, dengan telinga kita gunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mendengar, mendengar dan terus mendengar. Tapi, bukan mendengar yang dilarang seperti ghibah lho! Bukan pahala, malah dosa yang kita dapat.

Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, kita harus peka dan prihatin dengan segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Baik yang mencakup hal-hal kemasyarakatan ataupun kenegaraan. Kita selalu menggunakan pancaindera yang Allah SWT beri ini untuk merenung dan berfikir (manthiqul ihsas), lalu mencari apa jawapan yang terkandung di dalam kitab suci berkenaannya. Tentu lebih banyak kerenah daripada anak-anak di sekolah itu. Berbagai-bagai ragam manusia dengan pola fikir yang berbeza. Ada yang pro kapitalis, ethies, free thinker, sosialis, hedonis dan berbagai-bagai pemikiran lainnya yang sememangnya bertolak belakang dari agama suci ini.

Berat memang berat. Itulah tugas sebagai hamba Allah di muka bumi ini. itulah tugas sebagai pengemban da’wah yang benar-benar ikhlas dalam rangka untuk mencari redha ilahi. Tidak mengenal keletihan yang bersifat sementara, kerana baginya keletihan itu akan dibalas dengan ketenangan di syurgaNya kelak. Pengemban dakwah tidak berasa gentar dengan segala macam ancaman kerana ancaman terbesar baginya adalah ancaman dari al-Kholiq. Tidak hanya itu, dia juga tidak terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang tidak sejajar dengan perintah quran dan sunah. Dia tidak sanggup berkompromi dengan ayat-ayat suci Allah, walau tawaran-tawaran yang terpempang di depan mata adalah sangat lumayan. Tetapi ia tolak mentah-mentah. Mengingat sabda nabi:

“Demi Allah, seandainya mereka meletakan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan da’wah ini, tak akan aku tinggalkan hingga Allah SWT memenangkan agama ini atau aku binasa tanpa agama”

Ahli fikir Islam, Ibnu Qayyum juga menyatakan bahawa orang yang tinggi cita-citanya hanya menggantung segala urusannya kepada Allah, tidak mengharapkan sesuatu balasan kecuali ridha Allah. Tingkah laku dan etika yang menghiasi peribadinya menjadi dasar dalam berdakwah yang tidak ditukar dengan sesuatu yg merosak keperibadiannya. Sehingga jelaslah bahawa syariat Islam akan menentukan keperibadian seorang muslim yang tentunya akan tercermin dalam tingkah lakunya sehari-hari, termasuk tingkah laku dalam berusaha dan dalam menghadapi tantangan hidup di dunia.

Justeru itu, dengan perenungan kepada fakta (waqi’) yang sedia ada, dapat kita simpulkan bahawasanya umat islam kini berada dalam keadaan yang terperosok dan dihinakan oleh musuh-musuhnya. Semua itu, berakar umbi kerana tidak diterapkannya islam secara total (kaffah) di muka bumi. Syariat islam dicampakkan dan dihinakan oleh pihak kuffar, dan yang lebih ironinya adalah mereka yang mengaku sebagai muslim menggunakan al-quran hanya sebatas hal-hal ibadah, manakala aspek-aspek lainnya ditinggalkan dan dianggap sebagai tidak relevan. Saya hairan, apakah mereka sanggup berhadapan dengan Allah SWT kelak di akhirat dengan apa yang telah mereka lakukan. Bukankah perbuatan mereka itu adalas\h sama seperti apa yang dilakukan oleh pihak kuffar, dengan menginjak-nginjak kitab suci itu? Benar, mereka tidak menginjaknya secara fizik, namun mereka menginjaknya secara hukmi.

Atas dasar itu, saya seru kepada seluruhnya yang bergelar sebagai makhluk yang beriman sekali gus sebagai seorang muslim untuk segera menyahut seruan Allah SWT untuk mempelajari islam secara total, lalu beramal dengannya dan seterusnya menyampaikannya kepada manusia lainnya. Dengan kehendak dan kekuasaannya, janji Allah untuk memenangkan kebenaran itu pasti tiba.

Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka. (QS An-Nur[24]: 55)

Wallahu’alam...

Read More..

Khamis, 22 Januari 2009

Bukan Cinta Biasa


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?

Cinta. Ramai orang berikrar atas nama cinta. Tidak salah jika saya mengatakan semua manusia yang bernyawa mempunyai naluri cinta (kecuali yang tidak berakal dong!). Ada manusia yang mulia kerana cinta, dan ada yang pula hina kerananya. Cinta ibarat bidadari yang tidak mengenal siapa pemujanya. Seorang komposer mengarang lagu cinta, seorang penyanyi menyanyikan lagu cinta, seorang pendengar menikmati lagu cinta. Semua itu, adalah kerana energi cinta yang sangat kuat dan memberi impak kepada pemujanya. Mungkin barangkali, komposer, penyanyi dan pendengar cinta, jika ditanyakan kepada mereka, mengapa memilih cinta, dan tidak yang lain? tentu mereka sendiri berfikir-fikir apakah jawapan yang seharusnya diberikan untuk nilai sebuah kalimat cinta.

AKU SEDANG INGIN BERCINTA
KARENA
MUNGKIN ADA KAMU DISINI
AKU INGIN

(Dewa – Sedang Ingin Bercinta)

Guys, maaf, saya sengaja membeber kalimat cinta seputar makna yang mendominasinya saja, iaitu cinta yang bersifat seksualitas. Hakikatnya, cinta adalah kalimat dan pemahaman yang subjektif. Itulah yang ingin saya bawakan dalam wacana penulisan kali ini. Bukan niat berbasa-basi, tapi saya sengaja menggunakan teori konspirasi, hehe (just kidding).

Cinta adalah apabila kita melakukannya, lalu mendapatkannya, maka kita akan berasa bahagia. Maka, cinta dan bahagia berkait rapat bagaimana ukuran (standard) kebahagiaan itu. Seorang peserta lumba lari, berasa cinta akan kemenangan demi kemenangan dalam acara yang disertainya, yang mana apabila dia berjaya memenangi sesuatu pertandingan, maka dia akan berasa bahagia sekali. Itulah kecintaan yang bersifat prestij. Seorang pemilik kereta (seperti kereta Ferrari), berasa sangat mendalam cinta terhadap keretanya, sehingga ia berasa perlu untuk menggilap setiap hari. Dia tidak sanggup walau ‘secuil’ debu melekat pada kereta kesayangannya. Inilah cinta yang bersifat materi. Seorang lelaki yang berusaha memikat seorang wanita yang dicintainya. Dia berusaha dengan segala cara agar wanita tersebut membalas cintanya, yang mana kebahagiaan itu hanya akan muncul tatkala cintanya dibalas dengan positif oleh sang wanita. Inilah cinta yang bersifat seksualitas. Dan itu semua lumrah.

Lalu, bagaimana dengan anda? Pernah merasakan suatu cinta di dalam diri anda? Yang dengan memiliki cinta itu, kita akan berasa bahagia. Bahagia itu akan muncul hanya tatkala cinta itu kita perolehi. Ada orang cintakan kebendaan, wang, pangkat, prestij, pujian dan lain sebagainya. Semua itu, akan membawa Sang Pencinta kepada sisi kebahagiaannya. Oleh sebab kebahagiaan yang diukur hanya sebatas gemerlapan fatamorgana dunia, maka klasifikasi cinta ini hanyalah sebatas cinta yang rendah. Manakala kebahagiaan yang dicapainya adalah kebahagiaan yang temporal.

Cinta Orang Beriman

Manusia beriman tentu saja berbeza dengan manusia yang tidak beriman. Manakala, dikatakan manusia beriman itu adalah kerana iman yang tertancap di dalam dada orang-orang beriman. Iman itu, menghasilkan akar (akidah) yang menjadi dasar pada setiap perbuatannya sehari-hari. Sebelum melaksanakan sesuatu, seorang mukmin akan melihat aspek halal dan haram di sisi keimanannya. Apakah dibenarkan ataukah dilarang di sisi keimanannya. Yang lebih tepat adalah, apakah dibenarkan (dihalalkan) ataukah sebaliknya (diharamkan) oleh Allah SWT. Jika dibenarkan (mubah) ia bisa memilih untuk berbuat. Jika diperintahkan (diwajibkan), ia akan melaksanakan serta-merta (tanpa banyak bicara). Apabila dilarang (diharamkan), maka ia terus meninggalkan dan menjauhkannya. Begitulah tuntutan bagi seorang yang beriman tatkala mengukur kebahagiaannya. Cintanya hanya satu! Iaitu cintanya kepada Allah SWT. Kecintaan yang satu itu akan menghantarkan kepada kecintaan lainnya (yang dituntut), iaitu cinta kepada Rasul & ajarannya (al-quran dan sunah).

Seorang beriman, cinta untuk belajar kerana cinta kepada tuhannya. Dia takut menjadi orang bodoh, kerana seruan untuk menuntut ilmu dari penciptanya. Dia cinta kerjanya juga kerana tuhannya. Dia takut akan dipersoalkan kelak di hari akhirat, apakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk menafkahkan anak dan isterinya. Seorang beriman juga cinta kenderaannya. Dia menggilapnya, mencucinya dan menjaga keselamatannya. Dia cinta kepada kenderaannya, kerana itulah satu-satunya kenderaan yang akan memudahkannya bergerak di medan dakwah. Manakala perintah berdakwah itu berupa seruan dari tuhannya. Bagi seorang pemuda yang beirman pula, ia mencintai seorang muslimah lantaran keluhuran akhlaqnya (agamanya), lalu dia nekad untuk mengkhitbahnya untuk dijadikan sebagai isteri yang sah. Lalu, dengan pernikahan tersebut, ia akan melalui liku-liku dakwah bersama dengan sang isteri yang dicintai itu. Dakwah kerana siapa? Tentu saja kerana perintah dari tuhan yang maha Esa.

Kesimpulannya, seorang beriman, tatkala melakukan segala sesuatu yang perkara, ia bukanlah kerana dorongan nafsiyahnya semata, melainkan lahir dari dorongan akidahnya. Dengan memahami untuk apa dia diciptakan, dan ke mana dia sesudah sirna penciptaan ini, lalu dia beriman dan berharap akan berjumpa dengan tuhannya dalam keadaan yang sangat baik, kerana cinta orang beriman BUKAN CINTA BIASA.

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

(Mestica – Destinasi Cinta)

Wallahu’alam...

Read More..

Selasa, 20 Januari 2009

Kalian Membuat Air Mataku Menitis

Merenung. Berfikir. Suasana yang sepi, telah menyingkap beberapa perkara yang membuatku akhirnya menitiskan air mata sendirian di kala itu (benar, bukan main-main). Jengkel, marah dan hairan pun segera menyelinap di dalam fikiran ini. Terasa tabu dengan keadaan, terasa janggal dengan hal itu. Mengapa ia berlaku? Sedangkan mereka itu umat yang beriman. Umat yang berpetunjuk! Mengapa mereka seakan-akan tidak berpetunjuk? Mereka umat yang terbaik. Tetapi keadaan mereka terbalik! Mereka mengaku benar. Hakikat kebenaran itu sendiri mereka buta!

Tragedi Gaza!

Tragedi Gaza, mereka bersuara. Di mana-mana mereka bersuara. Mungkin kita juga termasuk di dalam kelompok yang bersuara. Yang membuatku kecewa dan kesal itu, bukanlah kerana kalian bersuara ataukah tidak! Saya berdoa, bagi mereka yang belum bersuara (maksudnya, menyedari realiti kaum muslimin) agar segera diberi kesedaran oleh Allah SWT, di samping pengemban dakwah yang akan terus menerus menyampaikan risalah suci ini kepada kalian. Tetapi, apa yang saya kesalkan adalah, bagi mereka yang giat dalam menyuarakan aspirasi mereka terhadap permasalahan kaum muslimin, namun aspirasi mereka menyeleweng dan salah, lalu membawa umat yang masih lemah ini ke lembah kesesatan mereka.

Apa yang salah?

Tatkala Gaza menyerukan pembelaan, justeru mereka menyerukan kepada hal-hal yang fana seperti boikot, sumbangan dana, berdoa, berdiplomasi dengan pihak kuffar dan seruan-seruan lainnya. Boikot apakah salah? Tidak salah, tapi bukan penyelesaian. Ibarat rumah yang atapnya bocor, lalu kalian hanya meletakkan baldi di dalam rumah kalian, tanpa menutup kebocoran atap itu. Lalu apa yang bakal terjadi, jika fokus kalian hanya seputar memikirkan berapa banyak baldi lagi yang bakal kalian letakkan untuk menadah lebatnya hujan di luar sana, yang bakal membanjiri rumah kalian dengan air? Nah, itulah yang terjadi pada kalian saat ini. kerana hal itu jugalah, air mataku menitis saat ini.

Tidakkah kalian berfikir. Kalian berarak dengan segala macam demonstrasi, tetapi apa yang kalian serukan? Diplomasi!

Tidakkah kalian berfikir. Kebencian kalian membuak-buak, tetapi apa yang kalian serukan? Boikot!

Tidakkah kalian berfikir! Kalian berasa kalian adalah orang-orang yang mulia dan prihatin, tetapi apa yang kalian serukan? Mengutip derma!

Tidakkah kalian berfikir. Kalian berasa kalian adalah manusia berharga dan perlu dihargai, tetapi apa yang kalian lakukan? Ke sana dengan perubatan? Mungkin kalian gila, untuk mengubati manusia yang sudah mati.

Lihatlah gelagat manusia-manusia ‘terpilih’ di muka bumi ini apabila berhadapan dengan isu Gaza. Di Malaysia, pemimpin-pemimpin yang mengaku mereka itu prihatin, hanya bersikap menyelar, mengutuk, memberi saran diplomasi, yang semuanya mengarah kepada kebodohan mereka sendiri! Di sisi lain, para artis dan korporat menjajakan publisiti mereka di pelbagai massa dengan derma-derma yang telah mereka lakukan. Namun, apakah mereka sedar bahawa makhluk yang diserang di Gaza itu adalah saudara mereka sendiri?

Di Indonesia, Gusdur, bekas Presiden Republik Indonesia, juga seorang tokoh yang sering kontradiksi dengan hal-hal agama di dalam wacananya menyarankan bahawa Hamas perlu berunding dengan penjajah Israel. Aneh bukan? Ada orang masuk ke rumah kita, lalu mencuri, merompak dan membinasakan harta kita, lalu solusi kita adalah dengan bertoleransi dan berharap belas kasihan mereka? Apa yang saya boleh katakan pada mereka-mereka yang bersikap seperti Gusdur ini, kalian adalah bodoh dan bacul, dan tidak punya harga diri!

Di peringkat yang lebih tinggi, organisasi-organisasi puppet seperti OIC dan Liga Arab (dan berbagai organisasi lainnya yang tidak dapat saya sebutkan di sini) hanyalah menjadi kunci kepada keberhasilan pihak kuffar. Organisasi-organisasi tersebut hanyalah sebagai kunci untuk menutup suara umat islam ke arah kebangkitan yang benar. Pemimpin-pemimpin yang ada di dalamnya hanyalah sebagai boneka dan menjadi antek-antek kuffar barat yang sememangnya sedang bergelak ketawa dengan kejahilan pemimpin-pemimpin kaum muslimin saat ini yang sedang mengikut telunjuk kuffar barat, khususnya Amerika.

Apakah yang diperlukan oleh kita?

Sebuah pembelaan! Hanya dua kata yang layak baginya. Khilafah dan jihad! Tiada yang lain. kemunduran umat islam saat kini, bukanlah kerana mereka itu miskin, kerana kekayaan yang Allah SWT limpahkan pada mereka sangat banyak. Tapi, kekayaan itu, hanya beredar hanya pada kalangan tertentu sahaja. Kekalahan umat islam saat kini, bukanlah kerana mereka umat yang sedikit, kerana mereka adalah umat majoriti penduduk bumi. Namun, banyaknya mereka adalah bagaikan buih di lautan. Runtuhnya moral umat islam kini, bukanlah kerana tidak adanya ulama’ di tengah-tengah mereka, namun ulama’-ulama’ yang banyak telah tertanam cinta dunia dan takut mati. Mereka takut untuk menyerukan kebenaran Jihad dan Khilafah, kerana takut akan hilangnya posisi mereka kini.

Sungguh, ketiadaannya Daulah Khilafah setelah keruntuhannya pada 3 Mac 1924 telah membuat umat yang gemilang, menjadi umat yang tumbang. Runtuh seperti tembok yang dibedil dengan senjata misil atau setidaknya meriam tank. Apa yang perlu dilakukan oleh umat yang ada di dalam diri mereka ini adalah kemuliaan adalah menyedari hakikat kebangkitan itu sendiri, lalu dengan falsafah kebenaran yang hakiki itulah nantinya akan membangkitkan ruh akidah yang benar, yang akan membawa mereka kepada metode untuk membawa umat ini kepada kesatuan yang solid dan langgeng iaitu dengan berusaha untuk mengembalikan umat ini kepada kesatuan yang akan membai’at Khalifah dalam pemerintahan Khilafah Islamiyah. Khilafah Islamiyah inilah yang akan menjadi perisai umat islam tidak hanya di Gaza! Tetapi di seluruh dunia termasuk di Afghanistan, Iraq, Selatan Thailand, Timur Leste, Uzbekistan, Bosnia, Pakistan, Cina dan semuanya. Ya Allah, saksikanlah bahawa hambamu ini telah menyampaikan dan menyerukan.

Wallahu’alam...

Read More..

Jumaat, 16 Januari 2009

Forum Terbuka: 'GAZA BERDARAH' DIMANAKAH KITA?



Assalamualaikum wrt.


Sekretariat Seminar Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN] dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] akan Menganjurkan





- FORUM TERBUKA -



'GAZA BERDARAH'

DIMANAKAH KITA?



Tarikah

18hb Januari 2009 / 21 Muharam 1430 H

( Hari Ahad )



Tempat

Masjid al-Ubudiyah, Seksyen 19

Shah Alam, Selangor



Masa

8.30 pagi – 1 petang





Muslimin dan Muslimat dijemput hadir



Masuk adalah percuma





Anjuran :

Sekretariat seminar

Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN]



Dengan kerjasam

Hizbut Tahrir Malaysia [HTM]



maklumat lanjut layari :www.mykhilafah. com

Read More..

Rabu, 14 Januari 2009

Warkah Untuk Saudariku

Wanita adalah makhluk yang banyak mendapat perhatian dari Allah dan Rasul-Nya. Lebih dari itu, mereka juga mendapatkan perhatian lawan jantinanya. Hingga tidak menghairankan jika di dalam Al-Quran terdapat nama surah khusus bagi wanita, surat An-Nisa'. Selain daripada itu, di dalam Al-Quran juga terdapat surat Maryam. Bahkan, Nabi saw dalam berbagai hadisnya banyak memberikan perhatian bagi perempuan. Sehingga bukan kebetulan jika salah satu wasiat terakhir beliau menjelang wafat adalah; an-nisa’, an-nisa’, an-nisa’. Bahkan beliau menyatakan bahawa tidak ada fitnah yang besar selain wanita.

Dewasa ini, wanita Islam banyak mengalami attack of ideology dan usaha mengaburkan nilai-nilai iman dan akidah di dalam diri mereka. Di Paris, hijab dipijak-pijak. Di Jerman juga, pemakaian khimar (kerudung labuh) merupakan jati diri Muslimah yang harus dihilangkan. Di Malaysia sendiri, ada usaha-usaha yang halus untuk dari puak-puak kuffar (yang mengaku islam) yang memperjuangkan feminisme, kesamarataan gender, modernisme dan produk sekuler lainnya. Walhasil, ia semua adalah jalan yang menjerumuskan masyarakat, khususnya wanita islam ke lembah maksiat (kepada Allah SWT).

Tulisan ini adalah inisiatif penulis yang melihat majoriti wanita yang mengaku beragama islam, namun sudah banyak yang hilang jati diri mereka sebagai seorang muslimah. Aurat yang dipertontonkan sudah perkara biasa bagi mereka. Bercanda dan bergaul mesra dengan lelaki yang bukan mahramnya sudah menjadi kebiasaan. Bermusafir tanpa ada mahramm yang menemaninya adalah maklum-maklum saja bagi masyarakat kini. dan begitulah seterusnya. Pelbagai rentak kehidupan yang sememangnya langsung tidak berpacu dengan roda akidah islam, melainkan roda sekulerisme sudah marak dalam arena kedidupan kini.

Wahai Saudariku Muslimah!

Malu merupakan moral Islam yang sangat agung. Ia kelihatan begitu sederhana. Tapi ternyata, malu merupakan nilai yang sangat mulia dalam kehidupan seseorang, baik secara individu maupun sosial.

Malu? What is it?

Amru Khalid, seorang da’i terkenal dari Mesir di dalam bukunya 'Akhlaq al-Mu'min (Moral Seorang Mukmin) menyatakan bahawa kita terkadang mendengar bahawa si fulan itu "pemalu". Atau si fulan memiliki rasa malu. Jadi apa maksud dari malu itu? Maksud malu adalah: ketertekanan jiwa. Iaitu, jiwa (diri) tidak mampu untuk melakukan perbuatan-perbuatan jelek (buruk) atau sesuatu yang tidak baik. Diri tidak kuat untuk melakukannya. Seseorang pemalu tidak sanggup melihat dirinya terhina di hadapan Allah, di hadapan manusia atau di hadapan dirinya sendiri.

Dapatkah saudari rasakan indahnya kata-kata tersebut. Betapa diri yang memiliki rasa malu jiwanya akan merasa sempit. Tidak leluasa untuk berbuat sesuka hati. Tidak akan mudah mengatakan "aku punye pasal lah!". “Aku peduli apa!”. "heh, aku yang buat, ko peduli apa?”

Subhanallah! Orang yang memiliki rasa malu adalah mereka yang peka atas diri dan lingkungannya, apalagi seorang perempuan. Jadi, mari kita konklusikan bahawa malu itu berada dalam jiwa dan hati, tapi bukan hanya kata-kata semata.

Apa kata Nabi saw tentang malu? Mari sama-sama kita hayati saudariku!

"Iman memiliki 67 cabang, dan malu adalah cabang dari iman" (HR. Bukhari (Hadits no. 9), Muslim (Hadits no. 151) dan Abu Daud (Hadits no. 4676).

Dalam sebuah haditsnya yang lain, beliau bersabda: "Iman itu terdiri dari 77 cabang, yang paling atas adalah Lailahaillallaah dan yang paling bawah adalah menghindarkan duri dari jalan. Dan malu merupakan bagian dari iman" .

Lalu di manakah posisi seorang wanita dari rasa malu ini? Masih adakah sifat malu itu dalam hati seorang wanita di tengah-tengah globalisasi yang "buta" dan tak mengenal "warna" ini? Rasa malu untuk memakai jilbab bukanlah malu. Justeru wanita Muslimah adalah mereka yang malu kalau rambutnya yang indah dilihat orang yang tidak pantas dan diharamkan untuk melihatnya. Apakah masih ada yang menganggap memakai jilbab itu ketinggalan zaman? Kemudian malu kalau tidak diurai rambutnya. Ah....saudariku! Malu itu dalam hati, bukan dalam bibir. Sebab itu, banyak sekarang wanita yang pandai "menanam tebu di bibirnya".

Adalah salah suatu pemahaman, jika mengatakan bahawa jilbab itu merupakan pakaian orang Arab, layaknya jubah. Maka biar saja yang memakai jilbab itu orang Arab, kita kan orang Melayu, biarlah sesuai dengan adat dan tradisi, walhasil... ‘Berkhimar Tapi Telanjang’, demikian judul buku Abu Al-Ghifari. Bukankah kerudung kini lebih moden dan mengikut dunia fesyen? Lebih menarik dan memikat mata orang yang memandangnya?

Cuba kita hayati kembali sabda Nabi saw di atas. Bukankah iman itu tidak akan sempurna tanpa malu? Kerana malu merupakan cabang dari iman, bererti tanpa malu iman kita tidak akan pernah sempurna. Lalu bagaimana dengan para artis yang membuka auratnya? Apakah itu menandakan bahawa iman mereka tidak sempurna? Fikirkanlah. Apakah seseorang yang tidak mengamalkan syariat islam menghargai perintah Allah dalam Al-Quran? Bahkan, mereka juga tidak mengindahkan ajaran Nabi-Nya yang mulia. Nabi yang membawa akhlak malu, dan memang beliau adalah pemalu.

"Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulillah saw beliau berkata:"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (nisa'un kasiyatun 'ariyaât). Mereka berlenggang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(HR. Muslim).

Di berbagai rancangan televisyen, fenomena pameran “tayangan ala seksi” bukanlah hal yang tabu. Sebut saja Inul yang banyak digemari oleh semua level umur di tanah air seberang. Dari anak-anak hingga kakek-kakek gemar menonton Inul. Di Malaysia, budaya berpacaran (couple) di setiap peringkat umur dan level bukanlah suatu yang aneh dan dilihat bertentangan dengan syariat islam, melainkan ia adalah perkara yang normal dan biasa-biasa aja. Di jalan-jalan, pemuda-pemudi yang berpelukan dan berciuman adalah hal yang biasa. Saudariku! Lihatlah di layar TV kalian, bagi perempuan membuka aurat dianggap sebagai “penyedap rasa” dan “bumbu pemandangan”. Tidak usah hairan jika Muslimah yang menggunakan jilbab dan khimar akan “dipulaukan”. Betapa dunia kita sekarang sudah terbalik 100%. Lelaki lebih rapi dibandingkan dengan perempuan.

Nabi saw tidak pernah meleset dalam memberikan sebuah ramalan. Wanita yang “berpakaian tapi telanjang” itu sudah berada di depan mata kita semua. Mengenakan Jeans yang ketat, sama saja dengan telanjang, kerana menampakkan bentuk dan lengkok tubuh. Memakai baju you can see dan pakaian transparan lainnya adalah kebutuhan hidup, bahkan syarat untuk disebut sebagai wanita modern dan mengikut trend.

Para wanita yang melakukan itu adalah para wanita yang ‘tidak tahu malu’. Mereka yang tidak memiliki sensitiviti islam dan muslimah sejati. Merekalah yang tidak akan mencium bau syurga Allah. Betapa ruginya mereka. Saya yakin, kalian tidak ingin seperti itu. Sungguh! Hilangnya rasa malu adalah awal dari kehancuran seseorang.

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu itu telah dicabut (darinya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan. Apabila engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya sifat amanah. Dan jika telah dicabut dari dalam dirinya sifat amanah itu, maka engkau akan menemukannya sebagai seorang yang pengkhianat dan dikhianati.

Jika engkau mendapatinya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya rahmat. Dan jika rahmat telah dicabut darinya, maka engkau akan menemukannya sebagi seorang yang terkutuk dan terlaknat. Dan jika engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka dicabutlah darinya simpul (ikatan) Islam” (HR. Ibnu Mâjah, Hadits 4054).

Oleh kerananya, memupuk rasa malu agar tetap terpatri erat dalam hati adalah kewajiban kita. Waspadailah fenomena hilangnya rasa malu ini, agar tidak menjadi peribadi yang hancur berantakan. Kiranya tidak ada seorang wanita pun yang akalnya waras, ingin hancur hanya kerana tidak bisa menahan diri dari godaan para wanita yang sudah kehilangan ‘brake’ dan panduan hidupnya. Hey girl, jadilah Muslimah Sejati!

Wallahu’alam...

Read More..

Selasa, 13 Januari 2009

Tsunami Sinetron Indonesia

Perkara ini telah lama berlegar dalam fikiran saya. Entah sejak bila, dan atas dasar apa, sinetron dari Indonesia mula laris dan terjaja di Malaysia. Mulai dari televisyen yang tidak berbayar sehinggalah yang berbayar seperti ASTRO. Kini sinetron sudah semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Filem-filemnya yang menceritakan berbagai-bagai hal. Mulai dari hal-hal kekeluargaan, percintaan, konflik, dongeng dan banyak genre lain lagi sehinggalah dalam hal-hal yang berbentuk mitos.

Kita mungkin tahu tentang sinetron Bawang Putih, Bawang Merah, yang siarannya ditayangkan sehingga 2 kali kerana permintaan orang ramai (katanya). Yang terbaru, sinetron yang bertajuk Istri Untuk Suamiku, yang mengadaptasi filem Hindustan, Har Dil Jo Pyar Karega. Mungkin banyak yang tidak perasan, tapi saya cuba berfikir dan berfikir, tentang tsunami sinetron ini di dalam kancah kehidupan kita.

Apa yang dapat saya ungkapkan ialah, “bahaya! Bahaya! dan bahaya!”. Produk sinetron dari indonesia ini sememangnya banyak mengandungi unsur khurafat dan bertolak belakang dengan sunah alam dan syariat islam, seperti kewujudan pari-pari, manusia jadian, ilmu ghaib dan magik lainnya. Bukan hanya itu, dongeng-dongeng yang langsung tidak ada faktanya juga dipaparkan dalam segenap bentuk dan kronologi penceritaannya sehingga membuat para penonton terhibur dan ‘feel’ dengannya.

Benarlah sabda nabi saw:

Bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi? (HR. Bukhari Muslim)

Perkhabaran dari Rasulullah di atas jelas dan memperingatkan kepada kita tentang fenomena yang berlaku pada diri umat islam dan misi non-muslim (Yahudi dan Nasrani) dalam menyebarkan segala macam apa yang boleh merosakkan umat islam, yang akhirnya kita akan mengikut ‘millah’ (cara hidup) mereka.

Guys, mohon maaf. Sebenarnya sinetron adalah pembukaan awal saya untuk mengkritik industri perfileman yang semakin hari, semakin parah. Sebenarnya, industri perfileman yang senada dengan sinetron Indonesia ada juga di Malaysia. Buka saja tv anda pada waktu malam di televisyen perdana. Berbagai-bagai genre yang dipaparkan. Tidak ketinggalan genre horor yang semakin rancak diproduserkan oleh pengarah tempatan. Motifnya apa? tentu keuntungan akibat dari demand yang banyak, tanpa memikirkan baik dan buruk (hasan wa qobih) di sisi islam.

Artikel ini ringkas, tapi saya berharap mesej yang saya cuba sampaikan difahami oleh pembaca sekalian, dan saya berlindung kepada Allah SWT dari segala macam bencana, dan praktik yang bertentangan dengan syariat yang akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.

Wallahu’alam...

Read More..

Isnin, 12 Januari 2009

Pameran Khilafah Di Tasek Titiwangsa


Assalamualaikum Wrh Wbrkt. Baru-baru ini (10-11 Januari 2009), IKIN (Ikatan Intelektual Nusantara) dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan pameran Khilafah, sekaligus menjelaskan isu yang berlaku di Ghaza. Solusi sebenar terhadap isu Ghaza dan seluruh bumi umat islam yang ditindas adalah jelas dengan Jihad. Bukan yang lain. Alhamdulillah, selama 2 hari itu, penulis bersama teman-teman berusaha menerangkan dan berdiskusi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Semoga apa yang diusahakan tersebut dicatat oleh Allah SWT sebagai Amal Soleh, dan Khilafah yang dijanjikan, akan segera tertegak di muka bumi. Ameen. Allahu Akbar!
























Read More..

Ya Allah, Ampunkanlah Dosa Riba-ku



“Harap-harap Allah ampunkan dosa riba ni”

Itulah satu petikan yang keluar dari seorang teman saya yang ditujukan kepada dirinya sendirinya yang membeli kereta dengan pinjaman riba bank. Sukar untuk menerima dialog seperti ini, kerana dia adalah seorang yang berstatus seorang yang mempelajari agama, namun tidak memahami bahawa suatu ketetapan yang ditetapkan oleh Allah SWT perlu kita jaga, sama ada perlu dilakukan atau meninggalkannya.

Kepada temanku, yang mungkin sedang membaca tulisan ini, aggaplah tulisan ini sebagai teguran dan nasihat dari temanmu. Mungkin pada saat itu, belum sesuai untuk menyatakannya, jadi aku memilih diam dan menuliskannya di sini. Kerana aku yakin, kamu juga akan membuka blog-ku ini di sela-sela masa yang ada. Tidak bermaksud untuk mencela atau mengumbar aib (kerana aku tidak membuka identiti kamu), melainkan sebagai iktibar yang perlu kita fahami berkenaan isu halal dan haram di dalam islam.

Aku bukanlah tuhan, yang boleh menghukum sama ada orang itu berdosa ataukah tidak, sama ada diampunkan oleh tuhan ataukah sebaliknya. Namun, sebagai seorang hamba yang beriman, aku juga diperintahkan untuk melaksanakan perintahNya yang berupa Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menyeru kepada yang ma’ruf (kebaikan), dan mencegah dari segala hal yang munkar (keburukan). Kerana, jika aku tidak melakukannya, sudah barang tentu, aku tidak dapat menjawab di hadapan Allah SWT kelak.

Sahabatku (jika kamu sedang membaca tulisan ini), keharaman riba ini telah jelas termaktub di dalam kitab suci yang berbunyi:


الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ الرِّبَا لاَ يَقُوْمُوْنَ إِلاَّ كَمَا يَقُوْمُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ


“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 275)

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِيْنَ. فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوْسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُوْنَ وَلاَ تُظْلَمُوْنَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS Al-Baqarah[2]: 278-279)

Akhi, teman, dan saudaraku sekalian. Perbahasan tentang riba sudah banyak dituliskan dalam buku-buku, lebaran-lebaran nasrah, bahkan melalui ceramah-ceramah yang membahas berkenaannya. Jadi, tidak perlulah aku bahaskan secara panjang lebar berkenaannya. Keharaman riba sudah maklum di dalam agama (ma’lum minad deen wad dhoruri).

Benarlah bahawa walaupun kita tidak menjalankan praktik riba, namun debu-debu riba pasti akan terkena pada kita. Dengan gaji yang kita perolehi, dengan baki transaksi yang diberi, dengan pengeluaran duit di bank (daripada gaji), semua itu mungkin saja adalah debu-debu riba yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimana dengan engkau sahabatku. Adakah engkau sedang mempraktikkan riba atau debu riba? Jelas, engkau sedang bergelumang dengan praktik maksiat riba itu sendiri. bertaubat, bukanlah suatu yang hanya dari mulut dan niat semata. Tetapi taubat sebenar adalah taubat nasuha, yang bilamana kita menyedari kesalahan kita tersebut, maka kita akan terus meninggalkannya, dan tidak akan mengulanginya, sambil senantiasa beristighfar kepada Ilahi.

Sebagai seorang mukmin, ketika kita menyedari tentang perbuatan yang kita lakukan berstatus dosa, maka dengan serta-merta-lah kita meninggalkannya. Bukan meneruskannya, seraya berharap agar Allah SWT mengampunkan kita. Allah SWT berfirman:

“Tidaklah pantas bagi orang yang beriman lelaki ataupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu perkara lantas bagi mereka masih terdapat pilihan yang lainnya dalam menyelesaikan urusan mereka. Barangsiapa yang durhaka kepada Allah dan rasul-Nya sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang amat nyata.” (QS. Al-Ahzab : 36)

Wallahu’alam...

p/s: maaf, saya sengaja menggunakan kata ganti nama diri “aku” dan “engkau”, kerana selaras dengan literal penulisannya.


Read More..

Jumaat, 9 Januari 2009

Haruskah Bersatu Dengan Bayaran Kematian?


Pada hari ini, tubuh yang dipanah terik matahari tidak terasa panasnya. Peluh yang keluar dari tubuh akibat hidrasi panasnya mentari di tengah hari itu tidak terasa kapan keluar dan kapan keringnya. Peluh tersebut terus keluar, mengikut sunah alam, sambil memegang sepanduk yang tertulis “WAHAI TENTERA! SYURGA MENANTIMU DI GAZA”. Laungan Allahu Akbar berkali-kali, tanpa saya dapat mengira sudah berapa puluh atau ratus laungan tersebut telah dikumandangkan.

Hari ini (9 Januari 2009), penulis bersama teman-teman dari rakan seperjuangan syabab Hizbut Tahrir Malaysia dan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan satu seruan berkenaan isu di Gaza, Palestin usai solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid berdekatan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, dan setelah itu menuju ke Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberi memorandum. Nasrah-nasrah yang menyeru tentera kaum muslimin di seluruh dunia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk segera berjihad di jalan Allah telah diberikan kepada hampir seluruh jemaah yang ada dan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di situ.

Laungan yang mendominasi seruan tersebut iaitu ‘AllahuAkbar’ sememangnya telah memberi spirit kepada seluruh pendemo, tanpa penulis sedari bahawa suara ini telah habis disejat entah oleh apa tanpa saya sedari. Semangat yang didorong oleh akidah telah ‘membakar’ seluruhnya. Tidak ketinggalan, para pemandu yang lalu di jalan yang dilalui oleh kami ada yang turut melaungkan takbir. Tidak aneh, kerana memang isu-isu sebegini telah banyak menyatukan kaum muslimin di seluruh dunia. Namun, timbul pertanyaan. Haruskan kesatuan kaum muslimin di seluruh dunia ini dibayar dengan ratusan, ribuan hatta jutaan kematian? Perlukah, sauadara kita dibunuh untuk kita bersatu dengan saudara yang lain? tidak perlu dijawab, kerana saya yakin, jawapan anda sama dengan saya iaitu ‘TIDAK!’.

Dimulai dari bergelarnya seseorang itu sebagai seorang muslim, maka dia selayaknya bergelar saudara seakidah. Tanpa bangsa apakah dia, warna kulit apakah dia, keturunan siapakah dia, dan pangkat apakah yang disandang, semua sudah diiktiraf oleh Tuhan Yang Esa di dalam firmannya di dalam al-quran:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (QS Al-Hujuurat[49]: 10)

Bukan sekadar saudara, lebih dekat lagi, Rasulullah saw menggelar muslim sesama saudaranya adalah ibarat satu tubuh yang saling terkait. Tepatnya Rasulullah saw bersabda:

“Perumpamaan orang – orang mukmin dalam konteks solidaritas ialah bagaikan satu tubuh manusia, jika salah satu anggota tubuhnya mersakan kesakitan maka seluruh anggota tubuhnya yang lain turut merasa kesakitan dan berjaga – jaga (agar tidak berjangkit pada anggota tubuh yang lain ” (HR. Bukhari dan Muslim) dan “ Orang – orang beriman bagaikan sebuah bangunan, antara satu bagian dan bagian yang lain saling menguatkan sehingga melahirkan suatu kekuatan yang besar ” (HR. Bukhari dan Muslim).

Ibnu Uyainah berkata bahwa Ayyub pernah mengatakan: "Sungguh, bila aku mendengar berita kematian seseorang dari kalangan Ahlu Sunnah, maka seolah-olah ada anggota tubuhku yang tanggal." (Hilyatul Auliyaa' 3/9)

Dengan dasar dan nalar argumen syar’i di ataslah, harus kita sedari, bahawa tidak seharusnya semua ini terjadi. Tidak seharusnya saudara-saudara kita merana dan mati di sana tanpa adanya bantuan dari tentera kaum muslimin di seluruh dunia. Bulu roma saya meremang, ketika syabab HTM menyerukan satu kalimat yang sempat saya rekam dalam memori saya. Seruan tersebut berbunyi begini, “Wahai Panglima Tentera, untuk apakah senjata-senjata kalian? Kalau bukan untuk dijadikan senjata syahid?”, “Wahai Panglima Tentera, untuk apakah latihan ketenteraan yang kalian lakukan, kalau bukan untuk syahid di jalan Allah?”.... dan banyak lagi.

Ya benar. Senada dengan seruan rakyat Palestin yang berbunyi, “Wahai Tentera Kaum Muslimin, untuk apakah senjata-senjata yang kalian miliki? Kalau bukan untuk membela saudara seakidahmu? Jika kalian tidak mahu dan bacul, maka berikanlah kepada kami, biarkan kami berjuang di jalan Allah, sama ada menang atau mati syahid”. Allahu Akbar!

Bukan semata-mata sentimen emosi dan ekspresi. Apa yang dilakukan oleh para syabab Hizbut Tahrir termasuk penulis dalam seruan tersebut adalah didasarkan oleh kesedaran dan kewajipan (moga-moga demikian). Bukan wang, bukan perubatan, bukan tangisan solusinya. Tetapi jihad! Jihad! Dan jihad! Persoalannya jihad oleh siapa? Tentu saja tidak dipikul oleh rakyat Palestin, tetapi oleh seluruh kaum muslimin seluruh dunia (jika kalian masih mengaku rakyat Palestin itu saudara kalian). Tapi bagaimana? Adakah dengan membeli tiket ke sana, lalu bersama-sama rakyat Palestin dan Hamas berjihad? Iya, boleh saja. Tidak ada siapa yang menyalahkan. Tetapi adakah ia ‘solusinya’? penyelesaiannya? Tanpa senjata yang canggih? Tanpa ketenteraan yang kuat? Tanpa strategi peperangan yang akurat? Dan.......... adakah hanya Israel, musuh kalian? Musuh saya? musuh umat islam? Fikirkan!

Demo pada hari ini telah menjawabnya, tanpa perlu mengambil masa yang lama. Sebuah negara kesatuan kaum muslimin yang bergelar ‘KHILAFAH’ is the only solution. Harga darah kaum muslimin harus dibayar dengan setara dan lebih dari itu. Rejim Zionis Yahudi harus dibalas dengan tiupan isyarat jihad oleh Panglima tentera umat islam. Justeru itu, para pendemo berjalan sambil melaungkan seruan, takbir dan slogan-slogan mengecam Israel menuju ke arah Bangunan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberi memorandum yang mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk bertindak segera menyelamatkan Gaza daripada kebiadapan Regim haram Israel. Hizbut Tahrir Malaysia sebuah parti politik global telah mengajak umat untuk mendesak ATM untuk melakukan jihad sebenar iaitu ketenteraan.

Secara ringkasnya, memo yang cuba disampaikan oleh HTM kepada ATM adalah, bahawa senjata yang kita miliki bukanlah untuk perhiasan semata-mata tetapi perlu digunakan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Palestin. Penguasa kaum Muslimin telah melakukan jenayah yang besar sekiranya Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Apa yang menyedihkan penguasa kaum muslimin hanya melakukan ‘kutukan’ dan meluahkan ‘kesedihan’ sahaja. Malah, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Memo mengobarkan semangat jihad untuk menyelamatkan kaum muslimin Palestin dari dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah. HTM mengingatkan bahawa tenteralah yang layak dan berkeupayaan untuk melaksanakan kewajipan ini. Pihak tentera dinasihatkan supaya tidak mendukung para pemimpin yang pengecut dan telah mengkhianati kaum Muslimin. HTM menekankan bahawa jihad adalah penyelesaian sebenar kepada masalah ini dan sekiranya dilakukan, mereka akan mendapatkan bantuan dari Allah, kerana Allah telah menjanjikannya di dalam firmannya,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Wallahu’alam...

pautan yang berkaitan:

Blog Angkatan Tentera Malaysia




















Read More..

Khamis, 1 Januari 2009

Membuka Lembaran Diari Yang Baru

Hari ini telah masuk 1 Januari 2009. Sepanjang hidup saya, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Kalau membeli buku diari setiap tahun itu memang tidak pernah ‘miss’ dong. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari, untuk satu hari kelak kita akan melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu. Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita. Toh, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Teman, saya pernah berazam dan berangan-angan untuk menulis lengkap seluruh kejadian yang berlaku pada detik kehidupan saya di dalam buku diari, lalu dibaca oleh saya di kemudian harinya sebagai santapan muhasabah diri. Alih-alih, ia tidak berlaku. Haha. Saat saya menulis artikel ini, saya sedang tersenyum sendirian kerana memikirkannya. Hendak ketawa, khawatir orang tua saya bangkit dari tidurnya, dan memikirkan kejadian aneh yang berlaku pada anaknya yang aneh ini. Memang, menulis di dalam buku diari bukanlah suatu hal yang wajib bagi sesiapa sahaja. Toh, tidak ada dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat dalam bentuk penulisan dan aliran kata. Sebab itulah, penulis juga cuba untuk senantiasa membawa buku diari dan menulis apa aja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.



Saya telah membeli buku diari sejak sebulan yang lalu. Saya juga telah menulis beberapa peristiwa penting dan idea yang tercetus agar boleh dikongsikan di dalam blog ini, dan juga tatkala bertemu dengan teman-teman di luar sana. Moga dengan niat dan azam saya yang berkobar-kobar (wow!) ini dapat diteruskan dengan istiqamah dan bukan angan-angan taik ayam, huhu. Bercakap memang senang, tapi melakukannya suatu hal yang tidak mudah dan perkara yang berbeda.

Seperti mana kedua Malaikat yang tidak pernah ‘miss’ mencatat amal kita. Saya juga berharap agar dapat menulis setiap apa yang telah saya lakukan. Apakah baik, apakah buruk. Moga penulis dapat menjadi manusia yang senantiasa dicatat amalnya di sisi amal soleh dan bukan sebaliknya. Semoga penulisan saya sepanjang setahun lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Saya mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar senantiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada saya ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaimu.

Wallahu’alam...

Read More..

Tahun Baru 2009 – Tiada Apa Yang Baru

Malam ini saya berkunjung ke masjid As-Syakirin KLCC, dengan harapan ingin melihat realiti sambutan tahun baru di ibu kota, di samping menghadiri satu forum di masjid tersebut. Usai solat berjemaah isyak di sana, saya terus berpartisipasi di dalam acara forum yang diselenggarakan oleh pihak pengurusan masjid dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Seperti yang dijangka, speaker hanya menyentuh hal-hal biasa di dalam kehidupan kita. Mungkin ada satu content yang agak lain, iaitu apabila speaker menyentuh tentang agenda Plurisme dan Liberalisme. Namun, speaker mungkin terlupa dengan Sekulerisme. Speaker membicarakan bahaya itu dan ini, namun speaker masih tertinggal untuk membahaskan sistem yang pincang, yang diterapkan terhadap masyarakat kita. Kenapalah tiada sesi soal-jawab, kalau ada tentu saya akan cuba mengetengahkan apa yang terbuku di hati ini.

Guys, apabila kita bercerita tentang Tahun Baru, akan tergambar dalam benak dan imaginasi kita tentang program dan konsert oleh para artis, letupan mercun di ibu kota yang menghabiskan kos berjuta-juta, serta sesaknya ibu kota dengan muda-mudi yang ‘berkeliaran’ di sana sini. Cukup sudah pengalaman saya ketika bekerja di KLCC satu ketika dulu. Wow! Telatah dan watak mereka, sudah menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat moden kini. Baik yang jelita berpakaian seksi, abang kacak beruniform ala funky, si ayu bertudung labuh tersenyum mesra, atau si lebai berjanggut ala pak imam... semuanya telah mengisi ruang diary dan memori ingatan saya, bahawa sesungguhnya iman dan taqwa sahajalah yang mampu menyelamatkan manusia daripada perbuatan maksiat. Bukan yang lain.

Melihat realiti, lalu menghukum semuanya memanglah tidak adil bagi individu dan kelompok yang sememangnya sedang mengabdi dirinya kepada Ilahi. Sebab itu, saya berharap tulisan ini bukanlah satu ancaman dan kritikan kepada sesiapa. Muhasabah kuncinya, dan amar ma’ruflah motivasinya. Justeru itu, penulis berasa perlu untuk menulis sesingkat mungkin tentang isu ini agar tidak membosankan.

Penulis tidak ingin berbasa basi dalam hal ini. Cuma ingin mengungkap fakta dan realiti yang berlaku di depan mata kita. Apakah kita pekak atau buta, banyak perkara yang telah terjadi terhadap kaum muslimin di seluruh dunia. Isu muda-mudi yang tidak kunjung sudah di negara kita dengan masalah sosial, keruntuhan akhlaq, seks bebas, mat rempit dan lain-lain. Ini tidak dikira lagi dengan agenda kuffar yang membawa nilai-nilai dan kefahaman-kefahaman yang bertentangan dengan syariat islam, yang didakwa mereka sebagai nilai sejagat. Perjuangan feminisme, persamaan gender, liberalisme, hedonisme dan banyak isme lain lagi yang telah bertakuk dalam satu medium kesesatan menyebabkan masyarakat kita hilang pedoman sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Tragedi yang masih segar pada 3 hari yang lalu (28/12/08), Gaza telah menjadi saksi akan kebangsatan dan kebiadapan Israel terhadap kaum muslimin dan islam itu sendiri. Setelah peristiwa ini, barulah pemimpin kaum muslimin dan segelintir individu yang dahulunya berbangga dengan ‘kedemokrasian’ Amerika Syarikat di atas kemenangan Obama, lalu berteriak sana sini melaungkan slogan demokrasi. Demokrasi, oh demokrasi. Sampai bilakah umat islam masih bermimpi di siang hari. Masih mengelamun berada di kayangan demokrasi. Masih berkhayal keadilan demokrasi ala Pak Pandir. Padahal demokrasi hanyalah khayalan dan bius yang dimainkan oleh kuffar barat kepada pemimpin muslim, lalu diperjuangkan kepada kaum muslimin agar umat leka tentang perjuangan sebenar mereka. Its bull shit buddy, trus me! (wow kasarnya). Baru beberapa jam lalu, penulis mendapat berita bahawa Gaza diserang lagi dan ratusan kaum muslimin terkorban. Sangat menyedihkan dan memilukan realiti umat yang pernah menjadi umat terbaik satu ketika dulu. Pernah menawan Rom dan Parsi dengan futuhat. Andalusia menjadi saksi keadilan sistem islam. Salehuddin Al-Ayubi menjadi nama masyhur sebagai wira islam. Zaman Umar Abdul Aziz tercatat bahawa tiada seorang pun layak menerima zakat. Apakah tidak cukup dengan sekian banyaknya fakta kegemilangan islam yang hanya bisa dicapai dengan penerapan sistem islam yang syumul dan tiada tolok bandingnya berbanding perjuangan-perjuangan lainnya?

Sesungguhnya, Tahun Baru kali ini tiada apa yang baru. Kesedihan demi kesedihan dialami oleh kaum muslimin. Kepahitan demi kepahitan dirasai oleh kita semua. Janganlah hanya terpancing dengan sentimen baling kasut. Tanpa kita sedari tentang solusi perjuangan sebenar kita. Janganlah kita terjerat dengan isu pilihan raya, tanpa kita sedari kita telah terpesong dalam agenda sebagai mukmin sejati.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk diperpanjang lebar, kerana penulis sendiri tidak suka bermain kata. Cuma hiba dan seka yang penulis alami kini, ingin dicurahkan sebagai berkongsi citra dan semangat yang sedang bergelora di dada. Seruan tidak bermakna tanpa adanya sahutan. Sahutan adalah omong kosong tanpa adanya perjuangan. Perjuangan adalah sia-sia jika tidak didasarkan atas niat mencari redha Allah SWT.

Wallahu’alam...

Read More..